Oct 5, 2014

Memoir Dulu Sewaktu di Sekolah Rendah!


Sempena 16 mei 2011 ini, saya ingin mengucapkan
Selamat Hari guru kepada Guru-guruku di
Pasti Ammar di Taman Koperasi Polis,
Sekolah Rendah Islam Sri Al-Abqari,
Sekolah Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu
Pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Nilam Puri
Pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Kuala Lumpur

Teringat daku waktu di Pasti Ammar dahulu. Pada mulanya, diri ini memberontak kerna tidak mahu pergi sekolah. Sehinggakan Abah terpaksa bersir wahazar dengan diriku,semata-mata nak saya bersekolah disana. Lama kelamaan saya suka bersekolah di sana. Sampaikan setiap kali waktu malam je, pasti tak sabar-sabar nak pergi sekolah esok paginya. Seronok sangat bersekolah disana, almaklumlah sekolah PASTI kan? makan dalam dulang.. guru-gurunya yang baik sangat. hmm~ macam-macamlah. Ada ramai kawan-kawan yang baik. Subhanallah... tapi dimanakah mereka sekarang ye? sudah kahwin kah? Semoga Allah merahmati guru-guruku sekalian serta sahabat-sahabatku semuanya.. ameen!

Dulu, saya sentiasa ditemani oleh adik saya yang no. 2 hatta saya habis sahaja belajar di Pasti tersebut dan lulus ujian di sekolah Rendah Islam Sri Al-abqari, adik saya tu turut mengikuti langkah saya seterusnya ke sekolah tersebut. Cuma dia darjah 1 dua kali la.. sebab, setahun dia temankan saya.. dan setahun lagi,saya naik dulu ke darjah 2 tapi dia still darjah 1. Macam mana prosedurnya saya pun tak tahu. huhu

Semasa di darjah 3, boleh dikatakan saya ni kurang cerdikla.. pastu saya jeles sangat dengan kawan-kawan yang selalu dapat markah tinggi dalam subjek kajian tempatan exspecially. Tapi jeles-jeles saya, saya akan bergaul dengan kawan yang pandai. Saya suka terus terang, saya terus minta dia ajar teknik dia tuk dapat A+ dalam subjek Kajian Tempatan. Pastu, dia beritahu teknik dia, dan saya follow.. sampaikan kami discuss sama-sama, saya dapat ingat segala fakta dalam kajian tempatan. Hatta, segala tarikh yang ada dalam buku tu pun saya dapat ingat.

Tibanya exam, Alhamdulillah saya dapat jawab dengan jayanya. Dan saya dapat markah kedua tertinggi dalam subjek tersebut. Sahabat tu dapat no. 1.. wah, time tu seronok sangat. hehe

Time sekolah rendah dulu, subjek paling saya suka subjek Matematik. Saya ingat lagi, guru yang mengajar saya waktu tu Ustazah Sarina. Ustazah memang pandai sangat dalam matematik. If tak paham, saya akan terus direct tanya ustazah. Dan Ustazah ajar, memang saya akan faham sangat-sangat. Sampaikan segala soalan ustazah, ustazah minta saya yang berikan jawapan. Waktu tu memang kami muslimin & muslimat suka fight nak dapatkan markah tertinggi dalam kelas. lagi-lagi subjek matematik. hoho

Subjek paling lemah waktu tu, nak tahu subjek apa? bahasa melayu penulisan. Memang tak minat penulisan. Pastu, Ustazah kesayangan saya ustazah Hanna panggilannya. Beliau sentiasa beri latih tubi kat saya supaya mahir dalam penulisan. Beliau adakan kelas tusyen untuk kami. Belikan buku latihan untuk kami. Agar bahasa melayu kami dapat A++++. Dan lama kelamaan, kami mahir dalam penulisan.. dan akhirnya yang dulu c-, tapi sekarang A+. segalanya hasil tunjuk ajar daripada ustazahku tersayang. Alhamdulillah.. ^^,

Sekolah rendah saya, kecik je. Sebab tu boleh rapat dengan semua ustaz-ustazah kat sekolah tu. Sampai sekarang masih berhubung dengan Ustaz saya. ha.. Ustaz Zains namanya. Dan beliau masih mengajar disana, dan Guru Besar Sekolah tersebut adalah Ustazah Nuridah. Beliau merupakan Ketua Muslimat PAS. Masuk UM dapat berjumpa balik dengan beliau.. Subhanallah, setelah berpisah berjumpa kembali kerana Allah. Alhamdulillah...

Waktu darjah 6, boleh dikatakan saya Pengawas Perempuan tunggal kat sekolah rendah tu. Pada mulanya ada 3 orang muslimat, tapi 2 orang sahabat saya tu pindah sekolah, tinggallah saya sorang dengan 3 orang Pengawas Lelaki. Apepun, memang terbaik sekolah ni. Pelbagai teknik menghafal di ajar di sekolah ni. Terima kasih ustaz-ustazah. InsyaAllah nanti saya datang sekolah ye, tunggu~ =)

Kalau antum nak tahu, di sekolah rendah pun still di didik kami makan dalam dulang. dan didikan itu saya dapat kembali semasa belajar di APIUM Nilam Puri. dimana saya dapat? ha.. carilah sendiri ye.

Jadi, itulah serba sedikit kisah saya waktu sekolah rendah dulu. Sekolah rendah memang best. Fight sesama sendiri untuk mendapatkan markah tertinggi dalam kelas. best sebab ada saingan. Akhirnya sama-sama berjaya.

Walaubagaimanapun, di rumah saya pun sudah ada guru yang lebih Profesional. Saya pandai bersolat kerana hasil didikan ibu yang menjadi Imamku ketika dirumah. Dan Abahku selalu membawaku bersamanya untuk solat berjemaah di Masjid. Saya berkerudung juga sewaktu masih kecil. Sewaktu saya berumur 2 tahun sudah dididik agar sentiasa memakai tudung. Subhanallah...

Dari kecil juga, saya dididik membaca Quran. Abah seorang yang tegas orangnya. Silap baca sudah kena rotan di tapak tangan. serta disuruh ulang 10 kali, kadang-kadang 40 kali kena ulang. Supaya, saya dapat baca dengan baik. Dan Alhamdulillah, hasil didikan abah.. saya dapat baca Quran dengan baik serta bertajwid dengan sempurna.. insyaAllah. ^_^

Bila teringat dulu, sampai menangis-nangis bila ngaji dengan abah. hihi tapi.. lucu plak bila ingatkan kembali.. ngeh3

Akhir kalam, jutaan terima kasih diucapkan kepada semua guru-guruku termasuk yang dirumah. Kerana telah banyak mendidikku agar menjadi seorang yang berguna, serta menjadi seorang muslimah. insyaAllah! tanpa guru-guru semua, siapalah saya sekarang. Jasa baik guru-guru semua tak mampu untuk saya membalasnya. Hanya Allah sahajalah yang dapat membalasnya. Semoga Allah merahmati kalian semua.. jazakallahu khairan kasira. ^_^

Hidup ini Perjuangan! Jadi teruskanlah langkah kita dengan mengharungi liku-liku perjuangan seterusnya. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita.. insyaAllah.. ameen ya rabb!!
Wallahu'alam~

2 comments:

incik said...

menariknya pengalaman skolah..=)

Anonymous said...

Assalamualaikum....kenapa dah lama tak update?
Bak kata guru sang pemimpi berilah kata yang memberi kamu inspirasi..
(Jadilah sehijsu warna Daun)