Sep 24, 2010

Salam Eidulfitri.



Familyku Raya 2010.

Bismillahirrahmanirrahim.
Wah...sudah lama ana tidak menulis diary di blog ini. Perasaan rindu mula bertandang di hati untuk bercerita. Alhamdulillah, masih ada waktu untuk ana bercerita dan menaip sesuatu di blog ini. Walhal sebenarnya, kebelakangan ni macam takda mood pulak untuk bercerita..huhu Nape takde mood?? entah.. ana pun tak tahu. Hanya Allah sahaja yang tahu. hehe


Sebelum tu, Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin dari Ana sekeluarga.^^,

Sedar tak sedar...hari ini adalah hari raya yang ke 11. Hebbat.. cepat btol mase berlalu.. seperti bukan berada di bulan syawal pun ada. isk3.. So, amacam raya anda tahun ni?? best ka?? meriah ka dari tahun-tahun lepas??ha.. em ana punya, alhamdulillah. meriah la jugak.. almaklumlah keluarga besar kan. hehe 1st raya je.. ana balik kampung. Alah dekat je kampung ana, kat Batang kali je. 3 hari ana duduk di kampung. pastu, hari ahad balik rumah.. and then, duduk rumah jela. tak gi mane-mane pun. Adik-adik ana yang lelaki je tak melekat kat rumah dengan adik perempuan ana yang no.3 tu. sebab diowg rajin berjalan.. ana ni, susah sikit. lagipun.. sume rumah kawan jauh-jauh. kalau ada lesen moto atau kereta takpe gak..hehe demand plak..hik3

Kampung ana best.. sebab, ada sungai kat belakang rumah je.. pastu naik jambatan boley pergi air terjun..ha tapi kena masuk dalam lagi la. Tapi kali ni, ana tak sokmo mandi sungai.. tak tahu la kenapa.. pernah ana teman adik-adik ana mandi. lalu je sungai tu, dah rasa getaq.. sejuk sangat. itu belum agi menyelam dalam sungai tu. hohO Mungkin selalu kena tarbiah rendam dalam sungai.. macam tu kot jadinya. hehe merepek je.. mindset agaknya..isk3 kena hapuskan mindset ni..huhu =.=

Pastu time hari 1 malaysia.. kan cuti?? Barulah ramai yang datang umah.. sedare dari seremban, Shah Alam. ha.. Hari sabtu pulak, ada
openhouse kat rumah sedare di klang. [1st time b'jalan beraya b'sama family..^_^]. lama dop jumpa depa.. isk3 da beso-beso belake anak dio..kui3 kecek gapO aku ni??hohO [saje nak merepek..ngeh3]

Hari ahad pula, sahabat-sahabat datang rumah. Nak tahu sape?? Adila Amiruddin, Farhana, K. Aisyah, Failisa. So,makanan yang banyak tu dihabiskan oleh mereka.. alhamdulillah habis jugak akhirnya.. ingatkan masak banyak-banyak takut tak habis.. tapi habis jugak,sebab adik ajak kawan dia yang dok leka main PS tu makan sekali. Fuh..lega tuan rumah..hehe

Alhamdulillah..kan bagus kalau sahabat-sahabat aku camni..termasukla aku..hehe [moga2 menjadi kenyataan..iAllah =)]

Dan akhirnya ana balik juga ke UM. huhu Perjuangan yang cuti pun diteruskan semula.hehe Dalam pada itu, ana ingin mengucapkan tahniah kepada sesiapa yang sudah bergelar isteri @ permaisuri di hati seorang lelaki bergelar suami. Tahniah,alf mabrouk..~~ semoga menjadi isteri yang solehah dan sentiasa menyenangkan hati suami..serta dikurniakan zuriat yg soleh dan solehah serta comel-comel belaka deh..insyaAllah.. ameenn!! ^_^ hehe

Ana?? ana lambat lagi la nak kawen. Lagi pun,ana masih available k [yeke?? tahhu..hanya Allah yg tahu..=.=],Ana selalu bisik kat dalam hati ana.. "mungkin aku belum menjadi yang solehah".. ha.. so, sekarang ni dalam proses untuk menghasilkan produk yang solehah dalam diri. insyaAllah..^^, Lagipun banyak benda lain lagi yang ana kena pikir, yang kena ana aulakan... huhu ana kan anak sulong??so dengan harapan keluarga lagi.. dasyat..hehe Tengoklah, bila jodoh da sampai,ana kahwenlah. Yang pasti persiapan untuk menjadi isteri solehah tu dah kena start dari sekarang..ok??kui3

Sabtu dan ahad ni ana pergi kursus pra-perkahwinan.. bukan nak kahwen sekarang pun. Tapi nasihat dari seorang kakak usrah ni kata, kita tidak tahu jodoh kita bila.. mungkin lusa, mungkin tahun depan ke..ha.. better amik skang. takkanla nak tunggu ada calon dulu baru nak gi dengan calon.. kan? So, baikla amik sekarang. kan2?? sebagai persediaan awal je. mungkin ilmu yang kita akan dapat nanti, sebagai penambahan bagi diri kita untuk menjadi isteri solehah untuk suami yang soleh.. agar matlamat kita dalam membina baitulmuslim hingga ke syurga firdausi akan tercapai...insyaAllah..!! So, Jom pergi kursus kahwen...hohO ^^,

Sekian dahulu cerita kali ini... akhir kalam..
Salam Eidulfitri
Maaf Zahir & batin.
^_^