Feb 26, 2011

Surah Al-Ikhlas Sebanding Dengan 1/3 Al-Quran

Bismillahi Ar-Rahman Ar-Rahim.

Alhamdulillah, ada satu Artikel tentang surah Al-Ikhlas untuk dikongsikan bersama. Mohon sahabat-sahabat respon tentang artikel ni ye.. Syukran 'ala Kulli Hallin. ^^,

Disebutkan dalam hadis sahih:

عن أبي أن رجلا سمع رجلا يقرأ قل هو الله أحد يرددها فلما أصبح جاء الى رسول الله صلى الله عليه وسلم فذكر ذلك له وكأن الرجل يتقالها فقال رسول الله صلى لله عليه وسلم والذي نفسي بيده إنها لتعدل ثلث القرآن والذي نفسي بيده إنها لتعدل ثلث القرآن.

Dari sa’id al-khudri bahawasanya ada orang mendengar seseorang membaca “qul huwallahu Ahad”, dan diulang-ulang. Pada keesokan harinya, ia mendatangi Rasulullah S.A.W dan melaporkannnya, seakan ia menanggap remeh. Maka Rasulullah bersabda :” Demi zat yang jiwaku ada di tanganNYA, ia sebanding dengan sepertiga A-Quran”.[1]

Syaikh Islam Ibnu Taimiyah berkata, “ Maksudnya, ialah bahawa Al-Quran diturunkan menjadi tiga bahagian. Satu pertiga bahagian adalah hukum-hukum, satu pertiga berisi janji dan ancaman dan satu pertiga bahagiannya terdiri nama dan sifat Allah dan surah ini mengumpulkan antara nama nama dan sifat-sifat (Allah)” [2]

Syaikhul islam juga berkata: “ Apabila (qul huwallahu ahad) sebading dengan satu pertiga Al-Quran bukan bermakna ia lebih utama dari Al-Fatihah dan tidak pula mencukupkan diri membaca Al-Quran dengan membacanya sebanyak tiga kali. Akan tetapi apabila dibaca (qul huwallahu ahad ) terpisah sebanyak tiga kali atau lebih dari itu maka pembacanya mendapatkan pahala yang sebanding dengan satu pertiga Al-Quran namun perbandingan sesuatu bukanlah dari jenisnya”.[3]

Ketika surah ini dibaca saat meruqyah, mendapati wujudnya perbezaan pengaruh yang ditimbulkan antara satu orang dengan yang lain tidak sama, yang ini berpengaruh dan lainnya tidak ada pengaruhnya. Dalam hal ini syaikhul-islam berkata: “Tidaklah (qul huwallahu ahad) setiap orang bermanfaat untuk setiap orang.[4]

Syaikh ‘Abdurrazaq menjelaskan, “sungguhnya ada perbezaan pengaruh bacaan yang dibaca, walau surah yang dibaca sama, kerana adanya pengaruh hati si pembaca dari kejujuran, keikhlasan, penghayatan, keyakinan, harapan dan kekhusyukan.

(Artikel ini dikarang oleh Ustaz Mu’tasim dalam majalah As-Sunnah dan disunting oleh Izzuddin Husni. Rujukan yang diambil oleh Ustaz Mu’tasim adalah dari Fiqh al-Idiyyah wal-Adzkar, Syaikh Abdurrazaq bin Abdil-Muhsin al-Abad, 1/89-93.)

[1] Sahih Bukhari, no 5013.
[2] Jawab ‘alil –ilmi wal-iman, hlmn. 113.
[3] Jawab ‘alil –ilmi wal-iman, hlmn. 133,134.
[4] Jawab ‘alil –ilmi wal-iman, hlmn. 141.

Wallahu'alam~