Nov 13, 2010

Lost Contac Dengan Ajnabi?

Alhamdulillah..

Ada sedikit perkongsian untuk dikongsikan bersama tentang pertanyaan seorang adik (madú). sama-sama kita aplikasi kan ye..InsyaAllah..^^,

"salam. K.ili, kita nak minta tolong sikit..boleh?" tertera di bOx chatting (FB). Tapi, aku lambat menyedarinya kerana sibuk menyiapkan beberapa tugasan penting. Lalu ku melihat, linenya sudah OFF. Lantas, ku menaip namanya di kotak research..

"Salam dik, maaf akak busy skit tadi.. kenapa ye?? adik ada masalah ke?" Ujar ku dalam kotak Wall di profilenya, pinta kepastian.

"salam,akak..kita ada masalah sikitla..huhu" Mesegnye tertera di box Chatting (FB).

"W'salam. ya dik, masalah apa tu dik? macam series je? " Soalku tanda risau.

"K.ili nak tanya sikit boleh, macam mana kita nak stop main meseg dengan lelaki?"

"Owh...ini masalahnya, macammana tu dik.. boleh terangkan lebih detail? sebab apa adik nak stop meseg dengan dia?" Pinta ku kepastian yang lebih.

"Takdelah, kita rasa berdosa sangat.. kadang-kadang menangis juga bila mengadap Allah..". Luah adik itu.

"Alhamdulillah, bagusla jika adik rasa macam tu. Itu bermakna, dalam hati adik masih ada Iman untuk menolak maksiat". Ku panjatkan syukur ke hadrat Ilahi.

"Okeh macam ni, adik da beritahu si dia ka yang adik tak mahu dihubungi lagi?"

"Dah.. tapi dia tetap nak contac kita. dia kata, kita nak permainkan dia." Ujarnya dengan lebih lanjut.

"Em.. setiap keputusan yang kita buat, kita kena yakin seyakinnya dengan keputusan yang kita buat.. dan kita kena ada pendirian diri. Jika kita tiada pendirian, kita mudah lemah dengan pujukan dia."

"Terima kasih kak atas nasihat tu, tapi kita dah tekad da kali ni. kita rasa berdosa sangat bila kita berhubung dengan lelaki ajnabi.. walhal takde hubungan yang menghalalkan pun."

"Adik kena berterus terang dengan dia. Beritahu dia kenapa adik tak mahu dihubungi lagi..tapi If dia masih Contac adik lagi, adik tak payah layan langsung meseg yang dia bagi. Sebab lelaki akan beralah bila mana kita tidak layan meseg dia".

"InsyaAllah kak,Kita da bagitahu dia yang kita taknak dihubungi lagi, sebab cara ini salah disisi agama dan benda yang sia-sia..tapi dia tetap tak paham, akak doakan kita diberi kekuatan ya"

"Alhamdulillah, Adik kena yakin dengan Allah sebab dialah yang beri segala kekuatan. Apepun,kita kena ada pendirian diri yang tetap, jika kita bermeseg dengan lelaki yang boleh mendatangkan maksiat dalam diri, baik kita hentikan.. agar hati kita tidak terus-terusan dilanda tompok hitam,." Nasihatku panjang lebar.

"Dik,ingat pesanan akak ya.. Klo kita suka bersms dan call lelaki, iAllah kita akan dapat suami yg suka sms & call dgn perempuan. Kalau kita suka keluar dgn lelaki, iAllah kita ada suami yg suka keluar dgn perempuan. Kalau kita suka menjaga diri, iAllah kita akan dpt jodoh yg suka m'jaga diri. Adaptasi dari Novel Ukhti Fatimah Syarha.:)"

"Adik da baca buku, "Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul?" soalku lagi.

"Sudah kak, seronok baca buku tu.. hebat betul Kak Fatimah Syarha tu kan kak?"

"Tiada orang yang lebih hebat berbanding orang yang kuat bermujahadah dengan hawa nafsu dik, jadikan segala ilmu yang ada dalam buku tu sebagai prinsip diri ya dik". Ujarku dengan penuh kasih sayang terhadap adik-adik yang sentiasa mendambakan CintaNYA."

Keesokkan harinya....

"Salam. K.ili, alhamdulillah kita diberi kekuatan. Dah selesai pun.. terima kasih k.ili". Beritahunya dengan riang.

"W'salam. Alhamdulillah dik, semoga Istiqamah ya dik..dan tetapkan pendirian. Selamat berMujahadah..^^," Nasihatku tanda sokongan yang amat.

Janji-NYA.

Cinta itu Fitrah Insani
Namun, Jagailah hati
Demi mencapai Cinta Hakiki..

Yakin & Percaya dengan Ilahi,
Kerana DIA
Penentu Hakikat Abadi..

JanjiNYA tersemat di hati
"Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik"
Adaptasikan ia sebagai Muslimah Sejati.

Monolog Serikandi Abi.

4 comments:

~syifaul haq~ said...

cinta dtg dan pergi..hati manusia bisa dimiliki bila2 sj..perkongsian yg menarik..smg terus thabat shbt..=)

Serikandi Abi. said...

Btol tu Ukhti.. tp Cinta Allah xpernah pergi kerana ia sentiasa ada..:) InsyaAllah, ukhti pun sama ye..Uhibbukifillah..^^,

shairazi sharizan said...

tukar no hp

Serikandi Abi. said...

Mengambil Inisiatif utk berterus trg itu lebih baik dari menukar no. ~:) Kesedaran itu perlu diberikan sebagai kita yang bergelar Khalifah..InsyaAllah..~ ^^,