Sep 3, 2010

Ramadhan Makin Berakhir!

Bismillahi Ar-rahman Ar-rahim.

Alhamdulillah, Pantas betul masa berlalu. Seakan baru sahaja aku menyambut 1 Ramadhan hari ini. Ya Allah, bulan ramadhan adalah bulan rahmat & ketaqwaan Mu, mengapa begitu pantas ia pergi meninggalkan aku?? aku masih tidak puas bersamanya. Pertemukanlah aku dan Dia lagi di tahun hadapan. InsyaAllah,ameenn!!

Jadi, sahabat-sahabat... anda puas menyambut ramadhan kali ini? kita sudah hampir kepenghujungnya. kita sudah pun masuk ke fasa3 iaitu malam Lailatulqadar. Apakah usaha kita untuk mencapai malam tersebut?? sama-sama koreksi diri~


Ana nak ceritakan sedikit tentang apa yang ana lihat dan perhati pada malam kemerdekaan 31 Ogos 2010 iaitu pada ramadhan yang ke 21. Malam itu, ana dan beberapa orang sahabat yang lain sedang dalam perjalanan ke Masjid As-syikirin KLCC. Kami terpaksa datang lewat sebab ada event di AI (Akademi Islam). Dalam perjalanan itu, pelbagai agenda yang kami lihat. Kami diperlihatkan dengan agenda dunia KL yang sebenar. sangat dasyat ketika itu. kami seakan mahu patah balik kerna tidak sanggup menghadapi suasana begitu tetapi kami gagahkan juga untuk meneruskan perjalanan kami ke masjid tersebut.



Sebenarnya, tujuan kami untuk ke sana adalah untuk mengikuti Gamis & NGO dalam satu misi untuk mencegah maksiat yang berlaku pada malam kemerdekaan tersebut tetapi memandangkan event kami di sana habis lewat, so terpaksalah kami bergerak lewat. Ustaz Yusry,[pemantau kami] sudah tanya2 bila mahu bergerak.. huhu asif ustaz, nahnu lewat sikit. Tapi sayang, kami tak dapat mengikuti misi tersebut.hmm

Walaubagaimanapun, dalam perjalanan kami ke Masjid tu.. terdapat macam-macam jenis orang yg kami lihat. huhu sungguh menyedihkan!! bulan ramadhan pun, berzina merata-rata. bawak anak dara merata-rata. Nauzubillahi min zalik~

Ada juga yang kami lihat, mat-mat rempit sibuk merempit di jalan kematian dan menyesakkan perjalanan kami semua. kebanyakannya dari mereka adalah masih budak belasan tahun. Kami duduk didalam kereta pun seperti ingin menyorok, sebab sekeliling kami dikelilingi oleh orang yang tidak bermoral. Kecewa dan sungguh menyedihkan..!! mereka langsung tidak menghargai dengan kehadiran bulan ramadhan yang penuh rahmat ini. Subhanallah!!


Tatkala kesesakan lalu lintas menyesakkan kami, terdapat sebuah kereta unser di sebelah kami. Didalamnya terdapat beberapa orang budak lelaki,budak perempuan ana tak pastilah pulak. Mata mereka dicelakkan. Sambil menghisap toksik [rokok].

"Huish..budak-budak agilah. macam form1 pun ada, pendek semacam je budak dalam kete tu" ana bersuara.
"Memanglah weh, dasyat betul budak-budak ni" sahabat ana bersuara.
"Aku nak amik gambar diowg lah" ana bersuara semula.
"Tak payah lah weh, budak punk tu. Kang dia kejar kete kita tak pasal2 plak kang..huhu" rayu sahabat ana sorang lagi.

Setelah kami ke simpang untuk masuk ke KLCC, kami melalui pusat clubbing. Terdapat ramai sangat orang sedang menonton aksi lucah di clubbing tersebut. Dalam pada itu, kami pelik! polis ramai sangat yang sedang bertugas di sana tapi tidak ada siapa pun yang menghalang mereka mempersembahkan aksi-aksi sebegitu. Mereka bertindak apabila terdapat pergaduhan & juga perbalahan sahaja. Subhanallah, apa nak jadi dengan KL ni?? Bukankah Negara Malaysia adalam Negara Islam? ana musykil dan ana kecewa!!!


Kesesakan di Dunia KL, terus menghantui kami. Sahabat ana yang memandu kereta sudah letih yg amat. Bilalah mahu sampai ke destinasi?? kami terus bersabar dan bersabar. Akhirnya, kami sampai juga di Masjid Asyakirin. Kami sampai pada jam 2 pagi. Kul3 pula akan diadakan qiam, itu bermakna kami ada sejam sahaja untuk tidur. Di sana, ramai sangat yang hadir. Sebenarnya tempat tidur muslimat kat bawah. Tapi kat bawah dah penuh sangat.. kami masuk-masuk macam dah syahid semuanya.. sebab mereka tidur bertelekung. Pastu kami naikla atas, pun sama. Tapi alhamdulillah masih ada ruang lagi untuk kami beradu sebentar.



Kul3 kami bangun untuk Qiam diImami oleh Ustaz Zulkarnain (Oasis). Solat sunat Tasbih 4 rakaat dan solat sunat taubat 2 rakaat. Diiringi dengan zikir Munajat dialunkan oleh beliau sendiri. Fuhhh... sayu sangat malam tu. Rasa macam betul-betul di mekah Al-mukarramah. sebab ramai sangat orang disana, seperti jemaah haji semuanya. Tapi macam mustahil je naik haji hanya sehari..hehe ^_^ Tetibe terlupa sekejab dengan dunia KL. Seperti berada di Akhirat KL pula..hihi Semoga manusia yg berada di dunia KL dikurniakan hidayah dari Allah Ta'ala, semoga mereka menjadi orang yang lebih kuat imannya dari kita..insyaAllah..ameenn!!!

Alhamdulillah, selesai bersahur dan solat subuh, kami bergegas pulang ke Kolej sebab ada meeting kul9..huhu dasyat!! Nasib bek sahabat ana yang drive tu power bawak kete..ngeh3 naik kete dengan dia memang gila2.. tak pasal2 malam seterusnya, tayar dia pecah..haish.. tulah ganas sangat bawak kete. Mane taknya, nak pergi mana-mana kena rush!! huhu semangat berjihad! InsyaAllah..^_^

Oklah sahabat-sahabat, ramadhan da makin berakhir ni, alunan lagu syawal sudah mula berkumandang.. sedih!!! Ramadhan dah nak berpisah dengan kita..huhu T.T Semoga Ramadhan kali ini menjadikan kita insan yang lebih beriman dan bertaqwa..insyaAllah,ameenn!!


Untuk sahabat-sahabat dikasihi fillah,
selamat pulang ke kampung halaman selepas b'hempas pulas dengan perjuangan kampus. Ambil masa untuk diri antum semua ya, happy2 dirumah dan jangan lupa siapkan assigment kerna selepas ini banyak agi kerja kita..^_^ Moga cuti ini membawa kita mencintai Allah dari segalanya..insyaAllah..
[pesanan utk diri ana sendiri juga..=)]

No comments: