Nov 15, 2010

Dakwah Si Pemandu Teksi.

Thanks to Mr. Google.

Bismillahi Ar-Rahman Ar-Rahim. [ Muqaddimah bagi pemula bicara ]

Dakwah itu Halus, Akhlak peribadi kita juga boleh dijadikan dakwah. Itupun bila mana, kita mendidik Akhlak peribadi kita menjadi baik & cantik dipandang orang.

"Eh..eh.. tunggu kejab, kita jangan naik teksi ni, kita tunggu Teksi yang lagi satu tu.." Jari telunjuk Afifah menuju ke arah teksi yang dimaksudkan. Pemandu teksi itu lebih tampak thiqoh berbanding pemandu teksi yang tadi. Kerana pemandu teksi itu memakai kopiah di kepalanya.

"Alah.. dah ada penumpang la dalam teksi ni...huhu kesian pulak pakcik tadi walhal dia dah tawarkan teksi dia tadi.. hmm takpelah.." keluhku tanda kekesalan yang tak berapa.

"Ha.. dah ada teksi lain. Jomlah.. mana-mana jela.." Cadang Kak Atikah. Kami berempat (Afifah,Aufa,K.Atikah & Diriku) pun naik teksi yang seterusnya, walaupun pada awalnya kami mengharapkan kepada Pemandu Teksi yang memakai kopiah kerna tampak thiqoh,tetapi bukan itu sahaja.. kami mengharapkan ilmu yang dapat dikongsikan oleh Pemandu teksi kepada para penumpangnya nanti. Dalam masa yang sama, masa perjalanan ke destinasi tidak dibazirkan begitu sahaja. Malah dapat diisi dengan makanan rohani.

"Kamu orang nak pergi mana ni?"soal Pakcik itu tampak ramah.

"Erm.. Times Square." Ujar kak Atikah ringkas.

"Kalau macam tu, nak turun kat mana ni?" soal Pakcik tu lagi.

"Kat stesen U pakcik". Jawabku ringkas.

"Dari Kolej 12 tadi hingga ke stesen U naik teksi, biasanya berapa?" Soal pakcik itu tibe-tibe. Kami bertiga di belakang memandang antara satu sama lain dan mengangkat bahu.

"Em selalunya Rm5 pakcik,kalau tak jem la. Kenapa pakcik?" Jawab aku dan memberikan soalan pula kepada Pakcik itu.

"Okeh dari Stesen U turun ke KL CENTRAL..berapa ringgit satu tiket?"Soal pakcik itu lagi.

"em Rm 1.60". Jawab salah seorang dari kami.

"Rm 1.60 darab dengan 4 orang?"

"em.. Rm 6.40".

"Dari KL CENTRAL naik Monorel ke JALAN IMBI ( Times Square), satu tiket berapa? pastu darab dengan 4 orang". Soal pakcik itu terus-terusan dan membuatkan hati kami pelik dengan pertanyaan pakcik itu.

"Em Rm2.10. Darab dengan 4 jadi, Rm 8.40" Jawab kami lagi.

"Okeh campur ke semuanya sekali". Arah pakcik itu.

"Kesemuanya Rm 19.80..lebih kurang Rm20 la pakcik. Kenapa pakcik tanya?" Soal Aku dengan tanda tanya yang banyak timbul di hati.

"Hmm.. kalau macam tu, baik pakcik hantar terus kamu orang ke Times Square". Jawab pakcik dengan ikhlas dan memberikan kami jalan agar tidak membazir.

"Boleh ke pakcik?Tak susahkan pakcik ke?" Jawab beberapa orang sahabat tanda lega dari menjawab kesemua soalan pakcik tersebut.

"Ya Allah, boleh sayang... konfirm tak sampai Rm20. InsyaAllah." Ujar pakcik itu seperti sudah mengganggap kami seperti anak sendiri.

"Ha..kalau macam tu, bolehla pakcik. Ikut pakcik la mana yang lebih baik". Ujar salah seorang dari kami, tanda riang dihati masing-masing.

"Rupanya thiqoh juga pakcik ni..walaupun tidak memakai kopiah di kepala. Alhamdulillah,Lainkali kena bersangka baik terhadap seseorang..huhu". Monolog hatiku.

"Sudah berapa tahun kamu belajar di UM ni..?" Soal pakcik itu bagi meneruskan perbualan.

"Kami baru 1st year.." Jawab kak Atikah ringkas.

"Owh.. baru 1st year.. ambil jurusan apa disini?"

"Pendidikan Islam. Semua pendidikan Islam".

"Bakal Ustazah la semua ni..Alhamdulillah".

"InsyaAllah pakcik. Pakcik doa-doakanlah kami". Jawab Afifah dengan mengaplikasikan Pesanan Ayahnda Prof. Dr. Hamzah Abdul Rahman yang sentiasa mengingatkan kami agar sentiasa meminta orang lain mendoakan kita dalam program Usrah bersamanya beberapa minggu yang lepas.

"Kamu orang beruntung, sebab muda-muda lagi da belajar ilmu agama. Selagi korang belajar ilmu agama, selagi itulah kamu tidak akan sesat. Kerana apa? Baginda bersabda, selagi kamu berpegang kepada al-Quran & As-sunnah, selagi itu kamu tidak akan sesat." Tazkirah pakcik itu bermula. Kami tekun mendengarnya.

"Itulah pakcik, tapi kami murid masih belajar. Harap pakcik boleh kongsikan sedikit ilmu yang pakcik ada pada kami". Jawab salah seorang daripada kami dengan penuh tawadduk.

"Ilmu? eh ilmu Allah ni banyak sangat tau. Sampai kita mati pun, kita tak mampu nak dapatkan semua ilmu Allah ni.. sebab banyak sangat. Sebab itu, profession seseorang pun mengikut tahap ilmu yang dia dapat aplikasikan. Kamu orang belajarlah bersungguh-sungguh. Sebab itu orang kata, tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad, sebab apa orang kata macam tu? sebab kamu dah masuk ke liang lahad pun, Tok Imam pasti akan mengajar kamu bersyahadah dan sebagainya". Nasihat demi nasihat diberikan oleh Pakcik tersebut.

"Aáh ek..betul gak tu". Luah aku tanda kebenaran.

"Berapa tahun kamu habis belajar?"Soal pakcik tu lagi.

"Lambat lagi habis pakcik.. lagi 3 tahun setengah rasanya". jawab kami ramah.

"Okeh, kalau macam tu, kita jumpa lagi dalam 4 tahun. Pakcik dah habis PHD." Agak teruja dengan kenyataan yang diberikan.

"PHD pakcik? huishh.. habistu, pakcik kerja bawak teksi ni saja-saja ke? Atau dah memang kerja?" Soal kami pula.

"satu hari aku belajar 3 jam ja.. 21 jam lagi, aku buat kerja lain. Bawa teksi ni pun salah satu dari mengisi masa lapang la."

"Owh.. habis tu. masa bila pakcik nak study? Pakcik ambil jurusan apa ye?"

"Pakcik amik jurusan komunikasi di UKM. Ha.. dalam 3 jam tu jelah aku study. Time pakcik study, pakcik akan fokus betul-betul.. kalau orang telanjang depan pakcik pun, pakcik takkan perasan sebab kena fokuskan study betul-betul."

"Wah.. sampai camtu sekali pakcik study? tapi otak lelaki berbeza dengan otak perempuan pakcik. Allah beri keistimewaan lebih kepada kaum lelaki sebab lelaki kalau study mudah masuk berbanding wanita."

"Pakcik berilah sedikit tips dekat kami.. InsyaAllah kami exam lepas raya ni". Pinta salah seorang dari kami.

"Yeke?xdelah. Sama je. Asalkan kamu study rajin-rajian. InsyaAllah mudah masuk. ha.. tipsnya mudah je..setiap pagi tu, lepas kamu selesai baca Quran,Mathurat semua.. kamu baca Surah dhuha 40 kali, surah 'Alam Nasyrah 40 kali, pastu baca 3 Quul. Akhir sekali, kamu bacalah doa apa-apa. Lepas tu, kamu tawakkal.. kamu serahkan semuanya kepada Allah, yang penting kamu kena yakin dengan Allah." Tips pakcik itu seiring dengan nasihat yang berharga.

"Owh..InsyaAllah. Terima kasih pakcik. Doakan kejayaan kami ya pakcik". Ujar salah seorang dari kami sambil mencatat tips yang diberikan di dalam handphone.

"InsyaAllah. Tapi kamu kena usahalah.. kalau kamu tak usaha, tawakal ja pun tak jadi juga".

"Hehe.. InsyaAllah pakcik. em kos pakcik tu, belajar pasal apa je pakcik?" Kami meneruskan perbualan sebelum sampai ke destina walaupun ia makin hampir.

"Belajar cara hendak berkomunikasi lah.. belajar bagaimana hendak bertoleransi dengan masyarakat dan sebagainyalah".

"Baguslah pakcik ni". kami teruja dengan sikap pakcik tersebut, walaupun umur makin meningkat tapi masih semangat untuk mendapatkan ilmu Allah.

"Okeh, sebelum sampai ni.. pakcik nak kamu cari jawapan kepada 4 soalan ni. Kenapa kita hidup? mengapa kita dihidupkan? sebab apa kita dihidupkan? dan akhir sekali untuk apa kita dimatikan??" Soalan teakhir pakcik tersebut kepada kami sebelum kami keluar dari perut kereta.

"Okeh.. 4 soalan tu ye pakcik?"

"Jawapannya ada dalam surah Az-Zariyat ayat 56. Yang bermaksud : "Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu" Dan untuk apa kita dimatikan? untuk dihisab segala amalan kita didunialah" pertanyaan pakcik diteruskan dengan jawapannya. kami teruja dengan sikap pakcik itu.Lalu kami bersungguh-sungguh membuka kitabullah untuk mencari ayat Quran yang dinyatakan oleh pakcik itu tadi. Dan soalan itu dikira sudah terjawab. Subhanallah..itulah keistimewaan kitabullah, ada persoalan tetapi ada juga jawapan. Perfect!!

"Terima kasih pakcik diatas perkongsian ilmu yang banyak ini, doakan kami ya pakcik. Assalamuálaikum" Ujar kami sambil mengeluarkan not Rm10 dan Rm2 untuk membayar tambang teksi.

"Sama-sama. Kalau kamu tak usaha tak guna jugak..hehe Belajar rajin-rajin. Hati-hati berjalan tu". Jawab pakcik serta nasihat demi nasihat.

"Hehe..insyaAllah pakcik.." Jawapan terakhir kami sebelum pintu teksi ditutupkan kembali.


Credits for Mr. Google and Mr. Adobe Photoshop for Edited.

Makanya, Menuntut Ilmu itu penting walaupun dimana sahaja kita berada. Tengah makan ke? hendak keluar berjalan ke? at least 1 buah buku pasti kita muatkan dalam beg yang kita bawa untuk pergi berjalan. ha.. Jangan kita tahu berhibur je sehinggakan kita leka dengan ukhrawi. Ingat ya sahabat-sahabat. Ilmu itu perlu dicari. Kadang-kadang kita suka bising, "Ish..persatuan ni asyik buat program luar je, dalam taknak buat".. tapi dalam pada itu, kita tidak pergi pun program yang dianjurkan oleh persatuan tersebut walaupun kita tahu ia banyak manfaat. Jadi,mari kita sama-sama cari ilmu dan amalkan ilmu itu. Jangan kita jadi seperti pokok tanpa berbuah pula ya [Pesanan utk diri sendiri juga..^^,].


Wallahuálam~

No comments: