Dec 28, 2011

Jaulah Ke Langkawi

Bismillahirrahmanirrahim.

Subhanallah, Allahu Akhbar. Saya hampir-hampir terlupa akan blog ni.. sudah habis sem barulah teringat nak update blog ni. Tapi sebenarnya, memang asyik teringat nak update, tapi tulah.. masa itu sangat-sangatlah jeles dengan saya.. sikap pun satu hal jugak.. Allahu akhbar! :(

Assalamu'alaikum w.b.t. buat sahabat-sahabat semua.. apa khabar anda semua? apa khabar iman anda semua? Moga makin bertambah sihat..insyaAllah. Pesanan buat saya juga..:)

Alhamdulillah, selesai sudah semester 3 dan sekarang ni tengah tunggu exam pulak.. hmm.. macammana ye perasaan sebenar orang yang betul-betul bersedia nak exam ni? sies saya tak rasa apa pun. hoho memang takde perasaan kot saya ni.. hihi

oklah... apa ye yang saya buat dalam masa 1 sem ni? kelas full dari pagi sampai malam. Kelas silat pulak 2 hari, malam rabu dan malam jumaat.Internet kat kolej pula ada masalah.. dan macam-macam lagi lah. Hoho Alasan betul kan? kalau malas tu cakap jela malas. hihi Takdelah, tapi adelah sikit sikap tu cuma fokus tu,benda lain lebih penting kot. hohO Okey stop cite pasal tak update! ^^,

Alhamdulillah juga, saya baru sahaja pulang dari LANGKAWI. Pergi Jaulah bersama Family. Kebetulan pula, adik dapat keputusan yang cemerlang dalam PMR 8A 1B. Jadi, Ibu & abah pun bawaklah kami pergi jalan-jalan ke Langkawi. Lagipun, saya memang suka pergi jalan-jalan,tak pun mengembarala.. jadi, kali ni mengembara ke LANGKAWI pula, belajar dari alam orang kata. kui3

Sebelum tu, saya pergi TAMAN NEGARA, PAHANG. Apa yang saya belajar di sana, Tiada yang lebih hebat dari kuasa Allah s.w.t. sebab apa?di sana Air jernih tak akan bercampur dengan air coklat. Kalau anda pergi ke sana, anda akan lihat sungai yang airnya jernih dengan airnya keruh. Air jernih saluran dia ke depan tapi air keruh saluran dia ke kiri. Subhanallah... bayangkanlah sebelah sana air jernih, sebelah sini air keruh.. walaupun bercamtum 2 saluran tersebut tapi tak pernah bercampur airnya. Itulah keistimewaan di Taman Negara. Banyak lagi sebenarnya, antaranya..melawat orang Asli, Jungle Trekking, berjalan di atas canopy, dan macam-macam lagilah.hehe Walaubagaimana pun, Seronok sangat dengan keindahan alam disana..dapat sentuh Tapir, kijang pun ada, tapi susah nak sentuh dia, jual mahal sangat kot..subhanallah..^^,

Main bot ni lagi best.. tapi yang tak bestnye, melawat Orang Asli dalam keadaan basah..huhu T.T

Minggu ni pulak, pergi LANGKAWI. Asyik berjalan je saya ni kan? hohO dah Hobi nak buat macammana kan? hehe hobi saya memang suka berjalan tapi tak suke shopping...^^, Jadi, apa ada kat sana? ha...macam-macam ada. Kami pergi snorkling, bagi Ikan makan, bagi Helang makan. Pastu, melawat Dayang Bunting dan sebagainya.

Mula-mulanya, kami naik Cable Car. Subhanallah sahabat-sahabat, sangat menakjubkan dan sangat menakutkan. Sebab apa? sebab tinggi sangat..huhu lagi-lagi bila nak turun tu, huish dasyat.. Sampai je kami kat atas puncak, kami jalan-jalan di sekitar canopy dan snap gambar di sana. Suasana kat atas sangat sejuk. anda nak tahu? Bukti keindahan ciptaan Allah s.w.t. terserlah bila kita berada di atas sana. Sangat-sangat menakjubkan..

Adik saya suka tanya soalan macam ni? "macammana la diorang boleh bina cable car setinggi tu, pastu boleh bina canopy sepanjang tu, dahtu bersambung pulak dengan bukit-bukit yang ada je." Subhanallah.. Maha Agung Allah Ta'ala yang memberikan buah fikiran sehebat itu. Untunglah.. sapa yang dapat buah fikiran seperti itu.. ^_ ^

Ini baru gambar, belum tengok videonye.. ya Allah.. Hanya Allah yang Tahu..^^,

Alhamdulillah, dapat rasa jugak naik cabler car. hehe Malam sabtu tu, kami adik beradik pergi borong coklat. Tempat kami menginap pun, memang dekat sangat dengan tempat borong tu.Em.. kedai Hj. Ismail dengan Saga Langkawi. Dulu, kedai Hj. Ismail la paling murah.. sekarang ni... mahal kot. huhu Tapi standard r tu, kalau nak dibandingkan dengan KL ni, dua kali ganda KL lagi..hoho


Jadi, saya belilah apa yang saya mampu, sekadar sekeping not RM50.. percaya tak? percayalah.. beli pun, sebab nak bagi kawan-kawan. Yelah, sempena exam nak dekat ni kan...hihi insyaAllah.. panjang umur, murahlah rezeki diowang tu.. ameen! :D

Okeylah, sebelum saya mengundur diri.. nasihat saya, jika anda nak pergi LANGKAWI, pergilah waktu kerja, takdelah ramai orang, tunggu ferry pun takdelah sampai ke petang, penginapan pun murah, barang-barang pun murah..insyaAllah tapi kalau time cuti, mahal kot..hehe Wallahu'alam.

P/s : Saya memohon seribu kemaafan, seandainya tersalah bahasa dan tersilap kata kepada yang mengenali diri ini dan juga kepada pembaca teratak srikandi ini. Mohon maaf banyak-banyak. Mohon doa untuk exam kali ini. Semoga doa-doa kalian, mendapat balasan yang baik dari Allah s.w.t.. Saya doakan kalian juga berjaya di dalam peperiksaan akhir semester bagi yang start exam minggu depan.. dan bagi yang sudah habis exam, semoga berjaya juga di dalam urusan dunia serta akhirat..insyaAllah..ameen!

P/s : Lepas ni nak mengembara ke mana pulak ye? hihi tunggu dan lihat.. insyaAllah kalau ada rezeki.. ke luar Negara pula.. insyaAllah.. sahabat-sahabat doakan saya ye.. ^^,

Jazakumullahu Khairan Kasira. Barakallahu fikuum~ ^_^