Oct 15, 2010

Varsity Journey 2010.


Bismillahirrahmanirrahim..Assalamuálaikum w.b.t.


10.10.10 Penutupnya bagi program VJ'10 (Varsity Journey 2010) yang telah berlangsung selama 3 hari yang telah bermula pada 8.10.10. Alhamdulillah.. natijahnya sangat memuaskan. Terima kasih diucapkan kepada semua ahli AJK yang telah bertungkuslumus dalam menjayakan program ini sejak sebelum masuknya bulan Ramadhan lagi. Tahniah2... korang memang hebbat. hehe



8.10.10 (3 petang) : kami bertolak ke DUSUN EKO RESORT,Bentong Pahang dengan menaiki bas persiaran. Ana sebagai AJK PPL bersemangat untuk datang awal ke tempat semua peserta kena berkumpul. Datang je, rupa-rupanya semuanya tak datang lagi. 1st time ana dan roomate datang awal. sebabnya, selalunya kami yang lambat.hehe Mungkin disebabkan amaran yang diberi oleh Cikgu agar punctual. So, kami pun punctual. Dan ana rasa geram dengan sahabat-sahabat yang tak punctual. Ana berdiri di depan pintu bas seperti lagaknya KD DISIPLIN. Ana arah mereka yang lambat buat bump in.hehe tapi diowg tak buat pun juz gurau-gurau je maa....kui3



Perjalanan mengambil masa selama 1jam 1/2 sahaja untuk sampai ke destinasi. Rasa seperti dekat sangat. huhu sampai-sampai je kami diberhentikan ditempat kawasan yang lapang seperti tempat untuk merempat pun ada..hohO Sementara lori datang menjemput kami, kami duduk dulu disitu dan makan makanan ringan.

Setibanya lori dalam beberapa minit kemudian, kami bergerak pula ke resortnya. Cam best plak naik lori.hehe Patutla bas tak boleh masuk, sebab jalannya agak menggunung... dan sempitla jugak. Lori tu pun semput gak bila nak naik ke lokasi resort tersebut. Tengok!! lori pun boleh semput apatah lagi manusia..hehe Sesampai je kami disana, kami terus letak barang di pondok masing-masing. kami panggil pondok sebab bentuk dia macam pondok, takde tilam dan selimut. Tapi alhamdulillah masih diberikan bantal untuk mengalas kepala.

Pada malamnya pula, kami buat sedikit aktiviti, iaitu ice breaking. Agak unik juga idea dri KD PENGISIAN. credit for them. Memang interesting and funny maybe..hehe Pastu kami bahagikan kepada 5 kumpulan. Dan setiap kumpulan,dikehendaki membuat 1 logo kumpulan dan juga trakmake. Kumpulan ana buat bentuk love (bersatu), pastu ada Al-Quran + 1 (menunjukkan 1 Aqidah @ konsep perpaduan)..ha.. dan banyak lagi lah daripada kumpulan lain pula, ada yang buat Jam pasir, kipas, bumi.. dan mentari. Agak unik dan kreatif mahasiswa/wi ni ye..ngeh3 Setelah itu, setiap kumpulan dikehendaki membentangkan isi penting yang berkaitan dengan logo yang direka. Dan diadili oleh Guru kami sendiri iaitu Puan Zainun Ishak. Akhirnya, kami yang memenangi logo yang paling kreatif..apepun, semuanya memang terbaek! ^^,

Kami bersurai pada jam 11.30 malam dan diberi tugas untuk khirosah (jaga malam) untuk malam itu.

9.10.10 : kami bangkit pada jam 5 pagi untuk menunaikan solat sunat tahajjud 4 rakaat disertakan dengan solat sunat yang lainnya. Setelah selesai solat subuh..kami adakan sedikit tazkirah yang disampaikan oleh Akhi Talhah. Yang bertajuk 'Ahli Sihir'!

Jam 8.00 pagi setelah selesai breakfast. Kami buat sedikit senam aerobik bersama guru kami. Macam-macam taktik yang di ajar kami. Nama pun pelik-pelik.. malas nak sebut.hehe pastu, kami buat sedikit permainan. Main tangkap-tangkap dan kejar-kejar?? eh macammana tu?? entahla.. ana pun tak paham. bila kumpulan ana lari, ana pun lari lah.. buat-buat tahu.hehe (muslimin & muslimat seperate)

Setelah itu, dan rehat dalam beberapa minit..kira-kira jam 9.30 pagi kami bersiap sedia pula untuk FLYING FOX. Kami berjalan menuju ke lokasi.. sambil itu, ana setia dengan kamera tersayang mengambil pemandangan yang indah disitu.. Indah ke?? persepsi ana je..kui3 Sebelum tu, kami dikehendaki naik JAMBATAN GANTUNG sebelum menuju ke lokasi FLYING FOX. Group ana pergi dulu, sebab ana nak amik gambar..isk3 tak habis-habis nak merakam..=.= dalam perkiraan ana, ana nak ambil time jalan di JAMBATAN GANTUNG tu, tapi risikonya amat bahaya sekali. Setelah ditegur oleh beberapa orang sahabat, ana pun simpanlah kamera tu.huhu sikit-sikit pun jadilah kan2?..ngeh3 ana orang ke 2 sampai ke lokasi seterusnya. [1 group 8 orang]

Group 1st yg sudah sampai sedang bersiap sedia untuk beraksi di tali FLYING FOX pula.. walaupun ana sampai awal.. tapi ana dahulukan sahabat-sahabat yang lain. sebab ape?? nak tangkap gambar.hehe takde keje.. dah boring.. ana pula yang naik benda alah tu. hehe.. Time naik pun sempat agi merakam.. takut gak kalau-kalau jatuh en, tapi pOkcik kat situ bagi jaminan.. so, apa lagi..?? rakam ar. tapi tak dapat rakam muke sendiri ar.. kak senior sorang tu, dapatlah..hehe takpelah. lenkali..insyaAllah. kui3 Alhamdulillah.. sepanjang merentasi JAMBATAN GANTUNG itu.. tak putus kami bertasbih kehadrat Ilahi. Agar kegembiraan yang sedikit ini,tidak melekakan kita dari mengingati kekasih hakiki. Allahu Akhbar!!

Setelah semuanya berjaya merentasi FLYING FOX tersebut... kami dibenarkan mandi di Kolam Air..yeah!!..best3.. hehe sekejab je mandi.... sebab ada agenda lain pulak selepas itu. Selepas puas bermandi-manda... bersiap-siap pergi makan tengahari pula. Ya Allah, laparnya time tu. Sebab masuk air kan?? perut jadi lapar. Mandi kolam ni, sesuai untuk orang gemuk yang nak kuruskan badan dia. Di dapati 20% lemak dia akan turun. [buat kajian sendiri..hehe :D]

Setelah itu, kami adakan sedikit LDK dan juga kelas PJK bersama Cikgu. LDK tersebut kami kena buat banyak keistimewaan tentang benda yang kami dapat. Terdapat 5 jenis benda iaitu batu, air, daun, jam dan juga kayu. Kumpulan ana dapat air. So, kami terangkan keistimewaan air. Terutamanya ia banyak disebut di dalam ayat al-Quran. Selepas semua kumpulan menyatakan keistimewaan bendanya masing-masing, kami bukak sesi perdebatan pula dan akhir sekali konklusinya. LDK ini tamat kire-kire jam 4.30 petang.

Seusai solat asar secara berjemaah (5 petang), kita masuk pula kepada sesi RINTANGAN HALANGAN. Terdapat pelbagai gadget yang perlu kami atasi. Antaranya, panjat tembok, masuk gelung, berjalan di atas tali dan macam-macam lagilah. Memang dasyat time nak merentasi tayar gantung ke tayar gantung yang lain. huhu Ada juga sahabat-sahabat yang kurang berjaya untuk merentasi halangan tersebut..hohO apepun, penat tapi Best Giler!! hehe.. Terasa juga jadi askar sekejab. Yela, dah kuar dari palapes en??hik3...

Selesai je merintangi semua halangan tersebut.. kami naik untuk berbincang tentang MALAM KEBUDAYAAN yang akan berlangsung pada malam itu. Tapi ada juga sahabat yang tolong bakar BBQ. Dan ada juga yang bincang tentang apa yang ingin dipersembahkan oleh setiap kumpulan. Setelah itu, kami persiapkan diri untuk menunaikan solat magrib secara berjemaah pula.

Seusai solat berjemaah pula, kami menjamu selera. Macam-macam menu ada. Tomyam, BBQ...wah.... kenyang do'oh perut kami malam tu. Alhamdulillah.. rezeki Allah beri memang luar biasa..^^, Selepas semuanya selesai makan. Tibalah masanya untuk agenda seterusnya. Iaitu MALAM KEBUDAYAAN. Ada yang berlakon, dan ada juga yang bersketsa. Tak lupa juga ada yang bernasyid dan menggunakan peralatan muzik yang direka sendiri. Dan ada juga yang berdiplomasi serta sekaligus memusabahkan diri kami semua. Alhamdulillah..persembahan tersebut adalah penutup segala kegembiraan yang membawa kita kembali mengingati YANG ESA..!

10.10.10 : | 5 pagi | slot muhabah diri dan Seperti biasa, Qiamulail serta solat sunat tahajjud dan solat subuh secara berjemaah. Selepas itu, kami lakukan sedikit senam aerobik dan lebih kurang jam 9.30 pagi, JUNGLE TREKING pula. Perjalanan mengambil masa selama 1 jam setengah je. 1st time pergi jungle treking sekejab itu. huhu Tapi perjalanannya agak mencabar lah jugak.. sebab mendaki bukit kan?? agak curam tapi taklah curam sangat...hehe kat Hulu Yam lagi Dasyat kut..huhu

Selepas itu, aktiviti dalam group pula.. setiap kumpulan dikehedaki basahkan logo masing-masing tapi jangan bagi koyak.. selepas itu, buat tali panjang... Then, Ketua pengisian akan bagi tahu sebab apa kena buat macam tu dan motif-motifnya. Setelah itu, kami solat sunat dhuha berjemaah di atas tanah depan pintu masuk resort tersebut sebab berdekatan dengan Kolam Air.

Kini penutupan pula, setelah siap persiapan diri dan makan. Kami adakan majlis penutupan pula dan dirasmikan oleh Cikgu Zainun sendiri. antara Ucapan beliau "Saya rasa kumpulan saya kali ini, adalah kumpulan paling ceria yang pernah saya pegang. Saya rasa nak bagi A kepada semua,bukan semualah kiranya A dah ada dalam tangan kamu". Kami berasa gembira dengan ucapan beliau. Yelah, kamilah anak murid cikgu yang selalu datang lewat ke kelas.haha Kalau aktiviti-aktiviti macam ni, barulah kami semangat. Dan buat pengetahuan cikgu. Anak murid cikgu kali ni memang kecoh-kecoh belaka..hik3... kami gembira kerna dapat menghiburkan hati cikgu dengan sikap kekecohan kami..ngeh3

Selesai solat zohor dan doa rabithat serta salam wida', kami berangkat pulang ke University Malaya. Yang dipanggil 'Penjara' kerana diselebungi Assigment yang sangat misteri. hehe Alhamdulillah kami selamat sampai pada jam 4.30 petang. huhu Ingatkan nak relax malam tu, tapi rupenya ada tanggungjawab yang tergendala.. so, pergilah meeting malam tu. kui3

Terimakasih kepada semua AJK yang telah berjaya merencana program seperti ini. Semoga program susulan dapat diteruskan lagi untuk batch kita.INsyaAllah.. Komen ana "saya suka program yang lasak dan berunsurkan Islamik!! sebab dalam kegembiraan yang kite bina tidak sedikit pun melupakan kita kepada Ilahi..insyaAllah".

Sekian dahulu entry kali ni, maaf sangat sebab tak dapat update secepat mungkin seperti dulu kerana Al-Wajibat Aksiru Minal AuQot!! huhu...so, kena gunakan masa yang ada untuk yang lebih aula. Oklah.. sekian dahulu... wallahu'alam^^,