Jun 10, 2010

FikRaH IsLam..!!

Assalamu'alaikum w.b.t.

Alhamdulillah...kita dihidupkan dalam fikrah Islam. Tahukah anda ape itu fikrah Islam...??Fikrah Islam atau fikrah kita ialah ajaran Allah,yang lengkap yang sempurna,serta syumul dan merangkumi seluruh aspek kehidupan mukmin. Inilah Islam, Agama yang ditanzilkan atau diturunkan oleh Allah dan dibawa oleh Rasulullah S.A.W serta dilaksanakan di zaman awal.

Allah s.w.t. telah menjelaskan dan menegaskan tentang kesempurnaan Islam di dalam FirmanNya :

"Oleh kerana Agama Islam telah sempurna maka kita tidak boleh menambah atau mengurangkannya, begitu juga kita tidak boleh mengambil sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain."

Maaf,ana tak ingat surah ape..huhu Jadi,Hendaklah kita sedar bahawa kita adalah pengikut dan penganut Dienul Islam dan mengakui sebagai hamba Allah, dan kita bukannya pencipta Agama. Segala Perintah yg telah ditetapkan oleh Allah dalam kitab sucinya (alquran),kita wajib patuh dan Ikut. Oleh itu, kita lah yang perlu untuk menyesuaikan diri dengan Islam dan bukannya Islam itu harus bersesuaian dengan selera kita, kehendak kita dan kemahuan masyarakat.

seperti firman Allah:

"Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini ,nescaya mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah.Mereka tidak lain hanya mengikuti prasangka dan mereka tidak lain hanyalah berdusta terhadap Allah." (Al-an'am-116)

Nilai kita ialah nilai Islam, iaitu nilai yg telah ditetapkan Allah dan dilaksanakan oleh Rasulullah S.A.W. So,kita sedikitpun tidak boleh tidak redha pada syariat Islam. Tasawwur Islami hendaklah difahami dgn betul dan sohih. Kita hendaklah bersifat jiddiah (serius) dalam memahami Islam dan tidak mencampur adukan dengan isme-isme lain. Misalnya, kita selalu tidak serius dalam m'jaga aurat kita..[Owh,pakai baju t'shirt yg ni oklah..takdelah ketat sgt. Tengok...?? suke tidak serius dlm m'jaga adabtertib dalam pemakaian mengikut syariat Islam]

Untuk itu,kita hendaklah mengenal Islam dan mengenali jahiliyyah, mengenal Islam untuk dihayati dan mengenali jahiliyyah untuk dijauhi. Kita hendaklah mengenal setiap rupa, bentuk dan tektik jahiliyyah untuk dijauhi. Dengan itu barulah kita dapat m'bezakan yang mana Islam dan yang mana bukan Islam. Pehe..??kui3

Sabda Rasulullah S.A.W:

"Barangsiapa mengenal / mempelajari bahasa sesebuah kaum maka mereka terselamat dari tipu daya mereka".

Kita juga mesti mengenal realiti agar kita tidak salah faham, seperti mengatakan Judi untuk kebajikan rakyat itu adalah halal. Di dalam memahami Islam dan realitinya kita sememangnya kurang ilmu, oleh itu kita perlu berjama'ah. Kita sememangnya tidak mempunyai ilmu yang serupa. Tetapi dengan harakah kita mampu mengatasinya. Satu lagi sikap yang mesti ada ialah kita jangan mudah menerima sesuatu yang bukan Islam, jangan mudah terpengaruh dengan istilah dan teknik atau slogan yang menarik spt. Demi pembangunan, demi kemajuan dan Demi Rakyat. Dalam hal ini kita hendaklah mengenengahkan fikrah Islam dengan jelas dan pendirian Islam yang tegas kepada masyarakat.

Kita perlu mempunyai al-wahyu al-Islamiyy (kesedaran Islam). Ianya bukan sama dengan ilmu Islam. Dalam usaha memperolehi 'kesedaran Islam' perlu kepada kesabaran, tekun dan gigih dalam b'usaha. Seorang yang mempunyai 'kesedaran Islam' akan mudah terasa dan sensitif terhadap apa jua yang bercanggah dengan Islam. Untuk itu kita perlu kepada didikan atau 'tarbiyyah'. 'Tarbiyyah' yang boleh melahirkan syakhsiah atau keperibadian individu muslim.

Seorang mujahid Islam, Al-Ustaz Fathi Yakan menyatakan pembentukan sahsiyyah itu hanyalah dapat dibentuk di dalam suasana yang tertentu, yang jauh dari tarikan jahiliyyah. Umpamanya adalah dengan mengadakan halaqah, usrah, ijtima' dan sebagainya. Seorang muslim hendaklah tidak menghilangkan satu fikrah Islam pun dari pemikirannya. Siapa yang menyembunyikan fikrah Islam adalah dikira menyeleweng perintah Allah. Ingatlah bahawa fikrah yang kita bawa adalah Ad-deen ditanzilkan oleh Allah S.W.T. Ad-deen yang dimaksudkan di sini bukanlah Addeen yang diterjemahkan kepada agama, sebagaimana yang difahami oleh kebanyakan orang. Keaslian Islam hanyalah boleh dilihat dari sumber asalnya iaitu Al-Quran dan Al-Hadith dan juga dari para ulama' dan para mujahid Islam yang mu'tabar.

Allah telah memberi kata putus dan memberi pilihan samada beriman ataupun tidak, sebagaimana firmannya :

"Dan katakanlah (wahai Muhammad): "Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah ia beriman; dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya". Kerana Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang berlaku zalim itu api neraka, yang meliputi mereka laksana khemah; (Al-Kahfi : 29)

Sebagai seorang Islam,Kita hendaklah memikir terus dan jauh sehingga hari qiamat. Oleh kerana kita tidak tahu di manakah tempat kita samada syurga atau neraka. Ketidaktahuan ini juga, hendaklah kita m'punyai sifat takut dan b'harap.Takut ialah bagi yang mengenalinya dan harap bagi yang melaksanakannya. Iltizam kita pada Islam hendaklah pada setiap masa dan tidak pada majlis rasmi sahaja. Untuk itu, kita perlu 'kesedaran Islam yang jelas' dan bukannya ilmu semata-mata. Ilmu sahaja tanpa kesedaran tidak dapat membawa kepada Islam...individu.Dalam konteks masyarakat Islam ialah yang menghayati Islam sepenuhnya.

Ilmu-ilmu Islam hendaklah diproses dan diolah melalui acuan iman atau tarbiyyah iman sehingga lahir kesedaran dan ingin melaksanakan Islam, dengan patuh dan teguh. Kesedaran fikiran sahaja tidak mencukupi tetapi haruslah iltizam dgn Islam. Ertinya di mana sahaja kita berada, kita membawa Islam. Ini juga bererti peribadi kita menterjemahkan Islam ....Cara b'pakaian mengikut Islam,cara bercakap,cara memilih makanan yg halal,semuanya hendaklah mengikut syariat Islam.Kerna Islam menjadi darah daging kita. Walaubagaimanapun,kita tidak dapat nafikan dalam proses tersebut masih terdapat lagi saki baki jahiliyyah. Pernah Abu Zar memanggil Bilal dengan panggilan 'Ibnu Assauda'. Bilal memberitahu Rasulullah s.a.w. dan Baginda kemudiannya berkata kepada Abu Dzar bahawa ia masih ada saki baki jahiliyyah. Disuruh balas dengan memijak pipinya.

Jadi,biarlah Islam itu menjadi pendorong kita dalam melakukan gerak kerja samada membuat yang baik dan meninggalkan yang dilarang, jangan sesekali didorong oleh kepentingan politik, kumpulan, parti, pangkat, bintang dan sebagainya. Fikir2kanlah dalam membentuk diri sendiri menjadi Individu Muslim yg sejati.

"Proses tarbiyyah imaniyyah adalah begitu dan amat penting bagi membentuk insan mu'min"

~wallahu'alam~