Aug 29, 2010

S.P.I.E.S.

Bismillahi Ar-rahman Ar-rahim~

Alhamdulillah,kita sudah masuk ke fasa3 dalam bulan ramadhan. 10 malam tákhir makin menghampiri kita iaitu malam lailatulQadar. Ini ada disebut dalam salah satu hadis Rasulullah s.a.w. yang membawa maksud :-

 Aisyah r.a. menyatakan: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Carilah lailatul qadar pada (malam) yang ganjil daripada sepuluh (malam) yang terakhir daripada bulan ramadhan”. Hadis riwayat Bukhari.



tetapi ada juga para sahabat menyatakan malam lailatulQadar ni, tidak semestinya hanya pada 10 malam terakhir sahaja tetapi dalam 30 hari kita berpuasa tu, b'kemungkinan juga salah satu dari nya adalah Malam LailatulQadar. Tapi itu semuanya terpulang kepada Allah nak bagi bila and kat siapa kan..? juz, kita juga kena berusaha untuk merebut malam yang penuh barokah itu..betul tak?? betul..betul..betul..[bak kata upin & ipin..:p]..hehe 

Okey,ana nak cita sikit tentang experience yang ana dapat sepanjang 2 hari ni dalam menyertai program S.P.I.E.S. [Spritual,physical,intellectual,emotional,social] anjuran kerajaan selangor di Grand Bluewave Hotel in Shah Alam.


Pendaftaran bermula pada pukul 9 pg,setelah itu program start jam 9.30 pagi. 1stly, ice breaking tapi terdapat kelainan sedikit dengan ice breaking yang dibuat. Kami di pecah kepada 3 kumpulan. Pastu, kumpulan pertama kena buat takweondo, kumpulan ke2 samurai, kumpulan ke3 pulak silat. Bila disebut samurai, kumpulan samurai dikehendaki buat gaya samurai dan begitulah kepada yg selainnya. Lucu jugak sebab gaya pergerakannya yang agak lucu..hehe 

Setelah itu, pelbagai modul yang dikeluarkan berjaya mencuit hati-hati kami. Amat tertarik jugak dengan modul-modul yang dibawa. Misalnya, Jadilah gelas yang sentiasa bersedia menerima air baru.,survival, 3 jenis hati dan sebagainya. Dalam program ini juga, banyak melatih kita menggunakan otak kita dengan bijak. Game-game nya jugak banyak menguji ketahanan mental kita dan kebijaksanaan kita menggunakan akal kita. Misalnya game,Jejari.. 7 up.. what's my number and so on. Wah.. betul-betul menguji mental kita. Pening jugak nak pikiaq sume ni..kui3 tapi memang best. ^_^

Dengan pendekatan yang amat smooth dan cool je. Best sangat. Lagi- lagi dia buat kat Hotel. Allahu Rabbi, jujur ana katakan, 1st time buat program kat hotel. Selama ni, buat kat hutan je. hehe. Tapi memang dunia sumenye... makanan berbuka pun memang specialla. Subhanallah..rezeki Allah kan?? memang luar biasa. ^^,

Ana suka dengan pengisian yang dibawa.. sangat menarik. Kadang-kadang apa yang disampaikan tak capai dek akal kita, mungkin kita juga terlepas pandang. huhu pengisian menunjukkan Islam ini fleksibel, tak jumud langsung. apapun, ilmu yang kita dapat kat sana.. kita cuba untuk aplikasikannya. Itu baru dinamakan motivasi. batul tak?? dugaan atau cubaan yang kita dapat, anggaplah ia sebagai tarbiyyah dari Allah. okeh? baru menarik hidup kita. 


Kat hotel tu kan, memang sejuk giler. Macam kat Landon da ana rasa. Kat mana-mana sejuk je memanjang. Badan ana ni pulak, tak tahan sejuk. Pernah buat program kat hutan, pastu malam-malam kena rendam dalam sungai kan, sampailah ke pagi. Sahabat-sahabat sume kool je. tapi ana dah menggigil gila-gila dah. Sume sahabat cakap, mindset2.. tapi ana memang tak tahan sejuk. Sahabat ana genggam tangan ana pun,still menggigil gak, lucu betul..hehe Tapi en, ana ni tak boleh tido dalam keadaan panas.. tido mesti nak berkipas atau báircond. Tapi báircond tu b'suhu tinggi ar. Tapi en, dah tutup aircond pun still rasa sejuk jugak..hohO.. dasyat..dasyat..hehe [banyak songeh betul aku ni..=.= hukhukhuk] Pastu esoknya ada sahur. 

Memang ramai yang tak turun sahur sebab lena sangat kot dapat tido kat hotel. hehe Tapi Alhamdulillah, ana terjaga juga kul 4.50 pagi. Kejut roomate sekali, so kami pun pergilah bersahur. Sedddaaapppp..... dapat makan nasi lemak.. pastu wastern la. Pagi-pagi makan wastern. hehe memang luar biasa.. :p Setelah itu, kami solat sunat tahajud dan sebagainya, dan akhirnya kami solat subuh berjemaah.

Itulah secara ringkas ana ceritakan [ringkas ke?] tentang program ini. Dan habisnya lepas zohor hari ini. Alhamdulillah, banyak input yang menarik yg kita boleh amalkan..insyaAllah. Penyertaan ini bukan hanya terdiri daripada student UM sahaja.. malahan dari PBT [Pengerak Belia Tempatan] juga ada..dengan berlainan attitude tapi fikrah tetap 1 iaitu Islam. Tidak lupa juga yang pasangan suami isteri pun ada juga yang sudi join program ni,ha.. jangan main2. Alhamdulillah, respon yang mereka bagi pun amat memberansangkan. 

SofwatulKhaul, 

Islam itu fleksibel tak kira kita ni siapa b'dakwah itu perlu kita sampaikan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan. Fasi-fasi yang ada pun bukan dari yang belajar agama.. memang luar biasa kerna mereka yang bukan dari sekolah agama pun boley menubuhkan consultant dreamteam yang membawa fikrah agama Islam dalam program ini. Ia sangat luar biasa.. why not?? sume orang boleh sampaikan dakwah itu jika kita ada kemahuan,insyaAllah disitu ada jalan. Apepun S.P.I.E.S. Memang best... nak rasa bagaimana keseronokannya?? jomlah sertai S.P.I.E.S. di lain waktu dan di lain agenda..insyaAllah. 

Salam Ramadhan kareem.. sedih, mungkin ini ramadhan terakhir buat kita. Jadi, Gunakanlah Ia sebaeknya.. Wallahuálam..^_^

No comments: