Aug 29, 2010

Tasyji' Buat Sahabat-Sahabat Yang Dikasihi Fillah..!!



Bismillahi Ar-Rahman Ar-Rahim.


Sahabat,
1 nama penuh makna,
Ia hadir tika tawa,
Ia datang tika duka,
Tiada pada Cinta,
Tiada pada lafaz,
Hanya kejujuran menyulami hati,
Hanya keikhlasan menyirami Jiwa,
Kebaikan dihargai,
Kesalahan di maafi,
Dan itulah dinamakan SAHABAT!!

S.P.I.E.S.

Bismillahi Ar-rahman Ar-rahim~

Alhamdulillah,kita sudah masuk ke fasa3 dalam bulan ramadhan. 10 malam tákhir makin menghampiri kita iaitu malam lailatulQadar. Ini ada disebut dalam salah satu hadis Rasulullah s.a.w. yang membawa maksud :-

 Aisyah r.a. menyatakan: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Carilah lailatul qadar pada (malam) yang ganjil daripada sepuluh (malam) yang terakhir daripada bulan ramadhan”. Hadis riwayat Bukhari.