Aug 24, 2011

Subhanallah! Kayanya kita di Bulan ini...

Alhamdulillah ya Allah, Engkau masih beri aku peluang untuk bernafas di bumi ini. Walaupun, setiap hari dosaku bertambah dan bertambah tetapi Engkau tetap menyayangiku, Engkau tetap beri peluang kepadaku! Allahu Akhbar!

Sahabat².. tahu kah anda? bahawasanya, di bulan Ramadhan yang mulia inilah kita boleh jadi kaya.

Kaya?

Ya, kaya. Kaya dengan pahala yang berlipat-lipat kali ganda. Tidak putus-putus amalan kita sepanjang bulan ramadhan ini.

Bayangkanlah, dari kita sahur, melambat-lambatkan sahur adalah sunah. Jika kita melakukan sunnah, kita dapat pahala. Seterusnya, solat subuh. Solat subuh wajib bagi kita sebagai seorang Muslim. Solat di awal waktu itu semestinya. InsyaAllah.

Selepas solat subuh, terdetik di hati, 'Aku nak buat apa pulak lepas ni?' Astagfirullahal'azim. Sahabat², bukankah puasa itu suatu ibadah.. dari masuknya azan subuh, bermulalah ibadah puasa hingga terbit fajar (Azan Magrib). Berbuka juga ibadah sahabat².

Setelah itu, di susuli dengan solat magrib dan baca al-Quran. Subhanallah! Ibadah lagi. Nabi kata, satu huruf tu 10 nilainya. Kalau dah 1 juzuk kita baca setiap hari, berapa pula nilainya? Subhanallah. Berganda-ganda nilainya sahabat-sahabat.

Selepas itu, solat terawih berjemaah di surau/masjid. Ibadah lagi! Selesai solat terawih 8 rakaat, dengar tazkirah pula (contoh di surau saya). Tazkirah itu juga dikira ibadah!

Allah berfirman "dan tetaplah memberi peringatan kerna sesungguhnya PERINGATAN itu bermanfaat bagi orang beriman!" Subhanallah! tak putus-putus amalan kita. Ibarat kita melakukan ibadah sepanjang hari (24jam).

Kaya tak kita sahabat²?Kaya!

Habis witir selepas tazkirah. Diteruskan dengan tadarrus pula. Allahu akbar! Allahu Akhbar!

Hati saya jadi sebak! Kalaulah bulan Ramadhan ini seperti bulan-bulan yang lain. Subhanallah!

Kita berehat seketika, dan tidur itu juga dikira Ibadah sahabat².

Jam 4.30 pagi, kita bangun Qiamulail pula. Allahu Akhbar! Ibadah lagi! kaya kita sahabat.. kaya!

Jam 5.30 sahur balik. Begitulah seterusnya kita lakukan pada Bulan Ramadhan yang penuh barakah ini.

Ya Allah, sedihnya pilu dihati. Ramadhan yang ku tunggu akan kehadirannya, akan pergi tidak lama lagi. Begitu sekejab! sekejab sangat. Seperti baru semalam kita start puasa. Allahu akhbar!

Bagaimana dengan amalan kita ya sahabat²? Andai kata, ramadhan ini ramadhan terakhir buat diri kita, bagaimanakah perasaan kita agaknya ya?? Astagfirullahal'azim.

Jadi,

Berdoalah!

Sesungguhnya, doa itu senjata orang Mukmin!

"Yaa Allah! Jadikanlah Puasa Ku Sebagai Puasa Orang-Orang Yang Benar- Benar Berpuasa. Dan Ibadah Malam Ku Sebagai Ibadah Orang-Orang Yang Benar-Benar Melakukan Ibadah Malam. Dan Jagalah Aku Dan Tidurnya Orang-Orang Yang Lalai. Hapuskanlah Dosa Ku ... Wahai Tuhan Sekalian Alam!! Dan Ampunilah Aku, Wahai Tuhan Yang Maha Pengampun."
"Yaa Allah! Dekatkanlah Aku Kepada Keridhoan-Mu Dan Jauhkanlah Aku Dan Kemurkaan Serta Balasan-Mu. Berilah Aku Kemampuan Untuk Membaca Ayat-Ayat-Mu Dengan Rahmat-Mu, Wahai Maha Pengasih Dan Maha Penyayang!!"
"Yaa Allah! Janganlah Engkau Hinakan Aku Karena Perbuatan Maksiat Terhadap-Mu, Dan Janganlah Engkau Pukul Aku Dengan Cambuk Balasan- Mu. Jauhkanlah Aku Dari Hal-Hal Yang Dapat Menyebabkan Kemurkaan-Mu, Dengan Anugerah Dan Bantuan-Mu, Wahai Tuhan Yang Memberi Rahmat kepada sekalian Alam!"
"Yaa Allah! Sediakanlah Untuk Ku Sebagian Dari Rahmat-Mu Yang Luas, Dan Berikanlah Aku Petunjuk Kepada Ajaran-Ajaran-Mu Yang Terang, Dan Bimbinglah Aku Menuju Kepada Kerelaan-Mu Yang Penuh Dengan Kecintaan- Mu, Wahai Harapan Orang-Orang Yang Rindu." 
"Yaa Allah! Rezekikanlah Kepadaku Keutamaan Lailatul Qadr, Dan Ubahlah Perkara-Perkara ku Yang Sulit Menjadi Mudah. Terimalah Permintaan Maafku, Dan Hapuskanlah Dosa Dan Keslahanku, Wahai Yang Maha Penyayang Terhadap Hamba- HambaNya Yang Soleh."
Ameen! ameen ya rabbal'alameen! Perkenankanlah segala doa-doa kami Yaa Rahman, Yaa Rahim.

Allahu Akhbar! Allahu Akhbar!

Salam Muhasabah Fillah buat sahabat-sahabat semua. Ingatlah sahabat! Kita hidup di dunia hanya singkat sekelip mata. Tiada mustahil bagi Allah s.w.t. Jika Dia kata Jadi, maka Jadilah! Sama-samalah kita muhasabah diri di akhir² bulan Ramadhan ini. Banyakkanlah berfikir tentang DIA bukan Si Dia.

Renung-renungkanlah dan selamat bermuhasabah.

Wallahu'alam.