Dec 18, 2009

SaLam Ma'AL HiJraH....!

Alhamdulillah..bersyukur kita kehadrat Ilahi dengan limpah kurnianya,serta dengan takdirnya..dapat lagi kita merasai tahun baru bagi umat islam. Semalam, telah masuknya hari awal muharam bagi 1431 masihi.

Hari Awal Muharram atau Hari Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam.

Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia dan merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.

Permulaan penggunaan Kalendar Tahun Hijrah / Hijriah adalah hasil dari ilham Khalifah Ar-Rasyidin yang kedua iaitu Saidina Umar Al-Khatab radhiyallahu `anhu. Ini adalah turutan dari Kesatuan Arab yang ditubuhkan di bawah naungan Islam pada zamannya.

Ada satu riwayat lain yang mengatakan bahawa Gabenor Abu Musa Al-As'ari telah mengirimkan surat kepada Saidina Umar r.a minta beliau menjelaskan tentang tahun bagi tarikh surat/arahan Umar yang telah dihantar kepadanya. Maka dengan ini beliau (Umar r.a) mahukan satu kalendar / taqwim Islam yang khas untuk menggantikan tahun rujukan kalendar yang berbagai-bagai yang digunakan oleh bangsa-bangsa Arab dan bangsa-bangsa lain pada zaman itu.

Di kalangan bangsa Arab sendiripun ada berbagai-bagai kalendar yang digunakan seperti Kalendar Tahun Gajah, Kalendar Persia, Kalendar Romawi dan kalendar-kalendar lain yang berasal dari tahun peristiwa-peristiwa besar Jahiliah. Maka Umar telah memilih tahun yang terdapat di dalamnya peristiwa paling agung dalam sejarah Rasullullah s.a.w untuk dijadikan asas permulaan tahun pertama bagi kiraan kalendar / taqwim Islam.

Peristiwa tersebut adalah peristiwa hijrah Rasullullah saw dari Makkah ke Madinah. Ini adalah kerana dengan hijrah inilah permulaan pertolongan Allah kepada RasulNya dan agama Islam ditegakkan. Hasil dari itu, Kesatuan Arab lebih sistematik, bersatu dan tersusun serta mendapat berbagai-bagai kejayaan besar dan bertambah kuat hasil dari pilihan Umar itu.

Di antara kejayaan besar Islam waktu itu ialah kerajaan Kisra dapat ditumbangkan, Baitulmuqaddis dibebaskan dari Rom dan Masjid Al Aqsa dibangunkan. Setelah Umar membandingkan kalendar tersebut dengan kalendar-kalendar Persia dan Romawi, didapati bahawa kalendar ini ternyata lebih baik. Maka dengan itu Umar mengisytiharkan Kalendar Tahun Hijrah adalah Kalendar / Taqwim Islam yang rasmi.

Jadi itu serba sedikit kisah disebalik Ma'al Hijrah.Memang betul,setiap penghijrahan memerlukan banyak pengorbanan...mari kita analisa diri kita balik,apa sebenarnya hijrah bagi kita sebagai Mahasiswa Islam..?? adakah kita sudah banyak berkorban...? kadang-kadang kita leka dengan nikmat dunia,sehinggakan penghijrahan yang kita bawa tiada langsung erti pengorbanan.

Oleh itu,tahun baru islam ini...mari kita sama-sama muhasabah kembali diri kita..apa pengorbanan yang telah aku lakukan tahun lepas..dan pengorbanan apa yang aku nak buat tok tahun baru islam ni....? memantapkan lagi prinsip hidup ka....? buang segala sifat mazmumah ka..? sama-sama kita tadabbur, seperti mana kita inginkan hari ini atau tahun ini lebih baik dari hari-hari lepas atau tahun-tahun lepas..pacakkan semangat untuk berubah demi islam dalam hati untuk berkorban fi sabilillah..niat kita kena sentiasa lillahi ta'ala.. seperti pengorbanan Rasulullah,Terlalu besar pengorbanannya kepada kita,membangunkn negara islam kerna terlalu sayangkan ummatnya..walaupun,di hina,di cemuh,tapi baginda tetap bangkit demi agama,negara dan bangsanya.

Jadi,akhir kalam.....semoga rahmat Allah sentiasa bersama kita semua....innallaha ma'ana...=)

P/s :-
Selamat Hari Lahir diucapkan kepada sahabatku Madiha...Semoga diMurahkan rezeki..aku doakan ko berjaya didunia & diakhirat...ameen~ happy2lah selalu k...jangan suka tension au,t aku pulak yg tension..hihi..setiap hijrah memerlukan pengorbanan,sama jugakla dengan setiap perhubungan memerlukan banyak pengorbanan,kepercayaan,ha...kesetiaan 2 pun penting tau...try to understand each other k...sayang ko..=)

No comments: