Jan 9, 2011

Bicara Soal Khitbah!

Alhamdulillah. Ada sedikit cerpen yang ingin dicoretkan di teratak ini even sebenarnya cerpen itu panjang lagi. Tapi takpelah, ana bagi selingannya sahaja. Nanti bila cerpen tersebut sudah siap, insyaAllah.. ana akan postkan kesemuanya sekali..insyaAllah jika diberi keizinan oleh Allah. :)

*****************Selamat membaca****************



Pada awal pagi, Isqyi, Syaimaa' dan Salwa telah mengikuti suatu program Ilmiah yang telah dirancang oleh Unit Baitul Muslim,khas untuk ahli gerakan sahaja di sebuah Masjid yang tidak jauh dari Kampus Universiti Malaya sendiri. Di kesempatan itu, Isyqi menggunakan peluang yang ada di akhir program untuk menanyakan beberapa soalan kepada Ustaz Abdul Rahman Asyáari yang merupakan penceramah program tersebut, memandangkan kepada permasalahan 'hati' ini telah banyak berlaku terhadap ahli gerakan sendiri dan baginya ini adalah perkara yang harus dipandang serius bagi setiap ahli gerakan.

"Assalamu'alaikum ustaz, apa pendapat ustaz tentang seorang lelaki mentaqdim seorang muslimat tanpa orang tengah. Sebab apa yang ana tengok, kebanyakkannya seorang lelaki lebih suka untuk mentaqdim seorang muslimat tanpa menggunakan orang tengah dan dalam konteks itu bukankah ia juga boleh membawa fitnah kepada ahli gerakan juga kepada diri sendiri?" Soal Isyqi tanpa segan silunya dalam mengeluarkan pendapat mengikut pemerhatiannya kepada permasalahan yang berlaku terhadap ahli gerakan sendiri.

"Okeh, terima kasih kepada Ustazah Isyqi kerana bertanyakan tentang itu. Benar apa yang dikatakannya. Perkara ini banyak berlaku dalam ahli gerakan kita malah ia menyebabkan gerak kerja Islam kita terbantut dan sebagainya. Jadi, jika seorang muslimin mentaqdim seorang muslimah tanpa orang tengah, dari sudut hukum ia diharuskan kerana ia hanya suatu pernyataan hasrat hati untuk meminang muslimat tersebut secara syarie. Pernyataan taqdim yang dimaksudkan ini adalah melalui surat atau email atau mesej bertulis, bukannya bermaksud pertemuan".

"Jika muslimin itu berhasrat untuk bertaaruf tanpa orang tengah, ia masih dalam kerangka harus bergantung pada mekanisme dan isi soalan taaruf. Haram taaruf dalam keadaan pertemuan secara berduaan atau berhadapan, fitnah taaruf bagi ahli gerakan walaupun di tempat terbuka. Jika taaruf menggunakan mesej, ia boleh, namun kebiasaanya ia akan terdedah pada masalah hati dan maksiat halus kerana apabila satu soalan dikemukakan, soalan lain akan muncul dan ia akan menjadi 'sukar dikawal'."

"Ketiadaan orang tengah dalam sesi taaruf hanya akan mendedahkan pada fitnah. Beriltizam dengan syara' di awal peringkat akan mengundang keberkatan sepanjang hayat rumahtangga yang penuh cabaran."

"Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian. Ramai orang mampu mencapai "sakinah" ketika melafazkan "aku terima nikahnya", namun banyak pasangan gerakan gagal mencapai "mawaddah" dan "rahmat" apabila berdepan dengan konflik rumahtangga lantaran ujian sebelum kahwin sendiri sudah tewas di mata Tuhan. Hidup berumahtangga bukan seindah yang didamba sebelum kahwin (semuanya indah ketika bercinta), banyak asam garam yang perlu dihadapi, hanya mereka yang berikrar untuk teguh pada syariat agama akan mengecap erti kebahagian dan kemanisan sebenar rumahntanngga." Ulas Ustaz Abdul Rahman Asyaari panjang lebar dan secara tidak langsung persoalan Isqyi tersebut sudah terjawab. Kelihatan lega dalam memahami konsep taqdim-mentaqdim di raut wajah setiap ahli gerakan yang hadir.

"Jadi ustaz, seperti apa yang ustaz katakan tadi.. harus menggunakan orang tengah bagi muslimin atau muslimat untuk mentaqdim pasangan mereka, jadi bagi pendapat ustaz sendirilah, apa yang dimaksudkan dengan khitbah mengikut syar'i yang sebenarnya dan apakah nasihat Ustaz bagi sahabat-sahabat yang sudah berkhitbah atau bertunang dalam menetapkan hati mereka dari berlakunya maksiat kecil tanpa disedari" Soal Salwa pula pinta kepastian dan nasihat dari seseorang yang sudah berpengalaman dalam rumahtangga..iaitu Ustaz Abdul Rahman sendiri.

"Alhamdulillah, ramai juga yang sudah berkhitbah dalam ahli kita.. musim kahwin la dikatakan..hehe" celoteh beliau.. yang lain turut terhibur dengan celoteh beliau.

"Okeh.. Pandangan peribadi ana berdasarkan pengalaman berdepan dengan banyak kes "pertunangan terlampau" dan kes "masalah rumahtangga ahli gerakan",ramai muslimin belum benar-benar serius untuk berilitzam dengan dengan kerangka syara' dalam soal pertunangan. Jika benar serius, seharusnya mereka juga sudah pasti serius untuk memikirkan soal persediaan perkahwinan. Pertunangan atau ikatan khitbah yang lebih dari setahun kebiasaannya mengudang kegelinciran ahli gerakan dari batasan sepatutnya dalam keadaan dirinya tidak sedar dan merasakan ia bukan suatu maksiat. Justeru adalah lebih baik bersahabat sahaja dahulu jika kita belum bersedia untuk memikirkan soal nikah kahwin."

"Bertunang bererti selangkah kaki sudah berada di alam perkahwinan. Mematuhi syara' pada peringkat ini bererti bersedia untuk bertemu dengan bakal mertua dan memohon restu izin untuk melangsungkan perkahwinan pada masa yang terbaik oleh kedua-dua belah pihak. Tiada guna ada 'ikatan' kononnya pertunangan yang tidak diketahui oleh wali / kedua ibu ayah dan kemudiannya selepas bertahun menjalin hubungan (kekadang yang haram dinampak halal), ibu ayah tidak merestui dan bersetuju atau menunda ke satu tempoh masa yang terlalu lama. Useless."

"Justeru, nasihat dari ana perlu berhati-hati. Sekali tersasar walau sedikit di awal perjalanan, kebanyakan ahli gerakan Islam tumpas di pertengahan ujian hati yang cukup dahsyat dan halus. Syaitan akan memperindah segala dosa maksiat hati apabila tiada orang tengah yang memantau atau memberikan nasihat kepada kita." Nasihat terakhir dari Beliau lantas memberi kesedaran kepada semua ahli gerakan yang hadir. Terucap kalimah Istigfar di hati masing-masing.

Akhirnya, program Ilmiah tentang baitulMuslim tersebut habis kira-kira jam 10 pagi. Pengajur merasa puas hati kerana mendapat kesan positif dari ahli gerakan yang hadir dengan mengeluarkan pelbagai pendapat dan juga pertanyaan. Isqyi dan salwa juga senang hati, kerana persoalan yang selama ini terbuku di hati sudah pun terjawab. "Alhamdulillah", kalimat yang sentiasa terbit di hati dua orang sahabat itu.

"Ha.. macam mana? dah lega?" Soal Salwa kepada Isqyi yang pada awalnya tidak sabar-sabar untuk menanyakan pelbagai soalan kepada Ustaz tersebut.

"Alhamdulillah. Memang betul pun apa yang ustaz cakapkan tadi. Jadi, apa intipati yang dapat kita simpulkan dalam program ni?" Angguk Isyqi tanda kelegaan yang amat. Dan, Soal Isyqi pula kepada Salwa.

"Em.. makanya, kita perlu cari orang tengah untuk mentaqdim muslimin ehem..ehem..ehem..he..he" terburai ketawa dua orang sahabat itu termasuk Syaimaa' dengan gurauan Salwa. Memang tidak dinafikan lagi dengan kenakalan mereka tetapi pada hakikatnya, mereka sudah malas untuk memikirkan soal hati lagi setelah ramai lelaki yang merisik mereka, akhirnya menjadi milik orang lain juga.

Itulah kuasa Allah, bukti kasih sayangNYA kepada mereka. Mereka sentiasa memujuk hati mereka agar bersangka baik dengan Allah dan meyakini bahawasanya ada yang lebih baik yang Allah ciptakan untuk mereka. Mereka lebih mendahulukan gerak kerja Islam dari memikirkan tentang hati yang tiada kesudahannya.

"Weh, jomlah balik..." Ajak Syaimaa' kepada Salwa dan Isqyi.

"Jom-jom" jawab salwa dan Isyqi dengan serentak. Sambil tangan Isyqi sibuk dengan telefon bimbitnya untuk membalas mesej-mesej penting dari beberapa orang sahabat tentang program yang akan datang.

Dalam perjalanan balik, bunyi mesej masuk lagi ke Inbox telefon bimbit Isyqi. Mesej itu dari box mesegge Facebook. Lantas Isqyi membukanya dan penghantarnya adalah Al-Hafiz dari Urdun.

"Assalamu'alaikum. Kaifahal? Moga-moga sihatlah ye.em begini, Apis nak cakap sikit...." ( Replay 'n' to the next)"

"Ya Allah, sudah lama aku nantikan saat ini. Adakah dia akan memberitahuku perkara yang sebenarnya? Tabahkan hatiku ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku kepada aku nanti..ameen!!" Berdoa Isyqi di dalam hati.

p/s :-
* Inilah selingan cerita yang dapat ana coretkan sedikit.
* Semoga sahabat seperjuangan dan juga sahabat-sahabat yang dikasihi fillah semuanya, dapat mengambil sedikit intipati yang ada dalam cerita ini ya.
* Pesanan ana, jagalah hati dan Iman. Janganlah disebabkan hati kita sudah terikat dengan seseorang tanpa bernikah, perkara yang haram pun boleh jadi halal.. waiyazubillah~

1 comment:

Pejuang Muda said...

salam. saya minta izin copy gambar di atas untuk tujuan dakwah.

Terima kasih