Dec 14, 2010

Momentum Dakwah!

Assalamu'alaikum w.b.t.

Tadi melilau-lilau cari sesuatu di Facebook.. dah jumpa. Alhamdulillah.. masih ada yang menggunakan internet dengan sebaik-sebaiknya. Memandangkan kisah ini berlaku di kebanyakan University.. jadi, bacalah.. moga dipermudahkan untuk kita berdakwah di mana sahaja kita berada.. Dakwah Is Anywhere..:)

***********************

"Abang, halaqah kita berdaftar x??"

"Berdaftar?? Kenapa?"

"Saya dengar halaqah kita buat ni, tak berdaftar dalam senarai usrah universiti kita ni. Bolehkah kita buat usrah tanpa kebenaran universiti?"

"Ini idea pelik datang dari mana pula? Akhi, mari ana tanya. Rasulullah berdakwah di Mekah dahulu, baginda dapat kebenaran daripada siapa?"

"Rasanya tiada siapa-siapa pun."

"Habis kita ini tiba-tiba nak berdakwah kenapa kena ada kebenaran pula?"

"Yalah, kalau tiada kebenaran, nanti pihak universiti tanya macam mana?"

"Yang kita buat ini benda baik. Berdakwah. Kenapa perlu risau kalau pihak universiti tahu? Yang kawan-kawan kita berkumpul malam-malam bersengkang mata tengok movie, main game, buang masa sampai ke subuh itu tidak risau pula. Padahal apa yang mereka buat tu jelas-jelas perkara lagho. Sia-sia bukan?"

"......................."

"Akhi, dakwah ini Allah yang suruh. Islam ini perlu disampaikan walau apapun yang berlaku. Kita akan diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran. Ini memang risiko yang kita tidak dapat nak elak apabila mengaku sebagai orang yang ingin beriman dan menyebarkan risalah dakwah.


Allah berfirman:
"Dan (ingatlah), ketika orang-orang kafir (Quraisy) memikirkan daya upaya terhadapmu untuk menangkap dan memenjarakanmu atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya itu. Dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya". (QS Al-Anfal,8:30)

Itu risiko yang diterima Nabi Muhammad dalam menyebarkan dakwah. Lumrah, kita juga sedang diuji sebenarnya."

"Maksud abang, kita diuji macam mana? Dengan mengatakan kita ini tidak layak berdakwah kerana tiada kebenaran?"

"Boleh kata macam itulah. Akhi, jangan dirisaukan masalah dapat kebenaran atau tidak. Setahu ana, ada seorang sahaja dalam dunia ini yang suruh kita minta kebenaran dari dia kalau mahu buat kerja Islam."

"Siapa??"

"Mari kita tengok Surah Al-A'raaf, surah ke 7 ayat 123."

Firaun berkata: "Apakah kamu beriman kepadanya sebelum aku memberi izin kepadamu? Sesungguhnya (perbuatan) ini adalah suatu muslihat yang telah kamu rencanakan di dalam kota ini, untuk mengeluarkan penduduknya daripadanya; maka kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu ini) (QS Al-A'raaf 7:123)

"Siapa dia orang itu? Firaun???"

"Ya. Hanya Firaun dan orang-orang yang sama perangainya macam firaun sahajalah yang merasakan, kalau orang lain nak beriman perlu dapat kebenaran dahulu. Perlu izin dan restu daripada mereka. Jadi, jangan risau. Ini memang cabaran yang dihadapi dalam berdakwah. Habis dikatanya kita ini macam-macam. Tapi DAKWAH KENA JALAN JUGA WALAU APA SEKALIPUN."

"Jadi buat tak kisah sajalah?"

"Ya, tapi janganlah sampai saja-saja cari pasal."

"Cari pasal? Macam mana pula tu??"

"Yalah, mentang-mentang dakwah ni memang x perlu izin daripada siapa-siapa, kita jangan pula pergi jumpa dekan universiti, pergi bagitahu dia yang kita nak berdakwah. 'Encik, saya nak buat usrah ni. Jangan halang-halang saya ye. Saya x perlu kebenaran Encik untuk buat kerja dakwah. Kalau Encik halang, Encik samalah macam Firaun.' Kalau macam tu, memang saja cari nahas."

Suara gelak ketawa mengiringi perbualan buat seketika...

"Sebab itulah masa nabi berdakwah, baginda mulakan secara rahsia. Antara tujuannya adalah untuk mengumpulkan kekuatan. Seandainya nanti bila dakwah ditekan, akan ada mereka yang bangkit untuk mempertahankan."

"Betul tu. Saya dah faham sekarang. Jadi, kita berdakwah sajalah ye. Jangan risau apa orang nak kata."

"Tepat sekali. Berlapang dadalah andai orang lain tak sependapat dengan kita. Mereka nak buat dakwah cara mereka, biarkan. Kita nak buat dakwah cara kita, mereka sepatutnya biarkan. Bila rasa orang lain buat kerja lebih baik daripada kita, bersainglah secara sihat. Bukannya pergi mengata orang yang bukan-bukan di belakang. Siap sebarkan orang lain tak berdaftar, Takde kebenaran universiti dan segala macam perkara karut-marut ini buat apa? Jadi terhalang orang buat kerja dakwah. Ni perangai orang kafir. Tengok ayat ni:

"Allah yang memiliki segala apa yang ada di langit dan di bumi. Dan celakalah bagi orang-orang kafir kerana siksaan yang sangat pedih (iaitu) orang-orang yang lebih menyukai kehidupan dunia daripada kehidupan akhirat, dan menghalang-halangi (manusia) dari jalan Allah dan menginginkan agar jalan Allah itu bengkok. Mereka itu berada dalam kesesatan yang jauh". (QS Ibrahim 14:2-3)

"Betul tu bang. Jadi, kalau kita nampak orang lain buat kerja dakwah lagi hebat daripada kita, apa kita nak buat? Bersaing cara sihat tu macam mana?"

"Lihat Surah Al-Baqarah ayat ke-148 pula."

Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepadanya. Maka berlumba-lumbalah kamu (dalam berbuat) kebaikan. Di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. (QS Al-Baqarah 2:148)

"Jadi, kita berlumba-lumba untuk berbuat kebaikan. Kalau kita tengok orang tu ajak 2 orang, kita kena ajak berapa orang?"

" Em..3 orang."

"Salah! Kita kena ajak 20 orang. Kalau kita tengok orang baca A-Quran 1 juz sehari, kita kena baca?"

"10 juz??"

"Ya! Baru betul. Buat lebih 10 kali ganda daripada mereka. Barulah kita bersaing secara sihat. Makin banyak ibadah kita, makin dekat kita dgn Allah, makin mudah kita dapat pertolongan Allah. Tapi tu tadi banyak sangat la. 1 juz sehari pun dah cukup baik. Tapi kalau akhi nk baca lagi banyak, terpulanglah. Lagi bagus."

"Insya Allah, abang. Doakan saya akan jadi Da'i yg bersaing secara sihat!"

"Amiin.."

| Bekerjasamalah kamu dalam hal-hal yg kamu sepakati. Berlapang dadalah kamu dalam hal-hal yg kamu tidak sepakati. -Hassan Al-Banna- |

Wallahu'alam~ 

Berdemo? Salah Ke?

Assalamu'alaikum w.b.t.

Alhamdulillah.. masih diberi Ilham untuk menaip sesuatu even takda Idea sebenarnya.. tapi InsyaAllah.. semoga apa yang disampaikan diberkati Allah..ameen!! em.. Isu kali ni? berdemo.. salah ke?hmm.. memandangkan ada golongan yang tak bersutuju dengan demo Mahasiswa Islam buat baru-baru ini..even ana sendiri yang tidak menjoinnya..huhu Tiba-tiba, ingin berkongsi satu pendapat tentang ini..baca dengan lapangkan dada dan bukakan fikiran 
ya..:)

بسم الله الرحمن الرحيم

Islam itu syumul, sempurna sekali. Kalau kita tidak menggunakan kesuluruhannya.. kita juga yang rugi. Betul tak?? ha.. jadi, ada orang mengatakan.. ada cara lain untuk menasihati pemerintah selain berdemo. Okeh memang ada pun, mari ana terangkan.. Ada hadis yang membicarakan tentang menasihati pemerintah secara sendirian, yang bermaksud :-

" Sesiapa yang ingin menasihati orang yang berkuasa, janganlah melakukannya secara terang-terangan. Sebaliknya dia hendaklah memegang tangannya (penguasa itu) dan bersendirian dengannya (menasihati tanpa mendedahkan aibnya secara terbuka) Jika diterima, maka dia berjaya. Jika tidak, dia (penasihat itu) dianggap telah menunaikan kewajipannya." [ Riwayat Ibn Abi 'Asim dalam al-Sunnah:1096 Sanadnya sahih.]

Illat dalam hadis itu iaitu menasihati secara bersendirian supaya tidak berlaku bahaya yang lebih besar. Jika diperhatikan memang kelihatan syarat menasihatinya tidak boleh mendedahkan kepada rakyat tetapi ia tidaklah mutlak kaedahnya seperti mana hadis ketaatan kepada pemimpin zalim. Adakah ketaatan seorang isteri kepada suaminya mutlak sehingga dia boleh melakukan sesuatu yang sewenang-wenang terhadap isterinya? Adakah jika seorang suami memerintah isterinya melakukan sesuatu yang jelas bertentangan dengan Al-Quran dan As-Sunnah maka wajib ditaati? Tidaklah islam itu sedemikian rupa sehingga tiada ruang untuk memberi keadilan kepada isterinya. Begitu juga dalam isu ketaatan kepada pemimpin. Ketaatan kepada pemimpin zalim selagi ia masih menegakkan 'Kitabullah'.

Demikian juga dalam hal menasihati pemimpin iaitu tidaklah mutlak dalam satu kaedah. Jika dilihat dalam kaedah tajassus (mengintip) iaitu “asal sesuatu maksiat itu dilarang tajassus” kerana ia melibatkan maksiat atau kemungkaran peribadi yg membabitkan diri seorang insan dengan tuhannya seperti melakukan zina dan sebagainya. Sekiranya maksiat itu dilakukan terang-terangan maka perlu dihukum tetapi sebaliknya dibolehkan tajassus sekiranya membabitkan dengan manusia seperti rasuah, merompak dan sebagainya kerana kemudharatannya yang lebih besar daripada tajassus. 

Begitu juga dalam konteks 'Amar Makruf Nahi Mungkar' dalam isu kepimpinan maka secara kaedahnya “asal sesuatu nasihat itu tidak dibenarkan secara terbuka” sepertimana dalam hadis mengenai cara menasihati pemimpin tetapi apabila melibatkan hak rakyat dirampas dan sebagainya maka dibenarkan nasihat dan kritikan secara terang-terangan kerana melibatkan kemaslahatan umat dan kemudharatan yang lebih besar maka dibenarkan sekiranya ia membabitkan pemimpin dengan rakyat bukannya membabitkan diri pemimpin itu dengan tuhannya. Walaupun di izinkan tetapi ia masih terikat akan neraca timbangan manfaat dan mudharat apabila dilakukan kritikan secara terang-terangan seperti juga apabila pemimpin itu kufur atau pemimpin zalim yang tidak menegakkan kitabullah maka wajib dipecat tetapi ia semua tertakluk dalam kaedah islam iaitu tindakan menentang atau menjatuhkan pemimpin itu hendaklah dengan cara yang tidak menimbulkan bencana fitnah yang lebih besar. 

Dalam Konteks 'Amar Makruf Nahi Mungkar' terbahagi kepada dua iaitu :-
1. Yang membabitkan diri seorang pemimpin dengan tuhannya
2. Yang membabitkan pemimpin dengan rakyat

Sebelum tu, dalam konsep 'Amar Makruf Nahi Mungkar' dalam konteks 'mencegah kemungkaran' iaitu 'yang membabitkan pemimpin dengan rakyatnya' dan 'membabitkan pemimpin dengan Tuhannya' adalah tidak boleh digabungkan menjadi satu kaedah dalam pelaksanaan pencegahan kemungkaran itu sebabnya kedua-duannya berbeza dari segi situasi dan keadaan sama juga dalam kaedah tajassus. Maka tidak boleh digabungkan menjadi satu cara iaitu kedua-dua kaedah dilaksanakan secara nasihat sendirian dalam melaksanakan 'Amar Makruf Nahi Mungkar' kepada pemimpin. Jika digabungkan kedua-dua kaedah itu maka menjadi satu kerosakan dan kesalahan dalam pelaksanaan 'Amar Makruf Nahi Mungkar' itu. Berbalik kepada huraian tersebut iaitu:

Kaedah pertama iaitu membabitkan diri seorang pemimpin dengan tuhannya. Jika pemimpin itu melakukan maksiat kepada Allah seperti malas melakukan solat jemaah di masjid, melakukan bid’ah, atau melebihkan diri dan keluarganya daripada hak rakyat selagi ia tidak mencabuli serta merampas hak rakyat dan sebagainya,maka sekiranya tidak sampai ketahap itu maka urusan dosa dia dengan Allah SWT tetapi menjadi kewajipan untuk menasihatinya tanpa berputus asa dan caranya hendaklah secara bersendirian tanpa membuka aibnya kerana ia tidak membabitkan kemudharatan yang besar dan kemaslahatan hak rakyat tetapi jika maksiat itu jatuh ketahap membawa kekufuran yang nyata maka dibenarkan menasihati dan menentang secara terang-terangan kerana kekufurannya dibolehkan rakyat mencabut kesetiaan kepada pemimpin tersebut.

Inilah tindakan yang pernah dilakukan oleh Imam Ahmad bin Hanbal yang tidak taat kepada pemerintah pada masa itu; yang mendakwa bahawa Al-Quran itu makhluk. Bukan sekadar itu sahaja, bahkan beliau telah bertindak mengheboh dan memburukkan pemerintah di atas mimbar disebabkan tindakan kekufuran pemerintah tersebut. [Blog Al-Bakistani: “ Demonstrasi Salah Dalam Islam? ”]

kaedah kedua iaitu membabitkan pemimpin dengan rakyat. Kemudharatan ini membabitkan hak dan kemaslahatan rakyat. Yakni pemimpin melakukan sesuatu tindakan yang akan melahirkan kemudharatan yang lebih besar seperti seseorang penguasa memberi arahan yang bercanggah dengan undang-undang, maka ia merupakan perkara yang boleh mengundang kemudharatan yang besar, ini kerana, sudah tidak wujud lagi “kedaulatan undang-undang” atau pemimpin melakukan rasuah, merampas harta rakyat dan sebagainya. Justeru itu, selayaknya diberikan nasihat dan kritikan secara terbuka. 

Tindakan ini pernah dilakukan oleh imam Nawawi terhadap Sultan Zahir Bebrus yang memerintah kerajaan mesir kerana telah mengeluarkan arahan yang bercanggah dengan undang-undang Islam ketika itu. Ekoran dari arahan tersebut, menyebabkan Imam Nawawi telah bertindak mengeluarkan fatwa kepada orang ramai agar supaya arahan Sultan Zahir Bebrus itu tidak ditaati disebabkan tindakan mungkar yang dilakukan oleh Sultan tersebut.[Blog Al-Bakistani :“ Demonstrasi Salah Dalam Islam? ” ]

Seperti juga tindakan Said Al-Musayyab seorang ulama tabiin yang dibunuh oleh Hajjaj bin Yusof Al-Thaqafi kerana mempertahankan fatwa perlantikan khalifah yang tidak sah kerana ia melalui perlantikan putera mahkota, bukan melalui baiah yang betul. Beliau sangat-sangat dikenali sebagai seorang tokoh ulamak salaf yang hebat, tetapi memandangkan tindakan Hajjaj bin Yusuf Al-Thaqafi tidak sesuai dengan undang-undang yang diperuntukan pada masa itu, menyebabkan Said Musayyib tidak taat, bahkan membangkang tindakan Hajjah sehinggakan beliau ditangkap dan dibunuh. Bahkan sejarah menyaksikan bahawa fatwa beliau mempengaruhi kawasan Al-Haramain untuk turut sama tidak membaiah khalifah. [Blog Al-Bakistani: “ Demonstrasi Salah Dalam Islam? ”] 

Tindakan ulamak-ulamak tersebut bertepatan dengan sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, 

Maksudnya: “Barang siapa di antara kamu melihat kemungkaran maka hendaknya dia mengubah dengan tangannya. Jika tidak mampu maka hendaklah dia mengubah dengan lisannya. Dan jika tidak mampu juga, maka hendaknya mengingkari dengan hatinya, dan itu adalah selemah-lemah iman.” [Shahih: Ibnu Majah (1275) ; Muslim]

Maka tidak salah melakukan demonstrasi secara aman kerana kemungkaran yang dilakukan pemimpin terhadap rakyat merupakan suatu tindakan yang bahaya . Ini supaya dapat memelihara kemaslahatan umat daripada diceroboh dengan sewenang-wenangnya. Apabila nasihat dilakukan secara tertutup maka pemimpin akan lebih selesa dan tidak takut kerana tiada tindakan daripada rakyat malah akan sewenang-wenangnya melakukan kerosakan secara berterusan dan ini lebih berbahaya kerana melibatkan masa depan masyarakat dan negara dan jika dilakukan secara terang-terangan maka ada mudharatnya tetapi apabila rakyat bersatu sekurang-kurangnya ia boleh menggugat pengusaha daripada mengulangi lagi kemungkaran itu dengan sewenang-wenangnya berbanding secara nasihat sendirian". 

