Showing posts with label CINTA. Show all posts
Showing posts with label CINTA. Show all posts

Jul 6, 2011

Cinta Itu Bukan Tuhan!

Alhamdulillah, sudah masuk bulan Syaában dan tak lama lagi Bulan Ramadhan. Subhanallah... sekejab je kan? rasa macam semalam baru masuk tahun baru. Tetibe dah masuk bulan syaában. Subhanallah walhamdulillah walailahaillallah wallahu akhbar!


Al-Kisah...
"Si Fulanah pernah dirisik tetapi melalui YM. Namun, hati si Fulanah ini tidak akan sesekali dibuka untuk lelaki yang belum sah menjadi suaminya. Selepas itu, Mereka jarang berhubung. Kadang-kadang sebulan, kadang-kadang dua bulan, macamtulah. Mereka berhubung pun, bila ada sesuatu perbincangan atau pun pertanyaan."

"Tiba-tiba hati Si Fulanah ini merasakan sesuatu yang mana Si Fulan akan di miliki oleh orang lain kerana itulah Petunjuk Ilahi dalam istikhoroh Si Fulanah. Tidak lama kemudian, jawapan yang Si Fulanah harapkan terlerai dan terjawab juga. Alhamdulillah, tekaannya tepat dan itulah petunjuk sebaik-baiknya dari Pencipta untuknya. Ibu Si Fulan telah memilih muslimah lain sebagai calon isterinya. Kerana Muslimah itu juga, Si Fulan terpaksa buang Si Fulanah dari friendlistnya." Mengadu pilu Si Fulanah pada saya, cuma satu sahaja pesanan saya padanya. "Cinta Bukan Tuhan, Sayang!"

Cinta di Martabatkan terlalu Agung!
Begitulah realitinya kini. Cinta dimartabatkan terlalu agung dan disanjung membumbung... Demi cinta, segala-galanya berani diterjah dan sanggup di redah. Tidak percaya? bacalah masalah-masalah masyarakat yang dipaparkan di dada akhbar atau majalah. Ada pulak, Ustaz sanggup berzina dengan anak Murid sendiri. Astagfirullahal'azim. Bila ditanya kenapa? kebanyakkanya menjawab 'Apa boleh buat? kami sudah jatuh cinta!'huhu Naúzubillahi min zalik~

Sahabat-sahabat, inilah bahana menonton filem cinta versi Bollywood, Hollywood atau filem-filem seumpamanya. Lihat sahaja bagaimana hero dan heroin, romeo and juliet dalam filem-filem tersebut sanggup melepaskan apa jua halangan demi penyatuan cinta mereka.  Pengorbanan demi cinta disanjung dan dipuja walaupun jelas melanggar tatasusila dalam beragama. Kerap kali ibu bapa dipinggirkan tetapi ada juga ibu bapa beri galakan, kononnya kerana peredaran zaman, zaman modenla katakan. Apa sahaja plot dan klimaks cinta, Cinta akan dimenangkan. Seolah-olah tujuan hidup manusia hanya semata-mata untuk cinta. Betul tak? Tengok jela drama-drama yang ada di Televisyen, baik drama Islamik atau dengan drama biasa bagi saya sama je semuanya. Lebih agungkan Cinta Manusia! Seolah-olah tujuan hidup manusia hanya semata-mata untuk cinta.

Mari renungkan sejenak. Cuba tanya pada diri, siapakah yang mengurniakan rasa cinta di dalam hati setiap manusia? tentu sahaja jawabnya ialah Allah s.w.t. Sahabat-sahabat yang dikasihi fillah, Allah mencipta manusia,hati, akal dan perasaannya. Cinta itu pula fitrah yang di kurniakan Allah pada setiap hati.

Cinta Bukan Matlamat.
Cinta itu bukan tujuan, cinta itu hanya jalan. Cinta itu juga bukan matlamat, tapi cinta itu cuma alat. Rasa ingin mencintai dan di cintai dalam diri setiap manusia pada hakikatnya adalah untuk membolehkan manusia melaksanakan tujuan kita diciptakan.

Cinta itu mengikat hati antara lelaki dan wanita untuk sama-sama membentuk Ikatan Perkahwinan demi menyempurnakan agama. Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang bermaksud..

"Apabila seorang hamba Allah itu berkahwin, ia telah menyempurnakan separuh daripada agamanya. Maka, separuh yang lainya hendaklah ia bertakwa kepada Allah". (Riwayat al-Baihaqi dalam Shu'b al-Iman daripada Anas)

Bagi saya, cinta (perkahwinan) memang penting tetapi ibadah dan menegakkan hukum Allah jauh lebih penting. Sayangnya, hakikat ini jarang difahami dan dihayati oleh orang yang bercinta terutama sekali bagi orang yang sedang bercinta sebelum berkahwin. Tujuan sebenar cinta itu sering dipinggirkan. Sebab itu, ibadah dan hukum Allah yang tinggi dan suci juga dipinggirkan. Kononnya, cinta itu sangat suci dan bersih.

Oleh kerana itu juga, saya tidak berani bermain dengan cinta. Takut bila menganggap cinta itu sebagai Tuhan, dan mati pun boleh dianggap mati dalam keadaan syirikkan Allah! Nauzubillahi min zalik! Moga-moga, kita semua mati dalam keadan baik..iaitu Husnul Khotimah..insyaAllah..ameen!

Saya berpegang kepada kata-kata Ibnu Sina : "Tiada kehidupan yang lebih singkat di Usia remajaku daripada menerima ilmu yang luas".

Jadi, gunakanlah masa bujang kita dan juga masa remaja kita sebaiknya. Misal kata, kita bercinta sebelum berkahwin, pastu ia terjadi pula kepada anak kita, malah lebih dasyat dari itu. Apa pula, pengajaran yang harus kita berikan kepada anak-anak kita? kalau kita sendiri yang melakukannya semasa kita zaman remaja..Astagfirullahalázim! Anak-anak kita adalah khalifah yang Allah Ta'ala amanahkan kepada kita sahabat-sahabat.  Jangan gunakan masa yang ada untuk mensia-siakan diri sendiri. Kelak, diri sendiri juga yang rugi. Ilmu tarak, kehidupan pun tarak. Nauzubillahi min zalik! Pesanan ini sentiasa dan selamanya buat diri saya dan juga anda semua..insyaAllah!

Jadi, marilah kita bersama-sama memperbaiki diri kita kearah yang lebih baik.InsyaAllah, Umat Islam sentiasa BOLEH! ^^,

Wallahuálam~

Jun 22, 2011

Mengapa Selalu Fikir Soal Cinta & Hati? Mengapa?


Hubbullah
Hati dan perasaan cinta merupakan satu fitrah insaniah tidak kira sesiapapun. Manusia perlukan cinta dan memerlukan kasih sayang. Perasaan untuk mencintai kepada lawan jantina memang tidak dinafikan, ia merupakan sesuatu yang perlu bagi setiap manusia.
Tapi, mengapa kita terlalu sibuk memikirkannya?
Adakala setiap masa dan waktu kita fikirkannya,
Sampai satu tahap, jika sentiasa memikirkan hal ini, kita pasti akan terjebak dalam "couple". Bukankah couple itu sebuah jalan yang penuh dengan liku-liku yang salah?
Jika anda masih belum mampu, jangan sekali bermain dengan perasaan. Ia tidak akan membawa kemana-mana. Perjalanan masih terbentang jauh nun disana.
Jodoh?
Bukankah Jodoh itu telah ditetapkan oleh-Nya?
Anda punyai misi untuk islam. Mengapa mudah goyah kepada perasaan dan cinta. Ramai yang mengatakan "aku mahu berkahwin, bernikah" tetapi dimanakah persediaan kita? untuk menjadi isteri kepada seorang suami atau suami kepada seorang isteri?
Ia bukanlah sebuah perkara yang mudah. Adakah ia hanya sebuah keseronokan? Untuk merealisasikan mimpi indah? Tidak. Ia satu tanggungjawab yang akan ditanya oleh Allah SWT suatu ketika nanti. Adakah kita telah melaksanakan tugas sebagai khalifah dengan sebaik-baiknya? fikirkanlah sebelum memilih jalan yang terlalu mudah.
Mari Menjadi Hamba kepada pencipta
Menjadi sebaik-baik hamba memerlukan pengorbanan bukan hanya pada kata-kata. Jika kita imbas kembali bagaimana sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. yang sentiasa memperbaharui dan meningkatkan Iman mereka. Keyakinan mereka adalah di tahap yang tinggi. Mereka melihat syurga di hadapan mereka. Amal yang mereka lakukan adalah semaksimum yang mungkin.


Bukan seperti kita? Mengimpikan syurga tetapi kita hanya bermimpi tanpa mempertingkatkan amal. Sedarlah! Hidup ini satu perjuangan. Jadi, berusahalah Untuk Menyihatkan IMAN!


Jangan terlalu fikirkan cinta
Cinta dan perasaan satu keperluan. Tetapi kita mesti pandai menguruskannya. Bercintalah tetapi melalui jalan-jalan yang Islam telah tunjukkan. Buat persediaan, dan lakukan ta'aruf  dan seterusnya. Islam itu dipenuhi cinta dan kasih sayang, tapi banyak cinta dan kasih sayang yang menyimpang dari islam kerana kita tidak menghayati Islam sepenuhnya.


Berapa ramai manusia zaman kini yang kecewa dengan cinta? berapa ramai manusia zaman kini yang sanggup bergadai nyawa hanya kerana untuk mendapatkan cinta manusia? Janganlah kerana kita terlalu memikirkan soal cinta sampai sanggup korbankan segala-galanya tanpa memikirkan tanggungjawab yang sebenar-benarnya kepada Sang Pencipta.


Oleh itu, carilah cinta Ilahi sebelum kita mencari Cinta Manusia. InsyaAllah, dengan cinta Ilahi urusan kita akan dipermudahkan dengan urusan cinta manusiawi. 


Lihatlah cinta yang sebenar ini!
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya ALLAH TA'ALA berfirman pada Hari Kiamat kelak; mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagungan-KU? Hari ini KU-naungi mereka, di mana tidak ada naungan yang lain selain naungan-KU."

Wallahu'alam.

Artikel from : http://www.iluvislam.com

Apr 14, 2011

Susahnya Nak Didik Hati! T.T

Teringat perbualan bersama sahabat ku aritu..

"Ili, aku nak tanya hang sikit ni, cana hang jaga hati ek?" soal beliau.

"Kalau aku, aku sibukkan diri dengan program" jawapanku.

"Em.. camne ek? bila kita sibukkan dengan program ke atau apapun, mesti hati kita teringat kat sesapa walaupun kite tak tahu pun sape lelaki tu"

"Aik, macammana tu?"

"ang penah tak bila ang dok sorang-sorang, ang fikirkan tentang seseorang atau ang fikirkan tentang nak kahwin ke?"

"emmm....." lamaku berfikir (pernah ke?huhu)

"em..entahlah, pernah kut." jawapanku setelah lama ku berfikir.

"sedikit pun dikira pernahla kan? mesti ada punya.. sebab hati ni, Allah yang kawal. Sekuat mana pun kita tolak benda tu, dia mesti datang sendiri..huhu" luah sahabatku itu.

"aáh kan.. pernah kut..huhu" ujarku walaupun samar-samar.

"Kenapa ang tanya?" soalku lagi.

" kawan aku yang tanya. dia tanya aku camna nak jaga hati? aku jawabla sibukkan diri dengan program, baca Quran" ulas beliau.

"owh..."


perbualan tamat.

Bila saya teringat je perbualan diatas, mesti saya akan terfikir 'patutla ramai sahabat-sahabatku yang nak kahwen awal'. Ini semuanya sebab nak jaga hati. Bila saya terfikir soal hati ni, mesti saya akan terfikir jugak 'ada ke orang nak kat aku ni?' ha.. jadinya bila terfikirkan macam tu, langsung tak jadi fikir. sebab apa saya kata camtu? yelah, muslimat PMI kan kasar-kasar.. ade ke muslimin nak? Muslimin ni pulak suke cari yang lemah-lembut, yang kurang menonjolkan dirinya kat luar.. dan macam-macam cirinya lagilah..hmm~

tapi...bila situasi nye begini pulak..

"akak bukan taknak, cuma akak riso nanti dia tak boleh terima akak camni, yelah.. dia nak ke dengan muslimat yang kasar, yang selalu beraksi dengan masyarakat..akak takut nanti dia tak paham kerja kita sebagai ahli gerakan".

camtu pula jadinya, da ada orang merisik.. taknak pula sebab persepsi diri sendiri.huhu

soal bab kahwen awal? saya tak pernah terfikir pun nak kahwen awal. Pernah tu pernahla.. mustahilla kata tak pernah kan.. tapi itupun bila mana sahabat-sahabat saya ramai yang sudah mula berbincang tentang kahwen muda ni. Baru-baru ni, ada sahabat saya dah berkahwin pastu die post macam-macamlah terhadap perasaan dia kat isteri dia, sayanglah.. rindulah.. pastu, yang sahabat-sahabat yang lain ni.. (yg belum berkahwin) rasa macam nak kawen cepat pulak.

Sepatutnya, orang yg da berkahwin ni.. simpan sendiri-sendiri sudahla. Takyah nak post kat facebook dan sebagainya. sebab bila die post tu, kita pun akan terfikir sendirinya tentang perasaan hati ni.. lama-lama jadi maksiat hati pula..huhu Nauzubillah~ Tapi itulah hakikatnya.. betul tak? ke tak? tipulah kata tak? sebab semua tu fitrah.

Walaubagaimanapun, dimaafkan. Biasalah tu orang muda bila sudah dilamun cinta.kan2? kui3 ^_^

Ada juga seorang sahabat saya di UDM bertanya..

"Ili, aku tengok ko ni tabah je"..

"Aik, asal ko cakap camtu pulak?huhu"

"Takdelah, macammana ko jaga hati ek? aku susahla nak jaga hati memandangkan suasana tempat aku berbeza dgn tempat ko..hmm~" luah sahabatku itu.

"Ya Allah, apa bezanya? ak ase UDM tu lagilah Islamik tempatnya.. nak berbandingkan dgn UM ni.. kalau takde APIUM ni, takdenye suasana Islamik kt UM ni..ha..."

"Memanglah, tapi aku tengok ko relax je.."

"aku malasla nak pk.. buang masa je, lagipun takde masa aku nk fikir benda-benda ni semua.. boleh datangkan maksiat hati je" luahku sejujur-jujurnya.

Tapi kadang-kadang bila orang cakap camtu, baru saya akan terfikir soal hati. Itupun cepat-cepat saya buat keje lain supaya ia tidak melarat. Nak katanya, hati ni susah sgt nak jaga. Orang kata apa? Dalam hati ada taman en? tapi sejauh mana kita jaga taman kita tu.. pandai-pandai kitalah. Macammana kita tarbiyyah diri kita dan hati kita.

Ada yang suka cakap kasar dengan lelaki semata-mata nak jaga hati, ada juga yang suka tunduk je semasa berjalan sebab nak jaga hati dan sebagainya. Banyak cara sebenarnya nak jaga hati ni. Semuanya Allah da nyatakan dalam Al-quran, tunggu kita je lagi nak aplikasikannya bagaimana. Apepun, niat kita biarlah kerana Allah Ta'ala.

Saya teringat pesanan K.ha (Ukhti Fatimah Syarha) semasa beliau menjadi Panel dalam program 'Manisnya Menjadi Seorang Gadis', pesanannya "kamu joinla apa jua gerakan jemaah yang ada di Malaysia ni, tak kiralah jemaah ke, Jemaah Islam Malaysia ke..haluan ke, Abim ke, asalkan ia membuatkan kita sibuk disamping membawa kita taqarrub kepada Allah Ta'ala. Lantaran itu, hati kita mudah dijaga dan kita juga akan takut untuk melakukan maksiat kerana apa? kerana kita sudah terikat janji dengan Allah Ta'ala. 

Jadi, joinla apa jua program yg bermanfaat buat diri kita dan paling penting, ia mendekatkan diri kita kepada Allah Ta'ala. InsyaAllah, kita takkan ada masa nak fikir soal cintan-cintun ni terutamanya soal hati. Sebab soal jodoh ni kita serahkanlah segala-galanya kt Allah Ta'ala, insyaAllah Allah permudahkan urusan kita nanti. Cuma I'tikad dan berusaha itu perlu ada dalam diri kita.


Jadi jagalah hati, agar ia tidak dikotori. Saya paling tak suka bila mana muslimin suka sgt call ana malam-malam. Bagi meseg sudahla..haiih~ Padan muka sape yang call saya tapi saya tak angkat...hohO Kalau nak cakap soal kerja, bagi meseg pun saya paham kut. [Marah ni..=.=] Saya bukan apa, kadang-kadang kerja tu bertimbun..tiba-tiba orang call pulak, terbantut la kerja kita.. bunyi Handphone tu je, dah boleh hilang kan Idea serta merta. ha.. Bagi meseg jela lenkali deh..:)

Kepada sahabat-sahabatku yang sudah berpunya.. saya doakan semoga dipercepatkan perkahwinannya agar hati mudah terjaga dan semoga bahgia hingga kejinjang pelamin hinggalah ke syurga. insyaAllah ameen! apepun, restu keluarga itu perlu bagi menjamin keberkatan Allah didunia hingga ke syurga..insyaAllah.Doakan saya juga ye.. ^^, Barakallahu fikum~

Wallahu'alam.

Dec 16, 2010

Tarbiyyah Pemangkin UkhuwahFillah!

بسم الله الرحمن الرحيم
| Assalamu3laikum wbt.|

Alhamdulillah.. cutiku kali ini bermisi. Tambah saqofah, tambah skill, tambah Iman dan tambah macam-macam lagi. Jangan tambah lemak sudahla ye..hehe insyaAllah. Semoga Allah permudahkan..ameen!! Harap sahabat yang lain pun begitu juga ya. Sama-sama kita berubah kearah pembangunan Insan yang lebih cemerlang.

'Kejarlah cemerlang sebelum mengejar kejayaan..sebab dengan cemerlang kita akan peroleh kejayaan'. 
[Dedikasi dari Movie 3 Idiots]

Tadi,selepas ana baca entry terbaru di laman Langit Ilahi Hilal Asyraf.. tiba-tiba terkenang akan Proses Tarbiyyah yang dialami oleh ana dan sahabat-sahabat dan sukar diterima oleh orang lain. Kenapa sukar? ana pun tidak tahu.

Pada mulanya, ana juga begitu. Memang sukar untuk menerima proses tarbiyyah tersebut, sebab terlampau syadid. Ia menyebabkan jiwa kita memberontak.. perlu ke buat begini, kenapa?? dan macam-macam lagi persoalan yang timbul di celah-celah benak ini. Tetapi ana yakin dengan keterpaksaan dan alhamdulillah berpaksikan niat kerana Allah Ta'ala. InsyaAllah, kita pasti akan menemui sesuatu yang sukar untuk kita temui. Apa dia?? ia adalah Ukhuwah kerana Allah Ta'ala.

Dalam proses tarbiyyah tu, kami berkongsi pelbagai perasaan. Ada suka, duka,pahit,manis. Makan makanan tarbiyyah yang sukar untuk diterima oleh perut yang manja, kami makan sama-sama, even ada yang termuntah.. kami tetap teruskan habiskan makanan tersebut. Walaupun, ada yang sakit-sakit badan, kami turut merasainya dengan menitiskan air mata mengharapkan kekuatan dari Allah Ta'ala. Cabaran dan dugaan semasa proses tarbiyyah tersebut yang mengajar kami erti Ukhuwah fillah yang sebenarnya. Memang benar kata Ustaz Hilal Asyraf.. Ukhuwah kerana Allah tidak akan wujud jika tidak kerana Proses Tarbiyyah Islamiyyah.


Ana bersyukur kerana pada mulanya ana merasakan dipaksa pergi ke proses itu. Lama-lama ana rindu akan proses tarbiyyah ini. Rindu dengan pengorbanan sahabat-sahabat. Rindu menangis bersama. Sorang menangis, semua menangis.. Allah!! rindunya dengan suasana itu. :'( walaupun perit, walaupun syadid.. tetapi disebabkan itulah Ukhuwahfillah ini terbina. Dan Alhamdulillah kekal sehingga sekarang.

If ada masalah.. sama-sama berkongsi masalah dan sama-sama selesaikannya. kadang-kadang ana suka tersenyum sorang-sorang sebab terkenangkan kenakalan sahabat-sahabat ana. Ada yang macam ni lah, macam tulah. Memang lucu bila kenangkan balik..hehe Itulah Ukhuwah. Bila dia sedang berada dalam kerungsingan, kita dapat merasainya. Bila dia berada dalam kesusahan, kita juga dapat merasainya. Sehinggakan, makanan,sifat dia pun kita tahu sedalam-dalamnya. Itu juga disebabkan proses tarbiyyah.

Kadang-kadang ana rungsing kenapalah adik-adik di NP sukar untuk menerima proses tarbiyyah ini. Malah asyik mempersoalkan tentang matlamat sahaja. Adik-adik, Matlamat itu kenalah dirasai sendiri.. kadang-kadang matlamat itu tidak boleh dirungkai dengan kata-kata..ia hanya boleh dirungkai dengan sifat rasa.


'There are no secret's without you feel it's'
[dedikasi dari Movie Kungfu Panda..^^,]

Dugaan,mehnah dan tribulasi itu adalah fitrah kita sebagai seorang hamba Allah. Ada yang kuat menghadapinya dan ada juga yang lemah menghadapinya. Ada juga yang pernah tersungkur.. tetapi still masih boleh bangkit disebabkan proses tarbiyyah ini.

Inilah proses tarbiyyah yang banyak mendidik diri ana dan juga sahabat-sahabat menjadi tabah dan pasrah disetiap dugaan dan juga mehnah & tribulasi yang datang menimpa. Kami bersyukur kerana kami dipertemukan di proses tarbiyyah ini. Mungkin kadang-kadang ada juga kesalahfahaman, tetapi masih boleh berbaik semula.. Alhamdulillah. Ibarat air dicincang tidak akan putus. Macam adik beradikla, sejauh mana pun bertengkar. Dia akan tidur di biliknya juga, betul tak?? hihi

Bi'ah (suasana) di Nilam Puri berbeza dengan Kuala Lumpur.
Bi'ah di Kuala Lumpur berbeza sekali dengan bi'ah di Nilam puri. Di Nilam puri, Pergaulan terjaga, adab pemakaian terjaga. Tetapi tidak di Kota metropolitan ini, segala-galanya berpandukan kepada kekuatan keimanan kita. Dengan budaya yang sosial. Suasana yang sangat terdedah dengan kebaratan dan sebagainya.

Jadi, di Kota Metropolitan inilah kita memerlukan ukhuwah yang dapat melindungi kita dari meringkuk ke neraka. Bila kita buat salah, ada sahabat yang tegur kita, bila kita silap langkah, ada sahabat betulkan langkah kita. Dan sahabat-sahabat beginilah yang kita perlukan bagi menjamin kehidupan kita diakhirat sana. InsyaAllah.

Sahabat ana selalu pesan : ‎"Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah."

Jangan sangka kota yang membangun, tetapi aman didalamnya. Jika kita rasa,hidup di Nilam puri sudah mencabar tetapi di Kuala Lumpur, lagi-lagilah mencabar. Pertama kali ana menjejakkan kaki disini, dan menjadi student disini.. hati ana betul-betul memberontak. Benci dengan suasana ini. Tapi inilah cabaran ana dan sahabat-sahabat. Kami tabahkan hati dan tempuh segala mehnah & tribulasi disini. Sebagaimana proses tarbiyyah mendidik kami dari segi mental dan fizikal yang sangat syadid, begitulah kami praktikkan disini. InsyaAllah.

Tetapi kebanyakkannya menggunakan mentallah. Tabah dengan cemuhan orang, kritikan orang dan sebagainya. Sehinggakan kami anggap ia sudah lali dengan diri kami. Even,kadang-kadang lemahla jugak dengan kritikan jiwa dan mental dari mereka tapi Alhamdulillah, kami masih boleh bangkit lagi meneruskan perjuangan sebagai Da'i. InsyaAllah. Semoga Allah tabahkan hati-hati kami dari dugaan serta mehnah & tribulasi yang mendatang..amien!! :)

Kenangan pahit menjadi kenangan manis di hati sanubari.
Teringat ana ketika mana tension dengan gerak kerja yang banyak dan bertimbun-timbun, sehinggakan air mata ini berjaya juga jatuh kebumi tapi depan sahabat-sahabat pulak tu. Allah malunya.huu~ Apepun mereka still boleh hiburkan hati ana. Senang je nak hiburkan hati ana ni, buat lawak so, gelaklah.ngeh3

Walaupun pahit menghadapi cabaran di proses tarbiyyah tetapi itulah kenangan manis bagi ana dan sahabat-sahabat. Bila kami kenangkan balik peristiwa-peristiwa itu,pasti kami gelak. Begitu juga sekarang ni, bila ada sesuatu berlaku di luar jangkaan kami.. bila kenangkan balik, ia pasti menghiburkan hati kami. Subhanallah. Memang dugaan Allah itu penuh hikmah.

Perasaan rindu bukan sahaja pada Ibu bapa kita tetapi juga pada sahabat kita yang kita sayangnya kerana Allah, kita rindunya kerana Allah dan semuanya semata-mata kerana Allah. Begitulah ana dan sahabat-sahabat,kalau rindu je, pasti kami berbalas meseg dan meluahkan rasa rindu sesama sendiri. Bila berada dalam kesusahan, pasti akan teringat akan proses tarbiyyah dan langsung mengingatkan kami kepada Allah swt. Allah yang beri kekuatan itu cuma kita kena yakin dengan kekuatan yang Allah akan beri. Itulah kuasa Allah swt. Subhanallah~

Apepun, sahabat di proses tarbiyyah itulah yang banyak mengingatkan ana kepada Allah,sentiasa muhasabah diri terkadang khilaf menyelubungi diri. Alhamdulillah. Ana bersyukur sangat dikurniakan sahabat seperti mereka. Even kadang-kadang ada juga 'buah mulut' mengatakan kami ini assobiah, tetapi bukanlah itu niat kami. Cuma proses tarbiyyah inilah yang membuatkan kami taknak berpisah. hohO Mungkin mereka nampak kami terlampau akrab,walhal kami rapat je dengan sesape yang sudi berkawan dengan kami. cewah.. ayat cam ape je kan? hehe.

SofwatulQhaul : Sayangilah sahabat kita seadanya.
Jadi, sayangilah sahabat kita seadanya. Walaupun tidak melalui proses tarbiyyah bersama-sama dengan kita, dia tetap sahabat kita. Jika dia ada masalah, tadahkan telinga dan fahamilah. InsyaAllah dengan kehadiran kita, dia akan senang berdamping dengan kita dan secara tidak langsung menganggap kita sebagai sahabatnya dunia & akhirat.

Apapun sahabat, ana bangga punyai sahabat seperti antunna semua. Antunna memang terbaik dimata ana. Maafkan ana,jika ada salah & silap sama ada sengaja ataupun tidak sengaja. Sesungguhnya ana hanyalah manusia biasa..huhu Semoga ukhuwah kita kekal hingga ke syurga. Ingatlah cita-cita kita untuk Mati syahid bersama-sama. Semoga Allah memberkati kehidupan kita sebagai seorang hamba dan khalifah Allah dimuka bumi. InsyaAllah amien!! :)

Uhibukunna fillah~

P/s :-

-Tingkatkan Tarbiyyah ruhiyyah kita [tambah saqofah,hafal al-Quran]
- Sila baca ini : Perkongsian dari Hilal Asyraf.
Wallahu'alam.

Dec 4, 2010

Bersabarlah sayang!


Bismillahirrahmanirrahim.

| Coretan ini, buat sahabat serikandi yang dikasihi Fillah. Semoga kehidupannya sentiasa dirahmati Allah. InsyaAllah, ameenn!! ^^, | 

Sahabat,
Hidup ini ibarat roda, tetapi dia bergerak pun kita tidak sedar, sebab itu dugaan Allah, bila mana dia datang pun kita tidak akan tersedar, Hidup ini juga umpama makanan, ada pahit, masam-masam manis,manis dan sebagainya, Samalah juga seperti kehidupan kita wahai sahabat, kadang-kadang ada manis, kadang-kadang pula ada pahitnya, Itulah fitrah namanya yang terkandung dalam Prinsip Allah Ta'ala!


Sahabat,
Aku sedih mendengar ceritamu tentang Cinta,memang pedih bila memendamkan perasaan yang lara, Bak kata orang, Penantian itu satu penyeksaan..kadang-kadang penantian itu memang seksa,
Tetapi,kadang-kadang penantian itu satu kebahgiaan. Dua penantian kamu amat menyeksakan, Kedua-duanya bukan milikmu wahai sahabatku. Bersabarlah…


Aku selalu memikirkan, adakah Engkau tidak cukup baik bagi mereka? Atau kamu yang terlalu berharga? Tetapi aku yakin sahabat, Kamu yang terlalu berharga, Hatimu ibarat permata yang tiada tandingannya.

Teringatku pada kisah Asiah Yusro yang kamu kagumi, dia memendam perasaan kerana terlalu Cintakan agama dan Kekasih hakiki. Sampailah kepada satu tahap, dia dipinang, malangnya lelaki itu bukanlah lelaki yang dia pendamkan rasa cintanya sebelum ini. Tetapi dia redha apabila membaca firman Allah, dalam surah Al-Baqarah ayat 216 bermaksud : “dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya” Lantas, Dia pasrah dengan ketentuan Ilahi dan menyatakan ‘Setuju’ dengan hati yang penuh keterpaksaan bersulamkan keikhlasan. Akan tetapi, Allah itu Maha mendengar lagi Maha Mengetahui.. Akhirnya, Asiah Yusro dijodohkan juga dengan lelaki yang disanjunginya selama ini. Nah!! Yakinlah sahabat, Janji Allah itu pasti.


Aku teringat dengan pesananmu “tanyalah dia jika ingin tahu hal yang sebenarnya? Agar tidak menyesal di kemudian hari..”


Sahabat,
Siapalah aku ini jika nak dibandingkan dengannya?? Risikan pertama ku tolak mentah-mentah kerana dia terlalu baik buatku.. agamanya mantap. Risikan kedua pula, ku pendamkan kata hati untuk menerima, kerana bukan cara itu yang aku harapkan sebenarnya, katanya ingin berjumpa keluarga tetapi gayaknya seperti sudah berpunya. Tetapi siapalah aku ini sahabat, aku tidak punya apa-apa nak digandingkan dengan mereka bagaikan langit dan bumi. Adakah aku terlalu merendah diri sahabat??

Aku terbaca sesuatu dari buku "pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul".
"Kalau suka,jumpalah ibu bapa. Sayangnya, tiada yang berani,tanda tak bersedia. Kalau tak sedia,kenapa nak bercinta? Bukankah itu pintu zina semata-mata? Nauzubillah.

Dari situ aku beriltizam untuk membangkitkan mereka daripada kelalaian fitnah wanita di akhir zaman dengan sebuah prinsip dan ketegasan.Lantas, Aku malu dengan diri sendiri kerana terlalu kerdil di sisi Ilahi. Terkadang aku merasakan, aku tidak layak digandingkan dengan orang seperti mereka, Ilmu penuh dada, beradab sopan walaupun sebenarnya itulah baitulmuslim impianku selama ini.


Namun, Biarlah Cinta Ilahi mengatasi segalanya. Jodoh itu pasti ada untuk kita.. siapa dan bila itu semuanya rahsia Allah. Bersabarlah dan teruskan menanti.. aku tidak mahu disebabkan ini, gerak kerja kita tergantung. Dan menyebabkan hijab antara kita dengan Al-khaliq. Allah Maha Mengetahui sahabat, Dia sayangkan kita dan terlalu sayangkan kita. Aku sayangkan kamu kerana Allah kurniakan aku sahabat sepertimu.


Jadi sahabat,
Perjuangan kita masih panjang. Jalan dakwah kita masih luas terbentang di luar sana. Mereka memerlukan kita.. kita juga perlu bantu mereka. Lupakan dahulu tentang Cinta yang sementara… marilah kita sama-sama mencari Cinta yang kekal selamanya.

Aku ambil pula dari kisah Elya Khadeeja. Dia menerima ramai sangat undangan pinangan. Tetapi demi dakwah dan Islam, dia menolaknya secara baik dengan menyatakan dia tidak bersedia. Walaupun kesemuanya bakal Imam itu bukanlah dari calang-calang orang yang mantap dari segi Agamanya. Tetapi demi untuk mengembangkan sayap dakwahnya ke Amerika, dia lepaskan kesemuanya. Walaubagaimanapun, Allah tetap mengurniakannya seorang Imam yang terbaik dari segi tarbiyyah dan dakwahnya sewaktu dia di sana.


Percayalah sahabat, pasti ada yang lebih baik buatmu. Kumbang bukan seekor tapi pasti kamu akan menjawab hendak mencari kumbang yang wangi seperti mereka sangat susah. Memang Betul tu sahabat, tapi ia tetap wujud dimuka bumi. Jangan risau atau sangsi. Kerana segalanya sudah tertulis di Luh Mahfuz. Yang pasti, Doa.. dan teruskan berdoa. Agar hati kita lebih terikat dengan Allah. InsyaAllah..!! ^^,

Aku terminat pula pada pesanan ringkas dari sahabat kita.

"Cinta amat mahal takrifnya,
Itulah yg difitrahkan oleh Allah s.w.t. kepada Hambanya
Cinta hanya tertulis pd perkataan,
Tapi gagal dilihat pada zahirnya..
Kerana itu tanggungjawab dimana wujudnya kesetiaan dan kejujuran didalamnya. Ingat pada yang satu,jujur pada yang setia,
setia pada yg kasih,kasih pada yang rindu,rindulah pada yang menyayangimu,
Cinta takkan datang kalau tak dicari,cinta juga takkan dapat kalau tiada siapa yg memberi,Tapi mencari biarlah pada yang sudi, bukan meminta pada yang simpati."

Salam sayang buah sahabatku didunia mahupun disyurga..insyaAllah..ameen!!
(^_^)

Nov 16, 2010

Kisah Cinta Si Musafir Agung!

Bismillahi Ar-Rahman Ar-Rahim. [Sebagai pemula bicara.]

Pada suatu hari Nabi Ibrahim bangun lalu beliau memerintahkan istrinya, Hajar, untuk membawa anaknya bersiap-siap bagi melalui perjalanan panjang. Setelah beberapa hari, bermulalah perjalanan Nabi Ibrahim bersama istrinya Hajar beserta anak mereka, Ismail. Saat itu Ismail masih menyusu pada ibunya.

Nabi Ibrahim berjalan di tengah-tengah tanah yang penuh dengan tanaman, melewati gurun dan gunung-ganang. Kemuudian beliau memasuki tanah Arab. Nabi Ibrahim menuju ke suatu lembah yang di dalamnya tidak ada tanaman, tidak ada buah-buahan, tidak ada pepohonan, tidak ada makanan dan tidak ada air. Lembah itu kosong dari tanda-tanda kehidupan manusia. Nabi Ibrahim sampai ke lembah, lalu beliau turun dari atas punggung haiwan tunggangannya. Lalu beliau menurunkan istrinya dan anaknya dan meninggalkan mereka di sana. Mereka hanya dibekali dengan makanan dan sedikit air yang tidak cukup untuk dua hari.

Ketika beliau mula meninggalkan mereka dan berjalan, tiba-tiba isterinya segera menyusul dan berkata kepadanya,

"Wahai Ibrahim, ke mana engkau hendak pergi? Mengapa engkau meninggalkan kami di lembah ini, padahal di dalamnya tidak terdapat sesuatu pun." Nabi Ibrahim tidak segera menjawab dan beliau tetap berjalan. Hajar pun mengulangi kata-katanya tadi. Namun Nabi Ibrahim tetap diam. Hajar pasrah.

"Apakah Allah SWT memerintahkannya?" Soal Hajar lagi.

"Benar." Jawab Nabi Ibrahim ringkas. Akhirnya, Hajar memahami bahawa Nabi Ibrahim tidak akan bersikap sedemikian kecuali mendapat perintah dari Allah Taála.

"Kalau begitu, kita tidak akan disia-siakan." Ujar Hajar tanda redha dengan ketentuan Ilahi.

"Ya Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebagian keturunanku di lembah yang tidak mempuyai tanam-tanaman di dekat rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati. ". Doa Nabi Ibrahim kepada PencintaNYA ketika melalui tempat di suatu gunung. (QS. Ibrahim: 37)

Saat itu Baitullah belum dibangunkan. Terdapat hikmah yang tinggi dalam perjalanan yang penuh dengan misteri ini. Ismail ditinggalkan bersama ibunya di tempat ini. Ismaillah yang akan bertanggungjawab bersama ayahnya dalam pembangunan Ka'bah. Hikmah Allah SWT menuntut untuk didirikannya suatu bangunan di lem­bah itu dan dibangun di dalamnya Baitullah, di mana kita akan menuju kepadanya sebagai satu kiblat.

Nabi Ibrahim meninggalkan istrinya dan anaknya yang masih menyusu di padang sahara. Ibu Ismail menyusukan anaknya dan mula merasakan kehausan. Saat itu matahari bersinar sangat panas dan membuatkan manusia mudah merasa haus. Setelah dua hari, habislah air dan keringlah susu si ibu. Hajar dan Ismail merasakan kehausan, dan makanan telah tiada sehingga saat itu mereka merasakan kesulitan yang amat luar biasa.

”Uwwweeekkk....Uwwweeekkk...”. Ismail mula menangis kehausan dan ibunya meninggalkan-nya untuk mencari air.

Si ibu berjalan dengan cepat hingga sampai di suatu gunung yang bernama Shafa. Ia menaikinya dan meletakkan kedua tangannya di atas keningnya untuk melindungi kedua matanya dari sengatan mata­hari. Ia mulai mencari-cari sumber air atau sumur atau seseorang yang dapat membantunya atau kafilah atau musafir yang dapat menolongnya atau sebarang berita. Namun, semua harapannya itu gagal. Ia segera turun dari Shafa dan ia mula berlari dan melalui suatu lembah dan sampai ke suatu gunung yang bernama Marwah. Ia pun mendakinya dan melihat apakah ada seseorang tetapi ia tidak melihat ada seorang pun.

Si ibu kembali ke anaknya dan ia masih mendapati anaknya masih dalam keadaan menangis dan rasa kehausannya pun makin bertambah. Ia segera menuju ke Shafa dan berdiri di atasnya, kemudian ia menuju ke Marwah pula dan melihat-lihat. Ia mundar-mandir, pulang dan pergi antara dua gunung yang kecil itu sebanyak tujuh kali. Sebab itu, orang-orang yang berhaji berlari-lari kecil antara Shafa ke Marwah sebanyak tujuh kali adalah sebagai memperingati pengorbanan seorang ibu (Hajar) kepada anaknya (Nabi Ismail).

Setelah putaran ketujuh, Hajar kembali dalam keadaan letih dan ia duduk di sisi anaknya yang masih menangis. Di tengah-tengah situasi yang sulit ini, Allah SWT menurunkan rahmat-Nya. Ismail pun menghentak-hentak kakinya di atas tanah dalam keadaan menangis, lalu memancarlah di bawah kakinya sumur zamzam sehingga kehidupan si anak dan si ibu menjadi selamat tinggal di Lembah tersebut.Lalu, Si ibu mengambil air dengan tangannya dan ia bersyukur kepada Allah SWT. Ia pun minum air itu dan memberikan kepada anaknya.Maka, kehidup­an tumbuh-tumbuhan bersemi di kawasan itu. Sungguh benar apa yang dikatakannya, bahwa Allah SWT tidak akan membiarkannya selama mereka berada di jalan-Nya.

Kafilah musafir mula tinggal di kawasan itu dan mereka mula mengambil air yang terpancar dari sumur zamzam. Tanda-tanda kehidupan mula mengembangkan sayapnya di daerah itu. Ismail pun semakin membesar dan Nabi Ibrahim menaruh kasih sayang dan perhatian padanya, lalu Allah SWT mengujinya lagi dengan ujian yang berat. Allah SWT menceritakan ujian tersebut dalam firman-NYA.

”Sesungguhnya aku pergi menghadap kepada Tuhanku, dan Dia akan memberi petunjuk kepadaku. Ya Tuhanku, anugerahkan kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang saleh.” Berkata Nabi Ibrahim.

”Maka Kami beri dia khabar gembira dengan seorang anak yang amat sabar. Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim.”

”Hai anakku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka pikirkanlah apa pendapatmu!” Berkata Nabi Ibrahim kepada anaknya Ismail.

"Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu. Insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar.” Jawab Ismail dengan penuh tawadduk serta redha dengan ketentuan Ilahi.

Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipisnya, (nyatalah kesabaran keduanya).

''Hai Ibrahim, sesungguhnya engkau telah membenarkan mimpi itu, sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar. Kami abadikan untuk Ibrahim itu (pujian yang baik) di kalangan orang-orang yang datang kemudian, (yaitu) "Kesejahteraan dilimpahkan atas Ibrahim". Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. Sesungguhnya ia termasuk hamba-hamba Kami yang beriman. " Firman Allah Ta’ala dalam surah As-Saffat ayat 99-111.

Perhatikanlah, bagaimana Allah SWT menguji hamba-hamba-Nya. Renungkanlah bentuk ujian tersebut. Kita sekarang berada di hadapan seorang nabi yang hatinya merupakan hati yang paling lembut dan paling penyayang di muka bumi. Hatinya penuh dengan cinta kepada Allah SWT dan cinta kepada makhluk-Nya. Nabi Ibrahim mendapatkan anak saat beliau menginjak usia senja, padahal sebelumnya beliau tidak pernah membayangkan akan memperoleh seorang anak.

Thanks to Mr. Adobe Photoshop with Mr. Adobe Illustrator for the edited.

Peristiwa tersebut kemudian diperingati sebagai hari raya korban atau aidiladha oleh kaum Muslim di seluruh dunia, yaitu hari raya yang mengingatkan kepada mereka tentang Islam yang hakiki yang dibawa dan di amalkan oleh Nabi Ibrahim dan Ismail. Demikianlah kisah Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim meninggalkan anaknya dan kembali berdakwah di bumi Allah SWT. Nabi Ibrahim berhijrah dari tanah Kaldanin, tempat kelahirannya di Irak, dan melalui Yordania dan tinggal di negeri Kan'an. Saat berdakwah, beliau tidak lupa bertanya tentang kisah Nabi Luth bersama kaumnya. Nabi Luth adalah orang yang pertama beriman kepadanya. Allah SWT telah memberinya pahala dan telah mengutusnya sebagai Nabi kepada kaum yang menentang kebenaran.

Walaubagaimanapun,tatkala Nabi duduk berehat di luar khemahnya sambil memikirkan tentang anaknya Ismail, beliau mengenangkan mimpinya dan juga tentang tebusan dari Allah SWT berupa kurban yang besar,hatinya penuh dengan gelora cinta. Nabi Ibrahim tidak mampu menghitung pujian yang harus ditujukan kepada Tuhannya. Matanya berlinangan air mata sebagai bukti rasa terima kasih dan syukur kepada Allah SWT. Bergugurlah butiran-butiran air mata suci ke bumi apabila mengenangkan anaknya yang amat dirindui,Ismail.

Jadi,di akhir kisah ini.. ana nak kita sama-sama kembali fikirkan.."apakah yang telah kita korbankan untuk Islam selama kita hidup di bumi Allah yang fana' ini?? adakah ia sehebat Nabi Ibrahim a.s. ? Tepuk dadak tanyalah Iman anda.

SofwatulQhaul, Selamat Hari Raya AidilAdha, Maaf Zahir & Batin. ^^,


Wallahu'alam.

Nov 15, 2010

Jangan Bersedih Andai Diri Belum Berpunya..!

Credits For Danang Kawantaro by his Edited.


Bismillahi Ar-Rahman Ar-Rahim.

Melilau-lilau baca artikel di Laman Facebook..tibe-tibe ternampak artikel ini. Sangat Menarik!! Ingatlah remaja, persiapkanlah diri anda dengan Akhlak yang Mulia serta berpaksikan dengan Janji Allah Ta'ala. "Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik begitulah sebaliknya".

Ingatlah!! Allah sangat sayangkan kamu semua..^^,

Resah.Gelisah.Seraut wajah termenung jauh."Orang lain semua dah kahwin,tinggal aku sorang saja".Sekeping hati bermonolog.Monolog itu disusuli tujahan prasangka."Aku x cantik ke?" "Aku kurang bergaya ke?" "Ataupun pasal gaji aku tak seberapa?" "Aku tak pandai meng'ayat' agaknya".

Mungkin begitulah kerisauan yang memberat di minda muda mudi yang belum berpunya.Rasa rendah diru,stress dan gejolak rasa ingin memiliki membuatkan mereka berusaha memenangi hati dan memiliki seseorang tanpa mengenal batas halal dan haram.Yang penting,dapat.

Pilu hati ini melihat remaja yang merana kerana cinta.Pilu kerana walaupun mereka sudah merasai peritnya penangan cinta dusta,mereka masih tak mampu mengarah diri mencari cinta hakiki.Tidak serik-serik lagi.Diri diperhamba menagih cinta sementara hingga berkonflik dengan Pencipta cinta.Semua batasan-Nya diredah segala.Tak kenal dosa pahala.

Oh,remaja!

Cinta sebelum kahwin itu hanya menjerumus ke lembah dosa dan zina.Jika mampu bertahan ke jinjang pelamin sekalipun,percayalah bahawa rumah tangga itu takkan berkat.Apa tidaknya,asasnya dibina daripada dosa dan maksiat.

Mana mungkin dapat menegakkan tiang taqwa yang utuh kecuali dinaik taraf dengan taubat.Rumah tangga akan menjadi tawar dan hambar.Semuanya dah dirasa dan terbiasa,nak rasa nikmatnya apa lagi?Anak-anak menjadi mangsa.Terimalah ia sebagai hukuman di dunia.Amat pedih.Namun,terlalu sedikit berbanding pedihnya hukuman abadi di negeri sana.

Kuhembus nasihat ini kepadamu hai remaja tanda sayangku tak terhingga.Bagi para gadis yang belum berpunya,andalah pilihan-pilihan Allah untuk masih mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendapat seruan,yakinlah.

Jangan risau jika masih belum berpunya kerana mungkin Allah ingin bagi ketenangan dulu buat anda untuk terus melangkah menggapai cita-cita.Usah peningkan kepala.Dia menguji anda sedikit masa lagi.

Begitu juga buat pemuda yang belum berpunya," first thing first".Utamakan yang lebih penting daripada apa yang penting.Kenali prioriti anda sekarang.Jika memang dah sampai saat nak memiliki,tabahlah dan teruskan berusaha.Ingat,pastikan waktu nak berusaha tu anda memang dah betul-betul mampu dan bersedia.

Memiliki seorang isteri solehah ibarat memiliki dunia dan seisinya.Sudah tentu jalan untuk mendapatkan sesuatu yang istimewa amat berliku dan banyak cabaran.Jangan putus asa.Rasa mulialah dengan usaha yang dicurahkan walaupun pinangan pernah ditolak.Usah rasa malu dan terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan di landasan-Nya.Teruskan berusaha!

Ingat,usaha yang Allah redha sahaja.Bagaimana?Dengan sms siang malam?Atau bergayut di telefon memanjang?Atau ajak keluar,belanja makan?Begitukah?

Berusahalah menyediakan diri dan pikatlah ibu bapanya terlebih dahulu,itu tips memikat wanita solehah dan beriman.Sebaik-baiknya gunakan orang perantaraan untuk lebih menjaga warak dan iman.

Seringkali,seseorang mencari kekasih ibarat dia mendaki gunung yang tinggi.Pepohon berduri sanggup diredah,curam dan jurang sabar ditempuh.Namun,apabila dia memilikinya,didapati insan yang dikejar itu dedaunan kering cuma.Begitulah perumpamaan sia-sianya usaha yang tak disalur dengan suluhan petunjuk al-Quran dan Sunnah.

Beringatlah,urusan jodoh tak ke mana.Sudah sedia tercatat seungkap nama di Loh Mahfuz untuk kita.Ianya urusan yang pasti.Apa yang tak pasti,sama ada kita mendapatkannya cara mulia atau sebaliknya. Wallahuálam.

Jun 15, 2010

No CoUpLe UnTil NiKah..!!


Assalamu'alaikum w.b.t.

Alhamdulillah...moga2 kita hidup didalam keberkatan serta keredhoan Allah Ta'ala..insyaAllah..ameenn!! Nak dgr cite...?? ana da dpt lesen L... hehe bwu lesen L.. xde maknenye...kui3 itupun kete.. memndgkan ana cam da fobia nek moto.. so,amik kete jela.. Act, xdela fobia mane juz.. bila bawak tu.. rse cam huyung hayang je.. pas2,bdn kite kn kecik.. rse mcm..yaAllah ringannye.. dlm kepala ni pk, mcm nk jatuh je.. adoi.. so, ade hikmahnye ibu suh amik kete je.. hehe.. sebenanye ade abg senior kt 1 program tarbiyyah ana ni.. ad bg 2 Task.. 1. Kene ad laptop 2. Motor.. ha.. sbbnye da msuk UMKL t.. 2 bende ni pentgla... nak kene buat bnyk kertas kerja.. pastu if ade meeting hulur ke hilir.. that's why, need a motorcycle.. but, juz amik lesen kete je.. so, t'pksa lah hazaf Task no.2.. hehe

Tapi entry kali ni bkn nk cite sal 2 senanye.. kui3.. semlm ana ade dpt meseg dri seorg mad'u ana.. kami kenal dlm FB.. die tnya ana..


"kak, apa hukumnye b'couple..?"


"kalo ikutkan akak, hukumnye haram.. sbb ada bbrpa dalil mengskn hukumnye haram..nape..?"disebbkn die tnye hukum je xmintak huraian.. so, ana bg hukum jela.hee~


"sbb kite couple..hee~ tapi kite ade dgr.. hukumnye haram gak.. tp kwn kite kate takpe.. cmne tu ek..?"


"Owh.. jgelah hatimu wahai adikku..! wlupn kite xkuar dating ke ape ke..?? tp kita b'main dgn perasaan & juga hati.. then, bley m'nyebabkan zina hati.. so, zina 2kan hukumnya haram.."


"owh.. bru 3 hari kak, thanks kak.. t kite cube ckp dgn dia.."


Okey...jom kita huraikan lbih lanjut lagi tentang hukum b'couple ni.. ana ni takdelah pandai sgt... tp ana cuba huraikan apa yg ana paham je ye..jika ana salah harap btulkan...syukran ^^, berdasarkan makna tersurat dalam firman Allah:

“Dan janganlah kamu mendekati perbuatan zina. Sesungguhnya zina itu suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk”. (QS. Al-Isra’: 32)
So, apa yg anda paham dgn firman Allah di atas..? Itu adalah salah 1 perintah Allah yg wajib kita patuhi. apa kaitannya dgn Couple..?? yep..memg ada kaitan..! Meh ana jelaskan...

Rasulullah pula b'sabda :-

"Tercatat atas anak Adam nasibnya dari perzinaan dan dia pasti mengalaminya. Kedua mata zinanya melihat, kedua telinga zinanya mendengar,lidah zinanya bicara, tangan zinanya memaksa (memegang dengan keras), kaki zinanya melangkah (berjalan) dan hati yang berhazrat dan berharap. Semua itu dibenarkan (direalisasi) oleh kelamin atau digagalkannya." [HR Bukhari]

Jadi, apa yg kita buat bila b'dua2an bersama lelaki ajnabi.. semuanya adalah zina.. tak kisahlah juz minum2 ke..? berbual2 ke..?? even stady b'2..ha.. itupun bley diaggap zina au...tak masuk agi dgn zina hati..huhu

Ingatlah pesanan Rasulullah s.a.w. :-

“Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita/lelaki kecuali yang ketiganya ,syaitan” (Tabrani)

Yep..mungkin anda hanya menyatakan..'alah..biaselah fitrah manusia..Naluri utk disayangi dan dicintai...' tapi anda tahu kah naluri yg sepatutnya...??? ha.. Naluri tu adalah sebahagian drpd kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) sO,semua tu adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya..kn2..?? But Islam bukan datang membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami.So, Jgn nafikan naluri ini. Jgn berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang.. Sbbnye itu adalah fitrah.

Cuma tundukkan naluri itu untuk patuh kpd perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya. Jangan jadi malaikat! Sbb Allah jadikan kita sebagai manusia dan juga sebagai hamba. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri atau nafsu.

Tentu anda akan kata 'alah cinta Islamik,apa slhnya?' tapi bagi ana cinta secara Islam hanya satu, iaitu Perkahwinan atau dlm bahasa owg putihnya 'Marriage'...dlm arabic plak 'zawajj' iaitu cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas kahwin. Itulah cinta suci dan qudus. cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik.

Spt, Sabda Rasulullah S.a.w :-
“Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah” (Ibnu Majah).

Mungkin ada yg cakap..."alah kami bukan b'jumpa pun..juz meseg2 je..."hmm... memglah mula msg2 je... dah lame 2... lelaki tu m'ayat skit.. mulelah si gadis 2 cair... aiyoo... cube jadi mahal ckit...eh bukan, jadi mahal Banyak ckit..ha bawu btoi..kui3 Okeh.. memgla kita tak jumpa... tp Allah menganugerahkan kita hati dan sprti ana ckp td,kita mempunyai naluri,naluri pulak adalah satu perasaan yg akan timbul dalam hati. Yep, perasaan syg2.. perasaan rindu2.. perasaan t'ingt2 dan sumenye ada kaitan dgn zina hati..?? anda bley jamin dgn ana org yg b'couple ni takkan timbul naluri2 tersebut..?? kalo ada bgtahu ana...ana bleh jamin mesti yg takde punya.. hatta yg hafaz 30 juzu' pun boleh timbul perasaan2 begini.. walaupun tak sume tp segelintir tu masih ada.. sbb ape ana kate begitu..?? sbb ramai member2 ana dulu yg bercouple dgn Hafiz DQ.. huhu

Dan apa jalan penyelesaiannya...?? Maybe anda akan fikir... 'kita tunang dulu lah.. t bleyla jumpa..sbb kita kn da b'tunang..?? dah tentu hingga ke pelamin..'. Ana nak tanya.. awak tu Tuhan ke..?? atau Allah tu Tuhan..? ha... Hanya DIA yg MAHA MENGETAHUI akan segala hal sesuatu. Anda kena ingat.. pertunangan bukan sebagai tiket pelepasan utk b'cinta.. bahkan sbgai persediaan m'hadapi perkahwinan yg m'bawa kita ke syurga. Rasulullah tetap melarang umatnya b'dua2an [lelaki & perempuan] even dah bertunang sekalipun.. sesuai dgn hadis Nabi yg ni..

"Tidak dibolehkan lelaki berdua-duan dgn perempuan melainkan ada b'sama-sama mahramnya (bapa atau keluarganya yg diharamkan berkahwin dgnnya).[HR Bukhary dlm kitab Nikah]

So apa keputusan anda...?? apa jalan penyelesaian yg anda akan buat...?? Mungkin anda akan rasa sunyi je kan...?? jgnla macam tu, Allah kan ada and bnyk agi cara utk kita m'hiburkan hati kita.. Misalnya, daripada anda dok m'bazir kredit b'zikir sampai tgah2 malam,baik anda baca alquran ke..?? baca buku Ilmiah tok tambah saqofah ke..?? ha.. ada gak faedahnye. Ana pun tak pahamla... iF b'couple je.. msti b'mesegla bkn sekejab.. sampai tgh2 malam 2.. ish3 apa yg depa borakkan pn, ana tak paham..huhu Juz ana terpikir.. if sblum kawen macam 2..? akan kekal ke sampai ke alam perkahwinan..?? wallahu'alam... sama2 kita fikir2kan yg mana baik & yg mana buruk. Juz 1 je ana nk anda ingat2kan.. Kita sibuk nak bercinta, kita sibuk nak jaga hubungan tu supaya tak retak.. tpi bagaimana pula hubungan kita dengan Allah..?? Hubungan dgn Allah pn kita tak jaga.. ni kan pulak sibuk nak jaga hubungan dgn manusia.. ish3 Jadilah seorang hamba yg Obses dgn cinta Hakiki [cinta Allah]..Pacakkan dlm hati kita Allah No.1 even kita dah b'suami/b'isteri sekalipun, Allah tetap nO.1. okey?^^,

Akhir sekali,apa jalan penyelesaian yg perlu kita buat..?yup..kita perlu tinggalkan perbuatan maksiat.Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah itu. And yg pling penting ialah kita kena insaf..Taubat nasuha. Dan b'janji takkan buat agi tapi Apa yg ana perasan.. da putus cinta sekali.. cari plak yg len tapi dia tak sedar,Allah buat macam tu.. sbb Allah sygkn dia. Malah, salahkan Allah pulak sbb Allah tak jodohkan dia dgn lelaki/perempuan yg dia cintai. Ingatlah Allah mengetahui apa yg terbaik utk hamba2nya. Apepun,kita kena bertekad..kita kna pacakkan dlm hati kita..'No couple until nikah'!! serta Bertekad btol2 dlm hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami .Saatnya adalah selepas ijab kabul. Ingatlah semakin bebas pergaulan sebelum berkahwin, semakin hambar & kurang rasa cinta setelah menjadi suami isteri. InsyaAllah berCinta Selepas Kahwin akan bahagia hingga ke syurga..^^,


Akhir kata, fikir2lah... kita hidup ni tok mencari keredhOan Allah ke atau Kemurkaan Allah..?? tepuk dada tnya iman kita. Yg penting, jaga hati, jaga maruah kita sebagai seorang Muslim.Tak sabaq sgt... kahwin je terus... tapi jgn fikir Perkahwinan ini perkara yg mudah..oh Tidak!! Biarlah perkahwinan itu membawa kita ke Syurga bukan Neraka..!! Fikirkan dan fahami serta muhasabah balik diri kita stlh anda faham apa yg dismpaikan oleh video ini. Sekian dahulu entry Hidupku kali ni.. btolkan ana jika ana salah..^^,

"Biarlah kita JUAL MAHAL, Sebab Kita akan rasa diri kita LEBIH BERHARGA"




~Wallahu'alam~