Dec 18, 2009

Ku MeriNduiMu DaLam DiaM..!

“ Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan apabila kamu mencintai seseorang dan kamu tidak memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.”

Suhaiza meneliti bait-bait puitis itu ketika dia sedang membaca buku ‘Tentang Cinta’ yang dikarang oleh Dr. Fadzilah Kamsah. Itulah yang berlaku pada dirinya sekarang, menyayangi seseorang dalam diam, dia tidak mampu untuk memberitahu perasaanya itu pada orang yang disayanginya. Suhaiza merasakan dirinya serba kekurangan dan terlalu merendah diri. Perasaan itulah yang menyebabkan dia seolah-olah terkurung dengan perasaannya sendiri. Dan dia seolah-olah redha dengan melepaskan orang yang disayanginya itu dan berdoa agar lelaki itu berjumpa dengan wanita yang lebih baik dari dia.

Sue mengeluh kecil, sambil meletakkan buku yang dibacanya itu untuk ke dapur. Didapur, sahabat satu rumah dengannya sedang mengoreng ikan keli berdasarkan bunyi desiran minyak panas dikuali. “Quratu masak apa hari ni? Tanya Suhaiza. “Hari ini aku nak masak masakan kegemaran ko dengan Nad lah,ikan keli masak cili padi”balas Quratu dengan lirikan senyumannya yang penuh menawan. Suhaiza gembira mendengarnya. “Mana Nad?” Tanya Quratu sambil melirik ikan keli yang digorengnya. “Apa lagi tidurla…macamla ko tak tahu,sahabat kita yang sorang tu kan memamg sentiasa busy orangnya” balas Suhaiza. “Nad, Nad..kalau ye pun busy sangat..janganlah sampai tidur lewat malam pastu bangun pagi lambat..hmm” rungut Quratu. “Ko ni,janganlah marah. Nad baru je dapat tugasan baru tu,lagi pun kena manage sorang-sorang pulak tu,sebab tu sampai dia tidur lewat ..lagipun lepas solat subuh tadi dia baru je nak tidur..”bela Suhaiza akan sahabatnya itu. “Mana ko tahu??”Tanya Quratu lagi,dia rasa bersalah pula merungut tanpa usul periksa. “tadi masa aku bangun subuh,aku jenguk bilik Nad kejab, nampak dia tengah menghadap laptop lagi dan lepas tu dia solat subuh ,sebelum tu dia ade pesan kat aku kejutkan dia kul 10 pagi nanti,la..sekarang da kul10.30 pagi..matila aku tak kejutkan dia lagi..adui..aku pergi kejutkan dia kejab tau”terkocoh-kocoh Suhaiza menaiki anak tangga ketingkat atas untuk mengejutkan sahabatnya itu.

Quratu’aini hanya menggeleng kepala melihat telatah Sue. Suhaiza Akmal dan Nadia Amira adalah dua orang sahabatnya yang tinggal serumah dengannya. Suhaiza terkenal dengan sikapnya yang agak peramah,suka senyum,rajin memasak, comel pulak tu tapi sikap dia yang suka 'jual mahal' menyebabkan lelaki yang meminatinya sukar untuk mendekatinya. Manakala,Nadia Amira pula, seorang yang rajin,suka mengambil inisiatif yang tinggi, agak tegas berbanding Quratu’aini dengan Suhaiza Akmal yang suka bermanja..malahan dia juga petah berhujah sebab tu dia mengambil jurusan syariah undang-undang. Quratu’aini pula seorang yang suka membebel,tapi dalam tiga orang sahabat ini,dialah yang paling cun..pandai,suka mengambil berat akan sahabat-sahabatnya tapi agak sombong jugakla. Dia mengambil jurusan dalam bidang usuluddin,manakala Suhaiza Akmal pula dalam bidang pendidikan islam sebab tu dia sangat peramah. Ketiga-tiga sahabatnya itu menuntut di Universiti yang sama iaitu di Universiti Malaya Kuala Lumpur .

“Nad,aku nak tanya sikit boleh x?” Suhaiza bersuara sambil matanya asyik memandang sahabatnya yang sedang sibuk menaip menggunakan laptop untuk menyiapkan assignmentnya. “Eh, Tanya jela..sejak bila ko pandai mintak izin pulak ni..? jawab Nadia sambil matanya tidak lekang menghadap skrin laptopnya. “ok,macam ni….emmmm….” berat mulut Suhaiza untuk meluahkannya. “wei,napa ni…?cakap jela..ko ni sejak bila pandai berahsia dengan aku ni…?? Tanya Nadia dengan sedikit pelik akan sikap sahabat rapatnya itu. Nadia menyimpan assignmentnya yang hampir siap itu ke dalam dokumen dan mula keluar dari ‘microsoft word’ dan terus membiarkan laptopnya terbuka. Lalu dia menghadapkan mukanya ke muka Suhaiza. Mereka sangat rapat dari bermulanya semester pertama di Universiti Malaya. Nadia dapat merasakan sahabatnya seperti sedang memendam kan sesuatu. “Ini pasti soal hati lagi..”duga Nadia dalam hati. Sebelum ini,sering juga Sue menanyakan pendapatnya jika terdapat mana-mana lelaki yang mempunyai ciri-ciri lelaki idamannya itu cuba untuk mengambil hatinya. Tetapi sikapnya yang sukar untuk membuat keputusan sendiri terpaksa meminta pendapat sahabatnya itu. Nadia senang dengan sikap Suhaiza yang suka berkongsi masalah dengannya dan dengan fikirannya agak terbuka bila mendengar pendapat Nadia.

“ok,ok…ape die…?bagi tau jela aku…macam berat je masalah ko ni..bagitaula, kalau-kalau aku boleh tolong ke…kalau tak boleh,kite ikhtiar cara lain..ok?” Nadia memberi jaminan. Suhaiza membisu. Dia sebenarnya malu untuk meluahkan ape yang dia pendamkan selama ini. Patutkah dia minta pendapat sahabatnya itu? Itulah yang berlegar-legar dalam fikirinnya. Dia mengambil keputusan untuk memberitahu Nadia kerana dia tidak sanggup lagi pendam apa yang sudah lama terbuku di dalam hatinya.

“emm..macam ni,aku kan penah cite kat ko pasal dak laki yang belaja kat mesir tu..”,

“Aliff Firdaus ke..?ha..ha..kenapa dengan dia…?” Tanya Nadia.

“Aku rasa,aku dah mula sukakan dia la tapi aku tak nak layan sangat perasaan aku ni..aku takut berlakunya zina hati. Dulu,kami kerapla juga main mesej ni. Tapi sejak akhir-akhir ni, dia agak sibukla, pastu kurang main mesej dengan aku. Bila da jadi macam tu,aku mula teringat kat dia pulak. Satu perasaan yang sukar untuk aku luahkan timbul dengan tiba-tiba. Tapi aku tahu,dia pun nak menjaga hubungan ini, takut mengundang kepada zina hati. Entahla Nad,bila timbulnya perasaan tu..airmata aku mula menitis. Mungkin aku rindukan dia kot dan dalam masa yang sama aku takut akan kemurkaan Allah kerana aku merindui seseorang yang belum menjadi milikku.” Luah Suhaiza dengan pilunya.

“sebelum ini,dia pernah luahkan kepada aku..yang dia juga rindukan aku. Tapi aku tak pernah balas perasaannya itu. Aku malu dan aku terlalu menjaga hati agar tidak terpesong dengan cinta dunia..” Luah Suhaiza lagi.

“okeh-okeh,aku paham…kirenya ko da mula sayang kat dia la ni, bila dia dah lama tak contact ko ek..?” Duga Nadia setelah mendengar luahan sahabatnya itu.

“hmm…tapi aku lebih sayangkan parents aku la..”. Balas Suhaiza sambil menjelaskan lagi perasaannya itu.

“ko ni,janganlah senyum-senyum macam 'kerang busuk'..seganlah aku nak cite kat ko lagi masalah aku ni..hmm”. Rungut Suhaiza pula.

“la..senyum pun tak boleh…?he..he..” Giat Nadia. “ Ko da mula sayang dia la ni, tu lah dulu jual mahal sangat..tengok sekarang, ko sendiri yang cair dengan perasaan ko sendiri..haiih,kawan aku sorang ni..” bebel Nadia dengan sikap sahabatnya yang suka tipu diri sendiri.

“ Ko ni,janganla membebel pulak..aku tanya pendapat ko,bukan nak dengar bebelan ko..” Gumam Suhaiza dengan nada sedikit merajuk.

“Yelah sayang..” pujuk Nadia dengan nadanya yang agak manja.

“Sue, merindui orang itu tak salah tapi yang salahnya ialah cara kita melayan perasaan kita tu..lebih-lebih lagi kita ni sebagai wanita islam, kenala jaga adab dan syariatnya. Lagipun sekarang ni,ko masih belajar kan,aku tak nak perasaan ko tu akan menjadi beban untuk ko berjaya suatu hari nanti. Aku tak halang ko,kalau ko nak sayang kat dia,sebab itu fitrah manusia. Ok sekarang ni, aku boleh bagi ko dua pandangan. Pertama, ko rasa antara cita-cita ko dengan perasaan ko tu,mana lagi penting..? ko sanggup ke cita-cita ko musnah,disebabkan perasaan yang ko sendiri tak boleh nk luahkan..?. Yang kedua,ko simpan jela perasaan rindu ko tu kat dia. Kalau benar dia jodoh ko,tak kan kemana punya. Sekarang ni, korang masing-masing tengah belajar kan..? utamakan pelajaran dulu k, anggap perasaan ko tu sebagai satu sumber untuk ko berjaya. Kalau perasaan tu datang lagi, ingatla Allah banyak-banyak. Limpahkanlah perasaan ko tu kepadaNYA. Hanya dia yang Maha Mendengar dan hanya DIA sahaja yang layak. Jangan lupa buat solat istikhoroh selalu,serta solat hajat sekali. Ok sayang…? Nasihat Nadia kepada sahabat rapatnya itu.

“Sebenarnya apabila kita menyayangi seseorang tidak semestinya kita mesti memilikinya, dan cinta yang sejati itu ialah kita sentiasa doakan kebahagiaannya walaupun dia tiada di sisi kita, dengan cara itu kita juga akan rasa bahagia” jelas Nadia lagi, dia pun tidak tahu bagaimana dia pandai berfalsafah tentang cinta. Tetapi apa yang dilontarkan itu ada logiknya pada pandangan Suhaiza.

“Sue,jangan kerana perasaan itu, kita gugur dalam perjuangan dan jangan kerana cinta juga, prinsip kita menjadi larut dan cair. Cinta tak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada percintaan. Hanya kesetiaan akan mengikat cinta. Cinta tidak pernah meminta malahan ia sentiasa memberi. Di mana ada cinta disitu ada kehidupan. Itulah positifnya cinta..”. Jelas Nadia dengan panjang lebar. “Sekarang ni terserah pada ko nak buat keputusan k? da macam pakar cinta pulak aku ni..hihi..”luah Nadia dengan gelak ketawanya.

“memang pun..he..he..” balas Suhaiza dan ketawa mereka pun terburai sama.

“eh nape gelak-gelak ni…? sergah Qurotu apabila mendengar gelak ketawa sahabat-sahabatnya di ruang tamu.

“tak de pape..hihi..” Nadia dan Suhaiza membalasnya seiring dengan gelak ketawa yang belum berakhir. Qurotu hanya menggeleng kepala melihat telatah sahabat-sahabatnya itu. Lalu,meneruskan masakannya di dapur. “macam-macamla korang ni”. Mengomel Qurotu.

*********

“Betul juga kata Nad tu,Cinta tak semestinya memiliki,sekarang ni,aku kena lepaskan dulu perasaan aku ni,kalau ada jodoh tak kemananya. Masih banyak perkara lain lagi untuk aku buru selain melayan perasaan aku ni”, bisik hati Suhaiza sambil tersenyum walaupun ia sedikit pahit untuk dilalui dan turut membekas dihatinya tapi dia tabah menghadapinya. Perjalanan hidupnya masih berliku, dia berazam untuk membuat yang terbaik dan dia juga berdoa agar cinta itu akan menjadi miliknya satu hari nanti.Apa yang penting baginya sekarang ni,Cinta Ilahi yang harus dimilikinya terlebih dahulu. Hatinya berbunga ceria apabila mengingatinya. “Ampunkan dosaku ya Allah”. Pinta Suhaiza pada kekasihnya yang hakiki.

3 comments:

Anonymous said...

haahaha..ak mcm tau jer...huahuahua.. tp skng.....(pk sndiri la)hahhaa..nk gelak jer..adeeii

BinTuN AbDuLRaHmaN said...

hehe..........suke ko ye..ececey..yup..nga pkla ni..huhu
ssshhhh....sir wahazar..hahahah

BinTuN AbDuLRaHmaN said...
This comment has been removed by the author.