Tetapi hendaklah kemungkaran itu jelas bukannya hanya khabar fasiq daripada orang ramai. Pandangan yang mengatakan demonstrasi termasuk tasyabbuh masih boleh dipertikaikan.Dalam demonstrasi aman yang dilakukan terhadap kezaliman pemimpin memang ada mudharatnya seperti akan berlakunya fitnah dan mungkin ada yang dipenjarakan tetapi hanya mudharat sementara waktu sahaja. Manakah yang lebih mudharatnya iaitu hanya beberapa individu ditangkap dan difitnah atau pemimpin sesuka hati merampas hak rakyat , tidak mengikut undang-undang, sistem ekonomi yang tidak berlandaskan Al-Qur'an dan Sunnah atau membiarkan lagi berbagai-bagai kerosakan yang akan berlaku ? Maka demonstrasi dibenarkan untuk menyelamatkan dari berlaku mudharat jangka masa panjang . Ini bersesuaian dengan kaedah fiqh iaitu: "Apabila bertembung dua mudarat dalam satu waktu yang sama,maka hendaklah dielakkan mudarat yang lebih besar"

Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w juga tidakkah berlaku fitnah (kekacauan) dan perpecahan dalam menegakkan dakwahnya? Jika disebabkan berlaku fitnah dan perpecahan adakah bermakna kaedah dakwah Nabi Muhammad s.a.w itu salah? Sama sekali tidak! Sebagaimana yang penulis katakan fitnah itu berlaku dari pihak musuh bukannya pejuang yang ingin menegakkan agama Allah. Pejuang hanya menyatakan kebenaran maka dari situlah punca akan berlakunya pergolakan kerana berkata yang benar. Maka salahkah menegakkan kebenaran?Tidak dinafikan fitnah itu boleh muncul juga dari pihak yang menegakkan agama maka kita katakan salah tetapi secara realitinya siapakah dijalan yang benar? Yang ingin merosakkan agama atau yang menegakkan agama Allah?

Ketika pada zaman salaf juga dimana imam Ahmad, Imam Nawawi , Said Al-Musayyab dan beberapa ulamak salaf yang lain yang bertindak tidak melakukan ketaatan kepada penguasa pada zaman mereka yang melakukan kemungkaran, imam-imam tersebut bertindak untuk tidak taat dengan arahan tersebut, menegur dan seterusnya melawan bukankah juga boleh membawa kepada perpecahan, hilangnya wala’ dan bara’ dan berlakunya fitnah-memfitnah? 

Setiap dakwah dalam siyasah memang ada risikonya tetapi bukan kita memandulkan dakwah tersebut dengan melontarkan tohmahan bahawa ia boleh membawa fitnah dan perpecahan tetapi perlu mencari alternatif untuk mengelakkan fitnah dan perpecahan itu maka kaedahnya perlu ditanamkan dan ditekankan tarbiyyah dan tashfiyyah kepada masyarakat sambil berdakwah dan berjihad. Ini supaya dapat meringankan lagi kemudharatan itu.

Ada yang berpandangan bahawa golongan ulamak salaf tersebut tersalah ijtihad dalam menyelisihi pemimpin fasiq dan zalim kerana telah berlaku kerosakan besar berbanding kezaliman pemimpin itu. Bagi mereka pemimpin zalim hendaklah ditaati dan apabila pemimpin melakukan kezaliman hendaklah menasihati pemimpin itu secara sendirian tanpa membuka aibnya dan berterusan menasihatinya walaupun pemimpin itu tidak terima.
Bagi pendapat penulis,sepatutnya apabila berterusan pemimpin itu tidak terima nasihat sedangkan sudah banyak kezaliman yang dilakukan olehnya, itu menunjukkan dia sudah berasa tinggi dan berkuasa mutlak melakukan apa-apa sahaja kerana tiada sesiapa yang berani menghalanginya. Ini akan membawa lebih kerosakan kerana pemimpin itu akan melakukan apa-apa sahaja mengikut seleranya seperti merampas hak-hak rakyat, menangkap sesuka hati, undang-undang diselewengkan, melakukan rasuah, riba berleluasa, maksiat berleluasa, sistem ekonomi tidak berlandaskan Al-Qur'an dan Sunnah dan berbagai-bagai kerosakan yang akan berlaku dan ini boleh membawa kerosakan lebih besar kepada negara dan masyarakat. Adakah apabila kemungkaran-kemungkaran itu masih berterusan maka kita hanya taat dan menasihatinya secara tertutup sedangkan pemimpin itu sudah muak akan nasihat yang diberikan atau sebaliknya yang akan berlaku?

Berbeza pula bagi pandangan yang tidak taat pada pemimpin zalim maka sekurang-kurangnya dapat meringankan lagi kerosakan itu. Ini kerana apabila rakyat bersatu menentang kemungkaran maka pemimpin akan berfikir panjang dan seterusnya akan menggugat pemimpin itu daripada melakukan kemungkaran sesuka hati. Maka tindakan tersebut sekurang-kurangnya dapat meringankan lagi kemungkaran itu dan ini lebih baik daripada pandangan yang mengatakan perlu taat kepada pemimpin tersebut sedangkan kemungkaran semakin hari semakin berleluasa. 

Kerosakan yang dilakukan ketika zaman salaf tersebut kerana memberontak dan melancarkan peperangan. Itu memang akan membawa kerosakan yang nyata. Ulamak telah sepakat bahawa pemimpin kufur wajib dipecat. Tetapi bolehkah menentangnya? Sudah tentu tidak. Ini kerana untuk menjatuhkan pemimpin itu masih terikat akan manfaat dan mudharatnya jika tidak akan membawa kerosakan yang lebih besar.. Demikian juga bagi pandangan yang mengatakan tiada ketaatan pada pemimpin zalim mereka juga masih terikat akan timbangan manfaat dan mudharatnya untuk menjatuhkan pemimpin itu. Maka apakah akan juga berlaku kerosakan besar sedangkan mereka masih terikat dalam melakukan sesuatu perkara itu mengikut neraca timbangan manfaat dan mudharatnya. Sudah tentu juga tidak. Maka tidak boleh disamakan tindakan pada zaman golongan salaf tersebut dengan realiti politik zaman ini kerana mereka memerangi pemimpin pada masa itu bahkan ada yang mengangkat senjata maka sudah tentu lebih besar akan kerosakannya.

Bagi ana pula, pemimpin zalim masih perlu ditaati dengan syarat ditegakkan ‘Kitabullah’ dalam kepimpinannya. dan konsep menasihatinya bukanlah dengan satu kaedah sahaja tetapi berdasarkan keadaan dan situasi seperti mana yang telah dijelaskan sebelum ini. Ini kerana pemimpin yang masih menegakkan’ Kitabullah’ apabila dia menetapkan satu keputusan bertentangan dengan hukum Allah kemungkinan kesalahannya dalam takwilan, mengikut hawa nafsu , jahil atau sebagainya dan apabila ditegur maka dia masih lagi akan dapat tertumpu kepada teks Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya kerana masih ada terikatan hati pemimpin itu dengan Al-Quran dan Sunnah Rasul-Nya.

Sesuatu kemungkaran yang dilakukan pemimpin dan rakyat tidak bertindak dengan sebetulnya yakni masih taat dan mengharapkan doa kepada Allah maka tidak dimakbulkan doa tersebut dan adzab Allah yang selayak bagi mereka semua. Hudzaifah Bin Al-Yaman berkata bahawa Nabi s.a.w pernah bersabda: 

Maksudnya: “Demi jiwaku yang berada ditangan-Nya, perintahkanlah oleh kalian kepada yang ma’ruf dan laranglah kemungkaran.Aku khawatir Allah akan mengirimkan adzab kepada kalian semua kerana kemungkaran, kalian kemudian berdoa kepada-Nya , akan tetapi Dia tidak memakbulkan doa kalian” [Ash-Shahihah : 2868 ; Muttafaq alaih]

Jadi, bacalah dengan fikiran yang terbuka.. dan memahami maksud isi tersurat dan tersirat ayat Quran dan Hadis Rasulullah sedalam-dalamnya. Pesan ana lagi, kalau nak kaji kitab jangan kaji 1 kitab saja..kalau nak bedah buku jangan bedah separuh-separuh.. okeh..? ^^, [balaghoh sungguh plak ayat aku ni..kui3] Apapun,persepsi setiap orang berbeza-beza.. dan kita hendaklah menerimanya dengan pemikiran yang terbuka.. asalkan ia membawa matlamat yang 1..iaitu, Islam. 
Wallahu'alam~