Aug 29, 2011

Hari Konvokesyen buat Graduasi Taqwa.

Allahu akhbar  Allahu Akhbar Allahu  Akhbar, laaila haillallahhu wallahu akhbar, Allahu akhbar walillahil hamd.

Subhanallah, Takbir raya sudah mula bergema. Itu tandanya hari ini adalah Hari Konvokesyen Buat Graduasi Taqwa.

Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud :
“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan bagi kamu berpuasa, sebagaimana telah diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu berTAQWA”.

Alhamdulillah! Itu janji Allah sahabat-sahabat.

Setelah selesai sahaja ibadah puasa kita selama sebulan, kita diberi kemenangan dengan menyambut Hari Raya Eidulfitri. Allahu Akhbar, Allahu Akhbar!

Sebak di hati bertandang lagi. Air mata ini gugur lagi ke pipi. ‘Ah.. Ramadhan dah pergi’

Apakah aku benar-benar berjaya mencapai keTaqwaan tersebut?

Apakah aku layak menerima kemenangan ini ya Allah?

Sedangkan puasaku tidak cukup?

Sedangkan aku masih berbuat dosa?

Astagfirullahal’azim. Terimalah taubatku ya Allah.

Terimalah doaku dan perkenankanlah ya Allah.

Sesungguhnya Hanya padamu aku bermohon dan Berharap.

Ameen! Ameen ya rabbal’alamen!


 hmm..Kenapa ya dikatakan hari ini hari kemenangan? atau hari raya Eidulfitri?

Sebab, dari perkataan Eidulfitri itu sendiri yang bererti kembali kepada fitrah, yakni 'asal kejadian' atau 'kesucian' ibarat bayi yang baru dilahirkan di muka bumi. Sebab itu juga, bulan Ramadhan itu dikatakan bulan pengampunan segala dosa.

Ia juga adalah anugerah serta hadiah dari Allah kepada hamba-hambanya setelah berjaya menempuh segala ujian Allah iaitu berpuasa selama sebulan. 

Jadi, di kesempatan itu,
Saya ingin memohon maaf kepada sahabat-sahabat yang mengenali diri ini, kepada sahabat seperjuangan, kepada seluruh umat Islam, maaf zahir batin dipinta.

Antara salah satu doa tidak dimakbulkan adalah kerana kita ada buat salah dengan manusia. Tak kiralah dia ibu bapa kita ke? Sahabat handai kita ka? Saudara mara kita ka? dan sebagainya. Jadi, kita wajib meminta maaf kepada mereka.

Hablum minallah kita jaga, tapi hablum minannas kita abaikan. Jadi, di hari yang penuh dengan kemenangan serta hadiah Ilahi buat kita sebagai orang Muslim serta Mukmin ini, insyaAllah. Marilah sama-sama kita memohon maaf antara satu sama lain. Minta di halalkan makan minum kita dengan mereka selama ini. Dan kita juga hendaklah menghalalkan segala apa yang telah kita berikan kepada sesiapa yang menerima apa-apa sahaja dari kita.

InsyaAllah semuanya ada nilai serta perhitungan di akhirat kelak serta setiap amal ibadat kita sepanjang bulan ramadhan di terima Allah, Taqabbalallahu minna waminkum. Kullu 'am wa entum bikher~  InsyaAllah.. ameen ya rabbal' alamen! 

Raya-raya jugak, tapi jangan lupa konsisten dengan amal ibadat yang kita dah buat sepanjang bulan ramadhan. Baca QUran, solat sunat dan sebagainya. Uh ye! Puasa 6 jangan lupe ye..^^, Puasa 6 itu ibarat puasa sepanjang tahun. Jadi jangan sia-siakan peluang yang ada. Kepada Muslimat, jangat tangguh-tangguh ganti puasa kalian. Semoga diberkati semuanya..ameen!=) 

Selamat pulang ke kampung halaman, kepada yang sudah sampai ke kampung, selamat hari raya maaf zahir & batin saya ucapkan. Dan semoga berbahgia bersama keluarga. InsyaAllah kita dipertemukan lagi dengan bulan Ramadhan pada tahun hadapan..ameen!

Selamat menunaikan solat sunat hari raya. Kemenangan hari ini bukan ibarat kita menang bermain bola, tetapi kemenangan hari ini ibarat tiket untuk kita ke Syurga Allah s.w.t. Jadi,jagalah ia & jangan kotorkannya..^^,

Wallahu'alam.

Aug 24, 2011

Subhanallah! Kayanya kita di Bulan ini...

Alhamdulillah ya Allah, Engkau masih beri aku peluang untuk bernafas di bumi ini. Walaupun, setiap hari dosaku bertambah dan bertambah tetapi Engkau tetap menyayangiku, Engkau tetap beri peluang kepadaku! Allahu Akhbar!

Sahabat².. tahu kah anda? bahawasanya, di bulan Ramadhan yang mulia inilah kita boleh jadi kaya.

Kaya?

Ya, kaya. Kaya dengan pahala yang berlipat-lipat kali ganda. Tidak putus-putus amalan kita sepanjang bulan ramadhan ini.

Bayangkanlah, dari kita sahur, melambat-lambatkan sahur adalah sunah. Jika kita melakukan sunnah, kita dapat pahala. Seterusnya, solat subuh. Solat subuh wajib bagi kita sebagai seorang Muslim. Solat di awal waktu itu semestinya. InsyaAllah.

Selepas solat subuh, terdetik di hati, 'Aku nak buat apa pulak lepas ni?' Astagfirullahal'azim. Sahabat², bukankah puasa itu suatu ibadah.. dari masuknya azan subuh, bermulalah ibadah puasa hingga terbit fajar (Azan Magrib). Berbuka juga ibadah sahabat².

Setelah itu, di susuli dengan solat magrib dan baca al-Quran. Subhanallah! Ibadah lagi. Nabi kata, satu huruf tu 10 nilainya. Kalau dah 1 juzuk kita baca setiap hari, berapa pula nilainya? Subhanallah. Berganda-ganda nilainya sahabat-sahabat.

Selepas itu, solat terawih berjemaah di surau/masjid. Ibadah lagi! Selesai solat terawih 8 rakaat, dengar tazkirah pula (contoh di surau saya). Tazkirah itu juga dikira ibadah!

Allah berfirman "dan tetaplah memberi peringatan kerna sesungguhnya PERINGATAN itu bermanfaat bagi orang beriman!" Subhanallah! tak putus-putus amalan kita. Ibarat kita melakukan ibadah sepanjang hari (24jam).

Kaya tak kita sahabat²?Kaya!

Habis witir selepas tazkirah. Diteruskan dengan tadarrus pula. Allahu akbar! Allahu Akhbar!

Hati saya jadi sebak! Kalaulah bulan Ramadhan ini seperti bulan-bulan yang lain. Subhanallah!

Kita berehat seketika, dan tidur itu juga dikira Ibadah sahabat².

Jam 4.30 pagi, kita bangun Qiamulail pula. Allahu Akhbar! Ibadah lagi! kaya kita sahabat.. kaya!

Jam 5.30 sahur balik. Begitulah seterusnya kita lakukan pada Bulan Ramadhan yang penuh barakah ini.

Ya Allah, sedihnya pilu dihati. Ramadhan yang ku tunggu akan kehadirannya, akan pergi tidak lama lagi. Begitu sekejab! sekejab sangat. Seperti baru semalam kita start puasa. Allahu akhbar!

Bagaimana dengan amalan kita ya sahabat²? Andai kata, ramadhan ini ramadhan terakhir buat diri kita, bagaimanakah perasaan kita agaknya ya?? Astagfirullahal'azim.

Jadi,

Berdoalah!

Sesungguhnya, doa itu senjata orang Mukmin!

"Yaa Allah! Jadikanlah Puasa Ku Sebagai Puasa Orang-Orang Yang Benar- Benar Berpuasa. Dan Ibadah Malam Ku Sebagai Ibadah Orang-Orang Yang Benar-Benar Melakukan Ibadah Malam. Dan Jagalah Aku Dan Tidurnya Orang-Orang Yang Lalai. Hapuskanlah Dosa Ku ... Wahai Tuhan Sekalian Alam!! Dan Ampunilah Aku, Wahai Tuhan Yang Maha Pengampun."
"Yaa Allah! Dekatkanlah Aku Kepada Keridhoan-Mu Dan Jauhkanlah Aku Dan Kemurkaan Serta Balasan-Mu. Berilah Aku Kemampuan Untuk Membaca Ayat-Ayat-Mu Dengan Rahmat-Mu, Wahai Maha Pengasih Dan Maha Penyayang!!"
"Yaa Allah! Janganlah Engkau Hinakan Aku Karena Perbuatan Maksiat Terhadap-Mu, Dan Janganlah Engkau Pukul Aku Dengan Cambuk Balasan- Mu. Jauhkanlah Aku Dari Hal-Hal Yang Dapat Menyebabkan Kemurkaan-Mu, Dengan Anugerah Dan Bantuan-Mu, Wahai Tuhan Yang Memberi Rahmat kepada sekalian Alam!"
"Yaa Allah! Sediakanlah Untuk Ku Sebagian Dari Rahmat-Mu Yang Luas, Dan Berikanlah Aku Petunjuk Kepada Ajaran-Ajaran-Mu Yang Terang, Dan Bimbinglah Aku Menuju Kepada Kerelaan-Mu Yang Penuh Dengan Kecintaan- Mu, Wahai Harapan Orang-Orang Yang Rindu." 
"Yaa Allah! Rezekikanlah Kepadaku Keutamaan Lailatul Qadr, Dan Ubahlah Perkara-Perkara ku Yang Sulit Menjadi Mudah. Terimalah Permintaan Maafku, Dan Hapuskanlah Dosa Dan Keslahanku, Wahai Yang Maha Penyayang Terhadap Hamba- HambaNya Yang Soleh."
Ameen! ameen ya rabbal'alameen! Perkenankanlah segala doa-doa kami Yaa Rahman, Yaa Rahim.

Allahu Akhbar! Allahu Akhbar!

Salam Muhasabah Fillah buat sahabat-sahabat semua. Ingatlah sahabat! Kita hidup di dunia hanya singkat sekelip mata. Tiada mustahil bagi Allah s.w.t. Jika Dia kata Jadi, maka Jadilah! Sama-samalah kita muhasabah diri di akhir² bulan Ramadhan ini. Banyakkanlah berfikir tentang DIA bukan Si Dia.

Renung-renungkanlah dan selamat bermuhasabah.

Wallahu'alam.

Aug 14, 2011

Redha Allah Atau Syurga Allah?

Assalamu’alaikum w.b.t.

Subhanallah walhamdulillah walailahaillallah wallahu akhbar! Pejam celik, pejam celik.. kita sudah masuk ke Fasa ke-2 dalam bulan ramadhan al-mubarak ini. Ramadhan ke 15 dah sekarang ni kan? lagi 15 hari je lagi. YaAllah, cepatnya!huhu.. Okeh jom kita ceklist amalan kita sepanjang bulan ramadhan ini.

1st, Al-quran sepatutnya kita sudah sampai ke juzuk 14 dan akan masuk ke juzuk 15, betul? Siapa yang belum?? Angkat tangan macam saya \(^_^)/..hik3 Sesiapa yg belum tu, kejar sampai dapat ye. Tak rugi kita habiskan waktu dengan membaca al-Quran je. InsyaAllah berlipat ganda pahala yang kita akan dapat nanti.  Ana? Alhamdulillah, belum masuk hari yang ke tujuh, ana dah dapat habiskan juzuk ke yang tujuh. Tapi sahabat-sahabat, jangan baca sahaja tapi kita tak tadabbur ayat tu. Kalau yang macam ana buat, ana baca 4 muka surat, pastu ana akan tadabbur pula maksudnya. Macam-macam kisah dan hukum hakam yang Allah telah tetapkan dalam Quran.  

2nd, Solat sunat dhuha dan tahajjud pernah tinggal? Ceklist balik? Kenapa tinggal, tak sempat ke malas? Ha.. semua tu kne ceklist balik dan buat perubahan. Bulan ramadhan ni, bukan bulan biasa-biasa tapi dia bulan luar biasa. Dalam bulan ramadhan Allah nilah, kita nak keredhaanNYA, bukan kemurkaanNYA dan seumpamanya.

Okeyla yang lain-lain tu cek sendiri ye. Cek ni penting tau sahabat-sahabat, penting untuk tajdid (Pembaharuan) diri kita sendiri. Untuk apa? Untuk bekalan akhirat nanti. InsyaAllah.

Disini ana ada persoalan, kita hidup di bumi ni sebab kita nak redha Allah ataupun syurga Allah? Siapa boleh bagi pandangan dan pendapat? Kalau nak beri pandangan dan pendapat, sila balas di komen ye? ^^,

Semasa di bulan ramadhan ini, kita disarankan agar perbanyakkan membaca doa ini, Allahumma inna nas aluka ridhoka wal jannah, wa nauzubika min sakhitoka wannar…. Ila akhirihi ayat. Jadi, apa maksud dia? “YaAllah ya Tuhan kami, limpahkan kepada kami keredhaanMu dan masukkanlah kami kedalam SyurgaMU, dan jauhilah kami dari azab api neraka..”

Jelas disini, kita hidup di dunia ini adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t. Bagaimana pula dengan Syurga Allah? Okeh, sebab apa kita nak syurga Allah? Sebab kita taknak masuk neraka. Mungkin juga sebab kita rindu dan teringin sangat nak masuk syurga. Mungkin jugak kita seorang Muslim & Mukmin, jadi sudah tentu kita nak masuk syurga? Betul tak? Ha.. persoalannya sekarang ni, Allah redha kah dengan kita?

Oleh sebab itu, setiap perbuatan kita, setiap percakapan kita dan setiap tindakan kita, Pasti bermatlamatkan Keredhaan Allah s.w.t. InsyaAllah natijahnya Syurga yang mana dibawahnya mengalir sungai-sungai. Subhanallah, indahkan? ha, jadi nak tak? Mestilah nak kan? tapi... Allah ada berfirman :-

"Wahai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?" (As-saff : 10)

Dalam ayat ini Allah menawarkan kepada kita suatu Perniagaan? Namun apa yang menghairankan kita, Perniangaan yang ditawarkan bukan sahaja sudah tentu untung di dunia, tapi yang paling penting untung juga di akhirat kerana dapat menyelamatkan kita dari azab yang pedih di akhirat nanti.
Pada pandangan ana,bagi ahli perniagaan atau manusia yang berminda ‘bisnes’ (macam ana kot..hehe) sudah pasti akan menerima tawaran ini. Yela kan, siapa yang tidak mahu untung, lagi-lagi dapat untung sampai kat akhirat..(^_^) Keredhaan inilah yang kita cari sahabat-sahabat.
Jadi, apa pulak Perniagaan yang ALLAH tawarkan tu ye??hmm.. Cuba kita lihat ayat seterusnya.

“(iaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu Mengetahui. Niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam syurga 'Adn. Itulah keberuntungan yang besar.”(as-Saff:11-12)

Jadi sahabat-sahabat, di Bulan Ramadhan inilah masanya. Banyakkan bersedekah, korbankan waktu untuk membaca Quran dan sebagainya. Jadi, janganlah sia-siakan masa yang tinggal lagi setengah bulan je lagi ni. Ya Allah, sedihnya.. kena tengok balik Ceklist ni, huk3 Semoga kita peroleh redha Allah, serta syurga Allah di akhirat kelak. Allahumma Ameen!!

Bila bercakap pasal redha Allah, ana teringat tentang "Minggu Haluan Siswa". Ada seorang adik senior bertanyakan pendapat ana tentang 'Cheer's'.. Ana tak tahu nak cakap macammana, yang boleh ana cakap, "Macammana sekirenye, kita leka dengan 'cheers' tibe-tibe Allah tarik nyawa kita waktu tu? Apa kita nak jawab depan Allah nanti?" huhu Nauzubillahi min zalik~ 

Semoga kita sentiasa terpelihara dari segala perkara syubhah.. dan juga perkara-perkara yang sia-sia. Ingat ya sahabat-sahabat. Cari redha Allah, jangan kerana terlampau seronok dengan dunia serta hiburan, langsung kita lupa kat Allah. 

Manusia zaman sekarang terlampau bijak, kadang-kadang dia nak kaburkan mata kita dengan mengatakan benda itu elok, dia buatlah solat secara berjemaah, dan meletakkan sikit unsur-unsur islamik. Tapi apalah gunanya kita buat semua tu kalau kita still lagi buat perkara-perkara yang syubhah. Macam perempuan yang free hair la.. dia puasa, tapi tidak tutup aurat.. jadi, segala amalannya menjadi sia-sia. Rujuk balik dalam al-Quran, surah an-Nisa' tak silap ana.. segalanya ada jawapan!^^,

Wallahu'ta'ala a'lam.^_^

(Jangan lupa niat puasa ye..:))