Oct 10, 2010

Sekilas Tentang Isu-isu Kontemporari.

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamu'alaikum w.b.t..

Alhamdulillah...kita sudah pun memasuki Zulkaedah. Dan Credits for Ustaz Bukhairy as Pengarah @ Masul batch Tahun 1.. Kerana telah menjayakan (MERAK'10) sempenan memeriahkan lagi di akhir-akhir bulan syawal malam itu. Ahli panel yang dibawa bukan calang-calang orang.. serta moderatornya yang petah bercakap.. dan sebagainya. Credit for all "pengerak-pengerak" yang telah berjaya mengerakkan program malam itu. Semoga Objektif untuk mengekalkan ukhuwahFillah sesama ahli batch itu tercapai..insyaAllah. ammeenn !!!

Okeh kali ini, entry ana bukan nak cite pasal malam tadi. Tapi presentation ana 2 minggu lepas. Memang pengalaman baru minggu tu... Week Of Presentation! sebab apa ana kata camtu?? Minggu tu, 3 subjek yang ana kena present. huhu Dasyat.. =.= dengan kesibukan pelbagai kerja... tapi alhamdulillah.. ana dapat kumpulan yang memahami kerja ana.kui3 Thanks Guys...^^,

2 Minggu lepas dalam TutOrial Usuluddin, ana kena bentang tentang 'Hubungan Usuluddin dengan Isu-isu kontemporari'. So,entry ana kali ini sekilas tentang isu-isu kontemporari.Apa yang dimaksudkan dengan Usuluddin?? Aqidah! Ape pula dimaksudkan dengan Aqidah?? iaitu ikatan yang KUAT antara hamba dengan Al-Khaliq. So, bagaimana pula pergantungan anda terhadap al-Khaliq?? Fikir-fikirkan.

Terdapat pelbagai isu-isu kontemporari yang berlaku sekarang. Antaranya, isu sekularisme yang memisahkan antara dunia dan akhirat. Ini adalah isu terbesar yang berlaku masa kini. Misalnya, dalam sesebuah kerajaan. Mereka kebanyakannya banyak menggunakan undang-undang yang dibuat oleh manusia sendiri dan menolak undang-undang yang dicipta oleh Allah sendiri. Dari situ kita akan lihat, kerajaan itu akan mengalami pelbagai kepincangan dalam membangunkan sesebuah negara. Ana suka memetik kata-kata dari Al-Banna yang berbunyi :-
"Selagi kita jauh dari roh Islam dan tidak melaksanakan ajaran Islam, kita akan terus terumbang-ambing dan semangat kita akan lemah. Lantas kita akan berpecah dan kekuatan kita akan goyah. Jika kita tegas dan berani menyatakan bahawa kami seluruh umat islam bukan penganut komunisme, bukan demokrarisem dan bukan apa yang kamu sangka, sebaliknya dengan segala puji bagi Allah s.w.t. kami adalah orang-orang Islam, Nescaya ketika itu akan terpampang jalan hidayah dan cahaya".
Nah!! apakah sebenarnya yang kita perlukan sebenarnya. Kita kena ingat...! kita yang memerlukan Islam bukan Islam yang perlukan kita. Sekarang ni, orang sibuk mempertikaikan tentang kenyataan yang dibuat oleh TGNA iaitu "Saya tidak berbangga menjadi orang melayu tetapi saya berbangga menjadi MUSLIM". Ana sokong dengan kenyataan yang dibuat oleh beliau.. sebab apa?? kita ni MUSLIM, kenapa pula kita nak mempertahankan bangsa kita jika bangsa kita sendiri yang memalukan kedudukan Islam sebagai agama yang paling Tertinggi dari agama-agama lainya. Kita nak sokong bangsa kita ke agama kita?? itulah persoalan yang ana suka dengar tatkala ana berdiskusi dengan Prof. Wan Zailan dalam membincangkan isu-isu kontemporari ini.

Pada zaman Rasulullah dahulu pun, terdapat banyak isu-isu yang berkaitan dengan Aqidah. Antaranya, orang mengaku dia sebagai Nabi. Menuduh agama yang Nabi bawa adalah agama Palsu semata.. serta banyak lagi isu-isu yang berkaitan tentang Aqidah telah muncul pada zaman Baginda lagi. Serta isu 'dirinya sebagai Tuhan' pun still ada pada zaman ini. Misalnya, isu 'kebolehan Abuya Asaari dalam menangguhkan kematian seseorang'.



Di dalam VCD ceramah Mejar (B) Abu Zarim, salah seorang pemimpin kanan Rufaqa Corporation menggambarkan betapa dekatnya martabat Ashaari dengan Tuhan sehingga beliau mampu mengubah keputusan Allah. Ashaari juga dikatakan boleh memohon supaya Allah menangguhkan kematian seseorang dalam jemaahnya apabila ajal mereka hampir tiba.



"Sampai masa nak mati ajal, abuya tahu dulu. Orang ni akan temui ajal sekian sekian masa. Abuya akan tanya; kita ni mati agak agak baik ke jahat?Sekiranya kita mati baik atau keadaan Husnul Khatimah, Abuya kata, Tak apalah, silalah. Tapi Abuya rasa kita mati belum selamat lagi, masih banyak lagi mazmumah, Abuya minta tangguh dulu. Habis tu macam mana siapa ganti?Hah, gantilah dengan siapa siapa yang lain, anak buah yang dah ‘siap’ yang dah takwa ataupun anak-anak yang bertakwa, isteri-isteri yang bertakwa. Ambil dulu ganti. Bagi masa untuk dia siapkan diri. Sayid Nizam tu (anak kedua Abuya)Patut dah wafat dah. Abuya bertolak ansur dengan Allah, "Ya Allah bukan senang nak latih orang macam ni. Habis tu ganti? Ambillah Walidah (isteri Abuya yang mandul), lagipun dia tiada anak, bertakwa, Orang rohani. Lagipun kalau dia mati, dia ada peranan di alam roh. Mati kita Abuya boleh tangguhkan. Supaya mati kita tu selamat.”

Dakwaan Ashaari tentang kebolehannya menangguhkan kematian seseorang malah menukarnya kepada orang lain dan keistimewaan martabatnya sehingga boleh berbincang dengan Allah SWT dalam urusan kematian para pengikutnya secara langsung telah menganggap dirinya sangat penting dalam urusan tadbir Allah terhadap makhluk adalah sangat menyesatkan. Hal ini bertentangan dengan konsep sebenar Tauhid Rububiyyah iaitu pengakuan hanya Allah SWT berkuasa mutlak untuk menghidup dan mematikan hambanya.

Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: “Katakanlah: "Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi, atau siapakah yang berkuasa (menciptakan) pendengaran dan penglihatan dan siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan siapakah yang mengatur segala urusan?" Maka mereka akan menjawab: "Allah".Maka Katakanlah " Mangapa kamu tidak bertakwa kepada-Nya)?(Yunus: 31)

Jadi, dalam firman Allah itu telah membuktikan secara terang-terangnya kuasa Allah adalah mutlak dalam menguasai seluruh perkara yang berada di muka bumi ini. Pelbagai persoalan yang dikemukan semasa ana buat pembentangan tentang tajuk ini. Tapi ana tertarik dengan soalan yang berkaitan dengan Tawassul. Tawassul (cara salah) itu kiranya menggunakan wali-wali yang sudah meninggal dunia sebagai wasilah untuk memohon keampunan diri kepada Allah Ta'ala yang banyak dilakukan oleh orang-orang terdahulu dan didapati masih diguna pakaikan pada zaman kini. Tetapi sebenarnya tawassul yang disyariatkan adalah mendekatkan diri kepada Allah dengan amalan yang Dia cintai dan Dia redhai berupa ibadah-ibadah yang wajib dan sunnah, sama ada berupa ucapan, perbuatan atau keyakinan seperi bertawassul kepada Allah SWT dengan mengasihi dan beriman kepada Rasul-Nya s.a.w, mengikuti syariat-Nya kerana ini termasuk amalan-amalan soleh yang terbesar dan antara ibadat yang paling utama. (Syeikh Abdul Aziz Abdullah Baz).

Jadi sekirannya kita menggunakan wali itu sebagai wasilah untuk meminta keampunan.. pergantungan kita sebenarnya kepada apa?? wali yang sudah meninggal ataupun Allah sendiri. Jika kita menggunakan wali itu untuk bertawassul, pergantungan kita akan terpesong dan menyeleweng. Sebabnya, Allah berkuasa diatas segala perkara. Allah pernah menyebut,"Berdoalah kepadaku nescaya aku akan perkenankan doamu". Jadi, kenapa kita perlu bertawassul kepada wali yang sudah meninggal. Disini ana nak tekankan, pergantungan kita kepada siapa sebenarnya?? jangan sampai pergantungan kita tu kepada yang lain dan berkemungkinan juga ia boleh menyebabkan syirik. Nauzubillahi min zalik~

Jadi, itulah sekilas tentang isu-isu kontemporari. Banyak lagi sebenarnya.. nak tau lebih lanjut.. kajila sendiri ya.hehe Best au mengkaji-kaji ni. Ana kaji benda ni.. 1 hari tak cukup.. memang tido pun lewat giler r sebab nak kaji tentang isu-isu yang boleh merosakkan Aqidah kita. huhu Sekarang ni pon, ana sedang proses nak menghabiskan buku "ARMAGEDON 2012" yang banyak unsur-unsur freemason dalam agenda "Ghuzwatul Fikr" terhadap umat Islam. Sekarang ni, kita kena banyak membaca... isu-isu semasa pun kite kena sentiasa ambil tahu. Jangan asyik baca buku stady je.. tapi banyakkan membaca buku-buku yang boleh memantapkan Aqidah kita. Okey? ^^,

Actually,ana baru je balik dari camping di DUSUN EKO RESORT. nak cite skang ana ada meeting le..hehe lainkali deh..insyaAllah.. yang pastinya, pengalaman di sana memang best.. terbaik punya. Alhamdulillah.. ^^,



Wallahu'alam.

Oct 3, 2010

Kursus Kahwen Yang Ku Lalui!!

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum semua..^^,

Alhamdulillah.. kita sudah masuk hari yang ke 25 dalam bulan syawal. insyaAllah. So, da puas beraya ke?? hehe kali ini ana tak beraya sangat. Almaklumlah, bila da masuk kampus.. nak beraya pun dah takde masa. sibuk dengan assigment pastu program ilmiah yang berbagai. Cadangnya nak buat OpenhOuse untuk sahabat-sahabat pun terpaksa dibatalkan. Minta maaf banyak-banyak. InsyaAllah tahun depan deh, itu pun sekiranya kita dipertemukan lagi dengan bulan ini. mudah-mudahan..ameenn!!!

Minggu lepas ana telah menyertai suatu kursus Pra-Perkahwinan. Dianjurkan oleh PMAPIUM (Persatuan Mahasiswa APIUM). Ramai yang kata, 'awalnya kau amik kursus kahwen ili? ai, dah nak kawen ke?'. Secara peribadinya, belum lagila nak bina masjid tu. Tapi sebagai persediaan menyiapkan bahan-bahan supaya dapat mengukuhkan lagi struktur binaan masjid tersebut. Walaupun ditiup angin yang sangat kuat mahupun dilanda Tsunami yang sangat dasyat..ana mengharapkan masjid yg dibina itu tetap kukuh..even mungkin ada sesetengah sisi masjid yang sudah runtuh ditiup angin yang kuat itu.


Jadi ana nak kongsi sedikit apa yang ana dapat dalam kursus tersebut. 1stly, Penceramah pertama menerangkan kepada kami tentang konsep Aqidah yang sebenar. Ape itu Aqidah?? aqidah adalah ikatan yang kuat antara seorang hamba dengan al-khaliq iaitu Allah S.w.t. Jadi, bagaimana dengan Aqidah kita?? adakah pergantungan kita terhadap Allah sudah cukup kuat?? Misalnya, Suami menganggap isteri sebagai seorang hamba. Walhal isteri adalah milik Allah selama-lamanya. Perkahwinan dibina biarlah kerana sebagai wasilah untuk mencapai keredhoan Allah..bukan dengan niat menjadikan isterinya sebagai seorang hamba abdi.

Kita kena ingat, kadang-kadang dalam kata-kata kita juga boleh menganggap seseorang itu sebagai seorang hamba. Contohnya, kalau ade sahabat kita yang minta tolong tapi cara dia cakap macam mengarah je.. misalnya, 'weh amikkan aku teh satu?' Mesti hati kita akan rasa tersentuh dan terasa dengan kata-kata dia. Tapi biarlah dengan cara meminta tOlong.. misalnya, 'weh,minta tolong amikkan aku teh?' barulah kita akan rasa senang hati untuk menolOngnya dan tidak rasa seperti diarah-arah. Begitu juga dengan suami isteri.. Jika, si suami nak minta tolong isteri buatkan air.. bercakaplah dengan lemah lembut.. dan bercakap dengan kata-kata seperti ingin meminta 'tolong'.. samelah juga dengan si isteri, misalnya nak minta tolong sidaikan kain.. "abang tolong sidaikan kain?' ha. Barulah si suami rajin je nak tolong si isteri. tapi kadang-kadang si suami selalu menganggap, sidai baju, basuh baju , memasak sumenye adalah keje si isteri seorang walhal pada zaman Rasulullah dulu.. semua kerja rumah siti Khadijah.. baginda yang buatkan. Tidak perlu untuk menunggu siti Khadijah meminta tolong dahulu barulah baginda buat. Bahkan, setiap masa Baginda sentiasa membantu Siti khadijah membuat kerja rumah. Itu barulah dikatakan suami yang mithali. Tapi zaman sekarang dah lain pulak kan?? tak salah pun cuma ikut sunnah nabi itu kan lebih baik? kan3?hehe


Senang cite, masak sama-sama, kemas rumah sama-sama, sidai kain sama-sama..ha.. barulah romantik.. hohO yeke?? tahhuu.. ana tak kahwen lagi. hehe tapi kekadang kat kampung tu.. kenalah masak banyak-banyakkan? pastu bawang pulak nak kena potong banyak-banyak.pastu, bila ibu sowang je wat keje-keje tu.. abah pun datang duduk berselimpuh bantu ibu wat keje. ha.. romantik kan?? tapi suami zaman sekarang malu nak wat keje-keje sume tu.. katanya cam pondan. elleh, abah ana okey je. keh3..^^, Jadi, janganlah anggap isteri anda itu sebagai seorang hamba tapi anggaplah ia sebagai permaisuri yang telah menyempurnakan hidup anda sebagai seorang lelaki. =)

Penceramah pertama itu juga menerangkan tentang ibadah dalam rumahtangga. Jika inginkan keluarga yang mawaddah dan sakinah.. solat jemaah itu wajib dalam sesebuah rumah tangga. sebab ape?? sebabnya bagi mendapat keizzahan daripada Allah Taála. memang betul, suami solat berjemaahnya di Masjid. dan seorang isteri tempat solatnya di kamar suami. Tapi solat berjemaah bersama keluarga itu lebih baik. Lagi-lagi pada waktu subuh dan isyak. Agar masjid yang dibina makin bersinar-sinar cahayanya..hohO. ha lagi satu, setiap kali baca doa lepas solat tu.. bacalah dalam bahasa melayu. kerna seorang isteri itu lebih tersentuh dengan doa yang dibacakan oleh suaminya dengan bahasa yang difahami.^^,

Selain daripada itu, tidak semua masalah yang si isteri/suami hadapi kita boleh ceritakan kepada pasangan masing-masing. Tetapi Jika ada masalah,tempat mengadu yang pertama adalah Allah s.w.t.! Kita pun sedia maklum... dalam mendirikan rumahtangga ujian dia lagi hebat dari orang yang belum mendirikan rumahtangga. sebab itu, Allah suka uji hambanya. Nak pastikan, Hamba ni ingat ke tidak dengan aku lagi?? yelah.. dalam syok-syOk berkahwin tu.. kadang-kadang kita boleh leka dengan nikmat yang Allah beri. Betul x?? Jadi, if ada pape masalah,mengadulah dengan Allah s.w.t. kerna Dia Maha mendengar dan Maha Penyayang. :) Mohonlah dengan Allah selalu agar dikekalkan keharmonian didalam rumahtangga yang dibina. Tapi janganlah masalah-masalah yang dihadapi itu boleh membuat pasangan kita rungsing dengan sikap kita. Mungkin suami,isteri boleh berbincang cara penyelesaiannya sama-sama.ha.. tapi hendaklah kita berdoa selalu agar diberikan jalan yang lurus serta dalam masa yang sama menunjukkan kita hamba yang sentiasa taát dalam menurut segala perintahNYA.InsyaAllah.

Ustaz ni menceritakan tentang rumahtangga seseorang. Seorang lelaki ni ramai sangat peminatnya. Bila ada orang bagi meseg.. mesti nak layan. sehinggakan dah kawen pun... perangai yang lama pun dah tak boleh nak barubah. sampaikan isteri die rasa pelik, yelah.. sikit-sikit meseg.. sikit-sikit chating.. (contohnya di FB) lama-lama tu, si isteri ni pun tak tahan dengan sikap suami die yang suka melayan perempuan lain even hanya seorang kawan.. last-last bercerai. Jadinya, kita kena latih diri kita and terutamanya hati kita supaya habit kita yang boleh menjejaskan hubungan rumahtangga kelak dapat berubah. Misalnya, suka bermeseg dengan yang bukan muhrim.. boleh dikatakan setiap masa, setiap saat, setiap hari.. dok bermeseg je or dok berchatting je... lama-lama die boleh menjadi habit.. dan berkemungkinan sampai kita dah berkahwin pun habit tu ada lagi. ha.. itu yang parah tu. Memang betul, seorang isteri kena percaya akan suami. tapi si suami juga perlu memahami sifat wanita yang Allah ciptakan itu macammana. Fitrahnya macammana?? jika seorang isteri itu tiada sifat cemburu kepada suaminya jika si suami meseg mesra dengan perempuan lain..sehingga bergurau melampau2.. maknanya si isteri takde langsung perasaan kasih & sayang terhadap suaminya. Jadi si suami/si isteri hendaklah setia dan bergurau senda hanya kepada pasangannya yang halal sahaja. Bagi mengelakkan fitnah di kemudian hari. ^^,


Sometimes,Ana cukup tidak berapa berminat bila dirisik melalui Ym,chatting atau seumpamanya. Jika betul-betul serius... atau tekad untuk memperisterikan seseorang... langsung berjumpa dengan ibu bapanya.. tidak perlu meminta persetujuan perempuan itu dahulu.. sebab apa?? sebab dengan berjumpa langsung dengan ibu bapa itu adalah cara yang lebih baik. Dan pada ketika itu, hati lelaki lebih yakin sekiranya berjumpa sendiri dengan ibu bapa.. berbanding merisik dahulu empunya badan. Jika kita tanya dahulu empunya badan, kita sendiri tidak yakin dengan apa yang kita nak sebenarnya.. betul tak?? lagi satu, bila mana seorang lelaki tanya kepada empunya badan.. itu bermakna lelaki itu telah meletakkan harapan kepada perempuan itu. Dan bila sampai kepada satu tahap, dimana lelaki dan perempuan ini tidak berhubung.. si perempuan pasti akan tertanya-tanya apakah status die sebenarnya dengan lelaki itu. So, lebih baik berjumpa terus kepada ibu bapanya dan disitu telah terbinanya satu ikatan yang mana lelaki & perempuan ini yakin untuk mendirikan rumah tangga. hohO [ini konklusi dari beberapa orang sahabat ana. Mungkin situasinya sama seperti ana. wallahuálam.]

So, banyak lagi sebenarnya ilmu yang ana dapat bila menghadiri kursus kahwen ni. Ustaz tu pesan.. carilah lelaki yang paham agama.. pasti senang hidup kita.. didunia mahupun diakhirat. Walau apepun, sebagai seorang perempuan, hendaklah banyak belajar bersabar dalam menghadapi setiap perkara. Kerna Isteri yang sentiasa bersabar dalam menghadapi ujian dalam rumahtangga dijanjikan masuk syurga..insyaAllah..ameenn!! Jadi, belajarlah bersabar, meredhai setiap perkara serta sentiasa berlapang dada.. agar rumahtangga yang dibina gah dengan cahaya Ilahi. Ha lagi satu, sebagai seorang isteri.. kena berani menegur kesilapan suami.. dan suami juga kena menerima segala teguran si isteri. yelah, kadang-kadang si suami ini ego je lebih. sehinggakan teguran isterinya pun die tak terima.. Jadi ia akan menyebabkan krisis dalam rumah tangga. makanya, belajarlah bertolak ansur antara satu sama lain. Memahami antara satu sama lain.

Prosedur perkahwinan pun die bagitahu juga. Banyak lagilah...Konsep perbubaran Perkahwinan dan macam-macam lagilah. hohO.. Lebih best kalau antum hadiri sendiri kursus kahwen tersebut.. tapi jangan setakat berdaftar sahaja.. masuk sekali dalam majlis kursus tersebut even kita dah banyak ilmu sekalipun. Tapi jangan berbangga dengan ilmu yang ada. sebab apa?? kitaran dalam rumahtangga dan hal-hal dalam rumahtangga ni kadang-kadang banyak yang kita tak tahu dan tak ambil pusing dengan isu-isu semasa.. walhal ia penting bagi kita.

Pesanan buat semua bakal-bakal permaisuri,
"Janganlah kita mengharapkan pujian daripada suami dengan setiap kerja yang kita lakukan untuk suami kita nanti tapi lakukanlah setiap kerja itu dengan niat kerana Allah Taála".
okeh?? Aqidah kita kena betol. Contohnya bila kita nak cantik-cantik depan suami.. niat kita mesti mengharapkan pujian dari suami tercinta tapi niat sebenarnya biarlah kita berdandan itu kerana Allah suruh dan demi hanya untuk suami tercinta sahaja. Okeylah sekian dahulu cerita kali ini.




Kepada k.Aisyah (UIA) selamat mendirikan rumahtangga bulan 12 ni... Jadilah permaisuri yang sentiasa menyenangkan hati suami. Serta Jadilah isteri yang sentiasa taát pada perintah Allah dan juga suami..serta ili doakan Selamat mengharungi bahtera bersama suami tercinta dan berkekalan hingga ke syurga. Ingat, Kahwen awal ni banyak dugaannya.. Sentiasalah memohon kepadaNYA agar ditetapkan hati. Ingat pesanan ustaz kursus tu au.hehe Dan juga kepada sahabat-sahabat yang sudah bertunang... Semoga ditetapkan hati dan kekal hingga ke jinjang pelamin dan seterusnya berkekalan hingga ke syurga..insyaAllah. ammenn ya Rabb!!

Wallahuálam.

Sep 24, 2010

Salam Eidulfitri.



Familyku Raya 2010.

Bismillahirrahmanirrahim.
Wah...sudah lama ana tidak menulis diary di blog ini. Perasaan rindu mula bertandang di hati untuk bercerita. Alhamdulillah, masih ada waktu untuk ana bercerita dan menaip sesuatu di blog ini. Walhal sebenarnya, kebelakangan ni macam takda mood pulak untuk bercerita..huhu Nape takde mood?? entah.. ana pun tak tahu. Hanya Allah sahaja yang tahu. hehe


Sebelum tu, Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin dari Ana sekeluarga.^^,

Sedar tak sedar...hari ini adalah hari raya yang ke 11. Hebbat.. cepat btol mase berlalu.. seperti bukan berada di bulan syawal pun ada. isk3.. So, amacam raya anda tahun ni?? best ka?? meriah ka dari tahun-tahun lepas??ha.. em ana punya, alhamdulillah. meriah la jugak.. almaklumlah keluarga besar kan. hehe 1st raya je.. ana balik kampung. Alah dekat je kampung ana, kat Batang kali je. 3 hari ana duduk di kampung. pastu, hari ahad balik rumah.. and then, duduk rumah jela. tak gi mane-mane pun. Adik-adik ana yang lelaki je tak melekat kat rumah dengan adik perempuan ana yang no.3 tu. sebab diowg rajin berjalan.. ana ni, susah sikit. lagipun.. sume rumah kawan jauh-jauh. kalau ada lesen moto atau kereta takpe gak..hehe demand plak..hik3

Kampung ana best.. sebab, ada sungai kat belakang rumah je.. pastu naik jambatan boley pergi air terjun..ha tapi kena masuk dalam lagi la. Tapi kali ni, ana tak sokmo mandi sungai.. tak tahu la kenapa.. pernah ana teman adik-adik ana mandi. lalu je sungai tu, dah rasa getaq.. sejuk sangat. itu belum agi menyelam dalam sungai tu. hohO Mungkin selalu kena tarbiah rendam dalam sungai.. macam tu kot jadinya. hehe merepek je.. mindset agaknya..isk3 kena hapuskan mindset ni..huhu =.=

Pastu time hari 1 malaysia.. kan cuti?? Barulah ramai yang datang umah.. sedare dari seremban, Shah Alam. ha.. Hari sabtu pulak, ada
openhouse kat rumah sedare di klang. [1st time b'jalan beraya b'sama family..^_^]. lama dop jumpa depa.. isk3 da beso-beso belake anak dio..kui3 kecek gapO aku ni??hohO [saje nak merepek..ngeh3]

Hari ahad pula, sahabat-sahabat datang rumah. Nak tahu sape?? Adila Amiruddin, Farhana, K. Aisyah, Failisa. So,makanan yang banyak tu dihabiskan oleh mereka.. alhamdulillah habis jugak akhirnya.. ingatkan masak banyak-banyak takut tak habis.. tapi habis jugak,sebab adik ajak kawan dia yang dok leka main PS tu makan sekali. Fuh..lega tuan rumah..hehe

Alhamdulillah..kan bagus kalau sahabat-sahabat aku camni..termasukla aku..hehe [moga2 menjadi kenyataan..iAllah =)]

Dan akhirnya ana balik juga ke UM. huhu Perjuangan yang cuti pun diteruskan semula.hehe Dalam pada itu, ana ingin mengucapkan tahniah kepada sesiapa yang sudah bergelar isteri @ permaisuri di hati seorang lelaki bergelar suami. Tahniah,alf mabrouk..~~ semoga menjadi isteri yang solehah dan sentiasa menyenangkan hati suami..serta dikurniakan zuriat yg soleh dan solehah serta comel-comel belaka deh..insyaAllah.. ameenn!! ^_^ hehe

Ana?? ana lambat lagi la nak kawen. Lagi pun,ana masih available k [yeke?? tahhu..hanya Allah yg tahu..=.=],Ana selalu bisik kat dalam hati ana.. "mungkin aku belum menjadi yang solehah".. ha.. so, sekarang ni dalam proses untuk menghasilkan produk yang solehah dalam diri. insyaAllah..^^, Lagipun banyak benda lain lagi yang ana kena pikir, yang kena ana aulakan... huhu ana kan anak sulong??so dengan harapan keluarga lagi.. dasyat..hehe Tengoklah, bila jodoh da sampai,ana kahwenlah. Yang pasti persiapan untuk menjadi isteri solehah tu dah kena start dari sekarang..ok??kui3

Sabtu dan ahad ni ana pergi kursus pra-perkahwinan.. bukan nak kahwen sekarang pun. Tapi nasihat dari seorang kakak usrah ni kata, kita tidak tahu jodoh kita bila.. mungkin lusa, mungkin tahun depan ke..ha.. better amik skang. takkanla nak tunggu ada calon dulu baru nak gi dengan calon.. kan? So, baikla amik sekarang. kan2?? sebagai persediaan awal je. mungkin ilmu yang kita akan dapat nanti, sebagai penambahan bagi diri kita untuk menjadi isteri solehah untuk suami yang soleh.. agar matlamat kita dalam membina baitulmuslim hingga ke syurga firdausi akan tercapai...insyaAllah..!! So, Jom pergi kursus kahwen...hohO ^^,

Sekian dahulu cerita kali ini... akhir kalam..
Salam Eidulfitri
Maaf Zahir & batin.
^_^

Sep 8, 2010

Sujudku!

Sujukku di 1/3 malam
menghadap kekasih hakiki
memohon pelbagai hajat & ampunan
di malam ramadhan al-mubarak


Sep 5, 2010

Jika Aku...


بسم الله الرحمن الرحيم

Ya Allah, Jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMU,
agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMU.



Sep 3, 2010

Ramadhan Makin Berakhir!

Bismillahi Ar-rahman Ar-rahim.

Alhamdulillah, Pantas betul masa berlalu. Seakan baru sahaja aku menyambut 1 Ramadhan hari ini. Ya Allah, bulan ramadhan adalah bulan rahmat & ketaqwaan Mu, mengapa begitu pantas ia pergi meninggalkan aku?? aku masih tidak puas bersamanya. Pertemukanlah aku dan Dia lagi di tahun hadapan. InsyaAllah,ameenn!!

Jadi, sahabat-sahabat... anda puas menyambut ramadhan kali ini? kita sudah hampir kepenghujungnya. kita sudah pun masuk ke fasa3 iaitu malam Lailatulqadar. Apakah usaha kita untuk mencapai malam tersebut?? sama-sama koreksi diri~

Aug 29, 2010

Tasyji' Buat Sahabat-Sahabat Yang Dikasihi Fillah..!!



Bismillahi Ar-Rahman Ar-Rahim.


Sahabat,
1 nama penuh makna,
Ia hadir tika tawa,
Ia datang tika duka,
Tiada pada Cinta,
Tiada pada lafaz,
Hanya kejujuran menyulami hati,
Hanya keikhlasan menyirami Jiwa,
Kebaikan dihargai,
Kesalahan di maafi,
Dan itulah dinamakan SAHABAT!!

S.P.I.E.S.

Bismillahi Ar-rahman Ar-rahim~

Alhamdulillah,kita sudah masuk ke fasa3 dalam bulan ramadhan. 10 malam tákhir makin menghampiri kita iaitu malam lailatulQadar. Ini ada disebut dalam salah satu hadis Rasulullah s.a.w. yang membawa maksud :-

 Aisyah r.a. menyatakan: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Carilah lailatul qadar pada (malam) yang ganjil daripada sepuluh (malam) yang terakhir daripada bulan ramadhan”. Hadis riwayat Bukhari.

Aug 19, 2010

"Sejenak Bersama Palestine" Anjuran PMAPIUM.


Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya,19 Ogos 2010 : Alhamdulillah, tahniah di ucapkan kepada penggerak "Sejenak Bersama Palestine" anjuran PMAPIUM dan juga AQSA bagi menjayakan majlis ini. Amat membanggakan sekali apabila DEWAN KULIAH UTAMA (DKU) di Akademi Pengajian Islam dipenuhi dengan para peserta yang terdiri daripada pelbagai fakulti dan pelbagai kolej. 

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd. Nor kerana sudi memberi sedikit maklumat tentang saudara kita di Palestine serta menceritakan serba sedikit tentang sejarah yang berlaku di Palestine dan juga di Masjidil Aqsa. Harap syarahan beliau dapat membuka mata dan minda kita dalam tanggungjawab membantu saudara kita disana. Walau dengan apa cara sekalipun, kita harus ada inisiatif sendiri untuk membantu mereka. Walau dengan hanya sebaris doa. 

Tidak lupa juga dengan persembahan dari Bro Muadz, yang telah menyampaikan 4 buah lagu termasuk rapping bersama Shinji from japanyang terdiri daripada hadis-hadis Rasulullah sendiri dan digubah menjadi sebuah lagu antaranya Amrullahstand uphijrah dan ansor&muhajirin. Sangat memhiburkan persembahan beliau dengan rentakan dari percusionBro Hafiz. Walaubagaimanapun,Persembahan beliau mampu mengalirkan air mata jika diamati lagu itu betul-betul. Ribuan terima kasih diucapkan kepada mereka atas persembahan yang menghiburkan itu tadi. 

Akhir sekali, terima kasih juga diucapkan kepada para hadirin yang sudi hadir ke majlis ini dan memenuhi ruang di DKU tadi. Semoga kita diberkati Ilahi.. insyaAllah. 

Salam Ramadhan Kareem buat semua. 

Petikan dari Blog Helwi Pmapium 

Bauan SyurGa RaMadHan..!!

edited by www.picnik.com
Assalamuálaikum w.b.t.

Ramadhan makin hampir kepenghujungnya.. Alhamdulillah sudah 9 hari kita berpuasa. Masa begitu pantas meninggalkan kita. Tapi bagaimana dengan iman kita? Amalan kita? adakah ia makin bertambah atau sama sahaja? sama-sama kita fikirkan dan renungkan kembali,"apa yang ingin aku capai Ramadhan kali ini".

Daripada al-Harith Al-Asyári bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
"sesungguhnya perumpamaan bagi orang yang berpuasa itu adalah seperti seorang lelaki yang membawa satu bekas yang terdapat di dalamnya kasturi, dan ia berada di dalam satu kelompok manusia, maka mereka itu berdosa amat hairan dengan wangian tersebut, (begitu juga) sesungguhnya bau orang yang berpuasa di sisi Allah lebih harum daripada wangian kasturi." (Riwayat Tarmizi)


Tajuk entry kali ini ana ambil dari tajuk ceramah malam semalam yang diadakan di Auditorium Faks. Pendidikan dan disampaikan oleh Dr. Jamnul Azhar Hj. Mulkan. Jadi, kiasan dalam hadis ini menceritakan tentang kelebihan orang beriman yang mengikhlaskan diri kepada Allah s.w.t. dalam melaksanakan ibadah puasa. Kerna setiap manusia pasti suka kepada wangian.betul tak?? ke anda suke kepada kebusukan?hehe gurau2..=.=

Jadi adakah dengan anda bau mulut sahabat anda, anda akan bau bauan kasturi?? bukan.. Maksudnye begini.. walaupun bauan mulut sahabat kita tu dasyat sgt rasa macam longkang ke ape ke? ha.. tapi itu hanya di dunia tidak di akhirat. Di akhirat, Nabi kata.. Sesungguhnya bau orang yang berpuasa di sisi Allah lebih harum daripada wangian kasturi. Nah!! bulan puasa pun Allah nak bagi ganjaran yang besar untuk kita. anda semua taknak ke?? rugi sahabat-sahabat... Jika kita tidak menggunakan mulut kita ni dengan sebaik-baiknya.

Sahabat nak tahu, setiap keindahan dan kenikmatan syurga tidak mungkin dapat dijangkau dek imaginasi manusia. Sebabnye syurga adalah satu-satunya tempat di mana Allah menuangkan semua rahmatNya dan menunjukkan sifat jamal-NYA yang Maha Sempurna. Syurga juga menjadi tempat Tajalli Zat Allah Yang Maha Indah agar dapat dipandang oleh para kekasihNya yang telah lama merindukan-Nya. Tempat seperti ini mestilah jauh lebih tinggi dan lebih mulia dibandingkan dunia yang tidak mampu menanggung keindahan tajalli itu.

Dalam sebuah hadis kudsi riwayat al-Bukhari, Allah s.w.t berfirman yang bermaksud :-
"Aku telah siapkan untuk hamba-hambaku yang soleh sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh mata, didengar oleh telinga atau terdetik dalam hati manusia".

Berdasarkan hadis ini, Ibn Abbas berpendapat bahawa semua benda-benda syurgawi jika dibandingkan dengan benda-benda duniawi, hanya serupa dari segi sebutan namun berbeza dalam hakikat. Misalnya susu, memang ada di dalam syurga namun sahabat-sahabat, ia tidak seperti susu di dunia. Kualiti rasa dan kenikmatan susu di syurga jauh lebih baik daripada susu apa pun yang pernah dirasai manusia di alam dunia ini. Bagitu juga benda-benda yang lain, mereka serupa pada nama namun berbeza sekali pada rupa dan rasanya. Allahu Rabbi.. tak dapat nak gambarkan bagaimana lazatnya air susu di syurga.

Walaubagaimanapun, masyarakat sekarang ni seperti menganggap bulan Ramadhan adalah bulan adat. Sebab apa ana kata begitu? ya, maksiat still di lakukan. Sepatutnya bagi individu muslim yang prihatin dengan rahmat dan ganjaran Allah yang melimpah-ruah pada bulan Ramadan ini sudah tentu tidak akan melepaskan peluang untuk berusaha gigih dan bersungguh-sungguh untuk merebut sebanyak mungkin ganjaran Allah itu. Dan berusaha untuk menekan nafsunya serendah-rendahnya. Bulan ramadhan yang sepatutnya menjadi bulan menahan nafsu syahwat dengan berpuasa bertukar menjadi "Bulan makan" yang penuh dengan pembaziran apabila tiba waktu berbuka dan paling menyedihkan berdating still dilaksanakan. Tidak boleh ke? stop dahulu berdating selama sebulan je? bak kata Dr. Jamnul "cakap dengan pasangan masing-masing, hari ni kita takyah jumpalah. Sebab saya berpuasa" tapi berapa ramai yang bercouple buat macam tu?? kalau ada tu memang ana respectla.. sebab apa? sebab dia kuat untuk melawan nafsu dia. 

Dalam ceramah beliau juga ada menceritakan tentang perihal anak perempuannya. Seorang hafizah baru 19 tahun. Anaknya itu memberitahu kepada bapanya yang dia punyai kenalan lelaki. Lantas beliau (Dr.) mengajak rijal tersebut datang ke rumah. Apa yang diketahui, rijal itu juga merupakan seorang hafiz. Apa lagi, Dr. test dia. Apabila setiap surah yang ditasmi' dapat dijawab dengan lancar oleh rijal tersebut, barulah Dr. tanye tujuan dia berkenalan dengan anak dia. Tapi rijal hanya mengakui ia sebagai seorang teman/sahabat. Namun, sebagai keprihatinan seorang bapa,Dr. menyatakan begini, "takyah kawan-kawanlah, kahwin terus" rijal itu pula berkata "tapi duit tak cukup lagi",Takpe "biar p.cik tanggung" wah, bagusnya Dr. pula beri jaminan. 

Sebab apa? bak kata Dr. salah satu wasilah utk kita menahan hawa nafsu adalah dengan berkahwin. Tapi jangan terkejut au, rijal tu pun 19 tahun. ha.. Dalam hadis nabi ada menyebut, apabila datang seorang lelaki yang menyatakan hasratnye untuk meminang seorang anak dara, iaitu setelah diperakui akhlaknya (lelaki itu), maka janganlah menolak kerna jika kamu menolak, akan datang satu fitnah yang akan menimpa diri kamu. So, mungkin sebab itu kut Dr. menerima terus rijal itu sebagai menantunya. Bagi mengelak fitnah.

Jadi, apa yg perlu kita fikirkan sekarang? kita solat terawih, baca Quran , tadabbur alquran tapi kita still melakukan maksiat. Ya, memang betul, segala amalan kita sama ada diterima atau tidak itu semuanya urusan Allah Taála. Tapi dalam masa yg sama kita perlu fikirkan sebagai pengkoreksian diri kita balik bagi mencapai bauan syurga Ramadhan. Bulan puasa adalah "bulan ibadat" bukan "bulan membuat maksiat" ataupun "bulan adat".

Akhir kata, 

Apabila Ramadan atau "bulan puasa" disambut secara adat bukannya ibadat, maka bagaimana dapat menghasilkan individu yang bertakwa kepada Allah. Akhirnya sambutan ramadhan tidak mendatangkan makna dan pengertian sebenarnya. Puasa tidak lagi memberi sebarang erti untuk kecemerlangan hidup di dunia & di akhirat. Justeru itu, anjakan perlu dibuat untuk mengembalikan nilai ibadah dalam bulan ramadhan agar dapat memperoleh wangian kasturi di sisi Allah serta kesejahteraan dunia akhirat dapat diperoleh kembali.

Salam Ramadhan kareem buat semua..wallahuálam.

Aug 10, 2010

JoM PoSe !! ^__^



Pejam..
celik..
pejam..
celik..

Bulan Ramadhan..^^,


Jul 31, 2010

PeKeNa KaHwEn AwaL..???!!

Assalamu'alaikum w.b.t.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Sesungguhnya iblis meletakkan singgahsana di atas air, kemudian mengutus pasukannya, maka yang paling dekat daripadanya (antara syaitan) kedudukannya adalah yang paling besar membuat fitnah sehingga datang salah satu daripada mereka mengatakan bahawa tidaklah dia tinggalkan seorang suami dan isteri, dia berkata: “Maka mendekatlah dia daripadanya dan mengatakan sebaik-baik orang adalah kamu.” – (Riwayat Muslim dan Nawawi).

Berkahwen itu seronok dan bahgia jika betul pada niatnya hanya kerana Allah Subhanallahu Ta'ala. Berkahwenlah demi mencapai mardhatillahnya bukan atas dasar 'untuk mengawal nafsu semata-mata' kerna perkahwinan atas dasar hanya untuk 'Mengawal nafsu' tidak akan kemana..!

Pahami cerita ana... nanti ana huraikan satu persatu...insyaAllah ^^,

Selamat membaca...~

Jul 24, 2010

JoM! Masuk Palapes..^^,

Assalamu'alaikum w.b.t.

Alhamdulillah pagi tadi baru je lepas 'Latihan kecergasan' di Palapes UM. Masih terasa sengal2 di perut sbb kami buat bangkit tubi [eh btol ke perkataan ni..hehe suke hati je..lupela..adoii =.=]. Ape kami buat agi ek..?? em lari 2.4 km. wah.... lari..lari...kecut perut. ngeh3 memang pancit r.. sbbnye stat je lari da kena naik bukit. Mana tak pancit..hehe Tp alhmadulillah..ke garisan penamat jugak akhirnya.. dlm mase 11 minit 12 saat.

Jul 23, 2010

NuR MaLaM~

Renungi malam ini rasa kesangsian
Ku kini berada di alam yang sunyi
Hanya bertemankan bintang dan bulan
Di malam kelam

Hembusan angin bayu pastikan berlalu
Seiring dosa lalu yang membelengguku
Moga semalam jadi pedoman
Dan pengajaran

Langkah kaki kananku
Menyusuri rumah suci
Bermula episod baru
Dalam ketulusan hati

Bila hati menghadap Tuhan
Baru kusedar ada kelemahan
Terasa kerdil berbanding Yang Esa
Terharu, terfikir betapa agungnya Tuhan

Tuhanku, aku tidak layak masuk syurga-Mu
Namun tak berupaya menghadapi api neraka-Mu
Terima taubatku dan ampunkan dosa-dosaku

Inginku ubah cara hidupku yang lalu
Menjadi hamba yang diredhai selalu
Tiada palsu wahai tuhanku
Allah yang satu

Kuakhiri sujud dengan doa
Semoga dikabulkan hajat
Dijauhkan duka lara
Kuharap terimalah taubat

Ammeenn!!!

Hanya Allah Yang Satu..!

JuMudNya Dia..!!!

Assalamu'alaikum w.b.t.

Alhamdulillah di atas tenaga yg dikurniakan oleh Pencipta.

Hmm... tak tahu nak tulis ape senanye. Tapi Nak cakap sikitla... pesanan utk pembaca yg suka pakai identity Anonymous... ^^,

sebelum tu ana nak minta maaf if terkasar bahasa ke ape ke. Cuma ana nak tanya, kenapa ye anda yg menggunakan identity Anonymous tak mendedahkan diri anda sendiri..?? adakah anda takut utk mendedahkan diri anda... sbb anda suuzzon terhadap ana..??

Pesan ana satu je...tolongla buang sikap anda yg suka serkap jarang terhadap penulisan seseorang... ana bagi satu analogi la...

Seorang penulis... menceritakan tentang hidupnya... dalam penulisannya, beliau menceritakan tentang kehidupannya yg sangat bagus.. dan langsung tiada salah dan silap. Bila kita baca tentang ceritanya.. dalam hati kita mungkin akan terdetik.. " Owh berlagaknya dia...dia menceritakan tentang kehidupannya yg serba lengkap" tapi sedarkah anda.. di dalam penceritaannya terselit satu point penting yg ptut kita cari... dan kita aplikasikan dalam kehidupan kita pula... tidak sedarkah anda...???

Contoh lain... apabila seseorang m'ceritakan tntang apa yg dia da buat untuk Islam.. die menceritakan dgn penuh gahnya... tapi adakah dia berlagak atau menunjuk2...??? Tidak... dia hanya nak mencabar kita agar kita boleh buat lebih hebat dari dia demi Islam. Tapi ana pelik kenapa anda berfikiran jumud sekali..?? Allahu Akhbar...

And buat pengetahuan anda... ini blog ana, suka hati ana lah nak letak ape..?? da blog pun nama HidupKu!!! bukan blog anda kan...?? hmmm.... memangla ana tak sesibuk mereka berdua.. tapi itu cuma puisi yg ana reka2.. utk menyedarkan diri ana sndiri tentang Hikmah perjuangan sebenar. yg anda kata ana ni menunjuk2 tu kenapa..?? dengki ke..?? haiish... Berfikiran terbukala sikit.. Astagfirullahal'azim.

Jadi, demi menjaga kemaslahatan bersama.. ana delete bukan kerna ana ni memg menunjuk2 cuma ana delete kerna taknak ada lagi komen2 yg berfikiran jumud seperti anda lagi!!

Salam Sya'ban wa Ramadhan... ^^,

wallahu'alam~

Jul 18, 2010

DaKwaH Di MIA..!!!

Assalamu'alaikum w.b.t.

Alhamdulillah...selesai sudah aktivitis ana minggu lalu. Minggu lalu ana dijemput oleh sahabat ana,akhi Bukhairy utk buat program Motivasi di sekolah menengahnya. Tapi kedatangan ana dan beberapa orang sahabat agak kelewatan memandangkan program bermula hari jumaat petang tetapi di sebabkan beberapa musyaqqoh yg kami hadapi, terpaksa bertolak sabtu pagi.

Kami sampai ke destinasi sudah hampir tengahari. Adik-adik sedang seronok belajar silat bersama akhi Mirul. wahh... tapi langkah mereka agak lemau & lembik..huhu tidak mengapalah, mungkin mereka masih belajar. Tiba-tiba perut ana berasa lapar..huhu dan tibalah masanya untuk makan tengahari. Pada mulanya kami datang, bi'ah nya seperti kawasan penginapan sebab pembinaannya persis chalet.. rupa-rupanya kelas. hihi Cantik sangat... macam R&R pun ada gak..hohO maaf akhi Bukh.. kui3

Anda tahu mereka makan apa..?? Nasi putih + Ikan masin + Timun. Alhamdulillah... itulah rezeki yg Allah bagi. Tapi ada juga dikalangan adik-adik yg tak dapat terima apabila diberi makanan sebegitu rupa. Ana rasa, itu sudah dikira ok jika nak dibandingkan di Palestin. Mungkin mereka sudah terbiasa diberi makanan yg mewah.hmm.. mungkin. sebab apa yg ana dpt tahu.. sekolah tersebut adalah sekolah swasta.. dan yurannya agak mahal..sudah pasti makanannya juga agak mewah. wallahu'alam..

Ana di minta bertegas dengan adik-adik. Kerna tahap kerosakan Disiplin di sekolah tersebut agak kritikal.. balik-balik masalah Couple, bosannya ana dengar. Malah, baru form1 dah pandai b'cintan-cintun. hmm.. even sekolah tersebut adalah sekolah Tahfiz. Terkejut ana, apabila sahabat-sahabat menceritakan masalah yg dihadapi oleh pelajar2 tersebut. Sasaran kami adalah kepada semua form. Form 1- form 5 [i think] semuanya seramai 200 org pelajar. Sikit kan..?? mungkin bi'ah sekolah itu yg kecik.

" da stat syadid ke...??" soal ana kpd sahabat yg lain.

"belum agi.. semalam manjakan adik-adik agi.." jwb salah seorang sahabat ana yg dtg awal.

"Owh... tak stat agi la nih...?? patutla macam lemah ngan manja jew...huhu" ujar ana lagi.

Pastu, time ada aktiviti LDK [tak silap ana lah].. ana cam biaselah, ana xley conduct dlm kump. sbb nanti ana mudah senyum..pastu budak2 pun cam main2 je. Ana pun masukla kt kump. mana2.. b'kongsi pendapat dan masa'alat.. kenapa kami berkeras dgn adik2..?? kenapa kami m'jerit2 dgn adik2..? adakah adik2 ni pekak..?? bukan,kami ada hujah2 knapa kami perlu berbuat begitu. Dan dlm 1 kump je ana bincang serta
munaqoshah dgn adik2 akan hal itu. Dan hasilnya adik2 paham..Alhamdulillah. even segelintir..kui3

Setelah itu.. aktiviti mcm biase di jalankan. Masuk pula waktu magrib... kuliah magrib dan sebagainya. Best plak cara penyampaian yg di sampaikan oleh Ustaz tersebut. Dalam kuliah beliau, beliau menerangkan tentang konsep seorang Muslim & Mukmin itu sendiri serta peranan2 seorang Hamba Allah yg hidup di muka bumi ini. Dan apabila kami minta seorang wakil untuk memberi Resolusi. Ada dikalangan mereka,yg tidurlah.. tak pahamla.. tak amik tahu langsung pun ada gak. Tapi Alhamdulillah, walaubagaimanapun, terdapat juga seorang pelajar yg memberi resolusi yg tepat & padat. Sungguh cantek ayat yg diguna pakai.. macam sama level plak dgn kami dgn Falsafahnya yg cukup hebatla yg bley ana ambil kira.

Setelah solat isyak.. kami memberi adik2 supper [makan malam]. Biskut Jagung & Biskut lemak. Pastu air pulak, pada asalnya kami nak buat air teh 'o' kosong je without sugar.. tapi Ustazah [guru warden] pulak yg mencadangkan kpd kami "nak garam tak..?? ha bubuh garam".. then,kami apa lagi.. pergi lah amik garam. So, Jadilah Teh 'o' garam. hohO.. kesian plak ana tengok.. Mb adek2 haus kot. sampai amik air 1 botol,sekali minum air garam.huhu tapi sedihla.. adik2 muslimin ramai yg muntah balik.hmm mgkin tak biase kot.. ana lagi dasyat kena. ana pernah minum air laut terus..ha.. bayangkn.hehe tpi best ape..? sebagai tarbiah diri.

Setelah habis supper... adik2 boley terus tido. Time tu da pukul 11.30 mlm. Esok paginya.. kul 2 pagi. Kami kejut adik2.. hohO Dan bermulalah sesi tarbiah Jasadiah. ya Allah, memang mengantok sgtlah.. ana dpt tido juz stgh jam je.. pastu da kena bgun. Dahla ana ni disiplin la jugak..hee~ [tak habis2 jadi Disiplin..aiyOo..] tapi takpelah.. demi utk mentarbiah adik2.. seminggu tak tidur pun ana sanggup. hohO Niat ana bukan juz nak tarbiyyah adik2 je.. malah, dlm masa yg sama ana tarbiyyah diri ana jugak. Time tu, tengok adik2 ngantuk je.. ana apa lagi..simbahla mereka dgn air. ya Allah.. manja nye lah adik2 ni. huhu

Setelah itu, mereka di minta menjunjung kerusi sambil membuat ketuk ketampi sebanyak 70kali..wah... anda berani..?? hehe Alhamdulillah... semangat jihad dlm diri adek2 muncul sedikit demi sedikit.. tapi ana tetap tidak berpuas hati. Mereka masih berasa khayal & mengantok lagi. Setelah itu... ana suruh mereka buat pumping. Ana rasa sedih,ya Allah bekunya hati adik2... kenapa ego sgt adik2 ni dgn Allah..?? sebut nama Allah pun masih ada yg tergelak2.. ana rasa sakit hati btol ketika itu. Seolah2 seperti mereka gelakkan Allah. Allahu rabbi... kenapa adik2 ni begini..? pd mulanya, ana taknak pun adik2 buat pumping tapi keadaan yg memaksa ana buat begitu.

Akhir sekali adik2 di minta lari ke padang... dan malam muhasabah b'sama akh bukhairy pula. Ana mengharapkan adik2 paham apa itu ISLAM sebenarnya. Serta insaf seinsafnya dan tidak kekal di takuk yg lama. Seperti firman Allah.. sesuatu kaum itu tidak akan berubah selagi mereka tidak mngubah nasib mereka sndiri. Ana harap adik2 paham dgn apa yg kami cuba sampaikan. setelah itu, solat sunat tahajjud, hajat & taubat.. & diteruskan dgn solat subuh.

Setelah diberi masa utk persiapan diri utk adik2.. adik2 diminta m'buat kumpulan utk pertandingan debat. Akhirnya pihak kerajaan menang.. nak tahu tajuk apa debat tu..?? hmm.. cam biaselah tajuknya " keruntuhan Akhlak berpunca daripada siapa" kalo boleh ditubuhkan lagi 1 kumpulan. Ana nak tubuhkan lagi 1 kump. la iaitu DIRI SENDIRI. sbb apa..?? sbb b'pandukan Firman Allah yg ana nyatakan tadi. hehe tapi dalam debat mana boley guna dalil dari ayat Quran & alhadis. Tapi musykil gak ana...nape tak boleh ek..?? thinkin =.= sape yg tahu jawapannya sila lah jawab ye.."sampaikan kpd ku walaupun sepotong ayat"..^^,

seterusnya..majlis penutupan & penyampaian hadiah. Sebelum tu.. ade masak BBQ tapi bukan kami yg tukang masak tapi adik2 form5.. Allah mmg nikmat gila makanan sebelum balik tu.. 2 ketul ayam setiap sorang.. Almaklumlah selama 3 hari program.. tak dpt makan makanan yg sedap.. kui3 tapi kita kena bersyukur dgn rezeki Allah yg telah diberi walaupun hanya sehelai daun sirih.. itu tetap rezeki Allah yg bagi & kita perlulah bersyukur. tak gitu..??kui3 tapi apasalahnya kita nak merasai keperitan yg dihadapi anak2 kecil di Palestin.. makan pun mcm tak makan. huhu

Pastu... kami bersiap sedia utk pulang ke KL. ana bawak kita sendiri tapi bukan ana yg drive. Sahabat ana yg drive..hehe sbbnye,ana takdak lesen lagilah..kui3 Kami ekori motor Akhi Affi.. smpai ke jalan pudu kami tak ikut dia.. sebab die ikut jalan motor.. so, terpisahla kami disitu. kami terkontang kanting cari jalan pulang. tapi jangan salah faham ye, kami tak sesat pun... juz..streight je dont belok2..hehe tapi serius.. kami streight je.. ana ni harap je idup kl dah lama.. tapi jalan KL tetap ana tak tahu.. yela, jln KL pun.. bukan ana yg pandu, Abah ana yg pandu.. tak gitu..?hehe tapi sesiapa yg kata kami sesat tu.. tolong sikit ye..ni KL la.. kacang je..haha cam berlagakla plak.. walhal, kelam kabut je haritu.huhu Takpelah..biar lambat asalkan selamat sampai rumah..hohO.

Sedikit selingan utk adik2 yg dikasihi Ilahi..^^,

Alangkah susahnya mendidik hati...
Sedangkan ia adalah pandangan Ilahi..
Menjadi wadah rebutan malaikat & syaitan..

Alangkah susahnya mendidik hati...
bila dipuji,sombong menghiasi diri..
bila diuji, membenci sampai mati..
didiklah hati..
menuju jalan kebenaran demi mencari redha Ilahi..!!!^^,


Sekian dahulu cerita kali ini.. wallahu'alam..=))