Nov 2, 2010

Rumahku Syurgaku...!!

Assalamu'alaikum w.b.t.
Alhamdulillah.. akhirnya sem1 ana sudah sampai ke penghujungnya. Sekarang sudah masuk stady week pula. Minggu mengulangkaji. Begitu pantas masa berlalu.. ana pun tak tahu, apa yang ana dah buat sepanjang 1 sem ni. huhu Moga-moga ia sesuatu yg tidak sia-sia..InsyaAllah..ameenn!! mudah-mudahan.. ^^,

Bila tibanya stady week, dalam hati ana, nak balik rumah je. Rindu dengan family. Ana suka sangat duduk rumah.. tapi bila mana semua adik beradik ada dirumahla. hehe sebab apa ana suka duduk di rumah..?? sebab ana terhibur dengan gurauan ibu,abah dan adik-adik. Boleh dikatakan,satu family memang pandai bergurau. Terikut-ikut sikap abah yang sangat peramah dengan saudara mara yang lain. Hatta dengan warga kampung sekeliling. Sebab itu, warga kampung sangat mengenali abah ana.. ana pergi kedai runcit pun, mesti mereka tanya.. anak Ustaz man ye?? anak Iman man ye..? macam-macam panggilan lah.. boleh dikatakan..hehe kadang-kadang segan jugak nak kuar rumah sebab orang kampung ramai yang kenal kan.. Jadinya, dipendekkan cite.. Malaslah hendak kuar rumah..hohO..




Dalam family ana.. semuanya jenis yang gila-gila.. tak suka senyap-senyap.. ha.. bila tido je senyap kut.. tak pun, tengah solat ke, barulah senyap. hehe lagi-lagi adik ana yang ke-7, dia memang suka buat lawak.. walhal xlawak pun.. tapi gaya dia, mimik muka dia yang membuatkan kami terhibur 1 keluarga.. lagi-lagi ibu dan abah terhibur dengan gelagatnya.. ana pun soronok tengok ibu dan abah, gembira. Sapelah yang tak seronok tengok orang yang kita sayang gelak,senyum serta gembira..kan2..?ha.. hehe..

sebab itu, ana suka sangat duduk kat rumah.. ana ni pula jenis orang yang susah di ajak keluar. yela, kalau nak keluar.. mestilah kena minta persetujuan dari ibu dan abah dulu kan. kadang-kadang, abah suh ajak adik-adik. kadang-kadang ana p sorang-sorang je.. tupun tengok kepada destinasila. macam sekolah ke? ha.. barulah dapat lepas pergi sorang-sorang. Bukan nak dikatakan ana ni manja cuma.. keprihatinan seorang abah kepada anak kesayangannya.. cewah.. kadang-kadang tensyen gak, nak kuar sorang-sorang tak dapat. Tapi bila muhasabah diri. Itulah tandanya kasih ibu & abah terhadap anaknya. Dan kita sebagai anak kenalah paham kenapa ibu bapa kita buat begitu. kan? ha.. nanti bila kita da besar dah ada anak bagai barulah kita tahu bagaimana rasanya menjadi seorang ibu dan bapa. [wah2..kesitu plak ana ni..hehe tapi disitu kita boleh ambil, untuk mendidik anak-anak kita nanti.. insyaAllah..^^,]

InsyaAllah.. hari khamis ni, ana balik rumah... sebab Makcik buat kenduri tahlil kat rumah pula hari jumaat ni. Dan alhamdulillah.. dah nak dekat exam ni en, tugasan kampus di postpone dlu..hehe bolehla duduk rumah relax skit..relax ke?? huhu InsyaAllah...takpun, Disconnect Streamyx buat sementara waktu..hehe yelah tu...hmm


Credit For Haulid Muslimarteam..^^,

Klah, salam imtihan buat semua sahabat, serta para mahasiswa UM.. Stady jgn stadO k... GoodLuck For Final Exam. ^^,