Dec 4, 2010

Ketegasan Seorang Wanita!

Wahai Sahabatku….banyak aku menulis, sering juga aku menyeru dan mengajak sahabatku untuk menegakkan akhlak, menjunjung budi pekerti mulia, membanteras segala bentuk kerosakan jiwa dan mengendalikan nafsu syahwat untuk melawan dan membanteras keruntuhan moral.

Semua itu berterusan aku sampaikan, aku tulis dan khutbahkan…..sehingga pena yang aku gunakan menjadi tumpul dan lidahku kelu. Namun tetap tiada hasil yang aku perolehi Kemungkaran tetap berleluasa tanpa kita mampu untuk membanterasnya. Di setiap pelusuk negara perbuatan mungkar terus kita temui, semakin banyak dalam pelbagai bentuk Wanita semakin berani dan tidak malu-malu untuk membuka auratnya. Tubhnya ditonjol-tonjolkan, pergaulan bebas muda-mudi bertambah menjolok. Semua itu bergerak melanda negara demi negara, tanpa satu negara Islam yang mampu mengelak.
Kita gagal, dan aku kira kita tidak akan berjaya. 

Tahukah engkau apa penyebabnya?

Sebabnya ialah sehingga hari ini kita belum menemui pintu ke arah pemulihan dan kita tidak tahu jalannya

Wahai Sahabatku, pintu pemulihan ada di hadapanmu. Kunci pintu itu ada di tanganmu. Jika engkau yakin padanya dan engkau berusaha unuk memasuki pintu itu, maka keadaan akan berubah menjadi baik.
Engkau benar sahabatku, bahawa kaum lelakilah yang mula mula melangkah menempuh jalan dosa bukan wanita. Tetapi ingat, bahawa tanpa kerelaanmu dan tanpa kelunakan sikapmu,di facebook atau dimana sahaja, mereka tidak akan berkeras melangkah laju. Engkaulah yang membuka pintu kepadanya untuk masuk.

Lelaki menghendaki yang paling berharga darimu…iaitu harga diri dan kehormatanmu. Nasib seorang gadis yang diragut kehormatannya lebih menyedihkan daripada nasib seekor kambing yang dimakan serigala.

Wahai Sahabatku….Demi Allah, apa yang dikhayalkan oleh pemuda ketika dia melihat gadis ialah gadis itu bertelanjang dihadapannya tanpa pakaian.

Aku mengambil kata-kata dari Syeikh Sayyid Tantawi: Demi Allah, jangan percaya terhadap kata kata sebahagian lelaki, bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adab. Berbicara denganmu seperti sahabat dan apabila mencintaimu hanyalah sebagai teman akrab“. Bohong …bohong …demi Allah dia berbohong. Seandainya engkau mendengar sendiri perbualan antara mereka, pasti engkau takut dan ngeri.

Tidak akan ada seorang pemuda melontarkan senyumannya kepadamu berbicara dengan lembut dan merayu, memberikan bantuan dan layanan kepadamu, kecuali akan ada maksud-maksud tertentu. Setidak-tidaknya isyarat awal bagi dirinya bahawa itu adalah langkah awal.

Wahai Sahabatku…….
Lelaki yang baik dan soleh akan datang kepadamu, dengan segala kerendahan hati, memohon kemaafan, menawarkan kepadamu hubungan yang halal dan terhormat. Dia akan datang meminang dan mengahwinimu.

Seorang gadis betapa tinggi pun kedudukannya, betapa banyak pun hartanya, betapa hebat pun kebenaran dan pengaruhnya, dia pasti mempunyai cita-cita: “mencapai kebahagiaan yang tinggi itulah bersuami menjadi isteri yang solehah terhormat dan ibu rumahtangga yang baik.”

Lelaki, pada dasarnya akan mencari wanita terhormat dan bukan wanita jalang atau yang rosak akhlaknya.

Lelaki yang baik, pasti tidak rela melihat anaknya keluar dari rahim ibu yang keji dan apatah lagi untuk membesarkan dan memelihara anaknya.
Pasti dia akan mencari jodoh dengan seorang puteri yang perlu dinikahi dengan landasan sunnah dan syariat Islam. 

Sahabatku suasana sepi dan lesunya pasar pernikahan dan perkahwinan adalah kerana kesalahanmu sendiri. Lantas kenapa kamu yang berakhlak mulia tidak mencegahnya?

Kenapa para wanita yang mulia dan terhormat tidak memerangi musibah dan wabak itu? Kamu, para wanita tentu lebih berkebolehan dan bertindak dari kaum lelaki.

Wahai sahabatku,
Dirikanlah wadah dalam bentuk lembaga dan persatuan dari kalangan kamu sendiri yang anggotanya terdiri daripada cendekiawan, guru dan mahasiswi. Wadah yang berusaha untuk mengembalikan wanita-wanita sesat kepada jalan kebenaran. Ancam dan takutkan mereka dengan firman-firman Allah. Sekiranya mereka tidak mahu mendengar dan tidak takut lagi, maka berilah gambaran bahaya penyakit yang akan dideritainya..

Wahai sahabatku,
Kamu berpelajaran tinggi.. dan menghafaz al-Quran serta mengetahui makna-makna yang tersurat didalamnya. Tetapi, aku melihat dirimu di Alam Maya, menunjukkan kamu tidak seperti apa yang aku harapkan. 

Tidak bersikap tegas di dalam bicara, walaupun bergurau sesama wanita.. tetapi ramai penontonnye bukan dari kalangan kita. Mahukah kamu, memiliki lelaki kerana tergoda dengan sikap manja-manjamu di Alam maya tetapi bukan dengan Agamamu yang kamu miliki sebenarnya?? kitalah punca niat mereka terpesong. 

Sedarkah kita? kita dikira terpelajar, kita belajar tentang akhlak, tetapi perlukah menonjol tentang segalanya yang berkaitan tentang diri kita di Alam maya? Yang sebenarnya boleh membuka aib kita sendiri? tidak takutkah kita orang akan mencebik tentang sikap kita yang kita anggap baik atau mulia dalam diri kita, tetapi hina dalam diri mereka??

Wahai Sahabatku, 
Aku tidak malu memiliki sahabat seperti itu, tetapi aku malu kerana kamu pelajar agama.. akan tetapi tidak seperti pelajar agama. Kamu mencuri perhatian lelaki dengan cara yang paling murah!! Benar kata kamu, tidak perlu hipokrit. Tapi disebabkan kita tidak mahu hipokritlah, 'Dosa' itu suka dengan kita. Itu bukan dinamakan hipokrit sahabat, itu maknanya menutup keaiban diri yang sebenarnya. 

Jadi sahabatku,
Malu kita perlu bertempat, ya betul! Bertempat itu dimana?? ditempat yang sepatutnya. Tetapi slumber itu juga perlu bertempat..tapi tempatnya dimana?? adakah kita nak berslumber pun, sehinggakan aib terbuka dengan sendirinya tanpa menyedarinya??

Sikap manja, sikap gedik kita tidak perlulah dipublishkan di khalayak ramai.. cukuplah sekadar sahabat kita mengenali kita dan dipublishkan untuk lelaki yang bergelar suami sahaja. 

Wahai sahabatku,
aku bercakap bukan kerana aku memiliki ilmu yang banyak seperti mu.. tetapi aku bercakap sebagai seorang sahabat yang sayangkan maruah sahabatnya yang lain termasuk maruah sebagai kaum hawa yang nabi kata,ia membawa fitnah paling besar didunia!

jadi sahabat, mahukah kamu berubah bersama ku?? marilah kita sama-sama muhasabah diri demi kebaikan diri kita sendiri. Sesungguhnya Allah menyayangi kepada hambanya yang sentiasa muhasabah diri.

Wallahu'alam~

Bersabarlah sayang!


Bismillahirrahmanirrahim.

| Coretan ini, buat sahabat serikandi yang dikasihi Fillah. Semoga kehidupannya sentiasa dirahmati Allah. InsyaAllah, ameenn!! ^^, | 

Sahabat,
Hidup ini ibarat roda, tetapi dia bergerak pun kita tidak sedar, sebab itu dugaan Allah, bila mana dia datang pun kita tidak akan tersedar, Hidup ini juga umpama makanan, ada pahit, masam-masam manis,manis dan sebagainya, Samalah juga seperti kehidupan kita wahai sahabat, kadang-kadang ada manis, kadang-kadang pula ada pahitnya, Itulah fitrah namanya yang terkandung dalam Prinsip Allah Ta'ala!


Sahabat,
Aku sedih mendengar ceritamu tentang Cinta,memang pedih bila memendamkan perasaan yang lara, Bak kata orang, Penantian itu satu penyeksaan..kadang-kadang penantian itu memang seksa,
Tetapi,kadang-kadang penantian itu satu kebahgiaan. Dua penantian kamu amat menyeksakan, Kedua-duanya bukan milikmu wahai sahabatku. Bersabarlah…


Aku selalu memikirkan, adakah Engkau tidak cukup baik bagi mereka? Atau kamu yang terlalu berharga? Tetapi aku yakin sahabat, Kamu yang terlalu berharga, Hatimu ibarat permata yang tiada tandingannya.

Teringatku pada kisah Asiah Yusro yang kamu kagumi, dia memendam perasaan kerana terlalu Cintakan agama dan Kekasih hakiki. Sampailah kepada satu tahap, dia dipinang, malangnya lelaki itu bukanlah lelaki yang dia pendamkan rasa cintanya sebelum ini. Tetapi dia redha apabila membaca firman Allah, dalam surah Al-Baqarah ayat 216 bermaksud : “dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya” Lantas, Dia pasrah dengan ketentuan Ilahi dan menyatakan ‘Setuju’ dengan hati yang penuh keterpaksaan bersulamkan keikhlasan. Akan tetapi, Allah itu Maha mendengar lagi Maha Mengetahui.. Akhirnya, Asiah Yusro dijodohkan juga dengan lelaki yang disanjunginya selama ini. Nah!! Yakinlah sahabat, Janji Allah itu pasti.


Aku teringat dengan pesananmu “tanyalah dia jika ingin tahu hal yang sebenarnya? Agar tidak menyesal di kemudian hari..”


Sahabat,
Siapalah aku ini jika nak dibandingkan dengannya?? Risikan pertama ku tolak mentah-mentah kerana dia terlalu baik buatku.. agamanya mantap. Risikan kedua pula, ku pendamkan kata hati untuk menerima, kerana bukan cara itu yang aku harapkan sebenarnya, katanya ingin berjumpa keluarga tetapi gayaknya seperti sudah berpunya. Tetapi siapalah aku ini sahabat, aku tidak punya apa-apa nak digandingkan dengan mereka bagaikan langit dan bumi. Adakah aku terlalu merendah diri sahabat??

Aku terbaca sesuatu dari buku "pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul".
"Kalau suka,jumpalah ibu bapa. Sayangnya, tiada yang berani,tanda tak bersedia. Kalau tak sedia,kenapa nak bercinta? Bukankah itu pintu zina semata-mata? Nauzubillah.

Dari situ aku beriltizam untuk membangkitkan mereka daripada kelalaian fitnah wanita di akhir zaman dengan sebuah prinsip dan ketegasan.Lantas, Aku malu dengan diri sendiri kerana terlalu kerdil di sisi Ilahi. Terkadang aku merasakan, aku tidak layak digandingkan dengan orang seperti mereka, Ilmu penuh dada, beradab sopan walaupun sebenarnya itulah baitulmuslim impianku selama ini.


Namun, Biarlah Cinta Ilahi mengatasi segalanya. Jodoh itu pasti ada untuk kita.. siapa dan bila itu semuanya rahsia Allah. Bersabarlah dan teruskan menanti.. aku tidak mahu disebabkan ini, gerak kerja kita tergantung. Dan menyebabkan hijab antara kita dengan Al-khaliq. Allah Maha Mengetahui sahabat, Dia sayangkan kita dan terlalu sayangkan kita. Aku sayangkan kamu kerana Allah kurniakan aku sahabat sepertimu.


Jadi sahabat,
Perjuangan kita masih panjang. Jalan dakwah kita masih luas terbentang di luar sana. Mereka memerlukan kita.. kita juga perlu bantu mereka. Lupakan dahulu tentang Cinta yang sementara… marilah kita sama-sama mencari Cinta yang kekal selamanya.

Aku ambil pula dari kisah Elya Khadeeja. Dia menerima ramai sangat undangan pinangan. Tetapi demi dakwah dan Islam, dia menolaknya secara baik dengan menyatakan dia tidak bersedia. Walaupun kesemuanya bakal Imam itu bukanlah dari calang-calang orang yang mantap dari segi Agamanya. Tetapi demi untuk mengembangkan sayap dakwahnya ke Amerika, dia lepaskan kesemuanya. Walaubagaimanapun, Allah tetap mengurniakannya seorang Imam yang terbaik dari segi tarbiyyah dan dakwahnya sewaktu dia di sana.


Percayalah sahabat, pasti ada yang lebih baik buatmu. Kumbang bukan seekor tapi pasti kamu akan menjawab hendak mencari kumbang yang wangi seperti mereka sangat susah. Memang Betul tu sahabat, tapi ia tetap wujud dimuka bumi. Jangan risau atau sangsi. Kerana segalanya sudah tertulis di Luh Mahfuz. Yang pasti, Doa.. dan teruskan berdoa. Agar hati kita lebih terikat dengan Allah. InsyaAllah..!! ^^,

Aku terminat pula pada pesanan ringkas dari sahabat kita.

"Cinta amat mahal takrifnya,
Itulah yg difitrahkan oleh Allah s.w.t. kepada Hambanya
Cinta hanya tertulis pd perkataan,
Tapi gagal dilihat pada zahirnya..
Kerana itu tanggungjawab dimana wujudnya kesetiaan dan kejujuran didalamnya. Ingat pada yang satu,jujur pada yang setia,
setia pada yg kasih,kasih pada yang rindu,rindulah pada yang menyayangimu,
Cinta takkan datang kalau tak dicari,cinta juga takkan dapat kalau tiada siapa yg memberi,Tapi mencari biarlah pada yang sudi, bukan meminta pada yang simpati."

Salam sayang buah sahabatku didunia mahupun disyurga..insyaAllah..ameen!!
(^_^)