Feb 26, 2011

Surah Al-Ikhlas Sebanding Dengan 1/3 Al-Quran

Bismillahi Ar-Rahman Ar-Rahim.

Alhamdulillah, ada satu Artikel tentang surah Al-Ikhlas untuk dikongsikan bersama. Mohon sahabat-sahabat respon tentang artikel ni ye.. Syukran 'ala Kulli Hallin. ^^,

Disebutkan dalam hadis sahih:

عن أبي أن رجلا سمع رجلا يقرأ قل هو الله أحد يرددها فلما أصبح جاء الى رسول الله صلى الله عليه وسلم فذكر ذلك له وكأن الرجل يتقالها فقال رسول الله صلى لله عليه وسلم والذي نفسي بيده إنها لتعدل ثلث القرآن والذي نفسي بيده إنها لتعدل ثلث القرآن.

Dari sa’id al-khudri bahawasanya ada orang mendengar seseorang membaca “qul huwallahu Ahad”, dan diulang-ulang. Pada keesokan harinya, ia mendatangi Rasulullah S.A.W dan melaporkannnya, seakan ia menanggap remeh. Maka Rasulullah bersabda :” Demi zat yang jiwaku ada di tanganNYA, ia sebanding dengan sepertiga A-Quran”.[1]

Syaikh Islam Ibnu Taimiyah berkata, “ Maksudnya, ialah bahawa Al-Quran diturunkan menjadi tiga bahagian. Satu pertiga bahagian adalah hukum-hukum, satu pertiga berisi janji dan ancaman dan satu pertiga bahagiannya terdiri nama dan sifat Allah dan surah ini mengumpulkan antara nama nama dan sifat-sifat (Allah)” [2]

Syaikhul islam juga berkata: “ Apabila (qul huwallahu ahad) sebading dengan satu pertiga Al-Quran bukan bermakna ia lebih utama dari Al-Fatihah dan tidak pula mencukupkan diri membaca Al-Quran dengan membacanya sebanyak tiga kali. Akan tetapi apabila dibaca (qul huwallahu ahad ) terpisah sebanyak tiga kali atau lebih dari itu maka pembacanya mendapatkan pahala yang sebanding dengan satu pertiga Al-Quran namun perbandingan sesuatu bukanlah dari jenisnya”.[3]

Ketika surah ini dibaca saat meruqyah, mendapati wujudnya perbezaan pengaruh yang ditimbulkan antara satu orang dengan yang lain tidak sama, yang ini berpengaruh dan lainnya tidak ada pengaruhnya. Dalam hal ini syaikhul-islam berkata: “Tidaklah (qul huwallahu ahad) setiap orang bermanfaat untuk setiap orang.[4]

Syaikh ‘Abdurrazaq menjelaskan, “sungguhnya ada perbezaan pengaruh bacaan yang dibaca, walau surah yang dibaca sama, kerana adanya pengaruh hati si pembaca dari kejujuran, keikhlasan, penghayatan, keyakinan, harapan dan kekhusyukan.

(Artikel ini dikarang oleh Ustaz Mu’tasim dalam majalah As-Sunnah dan disunting oleh Izzuddin Husni. Rujukan yang diambil oleh Ustaz Mu’tasim adalah dari Fiqh al-Idiyyah wal-Adzkar, Syaikh Abdurrazaq bin Abdil-Muhsin al-Abad, 1/89-93.)

[1] Sahih Bukhari, no 5013.
[2] Jawab ‘alil –ilmi wal-iman, hlmn. 113.
[3] Jawab ‘alil –ilmi wal-iman, hlmn. 133,134.
[4] Jawab ‘alil –ilmi wal-iman, hlmn. 141.

Wallahu'alam~

5 comments:

Anonymous said...

ada lagi hadis yg menyebutkan tentang kelebihan surah Al ikhlas yg sebanding dengan sepertiga al quran iaitu:
" Dari Abi said, ia berkata," Rasulullah S.A.W berkata kepada para sahabatnya, Apakah salah seorang dari kalian mampu untuk membaca sepertiga Al-Quran dalam satu mlm?
maka hal ini memberatkan mereka, Mereka bertanya." Siapakah di antara kami yang mampu, wahai Rasulullah? Rasulullah pun bersabda " Allahul-wahidu shamad adalah sepertiga Al-Quran. (sahih bukhari no, 5015).. ^^,

'abidah lillah ... said...

assalamu'alaikum wbt...

awlnya - spt yg di ma'rufi nama surah ini ialah al-Ikhlas (ketulusan) kra membicarakan ketulusan tauhid kpda Allah & suci drpda sebarang kekurangan. Dinamakan jg surah al-Tafrid (menunggalkan), al-Tajrid (mentuluskan), al-Tauhid (mengesakan), al-Najat (menyelamatkan), al-Asas (asas) & al-Wilayah (wali). Imam al-Razi menyebutkn lebih dari 20 nama bagi surah ini, al-Fayruzabadi m'bilangnya hgga 21 nama (al-Tafsir al-Kabir, 32/357. Tafsir al-Tahrir wa al-Tanwir, 30/610).

di dlm Tafsir al-Tahrir wa al-Tanwir, 30/611, ada menyebutkn Mufassirin x sependapat pada menentukan kelompok surah ini sama ada Makkiyyah atau Madaniyyah. Jumhur b'pendapat Turunya di Makkah. Qatadah, al-Dahhak, al-Suddi, Abu al-`Aliyah & lain2 berpendapat, nuzulnya di Madinah. Kedua-dua qawl ini dihubungkan dgn Ibn `Abbas.

namun ada jg pandangan menyatakan turunnya berulang kali, namun Imam al-Suyuti lebih cenderung kepada sekali turun sahaja di Madinah (Al-Itqan fi Ulum al-Qur`an, 1/42), danqaul yg lebih sahih ialah turunnya di Makkah.

merujuk kpd hadith nabi saw yg berbunyi, daripada Abu Sa'd,
ada seorang mendengar seorang lelaki membaca "Qulhuwallahuahad" dengan berulang-ulang kali. Pada pagi keesokan ia datang menemui Nabi s.a.w. lalu ia menyebutkan cerita itu kepada beliau seolah-olah ia merasa surah itu sangat sedikit, lalu Nabi s.a.w. berkata: "Demi jiwaku di tanganNya, sesungguhnya surah itu menyamai satu pertiga al-Qur'an." Tiada sesuatu yg aneh dlm sabda Rasulullah s.a.w. ini krn 'aqidah keesaan Allah yg diperintah kepada Rasul-Nya supaya diisytiharkannya dgn "Qulhuwallahuahad" itu merupakan 'aqidah bagi hati, merupakan pentafsiran bagi 'alam & merupakan satu sistem bagi kehidupan krna surah ini mengandungi garis2 pokok yg amat luas mengenai hakikat agung
Islam.

di antara kelebihannya - dalam kitab Al-Muwatta' menyatakan, diriwayatkan oleh Abu Hurairah; Saya sedang berjalan dengan Rasulullah s.a.w, lalu baginda mendengar seseorang membaca surah al-Ikhlas. Baginda berkata, “Wajiblah.” Saya bertanya kepadanya, “Apa ya RasulaLlah?” Baginda menjawab, “Syurga” (Wajiblah syurga bagi si pembaca itu).­ ­

antra lainnya - Dari Ubay Ibn Ka'ab - Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas satu kali, maka Allah SWT menganugerahkan kepadanya pahala seorang yang beriman kepada Allah SWT, MalaikatNya, Kitab-KitabNya dan Rasul-RasulNya, dan Dia menganugerahkan kepadanya - dari - pahala seperti pahala syuhada" "Ketika aku (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka aku telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang Sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur ke barat (masyrik ke maghrib) Pada setiap padang Sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut, maka berkata mereka "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini, kami berikan kepada orang yang membaca Surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan" (Riwayat Ibnu Abbas)­ ­

*hakikatnya Surah ini menegak & menjelaskan 'aqidah Tauhid Islam
sebagaimana Surah al-Kafirun menafikan sebarang keserupaan atau
menafikan wujudnya titik pertemuan antara 'aqidah Tauhid dgn 'aqidah syirik. Kedua-dua surah ini (surah al-Ikhlas & al-Kafirun) memperkatakan hakikat Tauhid dari satu sudut yg tertentu. Rasulullah s.a.w. biasanya memulakan harinya -- dalam solat Sunat Fajar -dgn membaca dua surah ini dan amalan ini mempunyai makna & tujuannya yang besar.

wallahu ta'ala 'alam.. sebarang kesilapan mohon di perbetulkan.. kerna sy juga insan yg masih belajar dan terus belajar~

Anonymous said...

Assalamualaikum... segala puji bg Allah dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W... walaupun Surah Al-Ikhlas mengandungi 4ayat yang pendek tetapi kelebihan yang Allah anugerahkan kepada orang yang membacanya terlalu besar.. Kerana ayat ini berkaitan dengan aqidah iaitu mengesakan Allah S.W.T.

Anonymous said...

salam..
1 p'kongsian yg menarik,w/pon surah al-iklas ini pnde ttapi ia byk klebihannya..smoga dpt diamalkan bacaannya selalu..wallahu a'lam..

Anonymous said...

salam..alhamdulillah ats p'kongsian yg menarik..w/pun ayt al-ikhlas sedikit tetapi mknanya penuh b'makna..semoga pembacaannya dijadikan amalan dalam kehidupan seharian kta b'sama..wallahu a'lam