Oct 10, 2009

Antara Keistimewaan Wanita.....!


"Sekadar renungan buat insan yang bergelar Wanita. Ketahuilah betapa istimewanya menjadi wanita. Betapa bertuahnya menjadi wanita. Bersyukurlah kerana menjadi wanita."


1.Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana lebih penyayang dari lelaki. Sabda Rasulullah : "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
2.Wanita solehah lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.
3.Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang wali.
4.Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang lelaki soleh.
5.Sesiapa yang mengembirakan anak perempuannya,maka darjatnya umpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.
6.Sesiapa yang membawa makanan untuk keluarganya.maka pahalanya sama seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuannya daripada anak lelakinya. Maka sesiapa yang menyukakan anak perempuannya seolah-olah dia merdekakan anak Nabi Ismail a.s.
7.Haidh seorang wanita menjadi penebus dosanya yang lalu. Jika pada hari pertama haidhnya dia membaca "Alhamdulillahi'alaa KulliHalin Wa Astagfirullah (Segala Puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa)",maka Allah SWT akan membebaskannya dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim dengan aman dari seksa. Bahkan Allah SWT akan mengangkat darjatnya sama seperti darjat 40 orang syuhada' apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.
8.Sabda Rasulullah SAW : "Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku didalam syurga".
9.Sesiapa yang bersikap ihsan dan mendidik anak perempuan atau saudara perempuannya dengan penuh rasa taqwa dan tanggungjawab maka baginya adalah syurga.
10.Daripada Aisyah r.a. : "Sesiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbual baik kepada mereka,maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka".
11.Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
12.Apabila dua orang ibubapamu memanggilmu, maka jawabla panggilan ibumu dahulu.
13.Seorang wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintun neraka  dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dia dari mana-mana pintu yang dia kehendaki tanpa dihisab.
14.Seorang wanita yang mentaati suaminya (serta menjaga solatnya dan puasanya),semua ikan dilaut, burung diudara,malaikat di langit,matahari dan bulan akan beristigfar untuknya selama dia mentaati suaminya dan meredhainya.
15.Aisyah r.a. berkata : "Aku bertanya kepada Rasulullah SAW siapakah yang lebih besar haknya terhadap seorang wanita?" Jawab Baginda "suaminya". "Siapa pula yang berhak terhadap seorang lelaki?" Jawab Rasulullah SAW,"Ibunya".
16.Allah SWT akan memasukkan setiap wanita yang membantu suaminya didalam urusan agama ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya.
17.Apabila seorang wanita hamil, maka beristigfarlah para malaikat untuknya.Allah SWT akan mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
18.2 rakaat solat seorang wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
19.Wanita yang hamil akan mendapat pahala puasa pada siang hari.
20. Apabila seseorang wanita mulai sakit hendak bersalin,maka Allah SWT akan mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad dijalan Allah.


Jadi,bersyukurla sesiapa yang telah dicipta oleh Allah SWT seorang wanita...!




No comments: