Nov 16, 2009

PuTuS CiNta KeRna IlaHi...!

Apa pendapat anda tentang Cinta??Cinta yang bagaimana yang anda harapkan??adakah Cinta manusia?adakah Cinta berlandaskan Hawa nafsu semata-mata?ataupun Cinta Ilahi yang kekal selamanya??fikir-fikirkan dan tanyala iman anda..

Cinta itu memang indah. Orang yang pernah mengalaminya sahaja dapat merasakannya. Siapa yang tidak pernah bercinta, berkuranglah kebahagiaan dalam hidupnya di dunia ini.
Cinta itu di hati dan kesannya terlalu ajaib. Ia boleh menukarkan seseorang yang sedang bercinta sekelip mata. Jika berpisah dari apa yang dicintainya ia akan menangis dan bersedih. Bila berjauhan terasa rindu. Bila dekat terasa bertambah sayang…..Ah, itulah cinta. Kalimatnya pendek tapi cara dan kesannya bak lautan yang tak bertepi.

Soalnya, cinta yang bagaimana boleh bawa bahagia? Ada cinta yang bawa derita. Ada cinta sementara, ada cinta buta, ada cinta monyet dan ada cinta abadi. Manusia tidak akan dapat lari dari cintanya yang mesti sedia untuk dicintai atau mencintai.

Oleh kerana cinta memang fitrah manusia maka Allah SWT telah mengatur cinta yang bagaimana mesti dimiliki oleh setiap manusia. Telah Allah tetapkan apa yang patut dicintai, bagaimana membelai cinta, ke mana akhirnya cinta dan siapa yang patut dicintai. Hati-hatilah meletakkan cinta kerana cinta menuntut pengorbanan. Oleh kerana itulah Rasulullah SAW pernah bersabda:“manusia menjadi hamba kepada apa yang dicintainya.”

Bila kita bercakap mengenai cinta, kita seharusnya tidak terikat hanya kepada cinta antara teruna dan dara, tetapi itulah yang berlaku kini, bila kita sebut cinta maka terbayanglah dua teruna dara yang sedang mabuk dilanda asmara. Ironinya, atas nama cinta kaum hawa membenarkan kaum adam menyentuh tangannya. Atas nama cinta juga keluar berdua-duaan menjadi perkara biasa dek runtuhan hati yang tak bisa dihalangi. Dan kerana cinta, ada manusia yang sanggup tukar agama. Nauzubillahi min zalik.

Orang mukmin wajib mencintai Allah, Cinta yang lebih Agung dan lebih daripada segala-galanya. Bertemu dan berpisah kerana Allah. Jika teruna atau dara menyapa hatinya, maka dia menjaga hubungan itu jangan sampai mengundang murka Allah, sehinggalah tiba ‘hari bahagia’, maka menjadi halal apa yang selama ini diharamkan. Bukankah lebih manis menikmati sesuatu yang selama ini dijaga dengan penuh susah payah.

Sebenarnya, rasa cinta sesama manusia tidak ke mana jika tidak didasari keimanan dan ketaqwaan, dan diikat dengan cinta Ilahi. Realiti yang kita baca di dada-dada akhbar, cinta tanpa iman membawa manusia kepada zina, bila hubungan itu membuahkan ‘hasil’, pihak lelaki selalunya enggan bertanggungjawab. Maka berlaku pula kes pembuangan bayi, jenayah yang paling besar kerana membunuh jiwa yang tidak berdosa.Adakah itu dinamakan Cinta???hanya berlandaskan nafsu semata-mata.. Subhanallah.

Justeru, marilah kita menghayati kata-kata Dr. Abdullah Yasin dalam kitabnya Aqidah Ahl-Sunnah Wal Jamaah : “Cinta itu adalah ibadah hati.” Tapi ia juga boleh menjadikan kita syirik kepada Allah, bila kita mencintai seseorang melebihi dari cinta Allah, lalu membelakangkan hUkum agama kerananya!

Jadi berusahalah kamu dalam mencintai Allah. Yakinlah andai kamu mencintai manusia kerana Allah Ta'ala..serta melakukan perkara-perkara yang telah disyariatkan & telah ditetapkan di dalam kitabNYA,insyaAllah...Allah akan membantu kamu dalam mencintai manusia yang juga mencintai Allah untuk mendapatkan mardhatillahNYA.

Sesungguhnya Allah telah berfirman yg bermaksud : " dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula) Begitulah sebaliknya.

(surah al-Nur 24:26)