Aug 10, 2010

JoM PoSe !! ^__^



Pejam..
celik..
pejam..
celik..

Bulan Ramadhan..^^,



Alhamdulillah...kita masih diberi kesempatan untuk menjalani ibadah puasa dalam bulan yang penuh kemulian ini. Bulan apa ye? ia adalah bulan Ramadhan al-Mubarak. Bulan yang dinanti-nantikan bagi seluruh umat islam di serata dunia bagi menyambut bulan Ramadhan yang hanya dalam setahun ada sebulan sahaja. Terima kasih ya Allah, doa kami Engkau makbul kan lagi. Moga ia menjadi ruang pengislahan buat kita semua.

Sebulan sahaja..?? sekejab je kan.. sudah masuk bulan ramadhan. So, apa pencapaian kita untuk kali ini ? adakah kita nak puasa kali ini sama seperti tahun lepas..? atau kita nak puasa kali ini lebih baik dari tahun lepas? ha... so pilihlah yang terbaik. Jika kita rasa,bulan puase yang tahun lepas tu dah baik.. kita upgrade amalan kita lagi. Agar bertambah baik, baik, baik, dan baik. Okeh..?? itulah fitrah Muslim sebenarnya. sentiasa ingin menambah kebaikan diatas kebaikan yang dia telah lakukan tanpa malas, putus asa dan sebagainya dalam beribadah kepada Allah s.w.t. semata-mata.

Rajin-rajinlah baca quran serta perbanyakkan solat sunat!!

Jadi di kesempatan ini.. marilah kita sama-sama menghidupkan bulan Ramadhan kali ini agar beroleh keberkatan serta pahala berlipat ganda dengan penuh keikhlasan serta kesabaran yang kita hadapi sepanjang bulan ramadhan al-mubarak kali ini. Ingat, setahun hanya sekali je tau. Ana juga ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat islam yang ada diatas bumi Allah ini. Semoga ramadhan kali ini amat bermakna buat kita semua..insyaAllah..ameenn!!

Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu." - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

Lupa kepada dunia,Ingat kepada Akhirat...!!!

wallahu'alam~

No comments: