Apr 4, 2010

Allah s.w.t. SuRuh BertUdunG..!


Assalamu'alaikum w.b.t.

Alhamdulillah...ada juga ilmu yg ingin dikongsikan bersama.. teringat pula pd pertanyaan seorg adik fasi masa ana mngadakan program motivasi di sabah..yg b'tnyakan tentang.."k.ili kenapa kite kena pakai tudung ek..??"..ana pun jwbla dkt sdkit ilmu yg ada ni..huhu " sudah perintah Allah yg mewajibkan kita ttp aurat,so knelah pakai tudung.."[panjang agi perbualan kami senanye..ini cuma ringkasan shj.]

Okeh...jOm kita kaji agi..knpa Allah suruh kita bertudung ek..?? Beberapa kali ana membaca terjemahan surah al-ahzab ayat 59..tidak ada lagi keraguan sbb maksudnya berhikmah sekali kerana perintah itu disandarkan atas Nabi s.a.w. terlebih dahulu,walaupun sasarannya memang utk org beriman sekaliannya.

Ayat ini cukup kuat utk dipegang sbgai hukum perintah suruh,bukan galakan atau sekdar anjuran kerana ia tidak disertakan dgn perkiraan tolak ansur..[kalo rasa boleh buat,buatlah. kalo rasa xley,xpayah. Kalo takut diganggu, pakailah..kalo xrasa diganggu xyah pakai]..

samalah jugak dgn perintah puasa..contohnya..:-

"...mudah2an kamu menjadi orang yg bertaqwa.." [al-baqarah : 183]

Kalo tidak bertaqwa??xperlu puasalah ye..?? atau kalo sudah m'dptkn taqwa..xyah pose lagi..?? gitu..??ish3 bukan begitu...Jadilah seorg Islam yg benar2 boleh meberi manfaat kpd org Islam yg lain.

Suatu masa dahulu ada 1 golongan manusia ni yg suka sgt dgn tabiat putar belit..tau x kaum ape..??? kaum bani Israel la..bnyk sungguh dalilnya. sehinggakan perihal seekor lembu pun nk dipersoal jawabkan [surah al-baqarah]. Akhirnya, terpaksalah bersusah payah m'jelajah dari desa ke pekan, dari pekan ke hutan utk m'cari lembu yg dimaksudkan.

Padahal,jika mereka menerima perintah dgn taat & lapang dada,semuanya akan m'jadi mudah. Tetapi sikap yg b'dolak-dalih dgn niat kononnya apabila mereka meminta keterangan lebih khusus b'kenaan lembu yg ingin disembelih,pasti tidak ada lembu seperti yg dimaksudkn. Maka terlepaslah mereka drpd perintah itu.

Namun, muslihat kaum Bani Israel itu tidak berhasil. Allah lebih mengatahui isi hati mereka. lalu diberitahu ciri2 lembu terpilih yg mesti mereka car. Asalnya kerja yg mudah bertukar m'jadi payah lagi menyukarkan..siapa yg rugi..??ha...mereka & keluarga merekalah.huhu

Dalam surah al-ahzab ayat 59, Allah s.w.t. b'pesan kpd Nabi s.a.w.

"wahai Nabi,katakanlah kpd isteri2 Engkau,kpd anak2 yg permpuan dan kpd sekalian wanita dari kaum Muslimin, hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab atas diri mereka. Demikianlah supaya lebih mudah orang mengenal mereka, maka tidak disakiti [diganggu] org akan mereka.."

Mengikut terjemahan Tafsir Pimpina Ar-Rahman. Perkataan 'Jalaabiibihinna' diterjemah sbgai "..pakaiannya bg menutup seluruh tubuhnya (semasa keluar).." Tetapi jika merujuk kpd maknanya lebih khusus b'asal dri perkataan 'Jilbab'. Menurut kamus dewan, Jilbab beerti pakaian longgar termasuk tudung yg memenuhi keperluan menutup aurat wanita. selain muka & tapak tangan. Dan setahu ana...kalo org kelantan & terengganu akan panggil tudung labuh tu sebagai jilbab..yeke..?? ana pun xbape ingtla.hihi

Nabi s.a.w. menegaskan dalam hadisnya yg b'maksud :

"Allah tidak akan menerima solat wanita yg telah berusia baligh kecuali dgn memakai ttp kepala" [Riwayat Abi Daud,Tarmizi, Ibnu Majah & ibnu khuzaimah dari Sofiyah bt Harith dari Aisyah r.a.]

Di dalam kitab "Muhimmah Pd Ilmu Hadis Nabi s.a.w." karangan Syeikh Abdullah bin Abdur Rahim Fathani yg m'bicarakan ttg kewajipan serta tggjwb seorg isteri, ada menyatakan : " Dan jikalau derhakannya dgn sebb keluar rumah maka dipandang oleh lelaki yg lain akan rambutnya nescaya digunting rambut kepalanya didalam api neraka. Demikianlah b'bagai-bagai seksaan kerana berbagai-bagai derhakanya."

Pd baris berikutnya, Nabi bercerita kpd Saiyidina Ali k.w. dan Saiyiditina Fatimah r.a. ttg pengalaman Rasulullah s.a.w. pd mlm baginda dimikrajkan. Nabi s.a.w. melihat wanita2 drpd kalangan umat baginda sdg diseksa dgn seksaan yg amat dahsyat. Ada yg digantung dgn lidahnya dgn dituangkan api neraka ke dalam mulutnya. Ada yg digantung dgn buah susunya dan disumbatkan buah zakum ke dlm mulutnya. Ada pula yg digantung dlm keadaan dia memakan daging dirinya sendiri, manakala dibawahnya pula dinyalakan api. Nauzubillahimin zalik....

Macam2 lagi bentuk seksaan yg dipertontonkan kpd Nabi s.a.w. terdapat juga bentuk seksaan lain yg dipertontonkan iaitu perempuan digantung rambutnya hingga mendidih otak di kepala. Dosa apakah gerangan yg diseksa sedemikian rupa..?? astagfirullahal'azim...

Dinyatakan dlm kitab yg sama,merujuk kpd jwapan Nabi s.a.w.

"...Adapun perempuan yg tergantung dgn rambutnya itu maka bahawa sesungguhnya ia tidak mahu menutup rambutnya drpd lelaki lain yg haram memandangnya.."

Andai katalah kan...ada suara2 sumbang yg m'persoalkan ttg perintah ini..kita menerimanya secara positif & hati terbuka. Keimanan & keyakinan kita terhadap peraturan Allah sdg diuji dan dicabar. Ada jugak ana dengar..yg mengatakn bertudung adlh budaya Arab Kuno Islam yg turun di Tanah Arab. Jika ditakdirkan Allah,Islam turun di Asia tenggara Atau turun di China atau turun di Eropah, pasti persepsi terhadap tudung tentu lain pulak kan...???huhu

Suruhan ini diletakkan dibawah bab berpakaian. Bab yg paling penting kerana pakaian boleh melambangkan agama. Umpamanya seorg lelaki yg m'botakkan kepala dan mengenakan lilitan kain (pakaian) kuning seluruh tubuhnya pergi dari rumah ke rumah dgn membawa sebuah bekas meminta makanan. Apa pendapat anda terhadap lelaki itu..? Beranikah kita mengatakan dia seorg Islam jika kita terserempak dgnnya..?? Pada hari lain, kita melihat seorang lelaki memakai seutas kalung dgn sebentuk salib. Apakah reaksi spontan anda terhadap lelaki itu..?? so, besar peranan pakaian dalam kehidupan Islam yg sebenar.

Ada jugak yg menyatakan bertudung sudah m'jadi trend banyak agama di dunia.. lantaran org yahudi dan kristian juga bertudung. Tetapi kita memakai tudung kerana mematuhi perintah Allah.. beroleh pahala juga rahmatNYA jika dilakukan dgn hati yg ikhlas..insyaAllah. So,bertudunglah kamu...sebelum kamu ditudungkan..hohO..

~Wallahu'alam~

4 comments:

Srikandi Abi. said...

:e:.........:t: [juz tasting..hoho]

Meow said...

salam, entry yang bagus...

tapi saya tgk ramai blogger pun tayang rambut di internet, bayangkan 1jutaan masuk blog dia...agak2 mcm mane yer??

sekarang ingin tahu sahaja...

Srikandi Abi. said...

w'salam..terima kasih atas pujian itu..

hukum ttap hukum,hukum bertudung dari tuhan bukan cptaan manusia..so xde kompromi la pasal b'2dung ni...

wallahu'alam..!

JaQ said...

salam.. jaq suka post camni... keeps it up!

meow:
sy sedar juga situasi itu.. bagaimana dgn mereka? mereka perlu dinasihati.. tp kalo rasa tak mmpu, kita doa smoga dia mendapat hidayah Allah.. tapi jgn la kutuk2 mereka.. sbb kita tak taw, suatu hari nnt mgkin mereka jauh lebih baik dari kita..

wallahu a3lam