Nov 30, 2010

Bicara Ulama Besar Dari Syria!



Alhamdulillah.. hari ini ana dapat meluangkan masa untuk menghadiri satu majlis/diskusi bersama salah seorang Ulama besar dari Syria,iaitu Syeikh Prof. Dr. Muhammad Sa'id Ramadhan Al-Buti yang telah diadakan di Masjid Azhar KUIS. Beliau merupakan pengarang Kitab Fiqh Sirah yang terkenal dan setahu ana, dalam subjek Aqaid kami di sini juga menggunakan kitabnya yang bertajuk "Keyakinan Hakiki | Kewujudan Maha Pencipta dan Tugas Makhluk Di Alam Semesta |".


Perjalanan dari UM ke KUIS mengambil masa 1 jam lebih kurang..sampai sahaja, diskusi tersebut tlh berlangsung selama 15 minit, lantas kami solat Isyak berjemaah. Setelah itu, kami mendengar ceramahnya. Jika ada ulama-ulama arab yang datang ke negara Malaysia pasti ada yang akan menjadi tukang translatenya. Alhamdulillah kami memahami tapi alangkah indahnya, sekirannya kami pandai bahasa Arab macam depa..huhu


Okeh, tadi Syeikh ada menceritakan tentang seorang hamba Allah yang bernama Malik Bin Dinar. Yang mana lelaki ini adalah seorang kaki judi paling jahat sekali, sampai suatu masa..dimana beliau mengembalikan semula harta yang dicurinya,terpancar raut wajah kegembiraan pada raut wajah si pencuri itu. Beliau mengatakan "Aku berharap kegembiraan yang terpancar diwajahmu diiringi doa keatasku untuk mendapatkan keredhaan Allah". Setelah itu beliau balik dan tidur. Tiba-tiba terbit dalam hatinya bagi menginginkan seorang anak perempuan. Namun,dia yakin tidak siapa yang ingin berkahwin dengannya dengan kejahatan yang telah dilakukan. Lantas dia ambil keputusan untuk membeli seorang hamba perempuan untuk dijadikan seorang Isteri.


Setelah itu, impian beliau untuk memiliki seorang anak perempuan tercapai.dan beliau seronok bermain-main dengan anaknya itu. Ditakdirkan Allah, anaknya Meninggal ketika berumur 2 tahun. Jadi, perangai beliau yang dulu menjadi makin teruk dan melampau. Sehinggalah satu masa, ketika beliau sedang tidur dan bermimpi.(seperti di Akhirat tempatnya) Ada seekor ular mengejarnya dan terus mengejar, tiba-tiba dia terjumpa seorang lelaki seakan baik perwatakannya. Lalu beliau meminta tolong kepada lelaki itu, tetapi lelaki itu berkata "Aku tiada kuasa untuk menolong Engkau" Lantas, beliau berlari lagi untuk menyelamatkan diri. Dan berhenti bila ternampak kain terbentang, dan beliau menyelak kain itu, didalamnya terdapat anaknya yang telah meninggal itu. Dan anak itu, memegang tangannya dan berkata seperti dalam firman Allah yang bermaksud : "Tidakkah sampai masanya orang beriman hatinya menjadi khusyuk mengingati Allah". Sebelum itu, si ayah bertanya kepada si anak : "Siapakah lelaki yang perwatakan baik tetapi tidak mahu menolongku?" Lalu si anak pun jawab : "Itu menunjukkan amalanmu yang sangat sedikit untuk membantu disini".


Lantas, setelah Malik bin Dinar sedar dari lena yang panjang dan mengalami mimpi yang sangat dasyat. Beliau terus berubah dari dulu perangainya yang jahat tetapi kini, beliau menjadi seorang yang soleh dan patuh kepada perintah Allah s.w.t.

Apakah resolusinya disini??

Mari kita fikirkan bersama.. Kenapakah kita dilahirkan ke dunia? untuk apa kita dilahirkan dunia?? Jawapannya ada pada surah Az-Zariyat ayat 56. Cek dalam tafsir dan pahamkan betul-betul ya.

Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dia sentiasa memberi ruang kepada hambanya yang sentiasa inginkan taubat. Pintu Taubat sentiasa terbuka untuk hamba-hambanya yang sentiasa inginkan keampunan daripada Allah. Percayalah,  dan bersangka Baiklah dengan Allah... Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Dan Hidayah itu milik Allah. Dia boleh berikan hidayah itu kepada sesiapa sahaja yang Dia mahu. Walau sehebat manapun kita sampaikan dakwah, tetapi jika Allah tidak izinkan dia berubah, selagi itu dia tidak akan berubah.. sebab tugas kita hanya menyampai dan berusaha. Yang memberi hidayah itu semuanya kuasa Allah cuma kita diberi pilihan untuk terima ke tidak hidayah Allah itu. Fikir-fikirkanlah ye..:DD


Tamat.

