Oct 3, 2010

Kursus Kahwen Yang Ku Lalui!!

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum semua..^^,

Alhamdulillah.. kita sudah masuk hari yang ke 25 dalam bulan syawal. insyaAllah. So, da puas beraya ke?? hehe kali ini ana tak beraya sangat. Almaklumlah, bila da masuk kampus.. nak beraya pun dah takde masa. sibuk dengan assigment pastu program ilmiah yang berbagai. Cadangnya nak buat OpenhOuse untuk sahabat-sahabat pun terpaksa dibatalkan. Minta maaf banyak-banyak. InsyaAllah tahun depan deh, itu pun sekiranya kita dipertemukan lagi dengan bulan ini. mudah-mudahan..ameenn!!!

Minggu lepas ana telah menyertai suatu kursus Pra-Perkahwinan. Dianjurkan oleh PMAPIUM (Persatuan Mahasiswa APIUM). Ramai yang kata, 'awalnya kau amik kursus kahwen ili? ai, dah nak kawen ke?'. Secara peribadinya, belum lagila nak bina masjid tu. Tapi sebagai persediaan menyiapkan bahan-bahan supaya dapat mengukuhkan lagi struktur binaan masjid tersebut. Walaupun ditiup angin yang sangat kuat mahupun dilanda Tsunami yang sangat dasyat..ana mengharapkan masjid yg dibina itu tetap kukuh..even mungkin ada sesetengah sisi masjid yang sudah runtuh ditiup angin yang kuat itu.


Jadi ana nak kongsi sedikit apa yang ana dapat dalam kursus tersebut. 1stly, Penceramah pertama menerangkan kepada kami tentang konsep Aqidah yang sebenar. Ape itu Aqidah?? aqidah adalah ikatan yang kuat antara seorang hamba dengan al-khaliq iaitu Allah S.w.t. Jadi, bagaimana dengan Aqidah kita?? adakah pergantungan kita terhadap Allah sudah cukup kuat?? Misalnya, Suami menganggap isteri sebagai seorang hamba. Walhal isteri adalah milik Allah selama-lamanya. Perkahwinan dibina biarlah kerana sebagai wasilah untuk mencapai keredhoan Allah..bukan dengan niat menjadikan isterinya sebagai seorang hamba abdi.

Kita kena ingat, kadang-kadang dalam kata-kata kita juga boleh menganggap seseorang itu sebagai seorang hamba. Contohnya, kalau ade sahabat kita yang minta tolong tapi cara dia cakap macam mengarah je.. misalnya, 'weh amikkan aku teh satu?' Mesti hati kita akan rasa tersentuh dan terasa dengan kata-kata dia. Tapi biarlah dengan cara meminta tOlong.. misalnya, 'weh,minta tolong amikkan aku teh?' barulah kita akan rasa senang hati untuk menolOngnya dan tidak rasa seperti diarah-arah. Begitu juga dengan suami isteri.. Jika, si suami nak minta tolong isteri buatkan air.. bercakaplah dengan lemah lembut.. dan bercakap dengan kata-kata seperti ingin meminta 'tolong'.. samelah juga dengan si isteri, misalnya nak minta tolong sidaikan kain.. "abang tolong sidaikan kain?' ha. Barulah si suami rajin je nak tolong si isteri. tapi kadang-kadang si suami selalu menganggap, sidai baju, basuh baju , memasak sumenye adalah keje si isteri seorang walhal pada zaman Rasulullah dulu.. semua kerja rumah siti Khadijah.. baginda yang buatkan. Tidak perlu untuk menunggu siti Khadijah meminta tolong dahulu barulah baginda buat. Bahkan, setiap masa Baginda sentiasa membantu Siti khadijah membuat kerja rumah. Itu barulah dikatakan suami yang mithali. Tapi zaman sekarang dah lain pulak kan?? tak salah pun cuma ikut sunnah nabi itu kan lebih baik? kan3?hehe


Senang cite, masak sama-sama, kemas rumah sama-sama, sidai kain sama-sama..ha.. barulah romantik.. hohO yeke?? tahhuu.. ana tak kahwen lagi. hehe tapi kekadang kat kampung tu.. kenalah masak banyak-banyakkan? pastu bawang pulak nak kena potong banyak-banyak.pastu, bila ibu sowang je wat keje-keje tu.. abah pun datang duduk berselimpuh bantu ibu wat keje. ha.. romantik kan?? tapi suami zaman sekarang malu nak wat keje-keje sume tu.. katanya cam pondan. elleh, abah ana okey je. keh3..^^, Jadi, janganlah anggap isteri anda itu sebagai seorang hamba tapi anggaplah ia sebagai permaisuri yang telah menyempurnakan hidup anda sebagai seorang lelaki. =)

Penceramah pertama itu juga menerangkan tentang ibadah dalam rumahtangga. Jika inginkan keluarga yang mawaddah dan sakinah.. solat jemaah itu wajib dalam sesebuah rumah tangga. sebab ape?? sebabnya bagi mendapat keizzahan daripada Allah Taála. memang betul, suami solat berjemaahnya di Masjid. dan seorang isteri tempat solatnya di kamar suami. Tapi solat berjemaah bersama keluarga itu lebih baik. Lagi-lagi pada waktu subuh dan isyak. Agar masjid yang dibina makin bersinar-sinar cahayanya..hohO. ha lagi satu, setiap kali baca doa lepas solat tu.. bacalah dalam bahasa melayu. kerna seorang isteri itu lebih tersentuh dengan doa yang dibacakan oleh suaminya dengan bahasa yang difahami.^^,

Selain daripada itu, tidak semua masalah yang si isteri/suami hadapi kita boleh ceritakan kepada pasangan masing-masing. Tetapi Jika ada masalah,tempat mengadu yang pertama adalah Allah s.w.t.! Kita pun sedia maklum... dalam mendirikan rumahtangga ujian dia lagi hebat dari orang yang belum mendirikan rumahtangga. sebab itu, Allah suka uji hambanya. Nak pastikan, Hamba ni ingat ke tidak dengan aku lagi?? yelah.. dalam syok-syOk berkahwin tu.. kadang-kadang kita boleh leka dengan nikmat yang Allah beri. Betul x?? Jadi, if ada pape masalah,mengadulah dengan Allah s.w.t. kerna Dia Maha mendengar dan Maha Penyayang. :) Mohonlah dengan Allah selalu agar dikekalkan keharmonian didalam rumahtangga yang dibina. Tapi janganlah masalah-masalah yang dihadapi itu boleh membuat pasangan kita rungsing dengan sikap kita. Mungkin suami,isteri boleh berbincang cara penyelesaiannya sama-sama.ha.. tapi hendaklah kita berdoa selalu agar diberikan jalan yang lurus serta dalam masa yang sama menunjukkan kita hamba yang sentiasa taát dalam menurut segala perintahNYA.InsyaAllah.

Ustaz ni menceritakan tentang rumahtangga seseorang. Seorang lelaki ni ramai sangat peminatnya. Bila ada orang bagi meseg.. mesti nak layan. sehinggakan dah kawen pun... perangai yang lama pun dah tak boleh nak barubah. sampaikan isteri die rasa pelik, yelah.. sikit-sikit meseg.. sikit-sikit chating.. (contohnya di FB) lama-lama tu, si isteri ni pun tak tahan dengan sikap suami die yang suka melayan perempuan lain even hanya seorang kawan.. last-last bercerai. Jadinya, kita kena latih diri kita and terutamanya hati kita supaya habit kita yang boleh menjejaskan hubungan rumahtangga kelak dapat berubah. Misalnya, suka bermeseg dengan yang bukan muhrim.. boleh dikatakan setiap masa, setiap saat, setiap hari.. dok bermeseg je or dok berchatting je... lama-lama die boleh menjadi habit.. dan berkemungkinan sampai kita dah berkahwin pun habit tu ada lagi. ha.. itu yang parah tu. Memang betul, seorang isteri kena percaya akan suami. tapi si suami juga perlu memahami sifat wanita yang Allah ciptakan itu macammana. Fitrahnya macammana?? jika seorang isteri itu tiada sifat cemburu kepada suaminya jika si suami meseg mesra dengan perempuan lain..sehingga bergurau melampau2.. maknanya si isteri takde langsung perasaan kasih & sayang terhadap suaminya. Jadi si suami/si isteri hendaklah setia dan bergurau senda hanya kepada pasangannya yang halal sahaja. Bagi mengelakkan fitnah di kemudian hari. ^^,


Sometimes,Ana cukup tidak berapa berminat bila dirisik melalui Ym,chatting atau seumpamanya. Jika betul-betul serius... atau tekad untuk memperisterikan seseorang... langsung berjumpa dengan ibu bapanya.. tidak perlu meminta persetujuan perempuan itu dahulu.. sebab apa?? sebab dengan berjumpa langsung dengan ibu bapa itu adalah cara yang lebih baik. Dan pada ketika itu, hati lelaki lebih yakin sekiranya berjumpa sendiri dengan ibu bapa.. berbanding merisik dahulu empunya badan. Jika kita tanya dahulu empunya badan, kita sendiri tidak yakin dengan apa yang kita nak sebenarnya.. betul tak?? lagi satu, bila mana seorang lelaki tanya kepada empunya badan.. itu bermakna lelaki itu telah meletakkan harapan kepada perempuan itu. Dan bila sampai kepada satu tahap, dimana lelaki dan perempuan ini tidak berhubung.. si perempuan pasti akan tertanya-tanya apakah status die sebenarnya dengan lelaki itu. So, lebih baik berjumpa terus kepada ibu bapanya dan disitu telah terbinanya satu ikatan yang mana lelaki & perempuan ini yakin untuk mendirikan rumah tangga. hohO [ini konklusi dari beberapa orang sahabat ana. Mungkin situasinya sama seperti ana. wallahuálam.]

So, banyak lagi sebenarnya ilmu yang ana dapat bila menghadiri kursus kahwen ni. Ustaz tu pesan.. carilah lelaki yang paham agama.. pasti senang hidup kita.. didunia mahupun diakhirat. Walau apepun, sebagai seorang perempuan, hendaklah banyak belajar bersabar dalam menghadapi setiap perkara. Kerna Isteri yang sentiasa bersabar dalam menghadapi ujian dalam rumahtangga dijanjikan masuk syurga..insyaAllah..ameenn!! Jadi, belajarlah bersabar, meredhai setiap perkara serta sentiasa berlapang dada.. agar rumahtangga yang dibina gah dengan cahaya Ilahi. Ha lagi satu, sebagai seorang isteri.. kena berani menegur kesilapan suami.. dan suami juga kena menerima segala teguran si isteri. yelah, kadang-kadang si suami ini ego je lebih. sehinggakan teguran isterinya pun die tak terima.. Jadi ia akan menyebabkan krisis dalam rumah tangga. makanya, belajarlah bertolak ansur antara satu sama lain. Memahami antara satu sama lain.

Prosedur perkahwinan pun die bagitahu juga. Banyak lagilah...Konsep perbubaran Perkahwinan dan macam-macam lagilah. hohO.. Lebih best kalau antum hadiri sendiri kursus kahwen tersebut.. tapi jangan setakat berdaftar sahaja.. masuk sekali dalam majlis kursus tersebut even kita dah banyak ilmu sekalipun. Tapi jangan berbangga dengan ilmu yang ada. sebab apa?? kitaran dalam rumahtangga dan hal-hal dalam rumahtangga ni kadang-kadang banyak yang kita tak tahu dan tak ambil pusing dengan isu-isu semasa.. walhal ia penting bagi kita.

Pesanan buat semua bakal-bakal permaisuri,
"Janganlah kita mengharapkan pujian daripada suami dengan setiap kerja yang kita lakukan untuk suami kita nanti tapi lakukanlah setiap kerja itu dengan niat kerana Allah Taála".
okeh?? Aqidah kita kena betol. Contohnya bila kita nak cantik-cantik depan suami.. niat kita mesti mengharapkan pujian dari suami tercinta tapi niat sebenarnya biarlah kita berdandan itu kerana Allah suruh dan demi hanya untuk suami tercinta sahaja. Okeylah sekian dahulu cerita kali ini.




Kepada k.Aisyah (UIA) selamat mendirikan rumahtangga bulan 12 ni... Jadilah permaisuri yang sentiasa menyenangkan hati suami. Serta Jadilah isteri yang sentiasa taát pada perintah Allah dan juga suami..serta ili doakan Selamat mengharungi bahtera bersama suami tercinta dan berkekalan hingga ke syurga. Ingat, Kahwen awal ni banyak dugaannya.. Sentiasalah memohon kepadaNYA agar ditetapkan hati. Ingat pesanan ustaz kursus tu au.hehe Dan juga kepada sahabat-sahabat yang sudah bertunang... Semoga ditetapkan hati dan kekal hingga ke jinjang pelamin dan seterusnya berkekalan hingga ke syurga..insyaAllah. ammenn ya Rabb!!

Wallahuálam.