Mar 8, 2010

Hatiku PeMilik CinTa Hakiki..!

PART 1.

“Hampir 1 tahun aku berpisah dengannya setelah dia dijemput oleh Pencinta Hakiki. Namun,kenangan bersamanya yang telah lama terbina selama 5 tahun, tidak dapat aku lupakan buat selamanya. Selamat tinggal Haiqal Zulhairi, semoga rohmu dicucuri rahmat dan peroleh ketenangan disana..amin”. Luah Atul dalam diarinya.

Muhd. Haiqal Zulhairi seorang jejaka yang telah berjaya menawan hati Izaatul Atiqah sejak tingkatan 2 lagi. Seorang gadis yang bertudung litup dan rupa parasnya yang agak comel. Siapalah yang tidak tertarik dengan seorang perempuan yang mempunyai paras rupa yang comel selari dengan sifatnya yang solehah. Namun, hati Atul bukan mudah untuk menerima cinta dari seorang lelaki kerna dia seorang gadis yang berpegang teguh dengan prinsipnya yang tidak mahu bercinta ketika zaman persekolahan. Akan tetapi, Zul tidak pernah berputus asa. Dari hari ke hari, dia sentiasa berusaha untuk mencuri hati gadis idamannya itu. Sehinggalah di tingkatan 4,barulah hati Atul terbuka untuk menerima cinta Zulhairi. Itupun setelah dipujuk oleh member rapatnya Nazurin Ailyn. Terkenang Atul akan pujukan member rapatnya itu.

“eh…Nape susah sangat ko nak bukak hati ko tu tok Zul weih..??”. Soal Lyn pada member rapatnya itu.

“Aku takut, aku gagal dalam stady nanti sebab aku bercinta. Lagi pun, aku takut dia hanya nak permainkan aku je, Ko pun tahu aku macammana Lyn ??hmm”. Keluh Atul memikirkannya.

Izaatul Atiqah adalah sahabat paling rapat Ailyn selain dari membernya yang lain. Di sekolah pun,mereka digelar kembar kerna sama-sama kecik dan comel,pergi mana-mana pasti ada mereka berdua. Ramai juga pelajar lelaki yang sukakan mereka berdua tapi sikap mereka yang suka jual mahal dan malas melayan kerenah pelajar lelaki di sekolahnya. Zul pula menyukai Atul bukan disebabkan paras rupanya yang cantik dan sangat comel tetapi sifat solehah yang dimiliki oleh Atul sendiri.

“Ye..aku tau. Tapi aku rasa dah 2 tahun dia tunggu keputusan ko..ha…ko nak ragu dengan dia ape lagi sayang oi…??”. Pujuk Lyn lagi,kerna dia mengetahui Zul seorang yang begitu setia setelah die menyiasat sedalam-dalamnya tentang latar belakang lelaki tersebut. Namun,dia mengetahui hati sahabatnya itu bukan mudah untuk dibuka dan juga amat setia orangnya. Bukan mudah untuk dia bukakan hatinya kepada seseorang yang belum tentu menjadi miliknya.

“hmm…malasla lyn..biarlah dia nak tunggu sampai bila-bila pun.. lagipun,kan ramai yang minat kat dia. Budak tingkatan 2 pun ada yang minat kat dia..suruh die bercinta dengan budak tu jelah..okey?? lagipun aku nak tunggu putera dari kayangan masuk meminang aku la..hehe”. Gurau Atul dengan sahabat rapatnya itu.

“haiih..sempat lagi ko buat lawakkan..?? aku tengah serious ni..hish!!”. geram Lyn sambil mencubit pinggang Atul kerna tidak tahan dengan telatah sahabatnya yang suka berangan nak kahwin dengan putera dari kayangan lalu mereka pun tergelak sama. Namun dalam hati Ailyn,terdetik rasa simpati terhadap Zul, dalam kesungguhannya untuk mencuri hati sahabatnya itu.

********************

Namun, keakraban persahabatan Ailyn dan Atul hanya setakat di awal tahun tingkatan 4 sahaja kerna keluarga Ailyn menyuruhnya berpindah ke sekolah lain setelah ayahnya mendapat pekerjaan baru di Perak. Tinggallah Atul dengan 3 orang lagi membernya yang kurang rapat dengannya,Ainul Izzati, Siti Nabilah dan juga Nadziratul Akmal. Setelah itu, keimananya makin hari makin diuji.

Akhirnya di pertengahan tahun tingkatan 4, Atul menerima cinta Zul kerna tertarik dengan sikap Zul yang tidak pernah give up untuk mendapatkan hatinya. Hati perempuan manalah yang tidak cair jika seseorang lelaki itu bersungguh-sungguh untuk mendapat gadis idamannya. Pelbagai cara yang dilakukan oleh Zul untuk mendapatkan hati gadis idamannya itu . Sampaikan hubungan mereka diketahui oleh semua pelajar dan guru-guru di sekolahnya. Hatta,keluarga Zul juga merestui hubungan mereka. Inilah salah satu sifat yang membuatkan Atul tertarik dengan Zul kerna dia tidak pernah berahsia dengan keluarganya tentang hubungan mereka. Malahan, setiap kali keluarganya datang menjenguknya pada hujung minggu,pasti Zul akan menyuruh Atul turun sekali berjumpa dengan familynya. Akan tetapi, Atul seorang yang sangat pemalu. Bagitu sukar untuk Zul menyuruh dia turun,berjumpa dengan ibunya. Namun, Zul mengerti dan tidak suka memaksa. Bagi keluarga Atul pula,mereka sukar untuk menerima hubungan mereka berdua kerna ayah Atul adalah seorang yang alim. Lagikan pula,Atul adalah anak sulong keluarga itu dari 11 orang adik beradik dan 2 orang telah meninggal dunia. Terdetik dihati Atul,rasa bersalah dan berdosa terhadap keluarganya dan terhadap Cinta Hakikinya. Setiap hari,dia tidak pernah lupa untuk memohon petunjuk dan juga meminta keredhaan dari Sang Pencipta.

Walaubagaimanapun,Atul tahu Zul terlalu menyayanginya sehinggakan kadang-kadang,dia merasakan hidupnya terlalu dikongkong oleh Zul. Apepun, Atul sentiasa menjaga batas-batasnya dalam pergaulan dan menjaga adabnya sebagai seorang muslimah. Sehingga mereka diuji lagi oleh Allah dengan ujian yang lebih besar. Atul difitnah sebagai seorang perempuan yang sudah tidak ada maruah. Hancur hati Atul apabila mendapati tuduhan dari rakan-rakan sekolahnya yang terus menerus. Sehinggakan Atul hampir membuat keputusan untuk memutuskan hubungan ini. Tetapi,Atul tidak sanggup melukai hati kekasihnya itu. Zul juga tidak henti-henti menasihati Atul agar tabah dan sabar terhadap dugaan ini. Setiap malam, Atul merintih menghadap Ilahi sebagai tempat mengadu dan juga memohon pertolongan serta keampunan. Terkenang Atul akan teguran Guru kesayangannya ketika mengadakan kelas sains di makmal.

“Izaatul,kenapa mata kamu lebam macam baru lepas nangis ni..?”. Tegur Cikgu sains kepada murid kesayangannya yang selalu memangilnya “budak cute” . Cikgu ini lebih dikenali sebagai Ustazah Adah.

“Emm…tak de pape ustazah..malam tadi tido lambat kot, siapkan keje sekolah..hehe”. Jawab Atul demi untuk menyembunyikan perihal sebenar.

“nanti, kalau kamu ada masa free datang jumpa saya ye..?”

“hah!…em..insyaAllah ustazah”. Jawab Atul pada mulanya agak teruja dengan ajakan Ustazahnya itu,tetapi Atul membalasnya dengan senyuman.

Namun begitu, terdapat beberapa dari rakan-rakan sekelasnya yang cemburu dengan sikap Ustazah Adah yang suka ambil berat terhadap Atul. Hari demi hari, Atul tabah dan sentiasa sabar dalam menghadapi segala dugaan yang dihadapinya. Sudah acap kali juga,Atul meminta untuk memutuskan hubungan ini. Tapi Zul tidak akan pernah sekali untuk melepaskannya. Sehinggalah mereka berada di tingkatan 6 bawah. Dan ditakdirkan mereka berpisah jua kerna Zul telah dijemput menghadap Ilahi lebih awal dari Atul akibat dari kemalangannya ketika dalam perjalanan hendak pergi ke Masjid. Yang amat memilukan hati Azaatul Atiqah, Zul meninggal ketika hari kelahirannya yang ke-18. Atul menangis tidak henti-henti selama seminggu sambil mengenangkan kembali kenangan mereka bersama. Namun,Atul redho akan takdir Ilahi. Mungkin itu yang terbaik buat dirinya. Dan mungkin juga ini petunjuk dari Yang Esa.

Ya Allah, terima kasih atas jawapanMU ini,

Aku redho dengan segala ketentuan-MU Tuhan,

Aku tahu,

mungkin ada yang lebih baik Engkau Ciptakan untukku.

Ya Allah,

Teguhkan imanku dengan cintaMU,

Jangan biarkan aku keseorangan menatap kasih cinta yang tidak pasti,

Redhoilah aku dalam mencari cahaya CintaMU,

Hatiku hanya pemilik Cinta Hakiki.

Ya Rabbul’izati,

Engkau tempatkanlah arwah ditempat para solihin,

Maafkan dosa-dosa kami ya Rahman,

Kami hanyut dengan cinta dunia,

Kami leka dengan mimpi yang tidak nyata,

Maafkan kami ya Rahim,

Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.


Bersambung..........

No comments: