Aug 29, 2010

Tasyji' Buat Sahabat-Sahabat Yang Dikasihi Fillah..!!



Bismillahi Ar-Rahman Ar-Rahim.


Sahabat,
1 nama penuh makna,
Ia hadir tika tawa,
Ia datang tika duka,
Tiada pada Cinta,
Tiada pada lafaz,
Hanya kejujuran menyulami hati,
Hanya keikhlasan menyirami Jiwa,
Kebaikan dihargai,
Kesalahan di maafi,
Dan itulah dinamakan SAHABAT!!

S.P.I.E.S.

Bismillahi Ar-rahman Ar-rahim~

Alhamdulillah,kita sudah masuk ke fasa3 dalam bulan ramadhan. 10 malam tákhir makin menghampiri kita iaitu malam lailatulQadar. Ini ada disebut dalam salah satu hadis Rasulullah s.a.w. yang membawa maksud :-

 Aisyah r.a. menyatakan: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Carilah lailatul qadar pada (malam) yang ganjil daripada sepuluh (malam) yang terakhir daripada bulan ramadhan”. Hadis riwayat Bukhari.

Aug 19, 2010

"Sejenak Bersama Palestine" Anjuran PMAPIUM.


Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya,19 Ogos 2010 : Alhamdulillah, tahniah di ucapkan kepada penggerak "Sejenak Bersama Palestine" anjuran PMAPIUM dan juga AQSA bagi menjayakan majlis ini. Amat membanggakan sekali apabila DEWAN KULIAH UTAMA (DKU) di Akademi Pengajian Islam dipenuhi dengan para peserta yang terdiri daripada pelbagai fakulti dan pelbagai kolej. 

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd. Nor kerana sudi memberi sedikit maklumat tentang saudara kita di Palestine serta menceritakan serba sedikit tentang sejarah yang berlaku di Palestine dan juga di Masjidil Aqsa. Harap syarahan beliau dapat membuka mata dan minda kita dalam tanggungjawab membantu saudara kita disana. Walau dengan apa cara sekalipun, kita harus ada inisiatif sendiri untuk membantu mereka. Walau dengan hanya sebaris doa. 

Tidak lupa juga dengan persembahan dari Bro Muadz, yang telah menyampaikan 4 buah lagu termasuk rapping bersama Shinji from japanyang terdiri daripada hadis-hadis Rasulullah sendiri dan digubah menjadi sebuah lagu antaranya Amrullahstand uphijrah dan ansor&muhajirin. Sangat memhiburkan persembahan beliau dengan rentakan dari percusionBro Hafiz. Walaubagaimanapun,Persembahan beliau mampu mengalirkan air mata jika diamati lagu itu betul-betul. Ribuan terima kasih diucapkan kepada mereka atas persembahan yang menghiburkan itu tadi. 

Akhir sekali, terima kasih juga diucapkan kepada para hadirin yang sudi hadir ke majlis ini dan memenuhi ruang di DKU tadi. Semoga kita diberkati Ilahi.. insyaAllah. 

Salam Ramadhan Kareem buat semua. 

Petikan dari Blog Helwi Pmapium 

Bauan SyurGa RaMadHan..!!

edited by www.picnik.com
Assalamuálaikum w.b.t.

Ramadhan makin hampir kepenghujungnya.. Alhamdulillah sudah 9 hari kita berpuasa. Masa begitu pantas meninggalkan kita. Tapi bagaimana dengan iman kita? Amalan kita? adakah ia makin bertambah atau sama sahaja? sama-sama kita fikirkan dan renungkan kembali,"apa yang ingin aku capai Ramadhan kali ini".

Daripada al-Harith Al-Asyári bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
"sesungguhnya perumpamaan bagi orang yang berpuasa itu adalah seperti seorang lelaki yang membawa satu bekas yang terdapat di dalamnya kasturi, dan ia berada di dalam satu kelompok manusia, maka mereka itu berdosa amat hairan dengan wangian tersebut, (begitu juga) sesungguhnya bau orang yang berpuasa di sisi Allah lebih harum daripada wangian kasturi." (Riwayat Tarmizi)


Tajuk entry kali ini ana ambil dari tajuk ceramah malam semalam yang diadakan di Auditorium Faks. Pendidikan dan disampaikan oleh Dr. Jamnul Azhar Hj. Mulkan. Jadi, kiasan dalam hadis ini menceritakan tentang kelebihan orang beriman yang mengikhlaskan diri kepada Allah s.w.t. dalam melaksanakan ibadah puasa. Kerna setiap manusia pasti suka kepada wangian.betul tak?? ke anda suke kepada kebusukan?hehe gurau2..=.=

Jadi adakah dengan anda bau mulut sahabat anda, anda akan bau bauan kasturi?? bukan.. Maksudnye begini.. walaupun bauan mulut sahabat kita tu dasyat sgt rasa macam longkang ke ape ke? ha.. tapi itu hanya di dunia tidak di akhirat. Di akhirat, Nabi kata.. Sesungguhnya bau orang yang berpuasa di sisi Allah lebih harum daripada wangian kasturi. Nah!! bulan puasa pun Allah nak bagi ganjaran yang besar untuk kita. anda semua taknak ke?? rugi sahabat-sahabat... Jika kita tidak menggunakan mulut kita ni dengan sebaik-baiknya.

