May 25, 2012

Usrah Qabla an Al-Imtihanu Akhir

Bismillah...

Alhamdulillah, berakhir sudah kuliah buat semester ke-4. Allahumma~  masa berlalu begitu pantas.. Ibarat, Perjalanan Burok bersama Nabi ke Langit ke Tujuh. Nak lebih realistik, macam kita tidurlah. Baru je tido, tapi bangun-bangun je, sudah 3,4 jam kita tido. Itulah orang kata, pejam-celik, pejam-celik, kita bertemu kembali dengan hari bagi Penghulu segala hari. 

Senior yang last semester pun kalut sebab thesis tak siap lagi, dan hari ini jugalah.. hari terakhir untuk hantar segala assigment. Ya Allah.. kalutnya.. sangat kalut. Tapi kita muhasabah balik.. apakah kita bersungguh-sungguh dalam jihad menuntut Ilmu? 

Hari Rabu lepas saya ada Usrah dengan Mantan Presiden PMIUM. Beliau menerangkan tentang surah At-Taubah : ayat 122 yang bermaksud :-

"Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang Yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu Yang dituntut di Dalam ugama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; Mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah)."

Dalam ayat Liyatafaqqahu FidDin... ada 4 point penting dalam tafsiran iaitu Menuntut Ilmu, Faham, Amal dan perjuangkan apa yang dipelajari. Jadi, sahabat-sahabat.. apakah kita bersungguh-sungguh dalam Jihad menuntut Ilmu? menuntut Ilmu juga adalah Jihad terbesar dalam kita sebagai seorang pelajar selain kita bergiat dengan mana-mana persatuan Dakwah Islam dalam Kampus ataupun di Luar Kampus. 

Kelas kena datang awal, kena duduk depan sokmo, kena rajin bertanyakan soalan, semua itu peranan kita sebagai seorang pelajar yang aktif giat dalam persatuan Dakwah islam di kampus sebab apa? sebab orang sekeliling sentiasa memandang kita. Allahumma~ berat sebenarnya tanggungjawab kita yang sayangkan Islam. 

Hari Khamis malam jumaat pula, ada usrah bersama TNC Akademik Universiti Malaya iaitu Prof. Dr. Hamdi. Alhamdulillah, hari-hari terakhir kuliah dapat juga mengisi masa dan ruang untuk tarbiyyah ruhiyyah. insyaAllah. Beliau banyak berkongsi pengalaman beliau..saya rasa kagum sangat dengan beliau. Antara pengisiannya ialah...

Beliau menceritakan tentang antara 100 Universiti terbaik di Dunia, beliau telah pergi 72 daripadanya. Beliau juga menceritakan lagi tentang dalam suatu pertemuan dengan semua NGO-NGO, dan beliau seorang je wakil dari Universiti dan diberi penghormatan duduk di sebelah pengerusi. Bayangkan, VVIP yang lain tu, semuanya bisnes yg berharga berjuta-juta ringgit tetapi hanya beliau sorang yang wakil dari Universiti.

Selain dari itu, Beliau duduk bersama VC, TNC dan mereka mendapati ada 5 persamaan antara universiti-universiti top ten in the World. Yang pertamanya, Pensyarah mereka hebat-hebat, yang keDua pula, mereka mempunyai Excellent Student yang membuatkan para pensyarah mereka menggeletar nak masuk ke kelas dan perlu bersedia awal dengan soalan-soalan yang bakal di tanya oleh Pelajar. Cuba bandingkan dengan kita bagaimana? kita yang menggeletar pensyarah tanya kita soalan, ye dak? hehe tapi yang sayasedihnya, Prof tak habis yang ketiga sampai ke lima. Tapi Takpelah, Prof. kata akan sambung pada usrah yang lain pula. InsyaAllah.. saya tuntut nanti Prof. Hehe ^^,

Antara perkara lain yang beliau kongsi & tekankan...
-Tips belajar ni secara mudahnya kena belajar dan pupuk diri agar suka membaca sehingga kita Cinta dan Suka dengan Ilmu. Non-Stop. 
-Pembinaan sahsiah diri perlu dititikberatkan kerana kita adalah Pemimpin. Sebab itu pentingnya Usrah, sebab dia membentuk sahsiah diri kita.
-kita yang perlu ke hadapan dalam masyarakat sebagai orang yang sayang dan faham Islam.
-Banyakkan membaca buka buka saja buku subjek pelajaran tetapi buku-buku berbentuk Haraki. Sebagai contoh, Buku Fathi Yakan, Syed Qutb, Hassan Al-Banna, Yusuf Al-Qardhawi dan sebagainya.
-Jadikan Tesis yang kita buat mampu memberi impak yang besar kepada masyarakat dan mampu diterbitkan atau disenaraikan di Universiti.
-Rebut peluang ke Luar Negara iaitu dengan mengikuti Exchange Programme. Kita perlu ada expossure dengan dunia luar.
-Ilmu itu perlu dipraktikkan dan share dengan semua orang. Sebab, kita bukan sekadar nak jadi Soleh sahaja, tapi kita juga mahu jadi Musleh iaitu menjadikan orang lain baik juga.
- Jaga adab dan Imej kita. Tunjukkan kita ini mampu memberi sesuatu kepada semua orang iaitu dengan Membawa Islam.

Akhir kata beliau adalah "Masa anda masih muda maka gunakan sebaiknya. Saya juga pernah berada 'In Your Shoes' iaitu di tempat anda kerana saya merupakan presiden Persatuan Dakwah Islam sewaktu belajar di Luar Negara dahulu seperti sewaktu saya di Jepun". 

Jadi, di sini kita perlulah muhasabah balik, sekadar manakah Ilmu yang kita peroleh sepanjang 1 semester ini? kalau rasa kurang, pandai-pandailah kita berusaha semaksima mungkin. Target kita perlu tinggi.. tapi jangan terlampau tinggi. ^^, 

Satu pesanan beliau yang saya suka ialah 'Kita hidup ini perlu bersabar, berhikmah dan berstretegi'!



 Jadi, akhir kata dari saya. Man jadda wa jadda.. siapa yang berusaha, Maka dialah yang berjaya. Di kesempatan ini, saya ingin memohon berjuta-juta kemaafan di atas salah silap saya selama ini, terlebih terkurang itu harap dapat ampunkan. Saya doakan kepada sahabat-sahabat yang sedang atau yang akan menduduki Exam akhir semester, Semoga berjaya dan dipermudahkan untuk menjawab soalan. Buat yang terbaik.. Focus for Studies..ameen!

Ingat! Akademik No. 1 tapi Dakwah bukan No. 2 ^^,

Renung-renungkan dan selamat beramal. 

Wallahu'alam.


Srikandi Abi ^_^
5 Rejab 1433H
26 Mei 2012
Fi Baiti Jannati.  
 

May 13, 2012

Kembali Menulis Lagi..^-^

Assalamu'alaikum w.b.t.

Alhamdulillah ya Allah, kerna dengan limpah kurnianya... dapat lagi bernafas hingga ke hari ini. Semoga Usiaku dari dulu hingga ke hari ini.. adalah semata-mata untuk perjuangan Islam dan RasulNya..insyaAllah..ameen!


Apakhabar sahabat-sahabat teratak Srikandi? Semoga semuanya sihat-sihat belaka deh. Saya minta maaf sudah lama tidak berkongsi sesuatu di sini, dah lama saya tinggalkan ruang dakwah yang masih relevan hingga ke hari ini. Semoga sahabat-sahabat yang lain tidak berhenti berdakwah menggunakan ruang ini. Sebab apa? sebabnya sekarang ini Zaman manusia yang ketagihkan Ilmu. Dan tahap Ilmu setiap manusia adalah berbeza-beza dari segi fizikalnya dan konsepnya. Semoga kita sama-sama dapat kongsikan Ilmu yang kita ada, tidak kira ia berbentuk apa dan maksudnya asalkan ia bermanfaat untuk semua manusia sejagat. InsyaAllah..


Allahumma.. rasa rindu sangat nak menulis kembali. Jadual sem kali ni terlalu padat saya kira, sehinggakan jadual silat setiap hari Selasa & Khamis pun terpaksa saya tangguhkan. Almaklumlah, kerana saya SMPI. hehe Tahukah anda semua apa itu SMPI. SMPI ialah SARJANA MUDA PENDIDIKAN ISLAM. So, nak jadi guru ni, banyak yang perlu kita ketahui dan pelajari. Kerana apa? Kita bukan sekadar pendidik tapi kita lebih dari itu. Jadi berbanggalah siapa yang bakal jadi pendidik dan Ingin jadi pendidik! InsyaAllah.


Jadi sem ni, jadualnya terlalu pack. Kadang-kadang, kelam kabut nak menyiapkan segala Assigment yang ada. 5 subjek kena siapkan dan hantar pada tarikh yang sama. Macammana tu? ha.. memang serabut dan pening kepala den dibuatnya. hihi. Saya juga seorang Aktivis Mahasiswa. Kadang-kadang bila diberi task, saya terpaksa tolak. Boleh lagi saya tanya dengan seorang sahabat saya ni,


"Boleh ke kalau Aku tolak kerja tu? sebab banyak gile assigment nak disiapkan. Tapi aku rasa berdosa dan bersalah pula sebab tolak keje tu dan pas kat orang lain". 


Dia jawab apa? "weh, ko pun ada hak untuk diri ko jugak. Jangan disebabkan ko nak buat keje Islam ni, Ko lupa tanggungjawab ko sebagai seorang Pelajar. Ko siapkan je dulu assigment ko tu. Kalo ko da settle keje ko, lain cite la".


Masa tu rasa tenang sikit bila kita dengar pendapat sahabat kita. Dan saya mula menyusun balik jadual saya dan cuba settle kan Assigment yang tinggal hanya seminggu lagi nak dihantar. Kita buat yang mudah dulu baru buat yang susah. Dan Alhamdulillah, dah settle semuanya. Semalam pun saya ada program dan dalam masa yang sama, Assigment Kaedah Bahasa Arab kena hantar. Time program tula saya mula Shooting (assigment buat Video mengajar), dan saya try edit sikit-sikit RPH (Rancangan Pelajaran Harian) kumpulan saya. Mujurlah waktu tu, ada seorang kakak ni, bawak broadband.. Subhanallah wa Alhamdulillah. Rasa bersyukur sangat sebab Allah bantu saya waktu tu. Dan dapat jugak hantar Assigment, mujur hantar guna emel je, pastu video pula kena post dalam group di FACEBOOK. Alhamdulillah ya Allah.


Allah berfirman yang bermaksud : "Wahai orang yang beriman, Jika kamu membela Agama Allah, nescaya Allah akan membela kamu (untuk mencapa kemenangan) dan meneguh tapak pendirian kamu". (Muhammad ayat 7)


Alhamdulillah tinggal 2 minggu lagi nak exam untuk semester ini. Rasa cuak, takut semua ada. huhu tapi biasalah, saya ni suka relax je. Bila dapat keputusan tu pun relax je. Saya selalu didik jiwa saya, bersangka baik dengan Allah dan cuba lagi untuk lebih baik pada masa akan datang. Bila tak dapat setimpal dengan apa yang kita usahakan , Maknanya Allah nak Uji kita lah tu. Mungkin Allah tak bagi sekarang dan saya percaya suatu hari nanti Allah akan bagi juga. InsyaAllah, Iktiqod kita kepada Allah kena tinggi. Sebab Dia lah yang menghidupkan dan mematikan kita. ALLAHU AKHBAR!.


Oh ye.. Hari ini hari Ibu. Tapi bagi saya, hari-hari adalah hari Ibu. Rasa beruntung dan bersyukur sangat-sangat sebab saya dapat Ibu yang sangat-sangat Sporting, gila-gila, sempoi.. sebab itu anak-anak Ibu semuanya sempoi-sempoi, lawak-lawak dan soleh & solehah.. ameen!hihi

 
 Buah hati Syurga ku..<3

Happy Mother's Day To you Mom's.. you Know you Are, you Number One For ME!^_^

Rasa setakat ini dulu coretan saya di teratak ini. Semoga saya dapat Istiqomah dalam dakwah penulisan di teratak ini. InsyaAllah..ameen!


Srikandi Abi ^_^

12 Jamadil Akhir 1433H
13 Mei 2012
8.15 pm.
Fi Baiti Jannati.