Jan 21, 2011

Kuasa Pemuda!

Assalamu'alaikum w.b.t.

Terima kasih kepada pengungjung-pengungjung yang sudi menziarahi teratak ini. Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana masih diberi peluang untuk bernafas dimuka bumi yang fana' ini.. semoga Umur kita yang semakin meingkat dan semakin tua ini dapat digunakan semanfaatnya..insyaAllah. Kerana apa? Kerana Masa itu emas.. Rugilah kita, jika kita sia2 kan begitu sahaja. Lagipun, hidup didunia ini hanyalah sementara dan akhiratlah yang kekal abadi. Jadi, apa matlamat kita hidup di dunia?

Dalam Al-Quran Allah berfirman :
"Dan ingatlah Tidakku menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaku!"
(Adz-zariyat : 56)

Jadi, apa tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim? ya.. pemuda Muslim? adakah dengan melakukan 5 rukun Islam tu je? Bukan..banyak lagi yang kita boleh lakukan dengan kuasa pemuda. Kenapa pemuda? Sebab.....

Tempoh muda ialah tempoh yang disuruh 'rebut' oleh Rasulullah s.a.w.
Tempoh muda ialah tempoh penentuan hala hidup
Tempoh muda ialah tempoh kemuncak kekuatan fizikal
Tempoh kepemudaan ialah tempoh yang penuh dengan keupayaan

Akhir sekali

Tempoh muda ialah tempoh yang 'amat pendek'

Allah berfirman :
"Dan Masa ( kejadian dan kehancuran) itu kami pergilirkan antara manusia"
(Ali Imran : 140)

| Setiap amalan itu ada puncaknya, setiap puncak ada surutnya, maka siapa yang surutnya adalah pada sunnahku, makan dia telah mendapat petunjuk, dan sesiapa yang surutnya pada yang lain, beerti telah binasalah ia..|
(Hadis)

Wahai pemuda!
Setiap Fikrah itu akan berjaya apabila ia diperkuatkan dengan iman, dilengkapkan dengan keikhlasan yg mendalam utk memperjuangkannya, Ditambah dengan semangat yang berkobar dan persediaan yang rapi untuk beramal dan berkorban dalam melaksanakannya.

Pendek kata, Iman, Ikhlas, semangat dan amal merupakan rukun-rukun khusus untuk para pemuda. Sebab apa? sebab asas iman ialah hati yang terang, asas ikhlas ialah jiwa yang bersih, asas semangat ialah perasaan yang mantap dan asas amal ialah azam yang kuat.

Maka, kesemua faktor-faktor ini tidak lain dan bukan ialah khusus untuk para pemuda. Dari sini ternyata bahawa para pemuda di kalangan setiap umat samaada di zaman dahulu atau sekarang adalah merupakan tiang seri kebangkitan umatnya.

Mari kita tengok Profil pejuang-pejuang Islam ketika masa mudanya..:-




15 tahun :
- Abdullah bin Umar ikut dalam jihad pertamanya dalam Perang Uhud setelah
sebelumnya dalam Perang Badar ditolak kerana masih berusia 14 tahun.

- Imam Syafi'i menjadi mufti.

16 tahun :
-Zaid bin Tsabit ikut jihad pertama kali dalam Perang Khandak
setelah ditolak penyertaannya dalam Perang Badar kerana usianya baru 12 tahun

17 tahun :
- Imam Bukhari mendalami hadits dari para gurunya.

- Abu Hamid Al-Isfirayini menjadi mufti.

18 Tahun :
- Usamah bin Zaid menjadi panglima perang melawan salah satu pasukan Romawi dan menang

- Aisyah menjadi guru besar bagi masyarakat muslim sepeninggalan Rasulullah saw
yang berlangsung selama 47 tahun, setelah membuktikan dirinya menjadi pelajar
yang hebat pada usia 9-18 tahun.

- Imam Bukhari mulai menulis

22 tahun : - Zaid bin Tsabit memimpin pasukan pengumpul mushaf Al-Qur'an di masa
kekhalifahan Abu Bakar.

- Sultan Muhammad Al-Fatih menjadi Sultan Turki Utsmani

23 tahun :
Umar bin Abdul Aziz menjadi gabenur Madinah

24 tahun :
- Fatimah meninggal dan telah melahirkan dan mendidik dua orang yang hebat
dalam sejarah Islam iaitu Hasan dan Husain.

- Sultan Muhammad Al-Fatih menakluki benteng lagenda, Konstantinopel.

(Banyak lagi kisah-kisah para sahabat yang berjuang menegakkan Islam di Usia mudanya.. baca balik kisah-kisah Rasulullah s.a.w. dan juga kisah para sahabat.. terdapat banyak buku-buku tentangnya di pasaran. insyaAllah ^^,)

Dari situ kita mula terfikir..
"Betul jugak kan? padanlah mahasiswa-mahasiswa zaman kini, bersemangat untuk menegakkan keadilan dan semangat untuk bawak Islam walaupun masih belajar.. baru ku tahu, kuasa pemuda inilah yang kita patut guna sebaiknya untuk menegakkan Islam di muka bumi dan politik di kampusla sebagai Wasilahnya"

Nah.... jadi dimana kuasa pemuda anda?? tidak rasa tercabar kah dengan kehebatan Para sahabi Rasulullah di waktu usia mudanya? Subhanallah~

Bentuklah Kehidupan di hadapanmu Wahai Pemuda Islam!
Pesanan As-syahid hassan Al-banna kepada kumpulan Dr. Salin ketika mereka berumur 16 tahun...

Jadilah Lelaki Sejati!!

"Masa remajamu pendek, kamu mesti menjadi lebih baik dari generasi kami..."


SofwatulQhaul : Langkah yang besar itu....
Langkah yg besar itu memerlukan hati yg kuat dan Iman yg teguh... Mereka yg benar-benar sahaja yg mampu! Mereka itu adalah Pemuda Islam!



“Jenerasi muda ialah rahsia kehidupan ummat dan sumber
matair kebangkitannya. Sejarah ummat ialah sejarah para
tokoh yang dilahirkannya, yang memiliki aqliyah yang kuat
dan ruh yang membara. Kuat lemahnya umat sesungguhnya
diukur dari sejauh mana kemampuan ‘rahim’ umat itu
melahirkan tokoh – tokoh yang memenuhi syarat riajl yang
sebenarnya…”
(As-Syahid Imam Hasan Al-banna)

Firman Allah s.w.t. :-
"Dan Berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan
sebenar-benar jihad. Dia telah memilih kamu dan
Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk mu di dlam
agama ini satu kesempitan. (Ikutilah) agama bapamu
Ibrahim. Dia (Allah) menamakan kamu sekelian
muslim dari dahulu dan (begitu pula) di dalam (alqur-
an) ini, supaya Rasul menjadi saksi atas
dirimu dan kamu menjadi saksi atas segenap
manusia, maka dirikanlah solah, tunaikanlah zakat
dan berpeganglah pada tali Allah. Dia adalah
Pelindungmu, maka Dialah sebaik-baik Pelindung dan
sebaik-baik penolong."
(Al-Hajj : 78)

“ Allah mendatangkan kami bagi mengeluarkan
hamba-hamba (manusia-manusia) ari menjadi
hamba kepada hamba kepada menjadi hamba kepad
aALlah yang maha esa lagi Maha Perkasa. Dari
kesempitan dunia kepada dunia yang lebih
luas. Dari kezaliman beragama kepada
keadilan Islam. Maka kami diutuskan dengan
agama Allah kepada makhlukNya untuk menyeru
mereka kepada Allah. Maka barangsiapa yang
menerima, kami menerima mereka dan tinggalkan
mereka ditanahair mereka dan sesiapa yang
enggan kami perangi sehinggalah kamu menyahut
seruan Allah…”
(Kata-kata Rubai'e Bin Amir pada Rustam)

Selamat Bermuhasabah..^^,

Wallahu'alam~