Jul 6, 2011

Cinta Itu Bukan Tuhan!

Alhamdulillah, sudah masuk bulan Syaában dan tak lama lagi Bulan Ramadhan. Subhanallah... sekejab je kan? rasa macam semalam baru masuk tahun baru. Tetibe dah masuk bulan syaában. Subhanallah walhamdulillah walailahaillallah wallahu akhbar!


Al-Kisah...
"Si Fulanah pernah dirisik tetapi melalui YM. Namun, hati si Fulanah ini tidak akan sesekali dibuka untuk lelaki yang belum sah menjadi suaminya. Selepas itu, Mereka jarang berhubung. Kadang-kadang sebulan, kadang-kadang dua bulan, macamtulah. Mereka berhubung pun, bila ada sesuatu perbincangan atau pun pertanyaan."

"Tiba-tiba hati Si Fulanah ini merasakan sesuatu yang mana Si Fulan akan di miliki oleh orang lain kerana itulah Petunjuk Ilahi dalam istikhoroh Si Fulanah. Tidak lama kemudian, jawapan yang Si Fulanah harapkan terlerai dan terjawab juga. Alhamdulillah, tekaannya tepat dan itulah petunjuk sebaik-baiknya dari Pencipta untuknya. Ibu Si Fulan telah memilih muslimah lain sebagai calon isterinya. Kerana Muslimah itu juga, Si Fulan terpaksa buang Si Fulanah dari friendlistnya." Mengadu pilu Si Fulanah pada saya, cuma satu sahaja pesanan saya padanya. "Cinta Bukan Tuhan, Sayang!"

Cinta di Martabatkan terlalu Agung!
Begitulah realitinya kini. Cinta dimartabatkan terlalu agung dan disanjung membumbung... Demi cinta, segala-galanya berani diterjah dan sanggup di redah. Tidak percaya? bacalah masalah-masalah masyarakat yang dipaparkan di dada akhbar atau majalah. Ada pulak, Ustaz sanggup berzina dengan anak Murid sendiri. Astagfirullahal'azim. Bila ditanya kenapa? kebanyakkanya menjawab 'Apa boleh buat? kami sudah jatuh cinta!'huhu Naúzubillahi min zalik~

Sahabat-sahabat, inilah bahana menonton filem cinta versi Bollywood, Hollywood atau filem-filem seumpamanya. Lihat sahaja bagaimana hero dan heroin, romeo and juliet dalam filem-filem tersebut sanggup melepaskan apa jua halangan demi penyatuan cinta mereka.  Pengorbanan demi cinta disanjung dan dipuja walaupun jelas melanggar tatasusila dalam beragama. Kerap kali ibu bapa dipinggirkan tetapi ada juga ibu bapa beri galakan, kononnya kerana peredaran zaman, zaman modenla katakan. Apa sahaja plot dan klimaks cinta, Cinta akan dimenangkan. Seolah-olah tujuan hidup manusia hanya semata-mata untuk cinta. Betul tak? Tengok jela drama-drama yang ada di Televisyen, baik drama Islamik atau dengan drama biasa bagi saya sama je semuanya. Lebih agungkan Cinta Manusia! Seolah-olah tujuan hidup manusia hanya semata-mata untuk cinta.

Mari renungkan sejenak. Cuba tanya pada diri, siapakah yang mengurniakan rasa cinta di dalam hati setiap manusia? tentu sahaja jawabnya ialah Allah s.w.t. Sahabat-sahabat yang dikasihi fillah, Allah mencipta manusia,hati, akal dan perasaannya. Cinta itu pula fitrah yang di kurniakan Allah pada setiap hati.

Cinta Bukan Matlamat.
Cinta itu bukan tujuan, cinta itu hanya jalan. Cinta itu juga bukan matlamat, tapi cinta itu cuma alat. Rasa ingin mencintai dan di cintai dalam diri setiap manusia pada hakikatnya adalah untuk membolehkan manusia melaksanakan tujuan kita diciptakan.

Cinta itu mengikat hati antara lelaki dan wanita untuk sama-sama membentuk Ikatan Perkahwinan demi menyempurnakan agama. Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang bermaksud..

"Apabila seorang hamba Allah itu berkahwin, ia telah menyempurnakan separuh daripada agamanya. Maka, separuh yang lainya hendaklah ia bertakwa kepada Allah". (Riwayat al-Baihaqi dalam Shu'b al-Iman daripada Anas)

Bagi saya, cinta (perkahwinan) memang penting tetapi ibadah dan menegakkan hukum Allah jauh lebih penting. Sayangnya, hakikat ini jarang difahami dan dihayati oleh orang yang bercinta terutama sekali bagi orang yang sedang bercinta sebelum berkahwin. Tujuan sebenar cinta itu sering dipinggirkan. Sebab itu, ibadah dan hukum Allah yang tinggi dan suci juga dipinggirkan. Kononnya, cinta itu sangat suci dan bersih.

Oleh kerana itu juga, saya tidak berani bermain dengan cinta. Takut bila menganggap cinta itu sebagai Tuhan, dan mati pun boleh dianggap mati dalam keadaan syirikkan Allah! Nauzubillahi min zalik! Moga-moga, kita semua mati dalam keadan baik..iaitu Husnul Khotimah..insyaAllah..ameen!

Saya berpegang kepada kata-kata Ibnu Sina : "Tiada kehidupan yang lebih singkat di Usia remajaku daripada menerima ilmu yang luas".

Jadi, gunakanlah masa bujang kita dan juga masa remaja kita sebaiknya. Misal kata, kita bercinta sebelum berkahwin, pastu ia terjadi pula kepada anak kita, malah lebih dasyat dari itu. Apa pula, pengajaran yang harus kita berikan kepada anak-anak kita? kalau kita sendiri yang melakukannya semasa kita zaman remaja..Astagfirullahalázim! Anak-anak kita adalah khalifah yang Allah Ta'ala amanahkan kepada kita sahabat-sahabat.  Jangan gunakan masa yang ada untuk mensia-siakan diri sendiri. Kelak, diri sendiri juga yang rugi. Ilmu tarak, kehidupan pun tarak. Nauzubillahi min zalik! Pesanan ini sentiasa dan selamanya buat diri saya dan juga anda semua..insyaAllah!

Jadi, marilah kita bersama-sama memperbaiki diri kita kearah yang lebih baik.InsyaAllah, Umat Islam sentiasa BOLEH! ^^,

Wallahuálam~