Jul 3, 2012

Tarbiyyah Allah tidak kira masa...Allahummaghfirli!

Bismillah~

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerna dengan limpahan kurniaNya serta Kasih SayangNya yang tak Terhingga, kita masih bernafas di atas Dunia sehingga ke hari ini. Subhanallah, pejam celik.. pejam celik, kita telah memasuki ke Bulan Syaa'ban dan tak lama lagi, kita akan memasuki ke Bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Cepatkan masa berlalu? Sekarang ni, rasa seperti 1 jam itu seperti 2 minit. Subhanallah! Masa berlari dengan pantas, tapi kita masih merangkak-rangkak melakukan kebaikan.

Baru-baru ini saya telah menyertai satu Program Camar'12 (tak ingat nama panjang die apa, =.=) di Negeri 9. Bermula pada hari jumaat hinggalah hari Ahad. Dalam perjalanan tersebut, awal-awal lagi Allah sudah beri Tarbiyyah kepada kami. Apa yg Allah beri? Istighfar banyak-banyak dalam hati.

Kereta yang saya naiki, terlanggar dengan kereta di belakang sebab tak sempat brek. Tapi, Alhamdulillah para penumpang kedua-dua belah kereta tidak mengalami apa-apa kecederaan, cuma kereta sahaja yg cedera. Kereta saya naiki hanya calar dibahagian belakang, dan kereta yg terlanggar tu, kemek di depannya. Allahumma~ kereta baru 4 bulan keluar kot. Dah kemek macam tu sekali. Kereta Pesona Proton. Saya baru cadang nak beli kereta Pesona 'suatu hari nanti'.. hihi. Poyo je..

Okeh lepas tu, kami pergi balai Polis tuk buat report and claim. Mujur yang terlanggar kami tu, kawan-kawan kami jah. Jika terlanggar dengan orang lain, macammana lah ye? agak-agaknya berapala yg kena saman. emm..

Pada mulanya, kami target nak sampai ke Sekolah MRSM Serting pada jam 12.30 T/hari. Tapi "kita merancang dan Allah juga merancang dan sebaik-baik perancangan itu adalah peracangan Allah s.w.t." (Ali Imran : 54). Setelah selesai urusan di Balai Polis dan kereta yang kemek tu telah dihantar ke Bengkel, baru lah kami gerak lagi 2 kereta ke sekolah, kereta yg saya naik dengan kereta satu lagi..Actually, kami konvoi dengan 4 buah kereta, seramai 15 orang, 4 Orang Muslimin, dan selebihnya Muslimat. Sebuah kereta lagi dah sampai ke sekolah sebab harus beckup disana dengan time yang kita telah tetapkan agar Program yg kita rancang tak lari jauh, dan Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.

Kadang-kadang apa yang berlaku ia melihat kepada niat kita sebelum nak pergi tu. Setiap langkah kita kemana sahaja kita nak pergi, pasti bermula dengan niat. Sebab itu, kita kena berhati-hati dengan niat ni, dalam hadis ada menyebut "Setiap sesuatu perkara yang berlaku itu pasti dengan niat". Kalau niat kita yg bukan-bukan, memang bukan-bukan lah jadinya.

Contoh pengalaman saya tentang niat ni. Pernah suatu masa, saya terniat malas nak pergi kelas. Tapi, saya siap-siap juga nak pergi kelas sebab kelas Bahasa Arab, sampai-sampai je saya depan kelas.. saya tak dapat masuk sebab pintu kunci tapi yang peliknya, kelas sebelumnya, ustaz tak pernah kunci pintu. Jadi, saya tunggu la dan meseg sahabat-sahabat yang ada dalam kelas, minta tolong bukakkan pintu. Lama sangat saya tunggu, last-last saya balik kolej balik. Tiba-tiba dah sampai kolej, dapat meseg dari sahabat, "Pintu da bukak, masuklah. Ada je muslimin yg baru masuk".. Allahumma.. mula rasa marah dengan diri sendiri dan hati sebab niat malas nak datang kelas. Astagfirullahal'azim. Niat di hati secara tak sengaja tu, cepat betul Allah makbulkan. Allahummaghfirli!

Walaubgaimanapun, Alhamdulillah Program Camar'12 berjalan lancar dan selaku Kakak Fasi, saya bangga sebab kumpulan saya menang dapat no. 1 dan mendapat gelaran Kumpulan Terbaik! Alhamdulillah. Siapa yang tak bangga kalau adik-adik lebih hebat dari Kakak Fasi. Saya lagi suka kalau adik-adik saya sendiri lebih hebat dari saya. Kita tarbiyyah seseorang itu untuk melahirkan seseorang yang lebih hebat bukan tahap sama dengan kita.

Ingat ye! Kita berdakwah dengan orang bukan kita nak tunjukkan kita hebat tapi kita nak lahirkan orang yang hebat! ^_^

Adik-adik sekolah ni, suka dengar pengalaman kakak-kakak fasinya.. dan saya pun suka sangat bercerita dengan adik-adik ni. Ade suatu perkongsian dari adik kumpulan saya ni, Dia lelaki, form 2, anak kedua tapi dia tak suka keluar rumah.. kadang-kadang je sebab dia suka duk rumah main PSP. Dia juga pandai memasak dan pandai menjahit. Siapa sangka budak form2, lelaki plak tu pandai buat semua tu. Baju raya die, dia jahit sendiri. Nakal pun boleh tahan nakalnya. 1st impresion saya terhadap dia, dia seorang yang nakal & sosial tapi lepas kenal dengan dia, dan dia bercerita itu dan ini, barulah saya rasa, senakal-nakal seorang budak lelaki itu, dia masih ada rasa tanggungjawab yang tinggi terhadap Keluarganya dan sangat sayang dengan Parentsnya. Saya doakan dia menjadi seorang PILOT yang hebat suatu hari nanti..ameen!

 Camar'12 di MRSM Serting! Terbaiik! ^_^

Kami Fasilitator yang Sempoi..ngee~  ^^,

Sekadar ini dahulu coretan saya kali ini. Oh ye, lagi 1 hari kita akan menghadapi Nisfu Sya'aban. Puasa yuk! Ramadhan makin Hampir.. Bersediakah kita? Salam Muhasabah buat sahabat-sahabat semua.. :)


Srikandi Abi..^_^
14 Syaa'ban 1433H
4 Julai 2012
Di Rumah Balqis.