Sahabat nak tahu, setiap keindahan dan kenikmatan syurga tidak mungkin dapat dijangkau dek imaginasi manusia. Sebabnye syurga adalah satu-satunya tempat di mana Allah menuangkan semua rahmatNya dan menunjukkan sifat jamal-NYA yang Maha Sempurna. Syurga juga menjadi tempat Tajalli Zat Allah Yang Maha Indah agar dapat dipandang oleh para kekasihNya yang telah lama merindukan-Nya. Tempat seperti ini mestilah jauh lebih tinggi dan lebih mulia dibandingkan dunia yang tidak mampu menanggung keindahan tajalli itu.

Dalam sebuah hadis kudsi riwayat al-Bukhari, Allah s.w.t berfirman yang bermaksud :-
"Aku telah siapkan untuk hamba-hambaku yang soleh sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh mata, didengar oleh telinga atau terdetik dalam hati manusia".

Berdasarkan hadis ini, Ibn Abbas berpendapat bahawa semua benda-benda syurgawi jika dibandingkan dengan benda-benda duniawi, hanya serupa dari segi sebutan namun berbeza dalam hakikat. Misalnya susu, memang ada di dalam syurga namun sahabat-sahabat, ia tidak seperti susu di dunia. Kualiti rasa dan kenikmatan susu di syurga jauh lebih baik daripada susu apa pun yang pernah dirasai manusia di alam dunia ini. Bagitu juga benda-benda yang lain, mereka serupa pada nama namun berbeza sekali pada rupa dan rasanya. Allahu Rabbi.. tak dapat nak gambarkan bagaimana lazatnya air susu di syurga.

Walaubagaimanapun, masyarakat sekarang ni seperti menganggap bulan Ramadhan adalah bulan adat. Sebab apa ana kata begitu? ya, maksiat still di lakukan. Sepatutnya bagi individu muslim yang prihatin dengan rahmat dan ganjaran Allah yang melimpah-ruah pada bulan Ramadan ini sudah tentu tidak akan melepaskan peluang untuk berusaha gigih dan bersungguh-sungguh untuk merebut sebanyak mungkin ganjaran Allah itu. Dan berusaha untuk menekan nafsunya serendah-rendahnya. Bulan ramadhan yang sepatutnya menjadi bulan menahan nafsu syahwat dengan berpuasa bertukar menjadi "Bulan makan" yang penuh dengan pembaziran apabila tiba waktu berbuka dan paling menyedihkan berdating still dilaksanakan. Tidak boleh ke? stop dahulu berdating selama sebulan je? bak kata Dr. Jamnul "cakap dengan pasangan masing-masing, hari ni kita takyah jumpalah. Sebab saya berpuasa" tapi berapa ramai yang bercouple buat macam tu?? kalau ada tu memang ana respectla.. sebab apa? sebab dia kuat untuk melawan nafsu dia. 

Dalam ceramah beliau juga ada menceritakan tentang perihal anak perempuannya. Seorang hafizah baru 19 tahun. Anaknya itu memberitahu kepada bapanya yang dia punyai kenalan lelaki. Lantas beliau (Dr.) mengajak rijal tersebut datang ke rumah. Apa yang diketahui, rijal itu juga merupakan seorang hafiz. Apa lagi, Dr. test dia. Apabila setiap surah yang ditasmi' dapat dijawab dengan lancar oleh rijal tersebut, barulah Dr. tanye tujuan dia berkenalan dengan anak dia. Tapi rijal hanya mengakui ia sebagai seorang teman/sahabat. Namun, sebagai keprihatinan seorang bapa,Dr. menyatakan begini, "takyah kawan-kawanlah, kahwin terus" rijal itu pula berkata "tapi duit tak cukup lagi",Takpe "biar p.cik tanggung" wah, bagusnya Dr. pula beri jaminan. 

Sebab apa? bak kata Dr. salah satu wasilah utk kita menahan hawa nafsu adalah dengan berkahwin. Tapi jangan terkejut au, rijal tu pun 19 tahun. ha.. Dalam hadis nabi ada menyebut, apabila datang seorang lelaki yang menyatakan hasratnye untuk meminang seorang anak dara, iaitu setelah diperakui akhlaknya (lelaki itu), maka janganlah menolak kerna jika kamu menolak, akan datang satu fitnah yang akan menimpa diri kamu. So, mungkin sebab itu kut Dr. menerima terus rijal itu sebagai menantunya. Bagi mengelak fitnah.

Jadi, apa yg perlu kita fikirkan sekarang? kita solat terawih, baca Quran , tadabbur alquran tapi kita still melakukan maksiat. Ya, memang betul, segala amalan kita sama ada diterima atau tidak itu semuanya urusan Allah Taála. Tapi dalam masa yg sama kita perlu fikirkan sebagai pengkoreksian diri kita balik bagi mencapai bauan syurga Ramadhan. Bulan puasa adalah "bulan ibadat" bukan "bulan membuat maksiat" ataupun "bulan adat".

Akhir kata, 

Apabila Ramadan atau "bulan puasa" disambut secara adat bukannya ibadat, maka bagaimana dapat menghasilkan individu yang bertakwa kepada Allah. Akhirnya sambutan ramadhan tidak mendatangkan makna dan pengertian sebenarnya. Puasa tidak lagi memberi sebarang erti untuk kecemerlangan hidup di dunia & di akhirat. Justeru itu, anjakan perlu dibuat untuk mengembalikan nilai ibadah dalam bulan ramadhan agar dapat memperoleh wangian kasturi di sisi Allah serta kesejahteraan dunia akhirat dapat diperoleh kembali.

Salam Ramadhan kareem buat semua..wallahuálam.

Aug 10, 2010

JoM PoSe !! ^__^



Pejam..
celik..
pejam..
celik..

Bulan Ramadhan..^^,