Apr 11, 2011

Finding Moment!

(Sebelum tu, sila tutup sound bawah sekali, bukak sound yg post bawah ni..hehe kasi Feeling skit..ceh, kunun! :D)


Alhamdulillah, mari kita berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. Jika tidak kerana baginda, kita tidak akan dapat hidup sebagai seorang Islam di bumi yang Fana' ini. huhu Rindunya dengan Baginda..T.T


My sweetheart! ^_^

Minggu ini adalah minggu terakhir sebelum menjelang peperiksaan akhir bagi semester 2. Minggu ini adalah peluang untukku pulang ke rumah sebelum exam, kerana apa? kerana ada agenda lain time 'study week'. Aduh! rindu sangat dengan ibu, abah dan adik-adik, even rumah dekat tapi... susah sangat nak balik. Kadang-kadang kesian tengok ibu & abah yang susah payah datang kolej pulak.huhu (Abah.. Ibu... Akak minta maaf..huhu T.T) 


Setiap kali Chatting dengan ibu kat SKYPE, Ibu mesti tanya tak balik rumah ke? dan setiap kali pertanyaan ibu tu, ana mesti jawab 'Nak balik' pastu bila sampai waktunya, tetiba ana ada keje yang tidak boleh ditunda.aduh! Setiap minggu macam tu. Then, Ibu mesti tanya,jam bapa nak balik? Hatiku rasa berat hati nak cakap 'Tak jadi balik'.. tapi terpaksa di luahkan juga takut ibu tertanya-tanya pula. (sedih.....T.T) Kalau duduk kelantan, takpelah tak balik 1 sem pun sebab jauh, ini dekat nak bagi alasan apa lagi? cakap jela ada keje..huhu 


Banyak perkara sebenarnya yang perlu kita korbankan demi Islam. Banyak juga hati yang kite kena jaga demi keberkatan Allah s.w.t. Tapi, ana bersyukur kerana memiliki keluarga ini..sebab mereka sentiasa memahami diri ini dari segala aspek. Sanggup buat apa sahaja demi anaknya yang sulong. Dari situ ana bertekad untuk berubah menjadi anak kebanggaan ibu dan abah. insyaAllah. Semoga Allah permudahkan..ameen! Almaklumlah ana sulong dari 9 orang adik beradik kan? hehe 


Bila ana dapat peluang balik rumah, ana akan berbakti sepenuhnya kepada keluarga. Siapkan makanan untuk ibu abah yang baru balik kerja. Adik-adik yang baru balik sekolah. Rumah biar kemas, dan baju biar berbasuh. kadang-kadang tak online pun sebab nak luangkan masa sepenuhnya dengan keluarga. Tengok TV ke? ha.. bercerita ke? ana suka bercerita dengan ibu. hihi Dan macam-macam lagilah. Bila ana nak balik je, mesti adik-adik akan tanya 'akak nak balik da ke? alorh..cepatnya...' adik yang lagi satu mesti jawab 'akak ada keje kt kolej la.. nanti akak balikla lagi'..hmm~ Jadi, ana bertekad nak balik hari khamis ni, memandangkan kelas tak pernah exscape lagi.. jadinya,inilah sajalah peluang yang ada. Kepada sesiapa, tolong jangan halang ye! saya masih ada keluarga untuk menunaikan bakti kepada mereka! hohO


itulah antaranya Finding Moment! banyak lagi sebenarnya.. em, ini kisah tentang adik ana yang lelaki no.4 pula. 


With Him. ^^,


Masa kecik-kecik dia agak nakal sangat. Sampailah satu tahap, abah pernah sebat dia dengan 'batang paip', sebab time tu memang abah dah hilang sabar sangat-sangat. Ibu senyap je, dan ana sebagai kakak sulong memang tak sanggup tengok adik ana kena sebat. Alhamdulillah, ana berjaya menghalang Abah dari terus sebat even badan adik sudah berbirat. Tetapi sayangnya dia masih tidak berubah.. degil yang amat. Kacau adik yang lain, sampai berkelahi. isk3 degilnya budak ni! 


Pastu, pada suatu hari..ibu tengah mengandung, ana tak bape ingat pulak anak yang ke berapa time tu. Ibu nak berlari apakan daya, jadinya ibu campak barang mainan.. sampai terkena dahi adik, hampir dengan mata pula tu. Berdarah! bawak hospital, kena 8 jahitan. huhu (Fiding Moment dia)


Masuk je form1, adik mula berubah. Mula bersikap matang.. dan kurang kedegilannya. Sebab adik sekolah swasta, tarbiyyahnya kire okeylah berbanding sekolah kerajaan ni. hohO lama-lama tu, adik boleh jadi Imam kat rumah. Jadi penyejuk mata ibu dan abah. Nak katanya, ana bangga dapat adik macam dia. kalau cakap dengan ana, sikit-sikit keluarkan hadisla.. ayat Quranla. Ana baca sikit, dia sambung. Tapi dia ni memang kuat berlawak.. macam abahla. hehe 


Ana suka cabar dia dalam study. Misalnya subjek bahasa arab. Dia memang tak pandai bahasa arab. Ana pun tak pandai sebenarnya..hihi tapi bila mana ana suka ejek-ejek dia, (dengan niat, dia akan berubah).. Alhamdulillah, bahasa Arab dia lebih baik dari ana. Dan ana tak sangka, ana cabar dia dalam SMA.. 'kalau ko gagal, memang ko bodohla' camtulah lebih kurang ayat ana, selumber tak? hehe tapi, dia sahut cabaran ana, result dia nak tahu berapa? JAID JIDDAN beb! perghh.. kalah ana kut. hehe tulah kadang-kadang kelancangan mulut kita juga bisa membuatkan seseorang itu berubah. Alhamdulillah, segalanya atas nikmat Allah s.w.t. ^^,


Jadi, apa pula Finding moment anda? mesti ada punya. Ce cite..ce cite.. Jangan tipu kata takde? hihi Sharing is caring...~ ^_^


Wallahu'alam~ 

3 comments:

Anonymous said...

test...

Anonymous said...

kamu sungguh bertuah..saya cemburu dengan kehidupan kamu...emm dikurniakan dengan seorang bapa yang bertanggunjawab..memang tugas dia untuk pukul adik kamu...emm kecil2 lagi sudah dihantar sekolah yang begiu jauh...berjaya mendidik isterinya menjadilebih baik...dan dia berjaya didik kamu jadi seorang wanita yang baik....

Serikandi Abi. said...

Anonymous :

Alhamdulillah.. segala pujian hanya bagi Allah.. semoga keluarga kamu juga begitu ya...insyaAllah..ameen!!^^,