Showing posts with label LUAHAN HATI. Show all posts
Showing posts with label LUAHAN HATI. Show all posts

Jan 7, 2011

Kini, Baruku Tahu Kebenarannya!

Alhamdulillah.. segala pujian hanya bagi Allah. Ujian yang lepas, biarkan ia lepas. Sekarang ni kita bukak buku baru deh. Sebab apa?? perjuangan kita masih panjang.. buang masa je kalau kita asyik fikirkan perkara-perkara yang furu'. huhu Dah tahu benda tu perkara furu' , lagi nak berdebat.. hmm.. buang masa jek!

Sudah hampir setengah tahun, Ana banyak belajar sesuatu yang baru. Mencari kebenaran yang telus di sini,di Kampus Universiti Malaya.Disini, Ana menyertai PMIUM. (Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya). Kalau di Mesir, Kita ada PMRAM. Ha.. adik beradik la kiranya tu. Tapi ada gak sebahagian Ahli PMRAM yang tidak tahu tentang PMIUM. Tak mengapalah, tak penting pun. hihi


Jadi, bila masuk Um ni.. kita perlu mencari Persatuan apa yang bawa Imej Islam? Kat sini ada macam-macam persatuan, antaranya PMAPIUM (Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya). macam-macam lagilah, ana pun tak berapa nak ingat. hohO tapi ana sertai PMIUM & PMAPIUM. Sebab apa ana sertai mereka? sebab bila ana sertai mereka.. jiwa ana sentiasa terisi dengan Ilmiah. Walaupun orang kata, 'asyik sibuk dengan PMI je' tapi kita sibukkan dengan mencari Ilmu. Takpelah kan?? isk3

Ana berpegang dengan ayat ini.
|"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan."|

Masa MHS (Minggu Haluan Siswa)..pasti adik-adik yang baru akan dengar orang cakap macam ni :-

"Jangan masuk PMI, nanti terpaksa ponteng kelasla"

"Kalau masuk PMI, Selalu kena p demola.. ekstrem je lebih, Tarbiyyahnye takde"

"Kalau masuk PMI, kena buang kolej"

ha.. macam-macam lagilah mulut tempayan yang akan kuar time tu,untuk memburuk-burukkan PMI. Astagfirullahal' azim. Tapi sedikit pun, ana tidak percaya. Bahkan, ana menyertai mereka. Dan alhamdulillah, ana tak rasa pun seperti apa yang mereka katakan.. Malah ana merasakan, ana lebih dekat dengan Allah. Subhanallah.. Seronok bila berdamping dengan sahabat-sahabat yang lebih Cintakan Allah.

Pertama sekali ana nak tegaskan. Masalah ponteng kelas. Itu depends pada diri sendiri. Jika kita faham tanggungjawab kita dan jika kita faham Fiqh Aulawiyatnya.. insyaAllah perkara itu sepatutnya tidak akan berlaku. Dan Sepanjang ana menyertai PMI, Tak pernah sekali pun ana ponteng kelas sebab Sibuk dengan PMI. Banyaklah mulut tempayan yang mengatakan,

"Kami ni suka ponteng kelas"

"Assigment tak siap!!"

"Balik tengah malam!"

"Result selalu down!"

Statement pertama ana dah jelaskan. Statement kedua plak, soal Assigment, seperti yang ana katakan tadi.. itu juga sebenarnya depends pada diri sendiri. Tapi orang selalu pertikaikan kerja Ahli PMI. Walhal sebenarnya, orang yang bukan ahli PMI pun, assigment tak siap-siap jugak.. malah, hari last due date.. barulah terkontang-kanting nak siapkan assigment. Tak percaya? kaji sendirilah beb, jangan tahu nak aim ahli PMI je. Insaflah..huhu

Statement ketiga pula, itu tidak dinafikanlah. Memang kadang-kadang kerja kami habis sampai lewat malam. Bagi yang takde kenderaan itu, memang terpaksa balik jalan kaki sorang-soranglah. Yang ada kenderaan tu, merempit pagi-pagi buta pun, tak kisah sangat. Betul tak? hihi tapi kami pergi buat kerja.. bukan pergi berpoya-poya. Okeh ana bagi 3 perbandingan, pilih yang mana lebih baik ye :-

1. Buat kerja untuk program-program Ilmiah..
2. Melepak di cafe dengan aweq atau dengan kawan tuk buang masa
3. Melepak dalam bilik, tengok movie atau asyik main game je..

Ha.. jadi pilihla yang mana lebih baik. Tapi ingatlah, Allah sentiasa menilai setiap apa yang kita lakukan diatas muka bumi. Ana rasa lebih baik, kita balik lewat malam sebab sibuk dengan perkara yang berfaedah.. daripada sibuk dengan perkara yang tidak berfaedah,malah tambah dosa pula.. waiyazubillah~



Statement ke empat pulak, pertama sekali mari kita istigfar banyak-banyak.. Astagfirullahal'azim.. astagfirullahal'azim.. astagfirullahal'azim. Sebab apa ana ajak beristigfar? sebab... kita mempersoalkan tentang nasib seseorang. Nasib seseorang itu, tidak perlulah kite persoalkan.. kalau ia pun result down sebab kita terlampau sibuk sangat dengan keje PMI.. bagi ana, itu silap kita sendiri.. dan takde kena mengena dengan kerja PMI. Hanya orang yang bodoh je, yang suka menyalahkan orang lain walaupun kesalahan itu berpunca dari kesilapan sendiri..huhu Lebih baik kita muhasabah diri kita balik,dari terus-terusan menyalahkan orang lain.. dan lebih baik kita mempelajari sesuatu yang baru dari ujian yang Allah beri untuk kita.

Nabi pernah bersabda :-
“Tidaklah ada suatu musibah yang menimpa seorang muslim melainkan Allah akan menghapuskan dosa dengannya walaupun duri yang menusuk badannya.”
(Imam al-Bukhari dan Muslim)

Dan ingatlah, Allah menguji hambaNya mengikut kadar kemampuan hambaNya. Satu ketika Nabi saw ditanya “Siapakah orang yang paling berat ujiannya?”. Maka beliau menjawab:


“Para Nabi, kemudian orang yang seperti mereka sesudahnya, dan orang semacam mereka berikutnya. Seseorang itu akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Apabila orang itu kuat agamanya maka semakin keras ujiannya. Kalau agamanya lemah maka dia akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Maka musibah dan ujian itu sentiasa menimpa seorang hamba hingga dia ditinggalkan berjalan di atas muka bumi dalam keadaan bersih dari dosa.”
(HR. Tirmidzi, hasan sahih)

Walaubagaimanapun, berdoalah agar kita tidak diuji dengan Ujian yang kita tidak mampu untuk dipikul.

رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنتَ مَوْلاَنَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

“Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa Yang Kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah Kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum Yang kafir”. (al-Baqarah:286)

Jadi, Bersangka baiklah kamu sesama muslim. Kerana apa? Nabi pernah bersabda :-
"Jauhilah prasangka itu, sebab prasangka itu pembicaraan yang paling dusta".
(Hadis Muttafaqun Alaih)


Jadi, sama-samalah kita muhasabah balik diri kita..koreksi diri kita balik! jika kita tidak mahu sertai mereka sekalipun, jangan lah kita menjadi penghasut kepada orang lain supaya jangan sertai mereka. sebab apa ana kata macam tu? sebab perkara ini banyak berlaku di sini. Menghasut antara satu sama lain malah memburuk-burukkan PMI atau sesiapa sahaja yang ingin bawak Islam. Itu adalah salah satu perkara yang dilarang dalam Islam. Sepatutnya, kita menyokong mereka, dan mengkhabarkan perkara-perkara yang baik tentang mereka.. Atleast, dapat juga pahala untuk kita. InsyaAllah~  Seperti ana katakan tadi. Allah menilai tiap sesuatu yang kita lakukan di atas muka bumi.  

Wallahu'alam~  

Dec 4, 2010

Ketegasan Seorang Wanita!

Wahai Sahabatku….banyak aku menulis, sering juga aku menyeru dan mengajak sahabatku untuk menegakkan akhlak, menjunjung budi pekerti mulia, membanteras segala bentuk kerosakan jiwa dan mengendalikan nafsu syahwat untuk melawan dan membanteras keruntuhan moral.

Semua itu berterusan aku sampaikan, aku tulis dan khutbahkan…..sehingga pena yang aku gunakan menjadi tumpul dan lidahku kelu. Namun tetap tiada hasil yang aku perolehi Kemungkaran tetap berleluasa tanpa kita mampu untuk membanterasnya. Di setiap pelusuk negara perbuatan mungkar terus kita temui, semakin banyak dalam pelbagai bentuk Wanita semakin berani dan tidak malu-malu untuk membuka auratnya. Tubhnya ditonjol-tonjolkan, pergaulan bebas muda-mudi bertambah menjolok. Semua itu bergerak melanda negara demi negara, tanpa satu negara Islam yang mampu mengelak.
Kita gagal, dan aku kira kita tidak akan berjaya. 

Tahukah engkau apa penyebabnya?

Sebabnya ialah sehingga hari ini kita belum menemui pintu ke arah pemulihan dan kita tidak tahu jalannya

Wahai Sahabatku, pintu pemulihan ada di hadapanmu. Kunci pintu itu ada di tanganmu. Jika engkau yakin padanya dan engkau berusaha unuk memasuki pintu itu, maka keadaan akan berubah menjadi baik.
Engkau benar sahabatku, bahawa kaum lelakilah yang mula mula melangkah menempuh jalan dosa bukan wanita. Tetapi ingat, bahawa tanpa kerelaanmu dan tanpa kelunakan sikapmu,di facebook atau dimana sahaja, mereka tidak akan berkeras melangkah laju. Engkaulah yang membuka pintu kepadanya untuk masuk.

Lelaki menghendaki yang paling berharga darimu…iaitu harga diri dan kehormatanmu. Nasib seorang gadis yang diragut kehormatannya lebih menyedihkan daripada nasib seekor kambing yang dimakan serigala.

Wahai Sahabatku….Demi Allah, apa yang dikhayalkan oleh pemuda ketika dia melihat gadis ialah gadis itu bertelanjang dihadapannya tanpa pakaian.

Aku mengambil kata-kata dari Syeikh Sayyid Tantawi: “Demi Allah, jangan percaya terhadap kata kata sebahagian lelaki, bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adab. Berbicara denganmu seperti sahabat dan apabila mencintaimu hanyalah sebagai teman akrab“. Bohong …bohong …demi Allah dia berbohong. Seandainya engkau mendengar sendiri perbualan antara mereka, pasti engkau takut dan ngeri.

Tidak akan ada seorang pemuda melontarkan senyumannya kepadamu berbicara dengan lembut dan merayu, memberikan bantuan dan layanan kepadamu, kecuali akan ada maksud-maksud tertentu. Setidak-tidaknya isyarat awal bagi dirinya bahawa itu adalah langkah awal.

Wahai Sahabatku…….
Lelaki yang baik dan soleh akan datang kepadamu, dengan segala kerendahan hati, memohon kemaafan, menawarkan kepadamu hubungan yang halal dan terhormat. Dia akan datang meminang dan mengahwinimu.

Seorang gadis betapa tinggi pun kedudukannya, betapa banyak pun hartanya, betapa hebat pun kebenaran dan pengaruhnya, dia pasti mempunyai cita-cita: “mencapai kebahagiaan yang tinggi itulah bersuami menjadi isteri yang solehah terhormat dan ibu rumahtangga yang baik.”

Lelaki, pada dasarnya akan mencari wanita terhormat dan bukan wanita jalang atau yang rosak akhlaknya.

Lelaki yang baik, pasti tidak rela melihat anaknya keluar dari rahim ibu yang keji dan apatah lagi untuk membesarkan dan memelihara anaknya.
Pasti dia akan mencari jodoh dengan seorang puteri yang perlu dinikahi dengan landasan sunnah dan syariat Islam. 

Sahabatku suasana sepi dan lesunya pasar pernikahan dan perkahwinan adalah kerana kesalahanmu sendiri. Lantas kenapa kamu yang berakhlak mulia tidak mencegahnya?

Kenapa para wanita yang mulia dan terhormat tidak memerangi musibah dan wabak itu? Kamu, para wanita tentu lebih berkebolehan dan bertindak dari kaum lelaki.

Wahai sahabatku,
Dirikanlah wadah dalam bentuk lembaga dan persatuan dari kalangan kamu sendiri yang anggotanya terdiri daripada cendekiawan, guru dan mahasiswi. Wadah yang berusaha untuk mengembalikan wanita-wanita sesat kepada jalan kebenaran. Ancam dan takutkan mereka dengan firman-firman Allah. Sekiranya mereka tidak mahu mendengar dan tidak takut lagi, maka berilah gambaran bahaya penyakit yang akan dideritainya..

Wahai sahabatku,
Kamu berpelajaran tinggi.. dan menghafaz al-Quran serta mengetahui makna-makna yang tersurat didalamnya. Tetapi, aku melihat dirimu di Alam Maya, menunjukkan kamu tidak seperti apa yang aku harapkan. 

Tidak bersikap tegas di dalam bicara, walaupun bergurau sesama wanita.. tetapi ramai penontonnye bukan dari kalangan kita. Mahukah kamu, memiliki lelaki kerana tergoda dengan sikap manja-manjamu di Alam maya tetapi bukan dengan Agamamu yang kamu miliki sebenarnya?? kitalah punca niat mereka terpesong. 

Sedarkah kita? kita dikira terpelajar, kita belajar tentang akhlak, tetapi perlukah menonjol tentang segalanya yang berkaitan tentang diri kita di Alam maya? Yang sebenarnya boleh membuka aib kita sendiri? tidak takutkah kita orang akan mencebik tentang sikap kita yang kita anggap baik atau mulia dalam diri kita, tetapi hina dalam diri mereka??

Wahai Sahabatku, 
Aku tidak malu memiliki sahabat seperti itu, tetapi aku malu kerana kamu pelajar agama.. akan tetapi tidak seperti pelajar agama. Kamu mencuri perhatian lelaki dengan cara yang paling murah!! Benar kata kamu, tidak perlu hipokrit. Tapi disebabkan kita tidak mahu hipokritlah, 'Dosa' itu suka dengan kita. Itu bukan dinamakan hipokrit sahabat, itu maknanya menutup keaiban diri yang sebenarnya. 

Jadi sahabatku,
Malu kita perlu bertempat, ya betul! Bertempat itu dimana?? ditempat yang sepatutnya. Tetapi slumber itu juga perlu bertempat..tapi tempatnya dimana?? adakah kita nak berslumber pun, sehinggakan aib terbuka dengan sendirinya tanpa menyedarinya??

Sikap manja, sikap gedik kita tidak perlulah dipublishkan di khalayak ramai.. cukuplah sekadar sahabat kita mengenali kita dan dipublishkan untuk lelaki yang bergelar suami sahaja. 

Wahai sahabatku,
aku bercakap bukan kerana aku memiliki ilmu yang banyak seperti mu.. tetapi aku bercakap sebagai seorang sahabat yang sayangkan maruah sahabatnya yang lain termasuk maruah sebagai kaum hawa yang nabi kata,ia membawa fitnah paling besar didunia!

jadi sahabat, mahukah kamu berubah bersama ku?? marilah kita sama-sama muhasabah diri demi kebaikan diri kita sendiri. Sesungguhnya Allah menyayangi kepada hambanya yang sentiasa muhasabah diri.

Wallahu'alam~

Bersabarlah sayang!


Bismillahirrahmanirrahim.

| Coretan ini, buat sahabat serikandi yang dikasihi Fillah. Semoga kehidupannya sentiasa dirahmati Allah. InsyaAllah, ameenn!! ^^, | 

Sahabat,
Hidup ini ibarat roda, tetapi dia bergerak pun kita tidak sedar, sebab itu dugaan Allah, bila mana dia datang pun kita tidak akan tersedar, Hidup ini juga umpama makanan, ada pahit, masam-masam manis,manis dan sebagainya, Samalah juga seperti kehidupan kita wahai sahabat, kadang-kadang ada manis, kadang-kadang pula ada pahitnya, Itulah fitrah namanya yang terkandung dalam Prinsip Allah Ta'ala!


Sahabat,
Aku sedih mendengar ceritamu tentang Cinta,memang pedih bila memendamkan perasaan yang lara, Bak kata orang, Penantian itu satu penyeksaan..kadang-kadang penantian itu memang seksa,
Tetapi,kadang-kadang penantian itu satu kebahgiaan. Dua penantian kamu amat menyeksakan, Kedua-duanya bukan milikmu wahai sahabatku. Bersabarlah…


Aku selalu memikirkan, adakah Engkau tidak cukup baik bagi mereka? Atau kamu yang terlalu berharga? Tetapi aku yakin sahabat, Kamu yang terlalu berharga, Hatimu ibarat permata yang tiada tandingannya.

Teringatku pada kisah Asiah Yusro yang kamu kagumi, dia memendam perasaan kerana terlalu Cintakan agama dan Kekasih hakiki. Sampailah kepada satu tahap, dia dipinang, malangnya lelaki itu bukanlah lelaki yang dia pendamkan rasa cintanya sebelum ini. Tetapi dia redha apabila membaca firman Allah, dalam surah Al-Baqarah ayat 216 bermaksud : “dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya” Lantas, Dia pasrah dengan ketentuan Ilahi dan menyatakan ‘Setuju’ dengan hati yang penuh keterpaksaan bersulamkan keikhlasan. Akan tetapi, Allah itu Maha mendengar lagi Maha Mengetahui.. Akhirnya, Asiah Yusro dijodohkan juga dengan lelaki yang disanjunginya selama ini. Nah!! Yakinlah sahabat, Janji Allah itu pasti.


Aku teringat dengan pesananmu “tanyalah dia jika ingin tahu hal yang sebenarnya? Agar tidak menyesal di kemudian hari..”


Sahabat,
Siapalah aku ini jika nak dibandingkan dengannya?? Risikan pertama ku tolak mentah-mentah kerana dia terlalu baik buatku.. agamanya mantap. Risikan kedua pula, ku pendamkan kata hati untuk menerima, kerana bukan cara itu yang aku harapkan sebenarnya, katanya ingin berjumpa keluarga tetapi gayaknya seperti sudah berpunya. Tetapi siapalah aku ini sahabat, aku tidak punya apa-apa nak digandingkan dengan mereka bagaikan langit dan bumi. Adakah aku terlalu merendah diri sahabat??

Aku terbaca sesuatu dari buku "pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul".
"Kalau suka,jumpalah ibu bapa. Sayangnya, tiada yang berani,tanda tak bersedia. Kalau tak sedia,kenapa nak bercinta? Bukankah itu pintu zina semata-mata? Nauzubillah.

Dari situ aku beriltizam untuk membangkitkan mereka daripada kelalaian fitnah wanita di akhir zaman dengan sebuah prinsip dan ketegasan.Lantas, Aku malu dengan diri sendiri kerana terlalu kerdil di sisi Ilahi. Terkadang aku merasakan, aku tidak layak digandingkan dengan orang seperti mereka, Ilmu penuh dada, beradab sopan walaupun sebenarnya itulah baitulmuslim impianku selama ini.


Namun, Biarlah Cinta Ilahi mengatasi segalanya. Jodoh itu pasti ada untuk kita.. siapa dan bila itu semuanya rahsia Allah. Bersabarlah dan teruskan menanti.. aku tidak mahu disebabkan ini, gerak kerja kita tergantung. Dan menyebabkan hijab antara kita dengan Al-khaliq. Allah Maha Mengetahui sahabat, Dia sayangkan kita dan terlalu sayangkan kita. Aku sayangkan kamu kerana Allah kurniakan aku sahabat sepertimu.


Jadi sahabat,
Perjuangan kita masih panjang. Jalan dakwah kita masih luas terbentang di luar sana. Mereka memerlukan kita.. kita juga perlu bantu mereka. Lupakan dahulu tentang Cinta yang sementara… marilah kita sama-sama mencari Cinta yang kekal selamanya.

Aku ambil pula dari kisah Elya Khadeeja. Dia menerima ramai sangat undangan pinangan. Tetapi demi dakwah dan Islam, dia menolaknya secara baik dengan menyatakan dia tidak bersedia. Walaupun kesemuanya bakal Imam itu bukanlah dari calang-calang orang yang mantap dari segi Agamanya. Tetapi demi untuk mengembangkan sayap dakwahnya ke Amerika, dia lepaskan kesemuanya. Walaubagaimanapun, Allah tetap mengurniakannya seorang Imam yang terbaik dari segi tarbiyyah dan dakwahnya sewaktu dia di sana.


Percayalah sahabat, pasti ada yang lebih baik buatmu. Kumbang bukan seekor tapi pasti kamu akan menjawab hendak mencari kumbang yang wangi seperti mereka sangat susah. Memang Betul tu sahabat, tapi ia tetap wujud dimuka bumi. Jangan risau atau sangsi. Kerana segalanya sudah tertulis di Luh Mahfuz. Yang pasti, Doa.. dan teruskan berdoa. Agar hati kita lebih terikat dengan Allah. InsyaAllah..!! ^^,

Aku terminat pula pada pesanan ringkas dari sahabat kita.

"Cinta amat mahal takrifnya,
Itulah yg difitrahkan oleh Allah s.w.t. kepada Hambanya
Cinta hanya tertulis pd perkataan,
Tapi gagal dilihat pada zahirnya..
Kerana itu tanggungjawab dimana wujudnya kesetiaan dan kejujuran didalamnya. Ingat pada yang satu,jujur pada yang setia,
setia pada yg kasih,kasih pada yang rindu,rindulah pada yang menyayangimu,
Cinta takkan datang kalau tak dicari,cinta juga takkan dapat kalau tiada siapa yg memberi,Tapi mencari biarlah pada yang sudi, bukan meminta pada yang simpati."

Salam sayang buah sahabatku didunia mahupun disyurga..insyaAllah..ameen!!
(^_^)

Nov 19, 2010

HalaQoh Cinta!

Bismillahi Ar-Rahman Ar-Rahim.

Hati itu fitrahnya putih nan bersih,
kan hitan ternoda lantaran dosa,
Kikislah aibnya agar kembali Jernih,
Pertahankan kesuciannya dalam
HALAQOH CINTA.

Di sinilah,
Aku menyahut kalam-MU Ya Allah,
"Dan Berilah mereka pelajaran dan
katakanlah kepada mereka perkataan
yang berbekas pada jiwa mereka"
[An-Nisa' : 63]

Moga Halaqoh itu menusuk jiwa,
Memandu Islah diri sentiasa.

|Dedikasi Dari Novel Tautan Hati|


 








Buat adik-adikku sayang.

Adikku,
Allah menciptakan manusia sama saja,
Dengan sebaik-baik kejadian,
Cuma amalan manusia itu berbeza-beza,
Ada yg lalai dgn angan-angan,

Ada yg tekun berusaha,
Tentu nasib mereka berlainan,
Kerana Allah Maha adil sifat-NYA,
kelalaian di balas kegagalan,
Kerajinan dibalas kejayaan & pahala,
Kau diberi peluang membuat pilihan,
kau juga yang tanggung natijahnya.
"Sesungguhnya Kami menciptakan manusia 
itu dgn sebaik-baik kejadian".
[Surah al-Tin : 4]

Sedarlah adik-adikku,
Kita musafir didunia,
kita akan pulang kepada-NYA,
Hidup didunia akan ditanya,
Adakah diisi dgn sebaik-baiknya?


 









Atau keseronokan semata-mata?
Mahukah kita hidup terhina?
Tanpa ilmu sebagai bekalnya,
Kelak disana rendah darjatnya.
"Allah akan mengangkat org beriman di antaramu
& orang berilmu beberapa darjat"
[Surah al-Mujadilah:11]

Adik-adikku,
Renungilah sebuah cawan,
Jika tidak dituang dgn air,
Molekul udara memenuhinya,
Begitu juga diri kita,
Jika tidak diisi dgn Iman,
Masuklah Syaitan bermaharajalela,
Diri kita perlu pengisian,
Dengan ilmu & agama,
Agar hidup dekat dengan-NYA,
Barulah hatimu tenang bahgia.

Lantaran itu, Carilah redha Tuhan,
Dengan melakukan sebaik-baik amalan,
Usaha x istiqomah-malas/masa+yakin,
asas kejayaan.
"Allah tidak akan ubah nasib sesuatu 
kaum itu sehingga dia mengubah nasibnya sendiri".
[Ar-Ra'd : 11]










Adik-adikku,
Bangkitlah dari lenamu yg panjang,
dan tidak pernah berkesudahan,
sekali kau terjatuh,
Jangan biarkan dirimu jatuh selamanya,
Kau punya kekuatan untuk bangkit semula,
dan mara berlari kencang,
mencipta taufan.
Berjuanglah adik-adikku sayang,
tanpa mengenal penat dan jemu,
biar hidup kita derita dengan usaha,
kelak kita akan dimulia,
Jika tidak di dunia,
tapi nun di surga.

Ukhuwahfillah Abada-abadan!! ^^,

Sep 8, 2010

Sujudku!

Sujukku di 1/3 malam
menghadap kekasih hakiki
memohon pelbagai hajat & ampunan
di malam ramadhan al-mubarak


Sep 5, 2010

Jika Aku...


بسم الله الرحمن الرحيم

Ya Allah, Jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMU,
agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMU.



Aug 29, 2010

Tasyji' Buat Sahabat-Sahabat Yang Dikasihi Fillah..!!



Bismillahi Ar-Rahman Ar-Rahim.


Sahabat,
1 nama penuh makna,
Ia hadir tika tawa,
Ia datang tika duka,
Tiada pada Cinta,
Tiada pada lafaz,
Hanya kejujuran menyulami hati,
Hanya keikhlasan menyirami Jiwa,
Kebaikan dihargai,
Kesalahan di maafi,
Dan itulah dinamakan SAHABAT!!

Jul 23, 2010

NuR MaLaM~

Renungi malam ini rasa kesangsian
Ku kini berada di alam yang sunyi
Hanya bertemankan bintang dan bulan
Di malam kelam

Hembusan angin bayu pastikan berlalu
Seiring dosa lalu yang membelengguku
Moga semalam jadi pedoman
Dan pengajaran

Langkah kaki kananku
Menyusuri rumah suci
Bermula episod baru
Dalam ketulusan hati

Bila hati menghadap Tuhan
Baru kusedar ada kelemahan
Terasa kerdil berbanding Yang Esa
Terharu, terfikir betapa agungnya Tuhan

Tuhanku, aku tidak layak masuk syurga-Mu
Namun tak berupaya menghadapi api neraka-Mu
Terima taubatku dan ampunkan dosa-dosaku

Inginku ubah cara hidupku yang lalu
Menjadi hamba yang diredhai selalu
Tiada palsu wahai tuhanku
Allah yang satu

Kuakhiri sujud dengan doa
Semoga dikabulkan hajat
Dijauhkan duka lara
Kuharap terimalah taubat

Ammeenn!!!

Hanya Allah Yang Satu..!

Jun 14, 2010

AkU SaYaNG SaHaBatKu...!!

Sahabat...!!
Aku rindu korang kerana Allah..
Aku sayang korang kerana Allah..
Aku bersahabat dengan korang semata-mata hanya kerana Allah..

Sahabat....!!
Aku rindukan saat kita bersatu di medan Jundi..
Aku rindukan saat kita sama-sama mengikat janji..
di hadapan Murabbi..
Aku rindukan saat kita sama-sama menyelami pahit,manis
tika mentarbiyyahkan diri..

Sahabat....!!
Aku sedih..
Aku ingin korang bersama-samaku...
Membawa matlamat serta Fikrah yang satu..
Mengharungi segala mehnah & tribulasi di Medan itu...

Sahabat..!!
Janganlah korang bersedih..Janganlah Korang keciwa...
Aku turut merasainya..
Pedihnya luka dihati..
hanya Allah yang Mengetahui..

Sahabat..!!
Kuatkan semangatMu...
kuatkan AzamMu...
Aku tetap bersamaMu...
Didalam segala hal dan juga perkara...
Aku tetap bersamaMu...
Itu janji Aku..!!

Ya Allah..
Aku sayang sahabat-sahabatku...
Kerana mereka..
Aku menemui CintaMU...
kerana mereka...
Hatiku bergetar...apabila menyebut namaMu...

Ya Allah..
satukanlah kami di Jalan Jihadmu...
Jangan Pisahkan kami...
Aku Kuat KeranaMU,ya Allah.
Dan aku kuat kerana Adanya sahabat-sahabatku itu..!

Ya Allah...
dengan CintaMU...
Engkau kurniakan aku sahabat seperti Mereka..
Yg sentiasa memahamiku..
yg sentiasa menasihatiku...
yg sentiasa mengingatkanku kepada MU..
Ya Rabbul'Izzati..!

Sahabat...!!
aku sayang sgt2 dengan korang semua...
Tolong!!!
Jangan bina 'gate' antara kita...
aku bencikan Assobiyyah...!!
Dan korang juga mengetahuiya~

Tolong sahabat....!
Aku sayangkan korang sgt2..
aku rindukan korang sgt2...
Janji dengan aku...
Dimana jua kita ditempatkan...
hati kita tetap bersatu...
Bersatu membawa matlamat serta fikrah yg satu...
Ke arah Islam Yg lebih cemerlang & Gemilang!!!

Ya Allah,
Tatkala bahang mahsyarMu Menjilat Tubuh,
Izinkan kami sama-sama berteduh,
Tatkala MizanMu Teliti Mengira,
Beratkan neraca atas setiap jasa,
Naungi kami disana..

Berkat kasihMU Semata,
andai aku layak ke SyurgaMU,
aku Pinta,
Sahabat-sahabatKu ini Bersamaku.
Ameeenn Ya Robbal'alameen!!!

TAKBIR!!! ALLAHU AKHBAR!!!

May 31, 2010

HaTiKu MeRinTih MeNaHan CembuRu..!!!


Bismillahirrahmanirrahim....!!!

Hatiku bergocak utk melaungkan PASAKAN JIHAD!!!!! NAHNU ANSORULLAH!!!

Ye, hati ana merintih menahan cemburu dgn sahabat yg b'peluang melangkahkan kakinya di medan Jihad dan berjaya memperoleh segulung Ijazah Mati Syahid..!! anda tak cemburukah..??? mendapat ganjaran syurga di akhirat kelak...????

Didalam firman Allah Ta'ala yg bermaksud
“Maka sesiapa yang menerima kitab amalnya dengan tangan kanannya, maka ia akan berkata (dengan sukacitanya kepada sesiapa yang ada di sisinya): ` Nah! bacalah kamu Kitab amalku ini!, “Sesungguhnya aku telah mengetahui dengan yakin, bahawa aku akan menghadapi hitungan amalku (pada hari yang ditentukan)!”, maka tinggalaah dia dalam kehidupan yang senang lenang lagi memuaskan, Di dalam syurga yang tinggi (darjatnya). Buah-buahannya dekat untuk dipetik, (masing-masing dipersilakan menikmatinya dengan dikatakan): “Makan dan minumlah kamu makanan dan minuman sebagai nikmat yang lazat dan baik kesudahannya, dengan sebab (amal-amal soleh) yang telah kamu kerjakan pada masa yang lalu!” Surah Al-Haqqah ayat 19-24.

Ketika ana di medan Teori bersama sahabat2 seperjuangan... kami merasakan 'RUHUL JADID' hadir dlm jiwa2 kami... Kami rindukan SYAHID!!! Ana tertanya2 bilakah diriku akan melangkahkan kaki ini ke Dunia Reality setelah kami diasah di Medan Teori.. Ana menyatakan dalam Hati..insyaAllah suatu hari nanti..!! Ana berkongsi keinginan ini dgn sahabat baik ana..beliau juga rase tidak sabar utk melangkah ke DUNIA REALITY..!! aaarggghhh.... sudah mantapkah imanku ketika itu.....????? ya Allah bantulah kami dalam memartabatkan agama MU....ammmeeeeennn!!!!...

Tapi Itu bukan persoalannya.. persoalannya sekarang..sejauh mana anda memainkan peranan anda sebagai seorg Muslim...??? apakah anda juga ingin menjadi @ menyokong perbuatan YAHUDI Israel Laknatullah...??? bukalah matamu wahai orang-orang Muslim sekalian...

Firman Allah Ta'ala telah menyebut :-
“(Sesudah kamu - wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu - mengetahui tentang kerasnya hati orang-orang Yahudi itu) maka bolehkah kamu menaruh harapan bahawa mereka akan beriman kepada seruan Islam yang kamu sampaikan itu, padahal sesungguhnya telah ada satu puak dari mereka yang mendengar Kalam Allah (Taurat), kemudian mereka mengubah dan memutarkan maksudnya sesudah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahui (bahawa perbuatan itu salah)?” Surah Al-Baqarah ayat 75.

Mereka mengikut ajaran Kitab Talmud dan dipercayai kitab itu menyatakan "Sesape orang yahudi dapat bunuh umat islam,mereka akan memperolehi ganjaran yg besar" dan kerana itulah YAHUDI ISRAEL KEJAM!!!! Lagi kejam dari Binatang....yg tiada langsung sifat kemanusian!!! MasyaAllah~

Jadi apa peranan kite sebagai seorang mukmin @ muslim....??? ye.. mendoakan mereka... dan meninggalkan segala maksiat agar doa kte dimakbulkan Allah!!! Ketahuilah Doa itu senjata bg orang Mukmin.

Di dalam kitab Allah ade menyebut :-

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada inereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka): Aku perkenankanpermohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku maka hendaklah mereka menyebut suruhan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul." (al- Baqarah ayat 186)

Allah s.w.t. menyebut lagi :-
"Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan, menyerulah Ia kepada Kami (dalam segala keadaan), sama ada Ia sedar, berbaring atau duduk ataupun berdiri; dan manakala Kami hapuskan kesusahan itu daripadanya, ia terus membawa cara lamanya seolah-olah dia tidak pernah merayu kepada Kami memohon hapuskan sebarang kesusahan yang menimpanya (sebagaimana ia memandang eloknya bawaan itu)" .(Surah Yunus ayat 12)

Jadi, tak guna jika kita duduk hanya untuk mengutuk,mencaci mereka tapi kita tidak memainkan peranan kita sebagai seorang Muslim. Iaitu mendoakan keselamatan serta kemenangan buat UMAT ISLAM yg sggup bergadai nyawa di medan Jihad GAZA...!!!

Sedarkah kita..?? Konvoi yg dibawa bukanlah konvoi tentera tapi konvoi damai semata-mata. Mereka bukan bawa alatan senjata,Ia konvoi penyambung nyawa..tetapi YAHUDI ISRAEL PENIPU,mereka menyatakan konvoi tersebut membawa alatan senjata.. padahal penuh dgn bungkusan ubat-ubatan..Allah lebih mengetahui akan sesuatu...!!!

Masih terlintas di ingatan ana apabila rombongan Rasulullah cuba ditahan dalam perjalanan untuk umrah. Rombongan Rasulullah ialah rombongan damai. Tiada senjata atau tujuan membuat serangan selain ibadah kepada Allah. Namun apabila berita Saidina Usman dibunuh, para sahabat lantas berbaiah menuntut bela. Namun akhirnya kuffar itu mengalah setelah mendengar semangat dan daya juang para sahabat.

[Sedikit persamaan boleh difahami dari kisah rasulullah, ia tak serupa...hakikat pengajarannya tetap besar nilainya]


Jadi ape tunggu lagi...??? marilah kte sama-sama menembak doa dari MALAYSIA FOR PALESTINE....!!! Selitkan doa qunut Nazilah dalam setiap solatmu......!!!

"Wahai orang-orang Yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu" [Muhammad ayat 7].

hidup hidup,hidup islam!!! hancur hancur,hancur zionist laknatullah!!! TAKBIR!!!! ALLAHUAKBAR!!!!!


Ingatlah,

PERJUANGAN MERUPAKAN SEBUAH RANTAI YANG PANJANG...BUKAN KITA YANG MEMULAKAN DAN MENGAKHIRKAN RANTAI TERSEBUT...TETAPI KITA MENERUSKAN RANTAI TERSEBUT....SESUNGUHNYA PERJUAGAN ITU PAHIT KERANA SYURGA ITU MANIS...!

Ya Rasulullah....Kami rindukan syahid!!!!


Please stand up ya MUJAHIDIN...!!!