Oct 10, 2010

Sekilas Tentang Isu-isu Kontemporari.

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamu'alaikum w.b.t..

Alhamdulillah...kita sudah pun memasuki Zulkaedah. Dan Credits for Ustaz Bukhairy as Pengarah @ Masul batch Tahun 1.. Kerana telah menjayakan (MERAK'10) sempenan memeriahkan lagi di akhir-akhir bulan syawal malam itu. Ahli panel yang dibawa bukan calang-calang orang.. serta moderatornya yang petah bercakap.. dan sebagainya. Credit for all "pengerak-pengerak" yang telah berjaya mengerakkan program malam itu. Semoga Objektif untuk mengekalkan ukhuwahFillah sesama ahli batch itu tercapai..insyaAllah. ammeenn !!!

Okeh kali ini, entry ana bukan nak cite pasal malam tadi. Tapi presentation ana 2 minggu lepas. Memang pengalaman baru minggu tu... Week Of Presentation! sebab apa ana kata camtu?? Minggu tu, 3 subjek yang ana kena present. huhu Dasyat.. =.= dengan kesibukan pelbagai kerja... tapi alhamdulillah.. ana dapat kumpulan yang memahami kerja ana.kui3 Thanks Guys...^^,

2 Minggu lepas dalam TutOrial Usuluddin, ana kena bentang tentang 'Hubungan Usuluddin dengan Isu-isu kontemporari'. So,entry ana kali ini sekilas tentang isu-isu kontemporari.Apa yang dimaksudkan dengan Usuluddin?? Aqidah! Ape pula dimaksudkan dengan Aqidah?? iaitu ikatan yang KUAT antara hamba dengan Al-Khaliq. So, bagaimana pula pergantungan anda terhadap al-Khaliq?? Fikir-fikirkan.

Terdapat pelbagai isu-isu kontemporari yang berlaku sekarang. Antaranya, isu sekularisme yang memisahkan antara dunia dan akhirat. Ini adalah isu terbesar yang berlaku masa kini. Misalnya, dalam sesebuah kerajaan. Mereka kebanyakannya banyak menggunakan undang-undang yang dibuat oleh manusia sendiri dan menolak undang-undang yang dicipta oleh Allah sendiri. Dari situ kita akan lihat, kerajaan itu akan mengalami pelbagai kepincangan dalam membangunkan sesebuah negara. Ana suka memetik kata-kata dari Al-Banna yang berbunyi :-
"Selagi kita jauh dari roh Islam dan tidak melaksanakan ajaran Islam, kita akan terus terumbang-ambing dan semangat kita akan lemah. Lantas kita akan berpecah dan kekuatan kita akan goyah. Jika kita tegas dan berani menyatakan bahawa kami seluruh umat islam bukan penganut komunisme, bukan demokrarisem dan bukan apa yang kamu sangka, sebaliknya dengan segala puji bagi Allah s.w.t. kami adalah orang-orang Islam, Nescaya ketika itu akan terpampang jalan hidayah dan cahaya".
Nah!! apakah sebenarnya yang kita perlukan sebenarnya. Kita kena ingat...! kita yang memerlukan Islam bukan Islam yang perlukan kita. Sekarang ni, orang sibuk mempertikaikan tentang kenyataan yang dibuat oleh TGNA iaitu "Saya tidak berbangga menjadi orang melayu tetapi saya berbangga menjadi MUSLIM". Ana sokong dengan kenyataan yang dibuat oleh beliau.. sebab apa?? kita ni MUSLIM, kenapa pula kita nak mempertahankan bangsa kita jika bangsa kita sendiri yang memalukan kedudukan Islam sebagai agama yang paling Tertinggi dari agama-agama lainya. Kita nak sokong bangsa kita ke agama kita?? itulah persoalan yang ana suka dengar tatkala ana berdiskusi dengan Prof. Wan Zailan dalam membincangkan isu-isu kontemporari ini.

Pada zaman Rasulullah dahulu pun, terdapat banyak isu-isu yang berkaitan dengan Aqidah. Antaranya, orang mengaku dia sebagai Nabi. Menuduh agama yang Nabi bawa adalah agama Palsu semata.. serta banyak lagi isu-isu yang berkaitan tentang Aqidah telah muncul pada zaman Baginda lagi. Serta isu 'dirinya sebagai Tuhan' pun still ada pada zaman ini. Misalnya, isu 'kebolehan Abuya Asaari dalam menangguhkan kematian seseorang'.



Di dalam VCD ceramah Mejar (B) Abu Zarim, salah seorang pemimpin kanan Rufaqa Corporation menggambarkan betapa dekatnya martabat Ashaari dengan Tuhan sehingga beliau mampu mengubah keputusan Allah. Ashaari juga dikatakan boleh memohon supaya Allah menangguhkan kematian seseorang dalam jemaahnya apabila ajal mereka hampir tiba.



"Sampai masa nak mati ajal, abuya tahu dulu. Orang ni akan temui ajal sekian sekian masa. Abuya akan tanya; kita ni mati agak agak baik ke jahat?Sekiranya kita mati baik atau keadaan Husnul Khatimah, Abuya kata, Tak apalah, silalah. Tapi Abuya rasa kita mati belum selamat lagi, masih banyak lagi mazmumah, Abuya minta tangguh dulu. Habis tu macam mana siapa ganti?Hah, gantilah dengan siapa siapa yang lain, anak buah yang dah ‘siap’ yang dah takwa ataupun anak-anak yang bertakwa, isteri-isteri yang bertakwa. Ambil dulu ganti. Bagi masa untuk dia siapkan diri. Sayid Nizam tu (anak kedua Abuya)Patut dah wafat dah. Abuya bertolak ansur dengan Allah, "Ya Allah bukan senang nak latih orang macam ni. Habis tu ganti? Ambillah Walidah (isteri Abuya yang mandul), lagipun dia tiada anak, bertakwa, Orang rohani. Lagipun kalau dia mati, dia ada peranan di alam roh. Mati kita Abuya boleh tangguhkan. Supaya mati kita tu selamat.”

Dakwaan Ashaari tentang kebolehannya menangguhkan kematian seseorang malah menukarnya kepada orang lain dan keistimewaan martabatnya sehingga boleh berbincang dengan Allah SWT dalam urusan kematian para pengikutnya secara langsung telah menganggap dirinya sangat penting dalam urusan tadbir Allah terhadap makhluk adalah sangat menyesatkan. Hal ini bertentangan dengan konsep sebenar Tauhid Rububiyyah iaitu pengakuan hanya Allah SWT berkuasa mutlak untuk menghidup dan mematikan hambanya.

Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: “Katakanlah: "Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi, atau siapakah yang berkuasa (menciptakan) pendengaran dan penglihatan dan siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan siapakah yang mengatur segala urusan?" Maka mereka akan menjawab: "Allah".Maka Katakanlah " Mangapa kamu tidak bertakwa kepada-Nya)?(Yunus: 31)

Jadi, dalam firman Allah itu telah membuktikan secara terang-terangnya kuasa Allah adalah mutlak dalam menguasai seluruh perkara yang berada di muka bumi ini. Pelbagai persoalan yang dikemukan semasa ana buat pembentangan tentang tajuk ini. Tapi ana tertarik dengan soalan yang berkaitan dengan Tawassul. Tawassul (cara salah) itu kiranya menggunakan wali-wali yang sudah meninggal dunia sebagai wasilah untuk memohon keampunan diri kepada Allah Ta'ala yang banyak dilakukan oleh orang-orang terdahulu dan didapati masih diguna pakaikan pada zaman kini. Tetapi sebenarnya tawassul yang disyariatkan adalah mendekatkan diri kepada Allah dengan amalan yang Dia cintai dan Dia redhai berupa ibadah-ibadah yang wajib dan sunnah, sama ada berupa ucapan, perbuatan atau keyakinan seperi bertawassul kepada Allah SWT dengan mengasihi dan beriman kepada Rasul-Nya s.a.w, mengikuti syariat-Nya kerana ini termasuk amalan-amalan soleh yang terbesar dan antara ibadat yang paling utama. (Syeikh Abdul Aziz Abdullah Baz).

Jadi sekirannya kita menggunakan wali itu sebagai wasilah untuk meminta keampunan.. pergantungan kita sebenarnya kepada apa?? wali yang sudah meninggal ataupun Allah sendiri. Jika kita menggunakan wali itu untuk bertawassul, pergantungan kita akan terpesong dan menyeleweng. Sebabnya, Allah berkuasa diatas segala perkara. Allah pernah menyebut,"Berdoalah kepadaku nescaya aku akan perkenankan doamu". Jadi, kenapa kita perlu bertawassul kepada wali yang sudah meninggal. Disini ana nak tekankan, pergantungan kita kepada siapa sebenarnya?? jangan sampai pergantungan kita tu kepada yang lain dan berkemungkinan juga ia boleh menyebabkan syirik. Nauzubillahi min zalik~

Jadi, itulah sekilas tentang isu-isu kontemporari. Banyak lagi sebenarnya.. nak tau lebih lanjut.. kajila sendiri ya.hehe Best au mengkaji-kaji ni. Ana kaji benda ni.. 1 hari tak cukup.. memang tido pun lewat giler r sebab nak kaji tentang isu-isu yang boleh merosakkan Aqidah kita. huhu Sekarang ni pon, ana sedang proses nak menghabiskan buku "ARMAGEDON 2012" yang banyak unsur-unsur freemason dalam agenda "Ghuzwatul Fikr" terhadap umat Islam. Sekarang ni, kita kena banyak membaca... isu-isu semasa pun kite kena sentiasa ambil tahu. Jangan asyik baca buku stady je.. tapi banyakkan membaca buku-buku yang boleh memantapkan Aqidah kita. Okey? ^^,

Actually,ana baru je balik dari camping di DUSUN EKO RESORT. nak cite skang ana ada meeting le..hehe lainkali deh..insyaAllah.. yang pastinya, pengalaman di sana memang best.. terbaik punya. Alhamdulillah.. ^^,



Wallahu'alam.