Dec 28, 2011

Jaulah Ke Langkawi

Bismillahirrahmanirrahim.

Subhanallah, Allahu Akhbar. Ana hampir-hampir terlupa akan blog ni.. sudah habis sem barulah teringat nak update blog ni. Tapi sebenarnya, memang asyik teringat nak update, tapi tulah.. masa itu sangat-sangatlah jeles dengan ana.. sikap pun satu hal jugak.. Allahu akhbar! :(

Assalamu'alaikum w.b.t. buat sahabat-sahabat semua.. apa khabar anda semua? apa khabar iman anda semua? Moga makin bertambah sihat..insyaAllah. Pesanan buat ana juga..:)

Alhamdulillah, selesai sudah semester 3 dan sekarang ni tengah tunggu exam pulak.. hmm.. macammana ye perasaan sebenar orang yang betul-betul bersedia nak exam ni? sies ana tak rasa apa pun. hoho memang takde perasaan kot ana ni.. hihi

oklah... apa ye yang ana buat dalam masa 1 sem ni? kelas full dari pagi sampai malam. Kelas silat pulak 2 hari, malam rabu dan malam jumaat.Internet kat kolej pula ada masalah.. dan macam-macam lagi lah. Hoho Alasan betul kan? kalau malas tu cakap jela malas. hihi Takdelah, tapi adelah sikit sikap tu cuma fokus tu,benda lain lebih penting kot. hohO Okey stop cite pasal tak update! ^^,

Alhamdulillah juga, ana baru sahaja pulang dari LANGKAWI. Pergi Jaulah bersama Family. Kebetulan pula, adik dapat keputusan yang cemerlang dalam PMR 8A 1B. Jadi, Ibu & abah pun bawaklah kami pergi jalan-jalan ke Langkawi. Lagipun, ana memang suka pergi jalan-jalan,tak pun mengembarala.. jadi, kali ni mengembara ke LANGKAWI pula, belajar dari alam orang kata. kui3

Sebelum tu, ana pergi TAMAN NEGARA, PAHANG. Apa yang ana belajar di sana, Tiada yang lebih hebat dari kuasa Allah s.w.t. sebab apa?di sana Air jernih tak akan bercampur dengan air coklat. Kalau anda pergi ke sana, anda akan lihat sungai yang airnya jernih dengan airnya keruh. Air jernih saluran dia ke depan tapi air keruh saluran dia ke kiri. Subhanallah... bayangkanlah sebelah sana air jernih, sebelah sini air keruh.. walaupun bercamtum 2 saluran tersebut tapi tak pernah bercampur airnya. Itulah keistimewaan di Taman Negara. Banyak lagi sebenarnya, antaranya..melawat orang Asli, Jungle Trekking, berjalan di atas canopy, dan macam-macam lagilah.hehe Walaubagaimana pun, Seronok sangat dengan keindahan alam disana..dapat sentuh Tapir, kijang pun ada, tapi susah nak sentuh dia, jual mahal sangat kot..subhanallah..^^,

Main bot ni lagi best.. tapi yang tak bestnye, melawat Orang Asli dalam keadaan basah..huhu T.T

Minggu ni pulak, pergi LANGKAWI. Asyik berjalan je ana ni kan? hohO dah Hobi nak buat macammana kan? hehe hobi ana memang suka berjalan tapi tak suke shopping...^^, Jadi, apa ada kat sana? ha...macam-macam ada. Kami pergi snorkling, bagi Ikan makan, bagi Helang makan. Pastu, melawat Dayang Bunting dan sebagainya.

Mula-mulanya, kami naik Cable Car. Subhanallah sahabat-sahabat, sangat menakjubkan dan sangat menakutkan. Sebab apa? sebab tinggi sangat..huhu lagi-lagi bila nak turun tu, huish dasyat.. Sampai je kami kat atas puncak, kami jalan-jalan di sekitar canopy dan snap gambar di sana. Suasana kat atas sangat sejuk. anda nak tahu? Bukti keindahan ciptaan Allah s.w.t. terserlah bila kita berada di atas sana. Sangat-sangat menakjubkan..

Adik ana suka tanya soalan macam ni? "macammana la diorang boleh bina cable car setinggi tu, pastu boleh bina canopy sepanjang tu, dahtu bersambung pulak dengan bukit-bukit yang ada je." Subhanallah.. Maha Agung Allah Ta'ala yang memberikan buah fikiran sehebat itu. Untunglah.. sapa yang dapat buah fikiran seperti itu.. ^_ ^

Ini baru gambar, belum tengok videonye.. ya Allah.. Hanya Allah yang Tahu..^^,

Alhamdulillah, dapat rasa jugak naik cabler car. hehe Malam sabtu tu, kami adik beradik pergi borong coklat. Tempat kami menginap pun, memang dekat sangat dengan tempat borong tu.Em.. kedai Hj. Ismail dengan Saga Langkawi. Dulu, kedai Hj. Ismail la paling murah.. sekarang ni... mahal kot. huhu Tapi standard r tu, kalau nak dibandingkan dengan KL ni, dua kali ganda KL lagi..hoho


Jadi, ana belilah apa yang ana mampu, sekadar sekeping not RM50.. percaya tak? percayalah.. beli pun, sebab nak bagi kawan-kawan. Yelah, sempena exam nak dekat ni kan...hihi insyaAllah.. panjang umur, murahlah rezeki diowang tu.. ameen! :D

Okeylah, sebelum ana mengundur diri.. nasihat ana, jika anda nak pergi LANGKAWI, pergilah waktu kerja, takdelah ramai orang, tunggu ferry pun takdelah sampai ke petang, penginapan pun murah, barang-barang pun murah..insyaAllah tapi kalau time cuti, mahal kot..hehe Wallahu'alam.

P/s : Ana memohon seribu kemaafan, seandainya tersalah bahasa dan tersilap kata kepada yang mengenali diri ini dan juga kepada pembaca teratak srikandi ini. Mohon maaf banyak-banyak. Mohon doa untuk exam kali ini. Semoga doa-doa kalian, mendapat balasan yang baik dari Allah s.w.t.. Ana doakan kalian juga berjaya di dalam peperiksaan akhir semester bagi yang start exam minggu depan.. dan bagi yang sudah habis exam, semoga berjaya juga di dalam urusan dunia serta akhirat..insyaAllah..ameen!

P/s : Lepas ni nak mengembara ke mana pulak ye? hihi tunggu dan lihat.. insyaAllah kalau ada rezeki.. ke luar Negara pula.. insyaAllah.. sahabat-sahabat doakan ana ye.. ^^,

Jazakumullahu Khairan Kasira. Barakallahu fikuum~ ^_^

Nov 7, 2011

Mengapa Tidak Mahu BerTuhan? (Eps. 1)


(Iman)

Tengah hari itu, cuaca sangat nyaman, angin bertiup sepoi-sepoi, langit cerah beratapkan awan sejemput. Cuaca yang tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu sejuk, membuatkan suasana tengah hari itu sungguh indah. Muhammad, seperti kebiasaan, setelah berkumandang azan zohor, di akan keluar dari rumahnya, menaiki basikal melalui lorong-lorong denai, sambil lidahnya terus basah dengan zikrullah. Jarak dari rumahnya ke Masjid tidaklah terlalu jauh, hanya tiga minit dari rumahnya jika menaiki basikal.

Basikal yang dinaikinya, adalah jenis basikal di dalam filem P.Ramlee, bertajuk bujang lapok. Basikal lama. Hadiah dari ayahnya. Walaupun usianya sudah menginjak 20-an, minatnya pada basikal tidak pernah luntur. Asal sahaja ada masa, pasti dikayuhnya basikal itu ke mana-mana. Dia lebih suka membonceng basikal tersebut kemana sahaja kerana hanya sebagai tanda dia menghargai pemberian ayahnya disamping lebih suka menikmati keindahan alam sambil menghirup udara segar.

Setiap hari, dalam perjalanan ke masjid , Muhammad akan melalui sebuah kedai makan dalam perjalanannya ke masjid. Di situ, dia dapati, hampir setiap hari , ada seorang pakcik dalam lingkungan umurnya sekali ganda dari Muhammad . Dan setiap kali itulah, dia akan memberikan salam pada pakcik tersebut sambil senyuman manis terukir dibibirnya. Bagi Muhammad , walaupun pakcik tersebut tidak ke masjid, tetapi agama yang dianuti Muhammad tidak pernah menyuruhnya berlaku biadap pada orang yang lebih tua darinya.

Bahkan , sikap yang baik perlu didahului sebagai tanda menghormati mereka yang lebih tua darinya. Muhammad tahu, pakcik itu, yang lebih dikenali dengan Pak Man, tidak pernah dilihatnya di masjid, dan rata-rata penduduk kampung tahu yang Pak Manbukanlah jenis yang sembahyang, tetapi tidak pernah dicaci pada mereka yang mengamalkan agama. Pak Man juga, bukanlah jenis yang mahal senyman, setiap kali Muhammad melalui kedainya, pasti dijawab salam dan senyman pasti terukir indah diwajahnya.

“Assalamualaikum pakcik…ke masjid dulu ye..” ayat yang selalu meniti dibirnya tatkala melalui kedai makan Pak Man .

“waalaikumussalam..Muhammad, balik sembahyang karang, kamu singgah sini dulu ye..” ujar Pak Man tatkala lalunya Muhammad dijalanan melintasi gerainya.

“Ok..insyaallah…tak janji ye.”
Muhammad sedikit pelik, kerana tidak pernah Pak Seman mengajaknya duduk sekali dengannya. Entah apa yang ingin dibualkan dengannya. Tetapi yang pasti, dia tidak suka berjanji, kerana agama yang dianutinya, Islam, menyarankan agar setiap benda yang ingin dilakukannya, agar disusuli dengan insya Allah..Dan baginya, Insya Allah itulah janji baginya. Dia takut berjanji kerana takut-takut dia tak dapat tepati janji tersebut, jika dia memungkiri janji, bermaksud sifat munafik ada pada dirinya, dan inilah yang dia takuti, sifat paling tercela yang ada pada orang beriman. Itu pegangannya.

Seusai doa, Muhammad bergegas keluar membonceng basikalnya, dan terus menuju ke kedai makan Pak Man .

“Assalamualaikum Pak.” dihulurkan tangan untuk bersalaman dengan Pak Man sambil senyuman terukir indah di wajahnya.

“waalaikumussalam..Hah, Muhammad..Duduklah.Pakcik ada benda nak dibualkan pada kamu.”

“hmm…ada apa tu pak?..” Muhammad mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Dia bingung sedikit, kerana tidak tahu apa yang ingin dibualkan oleh Pak Seman.

“Gini…Pakcik kagum la dengan kamu. Sepanjang-panjang kamu duduk di sini, tak pernah lekang dari mata pakcik kamu berulang alik ke masjid. Kamu pulak, suka senyum. Lepas, tak pernah lepas bagi salam pada pakcik. Pakcik musykil campur kagum dengan kamu. ” jujur Pak Man ucapkan pada Muhammad.

‘Ya Allah, janganlah kamu menghukumku di atas apa yang dia katakan,ampunilah aku di atas apa yang dia tidak tahu, dan jadikanlah aku lebih baik dari yang dia sangkakan”. Doa Muhammad di dalam hati. Doa ini selalu diamalkannya apabila ada seseorang memuji-muji dirinya. Biarlah pujian itu diserahkan kembali pada yang empunya segala pujian.’

“Hmm”…Muhammad tidak tahu mahu membalas apa.

‘Pakcik nak tanya kamu boleh?

“Tanya apa ye pak Man?”

‘Hmm…Pakcik ada masalah sikit la..tu yang nak tanya kamu tu. Dah lama pakcik pendam benda ni. Tapi lepas kenal kamu, dengan akhlak kamu yang sangat menarik hati pakcik, pakcik rasa kamu boleh tolong pakcik selesaikan masalah yang pakcik hadapi ni.“Insyaallah..kalau saya boleh tolong, apa salahnya saya usahakan. Saya akan cuba.”

‘Pakcik ni, dah lama tak sembahyang. Dalam 25 tahun dah pakcik tak sembahyang….’ ada nada sayu pada ucapan Pak Man,seolah-olah menyesali dirinya.

“Astaghfirullah” gumam Muhammad di dalam hati.

‘Bermula pakcik tak solat, kerana pakcik ragu-ragu dengan apa yang dipelajari dulu. Dulu pakcik sekolah agama, tapi pelajaran yang diajar, menyebabkan pakcik sakit kepala. Terutama matapelajaran tauhid. Setiap kali kelas tauhid, pasti cikgu bagi hujah-hujah yang bagi pakcik sampai sekarang pakcik tak faham. Semua doktrin-doktrin yang diajarkan, walaupun mulut kata faham, tapi hati pakcik memberontak Nak..sehinggalah, sampai satu hari, pakcik bertekad dah tak nak sembahyang dan pakcik yakin, inilah keputusan terbaik pakcik.’

Muhammad menarik nafas perlahan-lahan. Dadanya sedikit beromabak. Hatinya galau dan sedih mendengarkan cerita Pak Man. Muhammad memerah otaknya mencari sesuatu idea untuk ditanyakan pada Pak Man.

“Kenapa sampai jadi camtu Pak Man?”

‘Sebab , pakcik yakin,bahawa kita tak perlu percaya pada Allah, kita tak perlukan Malaikat, kita tak perlukan kitab-kitab yang dikatakan dari Tuhan, dan pakcik tak percaya pada yang dikatakan adanya utusan-utusan Tuhan atau dengan kata lain Rasul-rasul…Tiada semua ini pun, seseorang boleh berjaya.Ramai je contoh-contoh yang boleh dibuat.Kalau kamu boleh nyatakan kenapa perlu pakcik yakin pada semua-semua ni,pakcik akan pertimbangkan balik apa yang menjadi pegangan pakcik selepas 25tahun ini’

“Maha Suci Allah…” gumam Muhammad di dalam hatinya.

“Pak Man, pak Man beli mana ye kereta tu?” sambil jari Muhammad menuding ke arah sebuah kereta kepunyaan Pak Man.

‘Owh , itu pakcik dapat hadiah dari anak pakcik.’

“Agak-agak pakcik, kereta tu dia terbentuk sendiri ke?”

‘Mana ada kat dunia ni terbentuk sendiri. Sedangkan baju kamu pun , ada tukang jahitnya, inikan pula kereta tu. Mestilah ada kilang buat dia.

“Hmm…itulah jawapan kenapa adanya Allah. kalau pakcik dah akui kereta , baju, dan lain-lain ni ada pembuat, maka , apatah lagi kita ni, bumi , langit, mesti ada pencipta. Dan Pencipta tu, Allah. Sebab tu kita perlu yakin adanya Tuhan.”

‘ok..kalau betul Allah itu tuhan, kenapa dia perlukan yang dikatakan Malaikat?..ini menunjukkan yang dia lemah. Betul tak?..kalau dia Tuhan, semua benda dia boleh buat sendiri. Kenapa perlu ada yang dikatakan Malaikat yang mencatit amal kebaikan,keburukan, Malaikat yang menarik nyawa. Kalau betul dia Tuhan, kenapa dia perlu orang lain buat untuk Dia?’

“Pak Man tau tak Raja kita ni, ada berapa orang hulubalang? ada berapa orang menteri-menteri dia?”

‘kamu ni tukar tajuk ke?’

“ala, Pak Man jawab je”

‘setahu Pak Man , banyak. Pegawai Istana pun banyak.Inikan pula pegawai keselamatan la, apa la.’

“pak Man agak-agak, kenapa Raja tu tak buat sendiri?”

‘Haih kamu ni,mestilah sebab nak tunjuk yang dia tu berkuasa. Dia kan pemerintah,takkan nak buat semua kerja sendiri. Kalau ada orang buatkan untuk dia, bermaksud dia ada kuasa memerintah. Dia boleh suruh orang buat apa sahaja. Kalau dia buat sendiri, orang tak nampak la kuasa dia memerintah.’

“Hah…begitulah seadanya … Allah buat malaikat, bukat sebab saja-saja. Tidak lain untuk tunjuk bahawa Dia tu, sangat berkuasa. Kalau raja di dunia ada juru tadbirnya, hulubalangnya, segala macam kerja, ada je yang akan buat..raja hanya memerintah suruh buat itu dan ini..dan, apakah Raja segala raja iaitu Allah. takde kerajaan sendiri kot?.”

‘Hmm…Habis tu, kalau betul Dia tu Maha Kuasa , kenapa dia tak suruh malaikat je terus bagi wahyu pada semua manusia.Kenapa tidak Malaikat-malaikat sendiri sahja yang beri yang dikatakan wahyu-wahyu tu?”

“Kalau pak Man jadi raja la katakan, apa pak man buat kalau nak beritahu rakyat jelata dan nak tahu apa komen rakyat jelata terhadap apa sebenarnya kehendak raja.?”

“Kalau Pak Man la, Pak Man akan pilih salah seorang dari rakyat Pak Man sebagai wakil pak Man untuk menjelaskan apa sebenarnya kehendak pak Man dari rakyat-rakyat. Lagipun, kalau pilih dikalangan rakyat sendiri, mereka lebih mudah untuk ikut, sebab tiap-tiap hari mereka berjumpa, dan mereka kenal siapa wakil tu sebbab memang membesar sama-sama. Jadi, tahap kepercayaan mereka pada wakil pak Man tu, akan lebih mudah mengikut, berbanding kalau pakcik hantar hulubalang istana sendiri untuk bersana rakyat.”

‘Tengok, Pak Man sendiri dah akui.Itulah contoh untuk jawapan yang Pak Man soalkan tadi. Tuhan lantik dari kalangan manusia ni orang paling mulia dari kalangan mereka, yang paling dipercayai agar segala yang diberitahu tidak dapat disanggah. “

‘Kenapa perlunya yang diaktakan wahyu tu??..kenapa perlu Quran?”

Muhammad mengambil nafas perlahan-lahan. Dia agak keletihan. Memang sifatnya begitu, tidak boleh terlalu banyak bercakap, jika tidak, pasti dadanya berombak keletihan.

“Pak Man pernah beli benda baru tak?..contohnya, apa pak Man buat bila 1st time Pak Man beli kipas ke, handphone ke?Apa pak Man buat??”

‘owh..itu mudah saja, Pak Man akan buka la manual dia, camne nak guna. Kalau tak bukak manual dia tu, pak Man pun tak tau nak guna semaksimum mungkin benda tu. Sekadar dengar-dengar orang cakap tu, boleh la buat sikit-sikit. Tapi, lagi elok bukak manual dia, semua benda boleh buat.”

“Pak Man ni memang bijak”

‘Haih, kamu ni, aku dulu lulusan university. Mesti la bijak.” hidung Pak Man kembang kempis bila dipuji begitu.

‘Hmm..Sebenarnya pak Man dah jawab soalan pak Man tadi. Manusia ni benda baru, dan kita sendiri tidak tahu bagaimanakah mahu digunakan badan kita ni sebaik mungkin. Mahu berjaya , bagi aman,mahu merawat tekanan , bagaimana, semua benda ada dalam alquran. Tentang membangunkan jiwa ataupun membangunkan dunia, semua ada dalam quran. Manusia langit dan bumi ni benda baru, benda yang dicipta, jadi kalau kita tak diberitahu bagaimana nak gunakannya sebaik mungkin, mesti kita banyak rugi kan?”

‘Kamu ni, kamu belajar mana semua-semua jawapan ni?”

“Pemerhatian pak Man. Saya tengok satu-satu benda, saya fikir, saya renung.dan yang pasti, saya banyak meletakkan Allah dihadapan. Apa-apa saja yang terjadi, saya hubungkan dengan Tuhan.Sebelum-sebelum ni pun, saya banyak mencabar diri saya pada benda-benda yang pak Man fikirkan,ragu-ragu itu satu kebiasaan. Teliti, merenung, berfikir dan kaitan segala bentuk dalam kehidupan.Saya bukan jenis terima bulat-bulat. Usaha saya selama ni dalam setiap kata-kata dari manusia tu perlu diselidiki, alhamdulillah, Pak Man kenal saya sepertimana sekarang”

“hmm…Muhammad, kenapa kamu sembahyang tiap-tiap hari?..pakcik tak sembahyang pun berjaya. “

“Pak Man, kita slow-slow dulu, ” ..

bersambung….

= Perkongsian dari blog seseorang ^^, =

Salam Raya Korban.

Assalamu'alaikum w.b.t.

Alhamdulillah, kita baru sahaja selesai menyambut hari raya korban 1432H. Hari ini baru hari kedua, sudah bertakbir hari ini?kita disunatkan untuk bertakbir selama 3 hari. Itulah istimewanya Raya Korban.

Dengan itu, sebelum terlambat, ana ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Haji @ Korban 1432H. Semoga raya korban ini kita dapat meningkatkan lagi keimanan kepada Allah Ta'ala, serta perbanyakkan zikir kepada Allah s.w.t. 

Tidak lupa juga, pengorbanan untuk mengejar akhirat. Iaitu dengan berjihad, Usrah jangan lupa, dakwah pun jangan lupa. Segala-galanya ia memerlukan perngorbanan untuk menuju akhirat. InsyaAllah.. 

Itu sahaja entry kali ini.. Kullu am wa antum bikher..Maaf Zahir Batin. ^^,

Wallahu'alam~ 

Sep 24, 2011

Kiniku Senior ^_^

Subhanallah walhamdulillah walailahaillallah wallahu akhbar.

Sekejab sahaja masa berlalu begitu pantas. Lebih kurang 2 minggu lebih kelas pengajian diteruskan bagi Tahun 2, Semester yang ke-3. Allahu Akhbar, lagi 3 tahun lebih nak habiskan pengajian ni. Jadinya, perjalanan hidupku masih panjang dan jauh. Jauh ke? mungkin makin dekat. pejam celik, pejam celik... nak masuk ke tahun 3. Subhanallah..

Sebelum tu, ana ingin memohon kemaafan, sebab lambat update blog. Mujur blog ni tak bersawang. Agaknya kalaulah blog ni bukan di laman IT orang kata, dah lama berabuk agaknya. hehe wallahu'alam.

Alhamdulillah sem kali ni, ana amik 22 jam kredit.. ada subjek yang telah dipakejkan dan ada yang kena buat pilihan sendiri dan ia mudah sikitla, takyah nak pening-peningkan kepala.

Jadi, Inilah subjek sem kali ni yang ana kena ambil..
-Kemahiran Tilawah Al-Quran
-Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia
-Metodologi Pendidikan Akidah dalam Pendidikan Islam
-Bahasa Arab II
-Al-Aqaid Al-Islamiyyah
-Fiqh Ibadat
-Pengurusan Sukan Beruniform
- Kokurikulum Silat Cekak Hanafi

Ha.. Banyakkan? banyak... full je kelas tiap-tiap hari. huhu dari pagi sampailah ke malam. Tapi kalau ada event atau meeting, mintalah izin dengan pensyarah. Pensyarah bagi je. hehe Sebab malam selalunye ada event atau meeting, pastu pensyarah pula sporting.. Alhamdulillah..

Minggu ini, baru sahaja selesai minggu promo.. minggu promo ni dikenali dengan minggu bagi memperkenalkan persatuan-persatuan yang ada di UM ni. Macam-macam persatuan ada, PMIUM, PERMAS (Persatuan Mahasiswa Selangor), PMK ( Persatuan Mahasiswa Kelantan) dan macam-macam lagilah. Kelab KAFA pun ada. hmm.. macam-macamlah. Alhamdulillah telah selesai tugasan minggu tersebut.

Lepas tu, ada program lain plak. RUMAH TERBUKA AIDILFITRI 2011 bersama Anak Yatim Baitul Ulfah, under MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA UNIVERSITI MALAYA. InsyaAllah akan diadakan pada minggu depan. Nak dekat dah.. hari Isnin depan.. huhu Jemputlah datang beramai-ramai ye.. ^^,


Kini, ana dah jadi senior.. tibe-tibe jumpa balik adik-adik di Nilam puri dulu.. kebanyakkannya kenal muka tapi tak kenal nama. So, bila orang panggil Kak Ili.. ana pun blur.. sape nama die ek?? hehe pastu tanyalah, nama dia apa. ha.. barulah ingat balik die ni sape dan bla..bla. kui3 kalau adik-adik muslimin, minta maafla tak seperamah di Muka buku.. ada masa akak tegur secara depan-depan. kalau takde mase, sempat bagi salam pun dah kira okeylah ek..tapi kalau ada apa masalah, boleh terus contac akak di Muka buku, insyaAllah itu lebih mudah untuk akak membalasnya. Kalau lambat akak balas, maknanya akak takdelah tu. Fb sentiasa bukak tapi tuannya takde..hehe Bagi adik-adik muslimat ada masalah laptop ke, atau apa-apa ke, boleh terus berhubung dengan akak di SMS atau di Muka buku. insyaAllah akak boleh tolong. Tapi nak senang SMS jela ek..^^, Tak banyak, sikit pun jadilah.. insyaAllah..hehe

Jadi, itu sahaja entry kali ni. Buat adik-adik yang baru. Jika ada orang ajak join usrah, joinlah. Jangan sia-siakan masa yang ada untuk menimba ilmu. Ilmu ni macam-macam tau. Ada yang ilmu Formal, ada yang tak Formal.. kalau formal, ilmu dalam kelaslah. Kalau yang tak formal, join persatuan-persatuan yang ada, pastu join usrah yang ada. Lagi-lagi student API, pasti ada usrah yang telah ditetapkan oleh Persatuan Mahasiswa APIUM itu sendiri. Macam di UIA memang diwajibkan ada Usrah.. jadi, kita di API pun ada usrah. Semoga ia bermanfaat buat adik-adik semua. Akak yang da senior ni pun, masih mengikuti usrah. Seronok... ^_^

Lagi 1, bila dengar sesuatu berita, sila kaji dulu. Jangan terus memboikot. Okeh? Allah tak suruh pun  hambanya terus memboikot tanpa mengkaji sesuatu. Kadang-kadang rasa sakit hati sangat bila dituduh macam-macam. Bila kita bagi pendapat, dan kita terangkan benda yang betul.. dia kata salahlah. Kita ni sesatlah.. macam-macamlah. Allahu Akhbar, sabar jelah. Hanya Allah yang mengetahui..huhu

Ingat ye, Mahasiswa bukan sekadar di Bilik Kuliah. Semoga berjaya di dunia dan di akhirat.. amiinn. Wallahu'alam..^^,

Aug 29, 2011

Hari Konvokesyen buat Graduasi Taqwa.

Allahu akhbar  Allahu Akhbar Allahu  Akhbar, laaila haillallahhu wallahu akhbar, Allahu akhbar walillahil hamd.

Subhanallah, Takbir raya sudah mula bergema. Itu tandanya hari ini adalah Hari Konvokesyen Buat Graduasi Taqwa.

Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud :
“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan bagi kamu berpuasa, sebagaimana telah diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu berTAQWA”.

Alhamdulillah! Itu janji Allah sahabat-sahabat.

Setelah selesai sahaja ibadah puasa kita selama sebulan, kita diberi kemenangan dengan menyambut Hari Raya Eidulfitri. Allahu Akhbar, Allahu Akhbar!

Sebak di hati bertandang lagi. Air mata ini gugur lagi ke pipi. ‘Ah.. Ramadhan dah pergi’

Apakah aku benar-benar berjaya mencapai keTaqwaan tersebut?

Apakah aku layak menerima kemenangan ini ya Allah?

Sedangkan puasaku tidak cukup?

Sedangkan aku masih berbuat dosa?

Astagfirullahal’azim. Terimalah taubatku ya Allah.

Terimalah doaku dan perkenankanlah ya Allah.

Sesungguhnya Hanya padamu aku bermohon dan Berharap.

Ameen! Ameen ya rabbal’alamen!


 hmm..Kenapa ya dikatakan hari ini hari kemenangan? atau hari raya Eidulfitri?

Sebab, dari perkataan Eidulfitri itu sendiri yang bererti kembali kepada fitrah, yakni 'asal kejadian' atau 'kesucian' ibarat bayi yang baru dilahirkan di muka bumi. Sebab itu juga, bulan Ramadhan itu dikatakan bulan pengampunan segala dosa.

Ia juga adalah anugerah serta hadiah dari Allah kepada hamba-hambanya setelah berjaya menempuh segala ujian Allah iaitu berpuasa selama sebulan. 

Jadi, di kesempatan itu,
Ana ingin memohon maaf kepada sahabat-sahabat yang mengenali diri ini, kepada sahabat seperjuangan, kepada seluruh umat Islam, maaf zahir batin dipinta.

Antara salah satu doa tidak dimakbulkan adalah kerana kita ada buat salah dengan manusia. Tak kiralah dia ibu bapa kita ke? Sahabat handai kita ka? Saudara mara kita ka? dan sebagainya. Jadi, kita wajib meminta maaf kepada mereka.

Hablum minallah kita jaga, tapi hablum minannas kita abaikan. Jadi, di hari yang penuh dengan kemenangan serta hadiah Ilahi buat kita sebagai orang Muslim serta Mukmin ini, insyaAllah. Marilah sama-sama kita memohon maaf antara satu sama lain. Minta di halalkan makan minum kita dengan mereka selama ini. Dan kita juga hendaklah menghalalkan segala apa yang telah kita berikan kepada sesiapa yang menerima apa-apa sahaja dari kita.

InsyaAllah semuanya ada nilai serta perhitungan di akhirat kelak serta setiap amal ibadat kita sepanjang bulan ramadhan di terima Allah, Taqabbalallahu minna waminkum. Kullu 'am wa entum bikher~  InsyaAllah.. ameen ya rabbal' alamen! 

Raya-raya jugak, tapi jangan lupa konsisten dengan amal ibadat yang kita dah buat sepanjang bulan ramadhan. Baca QUran, solat sunat dan sebagainya. Uh ye! Puasa 6 jangan lupe ye..^^, Puasa 6 itu ibarat puasa sepanjang tahun. Jadi jangan sia-siakan peluang yang ada. Kepada Muslimat, jangat tangguh-tangguh ganti puasa kalian. Semoga diberkati semuanya..ameen!=) 

Selamat pulang ke kampung halaman, kepada yang sudah sampai ke kampung, selamat hari raya maaf zahir & batin ana ucapkan. Dan semoga berbahgia bersama keluarga. InsyaAllah kita dipertemukan lagi dengan bulan Ramadhan pada tahun hadapan..ameen!

Selamat menunaikan solat sunat hari raya. Kemenangan hari ini bukan ibarat kita menang bermain bola, tetapi kemenangan hari ini ibarat tiket untuk kita ke Syurga Allah s.w.t. Jadi,jagalah ia & jangan kotorkannya..^^,

Wallahu'alam.

Aug 24, 2011

Subhanallah! Kayanya kita di Bulan ini...

Alhamdulillah ya Allah, Engkau masih beri aku peluang untuk bernafas di bumi ini. Walaupun, setiap hari dosaku bertambah dan bertambah tetapi Engkau tetap menyayangiku, Engkau tetap beri peluang kepadaku! Allahu Akhbar!

Sahabat².. tahu kah anda? bahawasanya, di bulan Ramadhan yang mulia inilah kita boleh jadi kaya.

Kaya?

Ya, kaya. Kaya dengan pahala yang berlipat-lipat kali ganda. Tidak putus-putus amalan kita sepanjang bulan ramadhan ini.

Bayangkanlah, dari kita sahur, melambat-lambatkan sahur adalah sunah. Jika kita melakukan sunnah, kita dapat pahala. Seterusnya, solat subuh. Solat subuh wajib bagi kita sebagai seorang Muslim. Solat di awal waktu itu semestinya. InsyaAllah.

Selepas solat subuh, terdetik di hati, 'Aku nak buat apa pulak lepas ni?' Astagfirullahal'azim. Sahabat², bukankah puasa itu suatu ibadah.. dari masuknya azan subuh, bermulalah ibadah puasa hingga terbit fajar (Azan Magrib). Berbuka juga ibadah sahabat².

Setelah itu, di susuli dengan solat magrib dan baca al-Quran. Subhanallah! Ibadah lagi. Nabi kata, satu huruf tu 10 nilainya. Kalau dah 1 juzuk kita baca setiap hari, berapa pula nilainya? Subhanallah. Berganda-ganda nilainya sahabat-sahabat.

Selepas itu, solat terawih berjemaah di surau/masjid. Ibadah lagi! Selesai solat terawih 8 rakaat, dengar tazkirah pula (contoh di surau ana). Tazkirah itu juga dikira ibadah!

Allah berfirman "dan tetaplah memberi peringatan kerna sesungguhnya PERINGATAN itu bermanfaat bagi orang beriman!" Subhanallah! tak putus-putus amalan kita. Ibarat kita melakukan ibadah sepanjang hari (24jam).

Kaya tak kita sahabat²?Kaya!

Habis witir selepas tazkirah. Diteruskan dengan tadarrus pula. Allahu akbar! Allahu Akhbar!

Hati ana jadi sebak! Kalaulah bulan Ramadhan ini seperti bulan-bulan yang lain. Subhanallah!

Kita berehat seketika, dan tidur itu juga dikira Ibadah sahabat².

Jam 4.30 pagi, kita bangun Qiamulail pula. Allahu Akhbar! Ibadah lagi! kaya kita sahabat.. kaya!

Jam 5.30 sahur balik. Begitulah seterusnya kita lakukan pada Bulan Ramadhan yang penuh barakah ini.

Ya Allah, sedihnya pilu dihati. Ramadhan yang ku tunggu akan kehadirannya, akan pergi tidak lama lagi. Begitu sekejab! sekejab sangat. Seperti baru semalam kita start puasa. Allahu akhbar!

Bagaimana dengan amalan kita ya sahabat²? Andai kata, ramadhan ini ramadhan terakhir buat diri kita, bagaimanakah perasaan kita agaknya ya?? Astagfirullahal'azim.

Jadi,

Berdoalah!

Sesungguhnya, doa itu senjata orang Mukmin!

"Yaa Allah! Jadikanlah Puasa Ku Sebagai Puasa Orang-Orang Yang Benar- Benar Berpuasa. Dan Ibadah Malam Ku Sebagai Ibadah Orang-Orang Yang Benar-Benar Melakukan Ibadah Malam. Dan Jagalah Aku Dan Tidurnya Orang-Orang Yang Lalai. Hapuskanlah Dosa Ku ... Wahai Tuhan Sekalian Alam!! Dan Ampunilah Aku, Wahai Tuhan Yang Maha Pengampun."
"Yaa Allah! Dekatkanlah Aku Kepada Keridhoan-Mu Dan Jauhkanlah Aku Dan Kemurkaan Serta Balasan-Mu. Berilah Aku Kemampuan Untuk Membaca Ayat-Ayat-Mu Dengan Rahmat-Mu, Wahai Maha Pengasih Dan Maha Penyayang!!"
"Yaa Allah! Janganlah Engkau Hinakan Aku Karena Perbuatan Maksiat Terhadap-Mu, Dan Janganlah Engkau Pukul Aku Dengan Cambuk Balasan- Mu. Jauhkanlah Aku Dari Hal-Hal Yang Dapat Menyebabkan Kemurkaan-Mu, Dengan Anugerah Dan Bantuan-Mu, Wahai Tuhan Yang Memberi Rahmat kepada sekalian Alam!"
"Yaa Allah! Sediakanlah Untuk Ku Sebagian Dari Rahmat-Mu Yang Luas, Dan Berikanlah Aku Petunjuk Kepada Ajaran-Ajaran-Mu Yang Terang, Dan Bimbinglah Aku Menuju Kepada Kerelaan-Mu Yang Penuh Dengan Kecintaan- Mu, Wahai Harapan Orang-Orang Yang Rindu." 
"Yaa Allah! Rezekikanlah Kepadaku Keutamaan Lailatul Qadr, Dan Ubahlah Perkara-Perkara ku Yang Sulit Menjadi Mudah. Terimalah Permintaan Maafku, Dan Hapuskanlah Dosa Dan Keslahanku, Wahai Yang Maha Penyayang Terhadap Hamba- HambaNya Yang Soleh."
Ameen! ameen ya rabbal'alameen! Perkenankanlah segala doa-doa kami Yaa Rahman, Yaa Rahim.

Allahu Akhbar! Allahu Akhbar!

Salam Muhasabah Fillah buat sahabat-sahabat semua. Ingatlah sahabat! Kita hidup di dunia hanya singkat sekelip mata. Tiada mustahil bagi Allah s.w.t. Jika Dia kata Jadi, maka Jadilah! Sama-samalah kita muhasabah diri di akhir² bulan Ramadhan ini. Banyakkanlah berfikir tentang DIA bukan Si Dia.

Renung-renungkanlah dan selamat bermuhasabah.

Wallahu'alam.