Thanks to Photographer Dr. Asy.

Diskusi beliau diakhiri dengan serangkap doa :-
"Ya Allah berilah hubungan yang baik antara kami denganMU, dan tempatkanlah kami ditempat yang baik, terangilah hati kami dengan cahayaMU". Ameeen!!

Setelah itu dibuka pula kepada sesiapa yg ingin bertanya kan soalan sebelum beliau berangkat pulang. Antara salah satu soalannya ialah (Sekemanya ayat..hee~ =.=).

Erm.. Ungkapan ada menyatakan bahawa "Apabila kita mengenali sesuatu ia akan membawa cinta pada kita". Tetapi bila kita mengatakan kita mencintai Allah, kita still melakukan larangan Allah..

Jawapannya : " Sebenarnya aku merasa sangsi, mereka mengatakan, mereka Cnta Akan Allah tetapi mereka still melakukan segala larangannya. Jika kita cinta akan Allah sepatutnya kita menjadi seorang yang sentiasa mensyukuri segala nikmat pemberianNya. Seperti nikmat makan, tidur dan sebagainya. Jika kita still melakukan larangan Allah, jangan katakan kita mencintai Allah s.w.t." huhu Nauzubillah~

Bicara tambahan Al-Syeikh: (dicopy dari sahabat ana sbb ana tak sempat nak salin.hee~)

i) Sesiapa yang masih makan tetapi tidak merasai makanan itu nikmat daripada Allah, sesungguhnya dirinya itu tidak kenal akan ALLAH.
ii) Sesiapa yang baring tetapi tidak menginsafi diri akan bangun selepasnya dengan adanya rahmat Allah, sesungguhnya dirinya itu tidak kenal akan ALLAH.
iii) Sesiapa yang memasuki tandas tetapi tidak menginsafi kelenyapan najis-najis pada tubuh badan ( zahir/ batin) adalah disebabkan adanya rahmat daripada ALLAH, sesungguhnya dirinya itu tidak kenal akan ALLAH.
iv)Sesiapa yang sihat tetapi tidak merasai nikmat kesihatan itu daripada ALLAH, sesungguhnya dirinya itu tidak kenal akan ALLAH.

Oklah sekian dahulu entry kali ini. Serikandi mahu study sebab esok ada Exam jam 3 petang! Tiada alasan untuk tidak pergi ke ceramah jika semata-mata kerana untuk mengulangkaji pelajaran. huhu.. Doakan serikandi ye esok.. Exam Pengajian Quran. Moga Allah permudahkan, Allahumma Yassir Wala Tuassir...InsyaAllah ameeenn!!! Doa Kalian amatlah Serikandi Harapan, moga Allah membalas jasa baik kalian..insyaAllah. Jazakallahu Khairan Kasira. ^^,

Wallahu'alam~

Nov 29, 2010

Sahabat Sejati!

Hayati mengemas pakaiannya ke dalam "back-pack"nya, sementara menunggu laptopnya "turn-off". Kemudian, dia memperosokkan sahaja laptopnya ke dalam "back-pack"nya. Zuraida, teman sebilik Hayati memasuki bilik sambil membawa secawan kopi yang baunya semerbak sehingga memenuhi atmosfera bilik mereka.

"Awak tak tido umah malam ni ke?" tanya Zuraida.
Hayati sudah mengagak pertanyaan tersebut, lalu tersengih sahaja.

"Huhu.. Sedihnya saya tinggal sorang-sorang lagi dalam bilik malam ni, tak de orang nak tolong segarkan saya kalau mengantuk masa study," Zuraida merengek.

Hayati memakai tudungnya, sambil meniup-niup bucu tudungnya supaya kemas. "Alah awak ni, tiada keupayaan dan tiada kekuatan melainkan dengan Allah. Doa la banyak-banyak supaya Allah segarkan awak. Kadang-kadang, saya ni menggalakkan awak tido lagi ade lah."
Zuraida mencebik. "Awak tido rumah sape pulak malam ni?"

"Rumah, err.. rumah.. Huda." Hayati teragak-agak ingin menyebut nama Huda, kerana ini merupakan kali ke 3 dalam minggu itu Hayati bermalam di rumah Huda. Huda merupakan junior kepada Hayati, dia merupakan seorang muslimah yan gmempunyai keperibadian yang tulus, walaupun masih belum memahami tanggungjawab dakwah dan masih belum memahami sepenuhnya erti islam yang syumul.

Sejak Huda baru sampai ke bumi "Down Under" ini, Hayati telah pun menjalinkan hubungan akrab dengannya. Maklumlah, sayanglah sekiranya jiwa yang baik disia-siakan potensinya.
"Awak nak ikut, Zuraida?" Hayati cuba menghangatkan suasana.
Muka Zuraida terus berubah ceria, "Boleh juga!"

Walaubagaimanapun, ada konflik yang berlaku di dalam diri Hayati, dia dapati dalam dia memenangi hati mad’unya, kadang-kadang dia terasakan seperti mengabaikan hak sahabat-sahabatnya yang lain. Walaupun begitu, sahabat-sahabat serumahnya sangat "supportive", dan sering memberi kata perangsang, serta ada kalanya sekiranya Hayati tidak sempat melaksanakan tugas mengikut "duty roster" rumah, pasti ada sahabatnya yang lain akan membantunya, terutama sekali Zuraida.

"Tunggu saya kemas barang saya kejap ye!" kelam kabut Zuraida meletakkan cawan kopinya dan terus mengemas barang serta menyalin pakaiannya.
Hayati dan Zuraida berjalan menuju ke stesen bas.
Zuraida melihat jadual bas, "Pukul 5.30 p.m baru bas sampai, sekarang baru pukul 5.15 p.m"
Hayati mengangguk, "Tak pe lah, kita dok sini dulu sembang-sembang"
Zuraida sengih lagi.

"Awak tau tak…" Zuraida memulakan bicara.
"Tak tau, hehe" Hayati berlawak.
"Tak pe lah.. tak jadi bagitau la kalau cam tu.." Zuraida terus merajuk.
"Alah, awak ni.. Saya gurau je.." Hayati cuba memujuk.

Zuraida memaksa dirinya untuk senyum kembali. Entah mengapa, sejak akhir-akhir ini, dia sangat mudah terasa dengan Hayati. Jauh di lubuk hatinya, Hayati merupakan sahabat yang paling dia sayang di kalangan sahabat-sahabat serumahnya. Mungkin kerana itu dia mudah terasa dengan setiap tindak-tanduk Hayati. Namun begitu, Zuraida merupakan orang yang pandai menyembunyikan emosi di sebalik senyumannya yang kelihatan tenang.

"Awak tau tak, dalam banyak-banyak kawan kita.. Awak la yang paling saya….." belum sempat Zuraida menghabiskan ayatnya, tiba-tiba kedengaran bunyi hon dengan suatu suara kuat.

"Assalamualaikum.. Nak pegi mana tu?" Rupa-rupanya Sufiah. Sufiah "pull-over" kereta kecilnya yang berwarna merah. "Hayati, Zuraida.. Naiklah kereta saye ni. Tak sudi ke naik kereta buruk ni"
"Kami nak ke North Melbourne, are you heading that way as well?" tanya Hayati.

Zuraida yang belum sempat menghabiskan ayatnya, terkejut dengan kedatangan Sufiah. Zuraida tergelak kecil di dalam hatinya, dia terbayangkan Sufiah ibarat Mr Bean yang memandu kereta kumbang. Perbualannya dengan Hayati termati begitu sahaja.

"Come in, come in. Have a ride. I’m heading to Docklands. Boleh drop korang kat North Melbourne." Kata Sufiah.

Dalam kereta, Sufiah memasang lagu UNIC, Sahabat Sejati. Zuraida yang duduk di belakang tiba-tiba membuka bicara, "Yati, ni lagu untuk awak." Hayati senyum, "Terima Kasih". Sufiah pula mencelah, "Saya ni tak de orang nak dedicate lagu ke?". Ketiga-tiga orang sahabat tersebut tertawa.

Zuraidah memandang Hayati yang sibuk berceloteh bersama Sufiah. Zuraida mengalihkan pandangannya ke luar. Lagu terus berkumandang,

"Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini"

Mungkin Hayati tidak mendapat mesej yang ingin disampaikan oleh Zuraida.

Zuraida sangat bersyukur kepada Allah, kerana mengurniakan seorang sahabat yang mempunyai semangat juang yang tinggi. Hayati merupakan sahabat fillah yang pertama yang Zuraida kenali. Hayati banyak memberi sokongan kepada Zuraida di dalam pelajaran, maklumlah Hayati pelajar yang cepat tangkap pelajaran. Namun begitu, sejak mereka melangkah ke tahun dua universiti, dan sejak mereka menerima kedatangan adik-adik baru, mereka jarang dapat menghabiskan masa bersama sepertimana dahulu. Zuraida sangat khuatir sekiranya dia ketinggalan, dari segi pelajaran, dari segi dakwah, dari segi tarbiyah, dari segi bilangan mad’u, dari segi segala segi.

Zuraida terus memerhatikan Hayati, ditenungnya sahabat itu puas-puas dan berdoa di dalam hatinya, "Ya Allah terimalah segala amal sahabat ku ini, dan ikhlaskan dia. Dan kuatkan dia sekira dia berasa lemah, dan ikhlaskan dia tatkala dia mengharapkan sesuatu selain Engkau"

Tiba-tiba, Zuraida terasa hatinya sangat lapang. Inilah yang dia mahu rasakan, selama ini perasaannya risau, sedih, bercampur-baur apabila Hayati sudah jarang bersamanya.

Benarlah seperti nasihat Kak Elin, "sekiranya kita ada rasa berat hati dengan seseorang, kita segera doakan kebaikan untuk dia, insya-Allah, syaitan yang cuba hasut kita tu akan lari lintang pukang. Dan malaikat pula akan mendoakan perkara yang sama untuk kita."

Ini membuatkan Zuraida tersedar, bahawa kebergantungan yang mutlak itu terletak pada Allah. Dan sekiranya seorang insan itu tidak diberi penghargaan, dia tetap menjadi seperti pokok. Pokok yang menurunkan buah apabila dibaling batu.

Zuraida mahu berlari seperti orang lain, berlari menuju jannah insya-Allah, sama-sama tabah dan kuat dalam membawa risalah perjuangan anbiya’. Tapi, kadang-kadang, dia letih. Kerana lupa mengukur kapasiti diri. Mungkin kerana terlupa, Allah melihat usaha seseorang, dan bukan natijahnya.
Tapi, menjadi kebiasaan manusia. Sangat mengharapkan hasil positif di depan mata.
Zuraida terkenangkan Nabi Nuh, kisah dakwahnya di dalam Al Quran. Di dalam surah Nuh, Nabi Nuh merintih kepada Allah, beratus-ratus tahun, pagi sehingga malam menyeru kaumnya, tetapi hasilnya, hanya menyebabkan kaumnya semakin jauh daripada Allah.

"Ah, masakan aku yang baru setahun jagung dalam dakwah ini, mudah sangat putus asa ," getus Zuraidah dalam hati.
Hayati melihat "rear-view mirror", ternampak muka Zuraida yang serius.
Hayati membisikkan sesuatu kepada Sufiah, dan Hayati membawa keluar "handphone"nya.

Hayati menaip sms, "Salam, Huda. Maaf akak tak jadi ke rumah awak malam ni. Ada hal sikit. Nanti akak hantar pengganti akak pergi umah awak ye, hehe."
Sufiah membuat "announcement", "Baiklah, kita dah sampai Docklands. Selamat makan aiskrim Dairy Bell, jangan lupa saya."

Zuraida tercengang, Hayati turun dari kereta dan membuka pintu belakang, lalu menarik tangan Zuraida. Zuraida tercengang, "Eh, tadi Sufiah kata dia yang nak ke Docklands." Sufiah terus memecut laju ke destinasi barunya. Kereta kecil merahnya berderum hebat.
"Jom la kita makan aiskrim sama-sama. Dah lama tak "outing" berdua," Hayati mengajak Zuraida.

Zuraida akur sahaja. Dia terasa pelik, kenapa tiba-tiba Hayati tidak jadi pergi ke rumah Huda.

Hayati membeli aiskrim Chocolate Chips, dan mengambil 2 batang sudu kayu, "Jom dok kat tepi jeti tu.."

Hayati mula bicara, "Tadi kat stesen bas, awak nak cakap sesuatu kan…."
Zuraida tersenyum sahaja.
Hayati bicara lagi, "Awak tak boleh tipu saya dengan senyum tenang awak nih…."

Zuraida tersenyum lagi. Tapi, senyuman itu diikuti dengan air mata.

"Tadi saya nak cakap lain, tapi sekarang Allah ilhamkan saya untuk cakap sesuatu yang lain kepada awak," kata Zuraida, matanya berkaca-kaca.
Hayati mengangguk, "Cakaplah.."
"Kalau awak nak masuk jannah, jangan tinggalkan saya." Zuraida berkata sambil menahan air matanya yang semakin laju.

Hayati sangat terharu. Dia tidak pernah terbayangkan bahawa ada orang yang akan berkata begitu kepadanya, Hayati tak tahu nak respon macam mana, sedangkan dia sendiri pun terhuyung-hayang dalam perjalanan mencari syurga Allah.


Maksud sepotong ayat Al Quran, " Di hari akhirat, terputus segala perhubungan kecuali orang-orang bertaqwa. " Sungguh mudah untuk bercakap soal ukhuwah islamiyah. Namun nak menzahirkannya payah, apatah lagi hendak mengukuhkannya di dalam hati.

"Saya tahu Allah beri awak banyak kelebihan berbanding saya, moga Allah melindungi saya daripada hasad dan dengki, dan moga Allah menjauhkan awak daripada ‘ujub dan riya’ ," Zuraidah menghela nafas panjang. Aiskrim Chocolate Chips tidak mampu menarik seleranya.
Hayati terpaku. Dia seakan-akan dapat membaca apa yang dirasai oleh kawannya. Benarlah seperti apa yang dia rasai selama ini, tindak-tanduknya yang banyak mengabaikan hak-hak sahabat-sahabatnya mampu mengundang virus ukhuwah.

"Saya nak minta maaf atas salah silap saya. Saya tau saya banyak tinggalkan awak sorang-sorang. I am lost myself. Kononnya keluar berdakwah tapi, banyak yang lain pula saya abaikan," Hayati mula meluahkan isi hatinya.

Zuraidah berkata, "Saya pun minta maaf, asyik kadang cebik muka. Tapi, tak perlu lah kita mengungkit salah silap kita yang dahulu. Apa yang sudah tu sudah.."
Hayati menyambung, "Betul? Kosong-kosong!"
Zuraidah pula berkatai, "Kosong-kosong!"

"Insya-Allah, kita akan saling mengigatkan. Time kena study, kita pulun habis-habisan. Time kena keluar berdakwah, kita mujahadah sehabis baik, jaga amal fardi.. Kejutkan qiyam, ingatkan supaya puasa sunat!" Hayati mula meng"list-out" perjanjian di antara mereka.

"Kena tunai hak pada semua pihak yang ada hak ke atas kita, kena berlapang dada dan menerima setiap sahabat kita seadanya, saling memperingatkan, walau kita "fastabiqul khairat", mudah-mudahan ada persaingan sihat.. dan last sekali …outing kat charcoal chicken dengan geng rumah dua minggu sekali, hehe.." Zuraida menyambung.

"Lillahi ta’ala!" Zuraida dan Hayati menyebut kalimah "kerana Allah ta’ala" serentak. Mereka tersenyum sesama sendiri.

"Jom makan aiskrim ni dah cair!!" Zuraida menyogok sesudu aiskrim kepada Hayati.
"Hehe.." Hayati tergelak kecil.
"Er… kita nak tido mana ye malam ni?" Zuraida bertanya.
"Hehe.. tak pe, kita tido kat bilik kita yang best tu lah… Sufiah tido kat umah Huda, insya-Allah" jawab Hayati. Zuraida terbayang Sufiah bersama kereta merahnya menuju ke rumah Huda. Sufiah memang seorang sahabat yang "sporting" dan lucu.

Kedua-dua sahabat itu tersenyum. Moga Allah memberkati persahabatan mereka, dan meneguhkan hati-hati mereka di atas jalan dakwah hingga bertemu denganNya. Itulah doa mereka berdua.

p/s : Kepada Sahabat-sahabatku, jika nak masuk syurga jangan lupa ajak Aku sekali ye... Uhibukkunna Fillah.^^,

Nov 19, 2010

Maattaufiq wannajah! ^_^

Thanks to Mr. Adobe photoshop for this edited.

Bismillahi Ar-Rahman Ar-Rahim.

Assalamu'alaikum buat sahabat-sahabat yg sudah kembali ke kampus Universiti Malaya. Sudah habis study ke semua?? hehe. Kompem antum semua da habis study kan? ngeh3.. Ana? Ana, tak tahulah. Sejujurnya, ana tak minat nak study kat rumah tapi baca buku lain minatlah...huhu pelikkan? tapi nak watcamne, memang dah tak minat, hmm.. malas pun ada gak.hehe Ana sendiri pelik, baca buku lain rajin pulak. isk3.. takyahlah cakap..hohO..

Yang pasti, ana disini nak mengucapkan selamat menduduki Final exam for this semester. Buat betul-betul ya, perbanyakkan amalan sunat.. berdoa banyak-banyak kt Allah.. InsyaAllah, Allah akan tolong. Ha lagi satu, jangan lupa baca Quran tiap-tiap hari even, kita banyak lagi yang tak baca, tapi baca Quran juga jangan dilupakan, sehelai pun kira oklah deh...kui3.

Oklah..Ana minta Maaf jika ada salah silap ana selama ini, halalkan juga makan minum ana selama ni..huhu em..Goodlucklah ya, doakan untuk ana juga... sesungguhnya Doa yang mendoakan untuk sahabatnya adalah mustajab!! InsyaAllah..ameen!! 

| Kejayaan yang hakiki hanya dimiliki oleh orang-orang yang kembali kepada Allah dengan husnul khatimah. Semoga Allah menjadikan kita orang-orang yang berjaya dalam ertikata sebenarnya. Allahumma yassir wala tu'assir. Amiin. |

Wallahu'alam.

HalaQoh Cinta!

Bismillahi Ar-Rahman Ar-Rahim.

Hati itu fitrahnya putih nan bersih,
kan hitan ternoda lantaran dosa,
Kikislah aibnya agar kembali Jernih,
Pertahankan kesuciannya dalam
HALAQOH CINTA.

Di sinilah,
Aku menyahut kalam-MU Ya Allah,
"Dan Berilah mereka pelajaran dan
katakanlah kepada mereka perkataan
yang berbekas pada jiwa mereka"
[An-Nisa' : 63]

Moga Halaqoh itu menusuk jiwa,
Memandu Islah diri sentiasa.

|Dedikasi Dari Novel Tautan Hati|


 








Buat adik-adikku sayang.

Adikku,
Allah menciptakan manusia sama saja,
Dengan sebaik-baik kejadian,
Cuma amalan manusia itu berbeza-beza,
Ada yg lalai dgn angan-angan,

Ada yg tekun berusaha,
Tentu nasib mereka berlainan,
Kerana Allah Maha adil sifat-NYA,
kelalaian di balas kegagalan,
Kerajinan dibalas kejayaan & pahala,
Kau diberi peluang membuat pilihan,
kau juga yang tanggung natijahnya.
"Sesungguhnya Kami menciptakan manusia 
itu dgn sebaik-baik kejadian".
[Surah al-Tin : 4]

Sedarlah adik-adikku,
Kita musafir didunia,
kita akan pulang kepada-NYA,
Hidup didunia akan ditanya,
Adakah diisi dgn sebaik-baiknya?


 









Atau keseronokan semata-mata?
Mahukah kita hidup terhina?
Tanpa ilmu sebagai bekalnya,
Kelak disana rendah darjatnya.
"Allah akan mengangkat org beriman di antaramu
& orang berilmu beberapa darjat"
[Surah al-Mujadilah:11]

Adik-adikku,
Renungilah sebuah cawan,
Jika tidak dituang dgn air,
Molekul udara memenuhinya,
Begitu juga diri kita,
Jika tidak diisi dgn Iman,
Masuklah Syaitan bermaharajalela,
Diri kita perlu pengisian,
Dengan ilmu & agama,
Agar hidup dekat dengan-NYA,
Barulah hatimu tenang bahgia.

Lantaran itu, Carilah redha Tuhan,
Dengan melakukan sebaik-baik amalan,
Usaha x istiqomah-malas/masa+yakin,
asas kejayaan.
"Allah tidak akan ubah nasib sesuatu 
kaum itu sehingga dia mengubah nasibnya sendiri".
[Ar-Ra'd : 11]










Adik-adikku,
Bangkitlah dari lenamu yg panjang,
dan tidak pernah berkesudahan,
sekali kau terjatuh,
Jangan biarkan dirimu jatuh selamanya,
Kau punya kekuatan untuk bangkit semula,
dan mara berlari kencang,
mencipta taufan.
Berjuanglah adik-adikku sayang,
tanpa mengenal penat dan jemu,
biar hidup kita derita dengan usaha,
kelak kita akan dimulia,
Jika tidak di dunia,
tapi nun di surga.

Ukhuwahfillah Abada-abadan!! ^^,

Nov 16, 2010

Kisah Cinta Si Musafir Agung!

Bismillahi Ar-Rahman Ar-Rahim. [Sebagai pemula bicara.]

Pada suatu hari Nabi Ibrahim bangun lalu beliau memerintahkan istrinya, Hajar, untuk membawa anaknya bersiap-siap bagi melalui perjalanan panjang. Setelah beberapa hari, bermulalah perjalanan Nabi Ibrahim bersama istrinya Hajar beserta anak mereka, Ismail. Saat itu Ismail masih menyusu pada ibunya.

Nabi Ibrahim berjalan di tengah-tengah tanah yang penuh dengan tanaman, melewati gurun dan gunung-ganang. Kemuudian beliau memasuki tanah Arab. Nabi Ibrahim menuju ke suatu lembah yang di dalamnya tidak ada tanaman, tidak ada buah-buahan, tidak ada pepohonan, tidak ada makanan dan tidak ada air. Lembah itu kosong dari tanda-tanda kehidupan manusia. Nabi Ibrahim sampai ke lembah, lalu beliau turun dari atas punggung haiwan tunggangannya. Lalu beliau menurunkan istrinya dan anaknya dan meninggalkan mereka di sana. Mereka hanya dibekali dengan makanan dan sedikit air yang tidak cukup untuk dua hari.

Ketika beliau mula meninggalkan mereka dan berjalan, tiba-tiba isterinya segera menyusul dan berkata kepadanya,

"Wahai Ibrahim, ke mana engkau hendak pergi? Mengapa engkau meninggalkan kami di lembah ini, padahal di dalamnya tidak terdapat sesuatu pun." Nabi Ibrahim tidak segera menjawab dan beliau tetap berjalan. Hajar pun mengulangi kata-katanya tadi. Namun Nabi Ibrahim tetap diam. Hajar pasrah.

"Apakah Allah SWT memerintahkannya?" Soal Hajar lagi.

"Benar." Jawab Nabi Ibrahim ringkas. Akhirnya, Hajar memahami bahawa Nabi Ibrahim tidak akan bersikap sedemikian kecuali mendapat perintah dari Allah Taála.

"Kalau begitu, kita tidak akan disia-siakan." Ujar Hajar tanda redha dengan ketentuan Ilahi.

"Ya Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebagian keturunanku di lembah yang tidak mempuyai tanam-tanaman di dekat rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati. ". Doa Nabi Ibrahim kepada PencintaNYA ketika melalui tempat di suatu gunung. (QS. Ibrahim: 37)

Saat itu Baitullah belum dibangunkan. Terdapat hikmah yang tinggi dalam perjalanan yang penuh dengan misteri ini. Ismail ditinggalkan bersama ibunya di tempat ini. Ismaillah yang akan bertanggungjawab bersama ayahnya dalam pembangunan Ka'bah. Hikmah Allah SWT menuntut untuk didirikannya suatu bangunan di lem­bah itu dan dibangun di dalamnya Baitullah, di mana kita akan menuju kepadanya sebagai satu kiblat.

Nabi Ibrahim meninggalkan istrinya dan anaknya yang masih menyusu di padang sahara. Ibu Ismail menyusukan anaknya dan mula merasakan kehausan. Saat itu matahari bersinar sangat panas dan membuatkan manusia mudah merasa haus. Setelah dua hari, habislah air dan keringlah susu si ibu. Hajar dan Ismail merasakan kehausan, dan makanan telah tiada sehingga saat itu mereka merasakan kesulitan yang amat luar biasa.

”Uwwweeekkk....Uwwweeekkk...”. Ismail mula menangis kehausan dan ibunya meninggalkan-nya untuk mencari air.

Si ibu berjalan dengan cepat hingga sampai di suatu gunung yang bernama Shafa. Ia menaikinya dan meletakkan kedua tangannya di atas keningnya untuk melindungi kedua matanya dari sengatan mata­hari. Ia mulai mencari-cari sumber air atau sumur atau seseorang yang dapat membantunya atau kafilah atau musafir yang dapat menolongnya atau sebarang berita. Namun, semua harapannya itu gagal. Ia segera turun dari Shafa dan ia mula berlari dan melalui suatu lembah dan sampai ke suatu gunung yang bernama Marwah. Ia pun mendakinya dan melihat apakah ada seseorang tetapi ia tidak melihat ada seorang pun.

Si ibu kembali ke anaknya dan ia masih mendapati anaknya masih dalam keadaan menangis dan rasa kehausannya pun makin bertambah. Ia segera menuju ke Shafa dan berdiri di atasnya, kemudian ia menuju ke Marwah pula dan melihat-lihat. Ia mundar-mandir, pulang dan pergi antara dua gunung yang kecil itu sebanyak tujuh kali. Sebab itu, orang-orang yang berhaji berlari-lari kecil antara Shafa ke Marwah sebanyak tujuh kali adalah sebagai memperingati pengorbanan seorang ibu (Hajar) kepada anaknya (Nabi Ismail).

Setelah putaran ketujuh, Hajar kembali dalam keadaan letih dan ia duduk di sisi anaknya yang masih menangis. Di tengah-tengah situasi yang sulit ini, Allah SWT menurunkan rahmat-Nya. Ismail pun menghentak-hentak kakinya di atas tanah dalam keadaan menangis, lalu memancarlah di bawah kakinya sumur zamzam sehingga kehidupan si anak dan si ibu menjadi selamat tinggal di Lembah tersebut.Lalu, Si ibu mengambil air dengan tangannya dan ia bersyukur kepada Allah SWT. Ia pun minum air itu dan memberikan kepada anaknya.Maka, kehidup­an tumbuh-tumbuhan bersemi di kawasan itu. Sungguh benar apa yang dikatakannya, bahwa Allah SWT tidak akan membiarkannya selama mereka berada di jalan-Nya.

Kafilah musafir mula tinggal di kawasan itu dan mereka mula mengambil air yang terpancar dari sumur zamzam. Tanda-tanda kehidupan mula mengembangkan sayapnya di daerah itu. Ismail pun semakin membesar dan Nabi Ibrahim menaruh kasih sayang dan perhatian padanya, lalu Allah SWT mengujinya lagi dengan ujian yang berat. Allah SWT menceritakan ujian tersebut dalam firman-NYA.

”Sesungguhnya aku pergi menghadap kepada Tuhanku, dan Dia akan memberi petunjuk kepadaku. Ya Tuhanku, anugerahkan kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang saleh.” Berkata Nabi Ibrahim.

”Maka Kami beri dia khabar gembira dengan seorang anak yang amat sabar. Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim.”

”Hai anakku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka pikirkanlah apa pendapatmu!” Berkata Nabi Ibrahim kepada anaknya Ismail.

"Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu. Insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar.” Jawab Ismail dengan penuh tawadduk serta redha dengan ketentuan Ilahi.

Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipisnya, (nyatalah kesabaran keduanya).

''Hai Ibrahim, sesungguhnya engkau telah membenarkan mimpi itu, sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar. Kami abadikan untuk Ibrahim itu (pujian yang baik) di kalangan orang-orang yang datang kemudian, (yaitu) "Kesejahteraan dilimpahkan atas Ibrahim". Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. Sesungguhnya ia termasuk hamba-hamba Kami yang beriman. " Firman Allah Ta’ala dalam surah As-Saffat ayat 99-111.

Perhatikanlah, bagaimana Allah SWT menguji hamba-hamba-Nya. Renungkanlah bentuk ujian tersebut. Kita sekarang berada di hadapan seorang nabi yang hatinya merupakan hati yang paling lembut dan paling penyayang di muka bumi. Hatinya penuh dengan cinta kepada Allah SWT dan cinta kepada makhluk-Nya. Nabi Ibrahim mendapatkan anak saat beliau menginjak usia senja, padahal sebelumnya beliau tidak pernah membayangkan akan memperoleh seorang anak.

Thanks to Mr. Adobe Photoshop with Mr. Adobe Illustrator for the edited.

Peristiwa tersebut kemudian diperingati sebagai hari raya korban atau aidiladha oleh kaum Muslim di seluruh dunia, yaitu hari raya yang mengingatkan kepada mereka tentang Islam yang hakiki yang dibawa dan di amalkan oleh Nabi Ibrahim dan Ismail. Demikianlah kisah Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim meninggalkan anaknya dan kembali berdakwah di bumi Allah SWT. Nabi Ibrahim berhijrah dari tanah Kaldanin, tempat kelahirannya di Irak, dan melalui Yordania dan tinggal di negeri Kan'an. Saat berdakwah, beliau tidak lupa bertanya tentang kisah Nabi Luth bersama kaumnya. Nabi Luth adalah orang yang pertama beriman kepadanya. Allah SWT telah memberinya pahala dan telah mengutusnya sebagai Nabi kepada kaum yang menentang kebenaran.

Walaubagaimanapun,tatkala Nabi duduk berehat di luar khemahnya sambil memikirkan tentang anaknya Ismail, beliau mengenangkan mimpinya dan juga tentang tebusan dari Allah SWT berupa kurban yang besar,hatinya penuh dengan gelora cinta. Nabi Ibrahim tidak mampu menghitung pujian yang harus ditujukan kepada Tuhannya. Matanya berlinangan air mata sebagai bukti rasa terima kasih dan syukur kepada Allah SWT. Bergugurlah butiran-butiran air mata suci ke bumi apabila mengenangkan anaknya yang amat dirindui,Ismail.

Jadi,di akhir kisah ini.. ana nak kita sama-sama kembali fikirkan.."apakah yang telah kita korbankan untuk Islam selama kita hidup di bumi Allah yang fana' ini?? adakah ia sehebat Nabi Ibrahim a.s. ? Tepuk dadak tanyalah Iman anda.

SofwatulQhaul, Selamat Hari Raya AidilAdha, Maaf Zahir & Batin. ^^,


Wallahu'alam.