Sep 5, 2010

Jika Aku...


بسم الله الرحمن الرحيم

Ya Allah, Jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMU,
agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMU.





Ya Rabbi,
Jika aku jatuh hati
jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling padaMU.

Ya Rabbul'izzati,
jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid dijalanMu.

ya Allah,
Aku tidak mencari lelaki yang mahu memberikan kpdku kemewahan dunia.
Aku tidak mencari lelaki kacak yg dipuja wajahnya oleh ramai wanita,
Aku mahukan seorang lelaki yg ikhlas untuk menjadi suami,
punya hati kudus untuk mendidikku di bawah syariat-Mu,
Dia juga amat teguh hati dalam melaksanakan perintah-Mu.
Itulah lelaki yg aku mahukan.

Ya Allah,
aku umat akhir zaman
aku berdiri di bawah langit yg penuh dgn kekabutan nafsu,
di bawah taufan maksiat yg menggila,
di bawah hegemoni kebendaan yang kian bermaharajalela,
Aku merayu agar Engkau selamatkan aku dari ancaman syaitan durjana.
Pandulah aku ke syurga-Mu yg teramat mahal itu ya Rabbi,
Pimpinlah aku dengan rahmatMU dalam kehidupan yg penuh dgn fitnah akhir zaman ini
agar aku selamat sampai ke pintu syurga al-firdaus.
Begitu juga buat suamiku ya Rabbul Izzati,
aku mahukan suami yg takutkan neraka-Mu,cintakan syurgaMU,
dan mahu membawaku menuju ke abadian firdausi.

Ya Rahman ya Rahim,
Jika aku menikmati cinta kekasihmu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan
indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMU.

Dan ya Allah,
aku mohon petunjuk dariMu,
Jika benar DIA untukku..
Engkau dekatkanlah hati kami
serta permudahkanlah segala urusan kami
Tapi jika dia bukan miliku,
Engkau tenangkanlah hatiku dengan petunjukMU.

Jadi ya Allah,
Engkau perkenankanlah doaku ini..
sesungguhnya hanya Engkau yang tahu apa yang terbaek buatku,
dan Engkau Maha mengetahui dan maha mendengar segala isi hatiku.

Ameen ya Rabb!!

No comments: