Jul 31, 2010

PeKeNa KaHwEn AwaL..???!!

Assalamu'alaikum w.b.t.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Sesungguhnya iblis meletakkan singgahsana di atas air, kemudian mengutus pasukannya, maka yang paling dekat daripadanya (antara syaitan) kedudukannya adalah yang paling besar membuat fitnah sehingga datang salah satu daripada mereka mengatakan bahawa tidaklah dia tinggalkan seorang suami dan isteri, dia berkata: “Maka mendekatlah dia daripadanya dan mengatakan sebaik-baik orang adalah kamu.” – (Riwayat Muslim dan Nawawi).

Berkahwen itu seronok dan bahgia jika betul pada niatnya hanya kerana Allah Subhanallahu Ta'ala. Berkahwenlah demi mencapai mardhatillahnya bukan atas dasar 'untuk mengawal nafsu semata-mata' kerna perkahwinan atas dasar hanya untuk 'Mengawal nafsu' tidak akan kemana..!

Pahami cerita ana... nanti ana huraikan satu persatu...insyaAllah ^^,

Selamat membaca...~


***********************

"ketak...ketuk..." hentakan kasut berbunyi.. tanda geram seorang kakak senior.

"Maaf dik, akak buat bising tadi..." sapa akak itu.

"Eh takpe kak.. Kenapa kakak cam geram je..?" teka ana.

"Payahla kahwen awal..." Jawab akak itu dengan nada seperti ingin mengadu sesuatu.

"Nape plak akak cakap camtu..??"

" Yelah, suami akak ni.. dia tak percaya akak ada kelas.. dia kate akak pergi melencong kemana-mana. Padahal, akak betul ada kelas. Tengok kad matrik pun tak sempat nak tanggalkan.."

"Owh..gitu. Eh akak da kahwen ke..?? tapi kenapa akak duduk kolej..??"

"Sebab suami akak keja jauh.. tapi tiap2 minggu balik rumahla."

"Owh... biasalah tu kak. Mana ada suami yg tak riso akan isterinya..tapi ramai jugakkn student UM kahwen awal..lagi-lagi student API."

"Eh memang ramai pun.. kalo tengok kt cafe API tu ada lelaki perempuan makan berdua tu, suami isteri la tu.. tapi janganlah kahwen awal" Pesanan akak itu.

"Kenapa akak cakap macam tu pulak..saya baru cadang nak kahwen awal??" seloroh ana.

"hmm..yelah, time tengah bercinta sebelum kahwen.. sumenye baik je. Takde langsung yg buruk. Tapi bila dah duduk 1 bumbung, pakai sebantal.. perkara yg kita tak suka tu akan timbul au. Sebab kita tak tahu kan perangai dia macam mana sebenarnya"

"Kamu jenis yang bagaimana..?? lembut ke ape..??" soal akak itu lagi.

"em ntah.. kalo akak pulak macammana..?? " soal ana pula.

"Suami akak tu panas baran au.. pastu,akak pulak jenis yang macam lembut tapi kekadang tu boleh hilang sabar jugakla.."

"eh...sabar kak. Biaselah tu ranjau2 dalam rumah tangga".

"Tengah sabarlah ni dik. Dulu makcik2 akak semua cakap.. susah nanti kahwen awal.. tapi akak buat tak tahu je.. time tu fikir nak kahwen je.. tapi bila betul-betul dah kahwen, macam ni pula jadinya.." Ulasan kakak itu seperti geram sgt dgn suaminya itu.

"hohO.... sabar ye kak. Habis tu, akak tengah tunggu suami akak la ni..??" teka ana kerna akak itu seperti sedang menunggu seseorang.

"a'ah... dia nak jemput akak balik rumah ni. Adik ni pulak nak pergi mana...??"

"Owh..em saya nk gi kolej11 jab.. lepak2..hehe"

"owh ok... jage diri ye. klah..jumpa lagi.."

Perbualan kami tamat.

Kakak senior yg ana jumpa ketika ana sedang khusyuk baca buku di tingkat bawah sementara menunggu sahabat ana jemput utk ke kolaj11. Tetiba dapat suatu fenomena senario yg ana rasa menarikla jugak untuk dikongsi dgn anda sume..kui3

Okeylah, ana nak tnya anda dulu... adakah disebabkan pekena kahwen awal,rumahtangga mereka jadi begitu..?? hmm.. jom kite fikir sama2...^^,

Bukankah ia sepatutnya seperti Firman Allah s.w.t. :-


"Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. Yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang yang berfikir" (Ar-Rum 21)

Bagi ana.... setelah di akad nikah "Aku terima nikahnya...bla..bla..bla.." dua pasangan ini hendaklah menerima segala kekurangan yg ada di antara satu sama lain. Dan juga mempercayai antara satu sama lain.. bukan lagi menimbulkan keraguan atau ketidak kepercayaan sebab sudah berstatus suami isteri..?? tak gitu..??kui3 Dalam buku apa ya ana baca..?? em... ana tak ingat tapi ditulis oleh Parol Mohamad Juoi.

Beliau mengatakan... "salah satu punca perkahwinan itu boleh retak, apabila pasangan itu tidak boleh menerima kekurangan antara satu sama lain selepas berkahwin."

"Cuba kita menerima seadanya seperti sebelum berkahwin..??" Katanya lagi.

"Ia, kita juga ada kekurangan... setiap manusia ada kekurangan. Jadi kita kena terima segala kekurangan yg ada pada pasangan kita.. dan sentiasa perbaiki sedikit demi sedikit untuk mencapai kebahgiaan dalam rumahtangga. Itulah asam garam dalam rumahtangga." Memandangkan bukunya berbentuk sebuah penceritaan, ana pun ceritakanlah balik. ^^,




Ana pasti sebelum berkahwin wajib mengikuti kursus perkahwinan.. dan ana pasti ada dibincangkan tentang tanggungjawab suami isteri..kan3..?? [ceh macam da pergi pula..aiyyooo]..em antara tanggungjawab isteri :-

1.Isteri mestilah sentiasa mentati suami mereka dan menjaga maruah suami mereka selama mana suaminya itu tidak menyuruh atau melakukan perkara yang bertentangan dengan agama

Seperti dalam hadis Nabi s.a.w. yg bermaksud :-
“Andainya aku ini orang yang menyuruh sesiapa supaya bersujud kepada orang,pasti aku menyuruh isteri itu bersujud kepada suami mereka"

2.Menjaga maruah dirinya baik sewaktu di hadapan suami mahupun semasa ketiadaannya.

Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:

“…Maka perempuan-perempuan yang salih itu ialah yang taat (kepada Allah SWT dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama,dengan pemeliharaan Allah SWT dan pertolongan-Nya… -(Surah An-Nisa’ 4:34)


3. Tidak boleh menceritakan & mendedahkan kelemahan suaminya kepada orang lain. Sebab rahsia rumahtangga adalah rahsia suami isteri.. so, tak boleh cerita kat sesape lah. Termasuklah kepada Ibu bapa... kecuali si suami melakukan penderaan kepada si Isteri. Ha... itu baru boleh cerita. Tapi jangan cerita kt seluruh negara pula. Report polis je... sebab boleh mendatangkan keaiban kepada diri sendiri.

4. Sentiasa menghormati dan taat setia pada suami sebagai ketua keluarga.

sebagaimana Firman Allah lagi yg bermaksud :-

“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan,oleh kerana Allah SWT telah melabihkan orang lelaki(dengan beberapa keistimewaan) atas orang perempuan,dan juga kerana orng lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka…” -(Surah An-Nisa’ 4:34)

Islam telah meletakkan landasan yang jelas terhadap sesebuah ikatan perkahwinan,iaitu pembinaannya mestilah di atas asas agama,buksnnya nafsu semata-mata.Oleh itu,rumahtangga yang harmoni dan bahagia akan terbentuk melalui rasa tanggungjawab masing-masing dengan sempurna,kerana perkahwinan yang diikat melalui akad perkahwinan bertujuan membentuk peribadi dan mengajak pasangan tersebut supaya berkongsi pendapat,masa,cara hidup untuk sama-sama menunaikan tanggungjawab masing-masing kearah keluarga yang bahagia.

Keluarga yang baik dan harmoni akan dapat melahirkan masyarakat yang baik juga,melalui proses pembentukan peribadi dan jiwa anak-anak,yang mana semua itu bermula daripada sebuah keluarga.Masyarakat dan negara tidak akan maju dan tidak sempurna jika ahli keluarga yang mendiami sesebuah negara itu pincang.

Justeru itulah,rumahtangga yang aman dan harmoni dapat dicapai melalui kerjasama dan tanggungjawab yang baik sesama mereka,seperti berkasih sayang,sabar,tolak ansur dan wujudnya persefahaman. Jadi, dalam Islam juga, Allah meletakkan tanggungjawab utk si suami. Antaranya :-

1. Suami mestilah sentiasa melayan isteri dengan penuh layanan mesra dan kasih sayang.

Sebagaimana sabda baginda s.a.w. yg bermaksud
“Berwasiatlah kamu supaya berlaku baik terhadap isteri-isteri.Sesungguhnya kamu mengambil mereka dengan amanah Allah SWT dan kamu menghalalkan persetubuhan dengan mereka dengan kalimah Allah SWT”-(riwayat At-Tirmidzi)

Sabda Nabi yang lain:
“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang baik budi pekertinya dan lemah lembut terhadap isterinya”-(riwayat Abu Daud)

Dalam keadaan lain,Al-Quran juga sentiasa menyarankan suami supaya berbuat baik dengan isteri mereka.Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

“…dan bergaullah kamu dengan mereka(isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.Kemudian jika kamu(merasa)benci kepada mereka(disebabkan tingkahlakunya,janganlah kamu terburu-buru menceraikannya);kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu,sedang Allah SWT hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak(untuk kamu)-(Surah An-Nisa’ 4:19)

Sebagaiman hadis yang diriwayatkan oleh Ali bin Abi Talib yang bermaksud

“Rasulullah SAW bersabda:Lelaki yang paling baik ialah yang amat baik terhadap isterinya,dan aku adalah yang paling baik terhadap isteriku.Tidak ada seseorang yang memuliakan wanita,kecuali dia seorang yang mulia.Tidak ada yang menghina wanita,kecuali oarang yang rendah pekertinya”-(riwayat Abu Daud)

2. Suami mestilah memberi bimbingan dan tunjukajar yang baik terhadap isteri mereka dengan didikan agama dan pengajaran yang baik dan bukan menyeksa mereka.

Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman!Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya:manusia dan batu (berhala)….-(Surah At-Tahrim 66:6)

Jadi, untuk menjamin keutuhan dan keluarga yg bahagia,masing2 mestilah merelakan dan sanggup menerima hakikat keadaan rumahtangga masing2. Tak gitu...?? kui3 hmm... berkahwinlah demi mencapai mardhatillahnya bukan hanya untuk menahan nafsu semata2..ini cuma paranorma yg boleh kita fikir sama2..bukan utk menilai seseorang..tapi,biaselah tu... fitrah dalam rumahtangga.."sedangkan lidah lagi tergigit..inikan pula suami isteri"..sama2 kita fikirkan utk membina mahligai bahgia,sama ada di dunia & akhirat..insyaAllah!

wallahu'alam..^^,

2 comments:

Mohamad Khairul Dhamiri said...

sal kawen ek...bagus2..hehe,cantik tulisan ko :)

Srikandi Abi. said...

Takdelah dham... tibe2 dpt ilham melalui perbualan akak 2..hehe

syukran atas pujian..:D