Dec 4, 2010

Bersabarlah sayang!


Bismillahirrahmanirrahim.

| Coretan ini, buat sahabat serikandi yang dikasihi Fillah. Semoga kehidupannya sentiasa dirahmati Allah. InsyaAllah, ameenn!! ^^, | 

Sahabat,
Hidup ini ibarat roda, tetapi dia bergerak pun kita tidak sedar, sebab itu dugaan Allah, bila mana dia datang pun kita tidak akan tersedar, Hidup ini juga umpama makanan, ada pahit, masam-masam manis,manis dan sebagainya, Samalah juga seperti kehidupan kita wahai sahabat, kadang-kadang ada manis, kadang-kadang pula ada pahitnya, Itulah fitrah namanya yang terkandung dalam Prinsip Allah Ta'ala!


Sahabat,
Aku sedih mendengar ceritamu tentang Cinta,memang pedih bila memendamkan perasaan yang lara, Bak kata orang, Penantian itu satu penyeksaan..kadang-kadang penantian itu memang seksa,
Tetapi,kadang-kadang penantian itu satu kebahgiaan. Dua penantian kamu amat menyeksakan, Kedua-duanya bukan milikmu wahai sahabatku. Bersabarlah…


Aku selalu memikirkan, adakah Engkau tidak cukup baik bagi mereka? Atau kamu yang terlalu berharga? Tetapi aku yakin sahabat, Kamu yang terlalu berharga, Hatimu ibarat permata yang tiada tandingannya.

Teringatku pada kisah Asiah Yusro yang kamu kagumi, dia memendam perasaan kerana terlalu Cintakan agama dan Kekasih hakiki. Sampailah kepada satu tahap, dia dipinang, malangnya lelaki itu bukanlah lelaki yang dia pendamkan rasa cintanya sebelum ini. Tetapi dia redha apabila membaca firman Allah, dalam surah Al-Baqarah ayat 216 bermaksud : “dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya” Lantas, Dia pasrah dengan ketentuan Ilahi dan menyatakan ‘Setuju’ dengan hati yang penuh keterpaksaan bersulamkan keikhlasan. Akan tetapi, Allah itu Maha mendengar lagi Maha Mengetahui.. Akhirnya, Asiah Yusro dijodohkan juga dengan lelaki yang disanjunginya selama ini. Nah!! Yakinlah sahabat, Janji Allah itu pasti.


Aku teringat dengan pesananmu “tanyalah dia jika ingin tahu hal yang sebenarnya? Agar tidak menyesal di kemudian hari..”


Sahabat,
Siapalah aku ini jika nak dibandingkan dengannya?? Risikan pertama ku tolak mentah-mentah kerana dia terlalu baik buatku.. agamanya mantap. Risikan kedua pula, ku pendamkan kata hati untuk menerima, kerana bukan cara itu yang aku harapkan sebenarnya, katanya ingin berjumpa keluarga tetapi gayaknya seperti sudah berpunya. Tetapi siapalah aku ini sahabat, aku tidak punya apa-apa nak digandingkan dengan mereka bagaikan langit dan bumi. Adakah aku terlalu merendah diri sahabat??

Aku terbaca sesuatu dari buku "pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul".
"Kalau suka,jumpalah ibu bapa. Sayangnya, tiada yang berani,tanda tak bersedia. Kalau tak sedia,kenapa nak bercinta? Bukankah itu pintu zina semata-mata? Nauzubillah.

Dari situ aku beriltizam untuk membangkitkan mereka daripada kelalaian fitnah wanita di akhir zaman dengan sebuah prinsip dan ketegasan.Lantas, Aku malu dengan diri sendiri kerana terlalu kerdil di sisi Ilahi. Terkadang aku merasakan, aku tidak layak digandingkan dengan orang seperti mereka, Ilmu penuh dada, beradab sopan walaupun sebenarnya itulah baitulmuslim impianku selama ini.


Namun, Biarlah Cinta Ilahi mengatasi segalanya. Jodoh itu pasti ada untuk kita.. siapa dan bila itu semuanya rahsia Allah. Bersabarlah dan teruskan menanti.. aku tidak mahu disebabkan ini, gerak kerja kita tergantung. Dan menyebabkan hijab antara kita dengan Al-khaliq. Allah Maha Mengetahui sahabat, Dia sayangkan kita dan terlalu sayangkan kita. Aku sayangkan kamu kerana Allah kurniakan aku sahabat sepertimu.


Jadi sahabat,
Perjuangan kita masih panjang. Jalan dakwah kita masih luas terbentang di luar sana. Mereka memerlukan kita.. kita juga perlu bantu mereka. Lupakan dahulu tentang Cinta yang sementara… marilah kita sama-sama mencari Cinta yang kekal selamanya.

Aku ambil pula dari kisah Elya Khadeeja. Dia menerima ramai sangat undangan pinangan. Tetapi demi dakwah dan Islam, dia menolaknya secara baik dengan menyatakan dia tidak bersedia. Walaupun kesemuanya bakal Imam itu bukanlah dari calang-calang orang yang mantap dari segi Agamanya. Tetapi demi untuk mengembangkan sayap dakwahnya ke Amerika, dia lepaskan kesemuanya. Walaubagaimanapun, Allah tetap mengurniakannya seorang Imam yang terbaik dari segi tarbiyyah dan dakwahnya sewaktu dia di sana.


Percayalah sahabat, pasti ada yang lebih baik buatmu. Kumbang bukan seekor tapi pasti kamu akan menjawab hendak mencari kumbang yang wangi seperti mereka sangat susah. Memang Betul tu sahabat, tapi ia tetap wujud dimuka bumi. Jangan risau atau sangsi. Kerana segalanya sudah tertulis di Luh Mahfuz. Yang pasti, Doa.. dan teruskan berdoa. Agar hati kita lebih terikat dengan Allah. InsyaAllah..!! ^^,

Aku terminat pula pada pesanan ringkas dari sahabat kita.

"Cinta amat mahal takrifnya,
Itulah yg difitrahkan oleh Allah s.w.t. kepada Hambanya
Cinta hanya tertulis pd perkataan,
Tapi gagal dilihat pada zahirnya..
Kerana itu tanggungjawab dimana wujudnya kesetiaan dan kejujuran didalamnya. Ingat pada yang satu,jujur pada yang setia,
setia pada yg kasih,kasih pada yang rindu,rindulah pada yang menyayangimu,
Cinta takkan datang kalau tak dicari,cinta juga takkan dapat kalau tiada siapa yg memberi,Tapi mencari biarlah pada yang sudi, bukan meminta pada yang simpati."

Salam sayang buah sahabatku didunia mahupun disyurga..insyaAllah..ameen!!
(^_^)

No comments: