Showing posts with label MUHASABAH. Show all posts
Showing posts with label MUHASABAH. Show all posts

Aug 29, 2011

Hari Konvokesyen buat Graduasi Taqwa.

Allahu akhbar  Allahu Akhbar Allahu  Akhbar, laaila haillallahhu wallahu akhbar, Allahu akhbar walillahil hamd.

Subhanallah, Takbir raya sudah mula bergema. Itu tandanya hari ini adalah Hari Konvokesyen Buat Graduasi Taqwa.

Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud :
“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan bagi kamu berpuasa, sebagaimana telah diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu berTAQWA”.

Alhamdulillah! Itu janji Allah sahabat-sahabat.

Setelah selesai sahaja ibadah puasa kita selama sebulan, kita diberi kemenangan dengan menyambut Hari Raya Eidulfitri. Allahu Akhbar, Allahu Akhbar!

Sebak di hati bertandang lagi. Air mata ini gugur lagi ke pipi. ‘Ah.. Ramadhan dah pergi’

Apakah aku benar-benar berjaya mencapai keTaqwaan tersebut?

Apakah aku layak menerima kemenangan ini ya Allah?

Sedangkan puasaku tidak cukup?

Sedangkan aku masih berbuat dosa?

Astagfirullahal’azim. Terimalah taubatku ya Allah.

Terimalah doaku dan perkenankanlah ya Allah.

Sesungguhnya Hanya padamu aku bermohon dan Berharap.

Ameen! Ameen ya rabbal’alamen!


 hmm..Kenapa ya dikatakan hari ini hari kemenangan? atau hari raya Eidulfitri?

Sebab, dari perkataan Eidulfitri itu sendiri yang bererti kembali kepada fitrah, yakni 'asal kejadian' atau 'kesucian' ibarat bayi yang baru dilahirkan di muka bumi. Sebab itu juga, bulan Ramadhan itu dikatakan bulan pengampunan segala dosa.

Ia juga adalah anugerah serta hadiah dari Allah kepada hamba-hambanya setelah berjaya menempuh segala ujian Allah iaitu berpuasa selama sebulan. 

Jadi, di kesempatan itu,
Saya ingin memohon maaf kepada sahabat-sahabat yang mengenali diri ini, kepada sahabat seperjuangan, kepada seluruh umat Islam, maaf zahir batin dipinta.

Antara salah satu doa tidak dimakbulkan adalah kerana kita ada buat salah dengan manusia. Tak kiralah dia ibu bapa kita ke? Sahabat handai kita ka? Saudara mara kita ka? dan sebagainya. Jadi, kita wajib meminta maaf kepada mereka.

Hablum minallah kita jaga, tapi hablum minannas kita abaikan. Jadi, di hari yang penuh dengan kemenangan serta hadiah Ilahi buat kita sebagai orang Muslim serta Mukmin ini, insyaAllah. Marilah sama-sama kita memohon maaf antara satu sama lain. Minta di halalkan makan minum kita dengan mereka selama ini. Dan kita juga hendaklah menghalalkan segala apa yang telah kita berikan kepada sesiapa yang menerima apa-apa sahaja dari kita.

InsyaAllah semuanya ada nilai serta perhitungan di akhirat kelak serta setiap amal ibadat kita sepanjang bulan ramadhan di terima Allah, Taqabbalallahu minna waminkum. Kullu 'am wa entum bikher~  InsyaAllah.. ameen ya rabbal' alamen! 

Raya-raya jugak, tapi jangan lupa konsisten dengan amal ibadat yang kita dah buat sepanjang bulan ramadhan. Baca QUran, solat sunat dan sebagainya. Uh ye! Puasa 6 jangan lupe ye..^^, Puasa 6 itu ibarat puasa sepanjang tahun. Jadi jangan sia-siakan peluang yang ada. Kepada Muslimat, jangat tangguh-tangguh ganti puasa kalian. Semoga diberkati semuanya..ameen!=) 

Selamat pulang ke kampung halaman, kepada yang sudah sampai ke kampung, selamat hari raya maaf zahir & batin saya ucapkan. Dan semoga berbahgia bersama keluarga. InsyaAllah kita dipertemukan lagi dengan bulan Ramadhan pada tahun hadapan..ameen!

Selamat menunaikan solat sunat hari raya. Kemenangan hari ini bukan ibarat kita menang bermain bola, tetapi kemenangan hari ini ibarat tiket untuk kita ke Syurga Allah s.w.t. Jadi,jagalah ia & jangan kotorkannya..^^,

Wallahu'alam.

Aug 24, 2011

Subhanallah! Kayanya kita di Bulan ini...

Alhamdulillah ya Allah, Engkau masih beri aku peluang untuk bernafas di bumi ini. Walaupun, setiap hari dosaku bertambah dan bertambah tetapi Engkau tetap menyayangiku, Engkau tetap beri peluang kepadaku! Allahu Akhbar!

Sahabat².. tahu kah anda? bahawasanya, di bulan Ramadhan yang mulia inilah kita boleh jadi kaya.

Kaya?

Ya, kaya. Kaya dengan pahala yang berlipat-lipat kali ganda. Tidak putus-putus amalan kita sepanjang bulan ramadhan ini.

Bayangkanlah, dari kita sahur, melambat-lambatkan sahur adalah sunah. Jika kita melakukan sunnah, kita dapat pahala. Seterusnya, solat subuh. Solat subuh wajib bagi kita sebagai seorang Muslim. Solat di awal waktu itu semestinya. InsyaAllah.

Selepas solat subuh, terdetik di hati, 'Aku nak buat apa pulak lepas ni?' Astagfirullahal'azim. Sahabat², bukankah puasa itu suatu ibadah.. dari masuknya azan subuh, bermulalah ibadah puasa hingga terbit fajar (Azan Magrib). Berbuka juga ibadah sahabat².

Setelah itu, di susuli dengan solat magrib dan baca al-Quran. Subhanallah! Ibadah lagi. Nabi kata, satu huruf tu 10 nilainya. Kalau dah 1 juzuk kita baca setiap hari, berapa pula nilainya? Subhanallah. Berganda-ganda nilainya sahabat-sahabat.

Selepas itu, solat terawih berjemaah di surau/masjid. Ibadah lagi! Selesai solat terawih 8 rakaat, dengar tazkirah pula (contoh di surau saya). Tazkirah itu juga dikira ibadah!

Allah berfirman "dan tetaplah memberi peringatan kerna sesungguhnya PERINGATAN itu bermanfaat bagi orang beriman!" Subhanallah! tak putus-putus amalan kita. Ibarat kita melakukan ibadah sepanjang hari (24jam).

Kaya tak kita sahabat²?Kaya!

Habis witir selepas tazkirah. Diteruskan dengan tadarrus pula. Allahu akbar! Allahu Akhbar!

Hati saya jadi sebak! Kalaulah bulan Ramadhan ini seperti bulan-bulan yang lain. Subhanallah!

Kita berehat seketika, dan tidur itu juga dikira Ibadah sahabat².

Jam 4.30 pagi, kita bangun Qiamulail pula. Allahu Akhbar! Ibadah lagi! kaya kita sahabat.. kaya!

Jam 5.30 sahur balik. Begitulah seterusnya kita lakukan pada Bulan Ramadhan yang penuh barakah ini.

Ya Allah, sedihnya pilu dihati. Ramadhan yang ku tunggu akan kehadirannya, akan pergi tidak lama lagi. Begitu sekejab! sekejab sangat. Seperti baru semalam kita start puasa. Allahu akhbar!

Bagaimana dengan amalan kita ya sahabat²? Andai kata, ramadhan ini ramadhan terakhir buat diri kita, bagaimanakah perasaan kita agaknya ya?? Astagfirullahal'azim.

Jadi,

Berdoalah!

Sesungguhnya, doa itu senjata orang Mukmin!

"Yaa Allah! Jadikanlah Puasa Ku Sebagai Puasa Orang-Orang Yang Benar- Benar Berpuasa. Dan Ibadah Malam Ku Sebagai Ibadah Orang-Orang Yang Benar-Benar Melakukan Ibadah Malam. Dan Jagalah Aku Dan Tidurnya Orang-Orang Yang Lalai. Hapuskanlah Dosa Ku ... Wahai Tuhan Sekalian Alam!! Dan Ampunilah Aku, Wahai Tuhan Yang Maha Pengampun."
"Yaa Allah! Dekatkanlah Aku Kepada Keridhoan-Mu Dan Jauhkanlah Aku Dan Kemurkaan Serta Balasan-Mu. Berilah Aku Kemampuan Untuk Membaca Ayat-Ayat-Mu Dengan Rahmat-Mu, Wahai Maha Pengasih Dan Maha Penyayang!!"
"Yaa Allah! Janganlah Engkau Hinakan Aku Karena Perbuatan Maksiat Terhadap-Mu, Dan Janganlah Engkau Pukul Aku Dengan Cambuk Balasan- Mu. Jauhkanlah Aku Dari Hal-Hal Yang Dapat Menyebabkan Kemurkaan-Mu, Dengan Anugerah Dan Bantuan-Mu, Wahai Tuhan Yang Memberi Rahmat kepada sekalian Alam!"
"Yaa Allah! Sediakanlah Untuk Ku Sebagian Dari Rahmat-Mu Yang Luas, Dan Berikanlah Aku Petunjuk Kepada Ajaran-Ajaran-Mu Yang Terang, Dan Bimbinglah Aku Menuju Kepada Kerelaan-Mu Yang Penuh Dengan Kecintaan- Mu, Wahai Harapan Orang-Orang Yang Rindu." 
"Yaa Allah! Rezekikanlah Kepadaku Keutamaan Lailatul Qadr, Dan Ubahlah Perkara-Perkara ku Yang Sulit Menjadi Mudah. Terimalah Permintaan Maafku, Dan Hapuskanlah Dosa Dan Keslahanku, Wahai Yang Maha Penyayang Terhadap Hamba- HambaNya Yang Soleh."
Ameen! ameen ya rabbal'alameen! Perkenankanlah segala doa-doa kami Yaa Rahman, Yaa Rahim.

Allahu Akhbar! Allahu Akhbar!

Salam Muhasabah Fillah buat sahabat-sahabat semua. Ingatlah sahabat! Kita hidup di dunia hanya singkat sekelip mata. Tiada mustahil bagi Allah s.w.t. Jika Dia kata Jadi, maka Jadilah! Sama-samalah kita muhasabah diri di akhir² bulan Ramadhan ini. Banyakkanlah berfikir tentang DIA bukan Si Dia.

Renung-renungkanlah dan selamat bermuhasabah.

Wallahu'alam.

Aug 14, 2011

Redha Allah Atau Syurga Allah?

Assalamu’alaikum w.b.t.

Subhanallah walhamdulillah walailahaillallah wallahu akhbar! Pejam celik, pejam celik.. kita sudah masuk ke Fasa ke-2 dalam bulan ramadhan al-mubarak ini. Ramadhan ke 15 dah sekarang ni kan? lagi 15 hari je lagi. YaAllah, cepatnya!huhu.. Okeh jom kita ceklist amalan kita sepanjang bulan ramadhan ini.

1st, Al-quran sepatutnya kita sudah sampai ke juzuk 14 dan akan masuk ke juzuk 15, betul? Siapa yang belum?? Angkat tangan macam saya \(^_^)/..hik3 Sesiapa yg belum tu, kejar sampai dapat ye. Tak rugi kita habiskan waktu dengan membaca al-Quran je. InsyaAllah berlipat ganda pahala yang kita akan dapat nanti.  Ana? Alhamdulillah, belum masuk hari yang ke tujuh, ana dah dapat habiskan juzuk ke yang tujuh. Tapi sahabat-sahabat, jangan baca sahaja tapi kita tak tadabbur ayat tu. Kalau yang macam ana buat, ana baca 4 muka surat, pastu ana akan tadabbur pula maksudnya. Macam-macam kisah dan hukum hakam yang Allah telah tetapkan dalam Quran.  

2nd, Solat sunat dhuha dan tahajjud pernah tinggal? Ceklist balik? Kenapa tinggal, tak sempat ke malas? Ha.. semua tu kne ceklist balik dan buat perubahan. Bulan ramadhan ni, bukan bulan biasa-biasa tapi dia bulan luar biasa. Dalam bulan ramadhan Allah nilah, kita nak keredhaanNYA, bukan kemurkaanNYA dan seumpamanya.

Okeyla yang lain-lain tu cek sendiri ye. Cek ni penting tau sahabat-sahabat, penting untuk tajdid (Pembaharuan) diri kita sendiri. Untuk apa? Untuk bekalan akhirat nanti. InsyaAllah.

Disini ana ada persoalan, kita hidup di bumi ni sebab kita nak redha Allah ataupun syurga Allah? Siapa boleh bagi pandangan dan pendapat? Kalau nak beri pandangan dan pendapat, sila balas di komen ye? ^^,

Semasa di bulan ramadhan ini, kita disarankan agar perbanyakkan membaca doa ini, Allahumma inna nas aluka ridhoka wal jannah, wa nauzubika min sakhitoka wannar…. Ila akhirihi ayat. Jadi, apa maksud dia? “YaAllah ya Tuhan kami, limpahkan kepada kami keredhaanMu dan masukkanlah kami kedalam SyurgaMU, dan jauhilah kami dari azab api neraka..”

Jelas disini, kita hidup di dunia ini adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t. Bagaimana pula dengan Syurga Allah? Okeh, sebab apa kita nak syurga Allah? Sebab kita taknak masuk neraka. Mungkin juga sebab kita rindu dan teringin sangat nak masuk syurga. Mungkin jugak kita seorang Muslim & Mukmin, jadi sudah tentu kita nak masuk syurga? Betul tak? Ha.. persoalannya sekarang ni, Allah redha kah dengan kita?

Oleh sebab itu, setiap perbuatan kita, setiap percakapan kita dan setiap tindakan kita, Pasti bermatlamatkan Keredhaan Allah s.w.t. InsyaAllah natijahnya Syurga yang mana dibawahnya mengalir sungai-sungai. Subhanallah, indahkan? ha, jadi nak tak? Mestilah nak kan? tapi... Allah ada berfirman :-

"Wahai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?" (As-saff : 10)

Dalam ayat ini Allah menawarkan kepada kita suatu Perniagaan? Namun apa yang menghairankan kita, Perniangaan yang ditawarkan bukan sahaja sudah tentu untung di dunia, tapi yang paling penting untung juga di akhirat kerana dapat menyelamatkan kita dari azab yang pedih di akhirat nanti.
Pada pandangan ana,bagi ahli perniagaan atau manusia yang berminda ‘bisnes’ (macam ana kot..hehe) sudah pasti akan menerima tawaran ini. Yela kan, siapa yang tidak mahu untung, lagi-lagi dapat untung sampai kat akhirat..(^_^) Keredhaan inilah yang kita cari sahabat-sahabat.
Jadi, apa pulak Perniagaan yang ALLAH tawarkan tu ye??hmm.. Cuba kita lihat ayat seterusnya.

“(iaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu Mengetahui. Niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam syurga 'Adn. Itulah keberuntungan yang besar.”(as-Saff:11-12)

Jadi sahabat-sahabat, di Bulan Ramadhan inilah masanya. Banyakkan bersedekah, korbankan waktu untuk membaca Quran dan sebagainya. Jadi, janganlah sia-siakan masa yang tinggal lagi setengah bulan je lagi ni. Ya Allah, sedihnya.. kena tengok balik Ceklist ni, huk3 Semoga kita peroleh redha Allah, serta syurga Allah di akhirat kelak. Allahumma Ameen!!

Bila bercakap pasal redha Allah, ana teringat tentang "Minggu Haluan Siswa". Ada seorang adik senior bertanyakan pendapat ana tentang 'Cheer's'.. Ana tak tahu nak cakap macammana, yang boleh ana cakap, "Macammana sekirenye, kita leka dengan 'cheers' tibe-tibe Allah tarik nyawa kita waktu tu? Apa kita nak jawab depan Allah nanti?" huhu Nauzubillahi min zalik~ 

Semoga kita sentiasa terpelihara dari segala perkara syubhah.. dan juga perkara-perkara yang sia-sia. Ingat ya sahabat-sahabat. Cari redha Allah, jangan kerana terlampau seronok dengan dunia serta hiburan, langsung kita lupa kat Allah. 

Manusia zaman sekarang terlampau bijak, kadang-kadang dia nak kaburkan mata kita dengan mengatakan benda itu elok, dia buatlah solat secara berjemaah, dan meletakkan sikit unsur-unsur islamik. Tapi apalah gunanya kita buat semua tu kalau kita still lagi buat perkara-perkara yang syubhah. Macam perempuan yang free hair la.. dia puasa, tapi tidak tutup aurat.. jadi, segala amalannya menjadi sia-sia. Rujuk balik dalam al-Quran, surah an-Nisa' tak silap ana.. segalanya ada jawapan!^^,

Wallahu'ta'ala a'lam.^_^

(Jangan lupa niat puasa ye..:))

Jul 30, 2011

Subhanallah.. Ramadhan datang lagi..^_^

Assalamu'alaikum w.b.t.

(Saya tak sempat nak design saya punya sendiri..apepun, Ahlan wasahlan ya habibi Ramadhan al-Mubarak!^^,)

Alhamdulillah.. bersyukur sangat-sangat sebab tak lama lagi nak puasa. Lagi sehari je kot.. InsyaAllah. Setiap hari, setiap detik.. rasa rindu sangat dengan bulan Ramadhan, hatta dengar lagu raya kat TV pun, sebak je rasa.. bukan sebak nak raya, tapi sebak fikirkan kematian. Bila Ramadhan datang, makin lama, makin pendek umur kita.

Sebab apa?

sebab.. selagi kite bernafas, selagi itulah kematian menghampiri kita. saya pun sejak akhir-akhir ni, suka sangat fikirkan tentang mati. Kadang-kadang, saya sesak nafas. Tapi, saya tahu.. ada hikmah Allah nak beri saya sesak nafas time tu. Tibe-tiba saya terbangun awal pagi.. tup-tup dapat meseg yang Ibu kepada sahabat baik saya, sudah  kembali kerahmatullah. Allahu Akhbar! Semoga kamu tabah, sayang!

Alhamdulillah, sudah 21 tahun saya hidup. InsyaAllah.. saya dapat rasai kenikmatan Bulan Ramadhan kali ini. Mungkin ini ramadhan yang terakhir.. wallahu'alam. Mungkinkah atau pun tidak.. kite perlu bersiap sedia dengan sebarang dugaan atau cabaran yang Allah beri kepada kita. Bak kata pepatah melayu, sediakan payung sebelum hujan.

Begitu jugalah dengan hidup ini. Sebelum kita ingin masuk ke syurga, persiapan yang rapi perlu kita buat. Ibarat seperti Malaikat yang solatnya 24 jam.huhu eh.. Sahabat-sahabat faham maksud saya??

Begini, Solat itu bukan sahaja solat 5 waktu sehari semalam. Tetapi, Allah kata, 'ala bizikrillahi totmainnul Qulub. Sesiapa yang mengingati Allah, hatinya akan tenang. Ibarat malaikatlah, mereka sentiasa beribadah kepada Allah. Tapi bagaimana pula dengan kita? kita ada dunia & akhirat.. jadi, yang mana 1 yang wajib kita aulakan?

hmm... tepuk dada, tanyalah iman anda sendiri. Begitu juga buat diri saya.

Jadi, apa persiapan anda untuk ramadhan kali ini? apakah sama macam tahun-tahun lepas, atau saya nak solat witir 100 rakaat 1 malam, contoh. hehe Tak pun, saya nak sembahyang sepanjang hari, atau baca quran sepanjang hari dan takyah solat pun takpe, sebab saya da baca quran. Macam tu?? hohO..songsang namanya tu. hehe Solat tu kan wajib..^^,

Hidup kita perlulah seimbang. Misal kata, kita main facebook 10 jam, kite kenalah beribadah kepada Allah 20 jam.. atau lebih dari 10 jam yang kita main facebook tu.. ha.. itu barulah dikatakan seimbang antara dunia & akhirat. Kalau kite main facebook 12 jam, tapi kita beribadah 2 jam je. Tak seimbang la tu.. Jadi, itu contoh yang saya boleh bagila.

Allah berfirman lagi, "Tidak aku jadikan manusia dan jin di bumi ini hanyalah untuk beribadah kepadaku". Nah! Allah dah kata da kan? Kita kerja pun dikira ibadah, bagaimana? niat kerana Allah ta'ala. Janganlah kita kerja, kerana rasa terpaksa atau kerna harapan ibu dan ayah misalnya. Niat kita boleh jadi songsang tau.. memang kebanyakkannya nak kerja, sebab nak cari pendapatan atau ibu bapa yang suruh dan sebagainya. Tapi first thinking yang harus kita niatkan adalah, kerana Allah ta'ala. Samalah dengan tujuan kita hidup kat dunia, semuanya semata-mata kerana keredhaan Allah s.w.t.

Jadi, jelas di situ? Jika tak jelas, maklumkan ye. Kalau saya salah. Tolong betulkan ye. ^^,

Baiklah, sebelum menyambut bulan yang penuh mulia ini. Kita kena buat sedikit "Manual Tarbiyyah".. semoga ramadhan kali ini, berbeza dengan ramadhan tahun-tahun lepas.

Sebelum tu, misal kata kita tak tutup aurat, tapi ramadhan kali ni kita berazam yang "saya akan tutup aurat!" atau "saya nak pakai tudunglah puasa nanti".. apepun, niat itu yang penting. InsyaAllah, jika niat kita ikhlas.. Allah permudahkan urusan kita untuk berubah.

"Manual Tarbiyyah" yang ni saya lakarkan sendiri.. nak tiru boleh, nak wat perubahan pun boleh. Sharing is caring..^_^

1. Tahajjud sebelum sahur.
- yang ni kena bangun awal sikitla. Tak pun, sesiapa yang parents nye kejutkan... sebelum nak serbu makanan tu, ha.. masuk tandas, gosok gigi pastu amik wuduk then terus ke tikar sembahyang dan niat solat sunat tahajjud deh. Senang kan? biasakan diri tu.. insyaAllah boleh. :)

2. Jangan tidur selepas bersahur & Subuh.
- ha.. yang ni dikalangan kita sukar nak elakkan. Almaklumlah, tido tak cukup misalnye.. pastu rasa ngantok sangat. Lepas sahur, mesti dah niat da nak tidur lepas subuh. Bila dah niat tu, memang susahla nak ubah. Cuba lepas subuh tu, niatkan taknah tido. Tapi mesti kne ada ikhtiar, misalnye tengok TV ke? kan pagi-pagi ada ceramah "Tanyalah Ustaz" ha.. tak pon, bukak laptop, watla apa yang patut, asalkan tak tido lepas subuh. senangkan? insyaAllah senang.:)

3. Baca Quran selepas solat Subuh.
- Ini adalah salah satu cara untuk hilangkan mengantok.. bacala sebanyak mana helaian muka surat, sehingga membuatkan kita rasa syok baca Quran..insyaAllah, sedar tak sedar kita da baca hampir 1 juzuk.. tryla..:)

4. Solat Dhuha
- Manual Tarbiyyah yang ni jangan lupa ye...dalam hadis Rasulullah diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. yang bermaksud : "Siapa sahaja yang dapat mengerjakan solat dhuha dengan kekal,akan diampunkan dosanya oleh  Allah, sekalipun dosa itu sebanyak busa lautan". Jadi, rajin-rajinkanlah diri anda untuk solat Dhuha.. ^^,

5. Baca Quran 4 muka surat selepas setiap solat Fardhu
- 1 juzuk = 20 helai muka surat
4x5 waktu = 20 helai/sehari
20 helai x 30 hari = 600 helai/khatam
                           = 30 Juzuk

6. Pasangkan niat, Sekurang-kurangnya sekali Khatam Quran.
- Pertama-tama sekali dan selamanya, semuanya berpandukan kepada niat kita. Jadi, jika kita ikhlas, dan niat kerana Allah ta'ala.. insyaAllah, Allah akan bantu kita untuk habiskan khatam. yang pasti, hati kita betul-betul bersedia.. dan bertindak! Sekiranya kita niat sahaja tanpa bertindak, hasilnya tarakla jawapannya..hehe

7. Baca Mathurat pagi dan petang.
- Aiwah! manual tarbiyyah ini kena selalu amalkan. Baca natijahnya kita akan dapat. InsyaAllah.. yang pasti, kita kena paham maksud die.. jangan main baca je.. hehe

8. Hafal surah-surah hafalan.
- Ha yang ni, refresh balik surah-surah yang kita dah hafal sejak darjah 6 lagi. Kena cek KPI dulu la, surah apa yang kita kena hafal. time form1, surah lain.. begitulah form-form yang lainnya. Hatta, masuk universiti pun, ada surah-surah yang kita kena hafal. betul tak?^^,

9. Solat Terawih & Witir
- Solatla terawih secara berjemaah.. insyaAllah natijahnya 27 kali ganda daripada solat secara bersendirian. Mungkin nikmat berpuasa itu lebih terasa bila kita solat jemaah.. selepas itu solat witir. Kalau kita berniat nak solat sunah hajat malam tu,atau apa sahaja solat sunat, lakukanlah solat witir selepas kita selesai habis solat sunat..sebab solat witir adalah solat penutup kepada semua solat sunat.

(Cantikkan? Subhanallah..sapela yang buat..:))

Bagaimana manual tarbiyyah yang saya bagi? boleh buat?? insyaAllah boleh. Hidup perlu konsisten dengan ketaqwaan kepada Allah ta'ala.. semoga kita peroleh rahmat serta kasih sayangnya yang melimpah ruah.. ameen!! Allahu Akhbar!

Dikesempatan itu, saya ingin memohon sejuta kemaafan kepada semua yang mengenali diri saya dan juga kepada semua pembaca, sekiranya.. saya pernah secara langsung atau secara tidak langsung dalam melakukan kesilapan kepada anda semua, sama ada sakitkan hati anda ke? terlepas kata ke??atau seumpamanya.. maaf banyak-banyak deh..:'(

Sesungguhnya, saya hanyalah insan biasa yang banyak kelemahan dan sentiasa dalam muhasabah. InsyaAllah, Setiap manusia punya kelebihan & kelemahan, kita tak dapat nak hapuskan kelemahan tapi kita dapat didik dia dengan sentiasa muhasabah.Jadi, sama-samalah kita muhasabah agar menjadi hamba Allah yang tidak pernah serik untuk mendapatkan keredhaan-NYA..Wallahu'alam.

Kullu 'am wa antum bikher..ameen! Barakallahu feekum..^_^

Jul 18, 2011

Hakikat Perjuang!

Assalamu'alaikum w.b.t.

Alhamdulillah, selesai sudah program ana bersama murabbi even 3 hari, tapi ia amat bermakna buat diri ana. insyaAllah. Sebelum tu, marilah sama-sama kita sedekahkan Al-fatihah buat Dr. Lo' Lo' yang telah kembali kerahmatullah malam semalam. Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan sentiasa mendahului redha Allah, dari redha dunia. Dan semoga setiap perjuangan beliau ada tempat di sisi Ilahi..insyaAllah ameen!!

Kita kehilangan lagi seorang serikandi yang amat bermakna di negara ini. Semoga ramai lagi serikandi seperti beliau. InsyaAllah, termasuk diri ana sendiri..ameen! sama-sama kita doakan untuk diri sendiri.

Baiklah.. setelah selesai dari program tersebut, terdapat banyak perkara yang ana dapat simpulkan. Sahabat-sahabat, PERJUANGAN itu dirancang oleh orang alim, digerakkan oleh mereka yang ikhlas, di perjuangkan oleh Sang Pemberani dan dinikmati oleh Si pengecut. Begitulah antara intipati pesanan Murobbiku Ustaz Yahya Othman baru-baru ini. Bagi ana, ia juga boleh dijadikan sebagai resolusi untuk Bersih 2.0 baru-baru ini.

Kenapa ana boleh kata begitu? mari ana terangkan.

Hidup Ini Perjuangan!
Kehidupan ini suatu perjuangan. Setiap yang hidup mempunyai perjuangan masing-masing. Ada yang sekadar berjuangan untuk hidup, mencari sesuap nasi bagi meneruskan kehidupan, yang mana ibaratnya boleh dikatakan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Adapun, yang perjuangannya lebih sedikit, berjuang untuk mengubah status kehidupan keluarga daripada tahap miskin fakir kepada lebih berada dan selesa. Ada juga yang berjuang untuk memajukan diri dan kerjaya, sehingga mencapai kejayaan dalam erti kata lain, memiliki nikmat kehidupan dunia berupa harta, kekayaan dan seumpamnya. Materialnya lebih bersifat duniawi.

Tidak kurang juga yang melihat perjuangan itu sebagai satu perjuangan melonjakkan sesuatu idealisme dan ideologi, membawa perubahan minda dan kehidupan masyarakat, serta membawa umat daripada satu tahap ke tahap yang lebih baik di dunia ini. Namun, masih ramai yang seolah-olah berjuang atas dasar yang batil, sekadar memuaskan kehendak diri serta nafsunya dalam memuaskan kepentingan peribadi dan kelompok, yang berpaksikan matlamat menghalalkan cara.

Berkiblatkan Ilmu dan Orang Berilmu.
Namun sahabat-sahabat, menuntut ilmu juga satu perjuangan, sebagaimana Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :"Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama?" (QS. At-Taubah:122)
yang mana, ia memerlukan komitmen dan kesungguhan untuk mencapainya. Membina keluarga yang mawaddah, sakinah serta hafizoh juga satu perjuangan.


Menyebarkan kebenaran juga satu  perjuangan untuk menghapuskan kezaliman dan kebobrokan manusia. Walaubagaimanapun, mendidik jiwa dan roh juga satu perjuangan untuk menuju Tuhan Rab al-Jalil. Namun, jika kita benar-benar merenung mana-mana perjuangan, ia pasti dimulakan oleh Orang Alim. Betul tak? Merekalah yang menggagas falsafah dan dasar-dasar perjuangan. 




Inilah hikmah Allah s.w.t. membangkitkan para nabi dan rasul untuk setiap umat dan pada setiap zaman, untuk membawa kemabli umat manusia kepada landasan perjuangan kehidupan yang sebenar. Selepas kewafatan Nabi s.a.w. tugas baginda diwarisi Khalifah, ulama dan mujaddid yang bangkit silih berganti sepanjang sejarah perjuangan umat ini. 


Kelompok kedua dalam perjuangan ialah mereka yang Ikhlas dalam perjuangan. Mukhlisin akan menjadi pengikut dan murid setiap bagi para alim yang memulakan perjuangan tadi. Mereka akan lahir sebagai pengikut yang jujur dengan perjuangan mereka. Sanggup berkorban demi memenangkan perjuangan dan mempunyai semangat berjuang yang tinggi. Keikhlasan mereka menjaga keaslian perjuangan dan membolehkan perjuangan itu diwarisi kepada generasi seterusnya. 


Inilah gambaran yang boleh ana bawa bagi mengenangkan perjuangan para sahabat, yang ibarat bintang-bintang yang bergemerlapan, mewarnai kehidupan perjuangan. 


Berani mengatasi Mehnah & Tribulasi
Namun begitu, perjuangan pasti berhadapan dengan pelbagai mehnah serta tribulasi. Ia ibarat lautan yang bergelora. Perjuangan itu mungkin menghadapi gelombang yang lebih hebat lagi. Sebab perjuangan untuk hidup, melangsungkan kehidupan, mencari erti kebahgiaan, cita-cita dan harapan memang akan berhadapan dengan pelbagai mehnah dan tribulasi.


Sebab itu, hanya mereka yang berani sahaja akan tegar bagi meneruskan perjuangan. Sang Pemberani akan untuh mempertahankan prinsip perjuangan, meskipun ramai yang telah lari meninggalkan barisan perjuangan. Mereka inilah yang akan terus mara dalam perjuangan, sehingga ke titisan darah yang terakhir. Sang Pemberani pasti meniupkan roh kemenangan dan kejayaan yang membakar semangat rakan seperjuangan. Sang Pemberani juga akan bersabar dengan derita perjuangan kerana itu merupakan mahar untuk mengapai Syurga Ilahi.


Namun, perjuangan memerlukan lebih ramai sang Pemberani seperti anda semua bagi mendukung dan menopang perjuangan ke tahap jayanya. Mereka yang menerobos perjuangan kehidupan, perlu memiliki keberanian dalam berjuang. Ingatlah! Sifat berani adalah fitrah yang dianugerahkan kepada mereka yang berjiwa menang. Berani itu kerana Benar dan Takut itu Kerana Salah. 




Pengecut Berjiwa Parasit!
Namun tidak dinafikan, dalam hakikat perjuangan ini, ada sekelompok yang hanya duduk sahaja menunggu kemenangan, sekadar bercita-cita mengecap nikmat kemenangan dengan menanguk di air keruh. Inilah Kelompok Pengecut yang berjiwa kecil. Jiwa kerdil mereka menjadikan mereka seperti parasit yang hanya menumpang kejayaan orang lain untuk kepentingan diri sendiri. Ada juga yang hanya tahu menadah telinga mendengar berita palsu serta mengeluarkan bijik mata melihat kezaliman dari Pemberita Munafik. Kelompok ini tidak jujur dengan perjuangan tetapi antara yang awal mendabik dada merayakan kemenangan. Berawaslah kita daripada kelompok ini. Nauzubillahi min zalik! 


Marilah kita thabatkan pendirian kita. Dimanakah kita? apakah kita ingin tergolong dalam kalangan kelompok pertama, kedua atau ketiga? atau sekadar berpada sebagai si pengecut yang menunggu sahaja peluang atas perjuangan orang lain? 


Jadi marilah kita menjadi manusia mulia yang bersama-sama dengan kelompok para pejuang. Perjuangan memerlukan gabungan mereka yang alim, ikhlas dan berani tetapi tidak si pengecut malah tetap memenangkan si kepala pengecut. Tepuk dada, tanyalah iman diri kita sendiri. Dimanakah Iman kita? 


"Ketahuilah, bahawa sesungguhnya Islam mempunyai dinding teguh dan pintu yang kukuh. Dinding Islam itu ialah keadilan. Sedang pintunya ialah kebenaran. Apabila dinding itu telah dirobohkan dan pintunya dipecah orang, Islam pun akan dapat di kalahkan. Islam akan sentiasa kuat selama pemerintahannya kuat. Kekuatan pemerintahan tidak terletak dalam angkatan perang atau keperkasaan angkatan kepolisan. Namun, dalam realitinya pelaksanaan yang dijalankan dengan segala kejujuran dan kebenaran serta keadilan".
[Umair Bin Sa'ad]

Wallahu'alam.

Jun 28, 2011

13 Kejadian Aneh Dalam Israk Mikraj?



Alhamdulillah ála kulli hallin wa astagfirullahal'azim. Pejam celik..pejam celik, insyaAllah tepat jam 12 malam ni, ia mengenangkan kita kembali kepada satu peristiwa yang amat bermakna buat Umat Islam sepanjang zaman. Peristiwa yang dimaksudkan adalah peristiwa Israk Mikraj yang menakjubkan. Ia berlaku pada malam 27 Rejab , tahun ke-11 daripada kerasulan Nabi Muhammad S.a.w. 


Bila dikatakan satu peristiwa yang menakjubkan, jadi terdapat 13 kejadian aneh dan menakjubkan sepanjang hari tersebut. Subhanallah.. mari kita hayati dan fahami setiap kejadian aneh tersebut. Semoga ia memberi ibrah dan keinsafan buat diri kita. 


1) Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

2) Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).

3) Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

4) Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

5) Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

6) Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

7) Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

8) Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

9) Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.


10) Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

11) Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

12) Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensiakan umurnya sampai ke tua.

13) Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.



Jadi, Ingatlah sahabat-sahabat, setiap amalan baik serta buruk kita semuanya telah dicatatkan dalam buku amalan kita. Ke mana kaki kita melangkah semuanya di catat oleh Malaikat kiri dan kanan bahu kita. Marilah kita sama-sama berfikir sejenak dan bermuhasabah sejenak, apakah amalan yang telah kita lakukan selama mana kita hidup di dunia? adakah diterima Allah atau tidak? 


Jadi, Perbanyakkanlah amalan-amalan sunat, pergilah ke surau-surau yang berdekatan untuk mendengar ceramah. Ilmu itu tidak datang dengan sendirinya sahabat-sahabat, ia perlu dicari dan di gali. Mudah-mudahan Ramadhan kali ini bukan kali terakhir tapi sekiranya ia kali terakhir, maka rebutlah peluang terakhir itu. Renung-renungkanlah dan Insafilah.. Astagfirullahal'azim...


Hayatilah lagu ini.. 




Ya Allah,
sesungguhnya aku Hamba yang Maha Faqir, 
Sentiasa mengharap kekayaanMU, 
Ya Allah,
aku hamba yang Maha Lemah,
Sentiasa mengharap kepada BantuanMU..
http://www.smileycodes.info


Wallahu'alam~ 

Jun 22, 2011

Mengapa Selalu Fikir Soal Cinta & Hati? Mengapa?


Hubbullah
Hati dan perasaan cinta merupakan satu fitrah insaniah tidak kira sesiapapun. Manusia perlukan cinta dan memerlukan kasih sayang. Perasaan untuk mencintai kepada lawan jantina memang tidak dinafikan, ia merupakan sesuatu yang perlu bagi setiap manusia.
Tapi, mengapa kita terlalu sibuk memikirkannya?
Adakala setiap masa dan waktu kita fikirkannya,
Sampai satu tahap, jika sentiasa memikirkan hal ini, kita pasti akan terjebak dalam "couple". Bukankah couple itu sebuah jalan yang penuh dengan liku-liku yang salah?
Jika anda masih belum mampu, jangan sekali bermain dengan perasaan. Ia tidak akan membawa kemana-mana. Perjalanan masih terbentang jauh nun disana.
Jodoh?
Bukankah Jodoh itu telah ditetapkan oleh-Nya?
Anda punyai misi untuk islam. Mengapa mudah goyah kepada perasaan dan cinta. Ramai yang mengatakan "aku mahu berkahwin, bernikah" tetapi dimanakah persediaan kita? untuk menjadi isteri kepada seorang suami atau suami kepada seorang isteri?
Ia bukanlah sebuah perkara yang mudah. Adakah ia hanya sebuah keseronokan? Untuk merealisasikan mimpi indah? Tidak. Ia satu tanggungjawab yang akan ditanya oleh Allah SWT suatu ketika nanti. Adakah kita telah melaksanakan tugas sebagai khalifah dengan sebaik-baiknya? fikirkanlah sebelum memilih jalan yang terlalu mudah.
Mari Menjadi Hamba kepada pencipta
Menjadi sebaik-baik hamba memerlukan pengorbanan bukan hanya pada kata-kata. Jika kita imbas kembali bagaimana sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. yang sentiasa memperbaharui dan meningkatkan Iman mereka. Keyakinan mereka adalah di tahap yang tinggi. Mereka melihat syurga di hadapan mereka. Amal yang mereka lakukan adalah semaksimum yang mungkin.


Bukan seperti kita? Mengimpikan syurga tetapi kita hanya bermimpi tanpa mempertingkatkan amal. Sedarlah! Hidup ini satu perjuangan. Jadi, berusahalah Untuk Menyihatkan IMAN!


Jangan terlalu fikirkan cinta
Cinta dan perasaan satu keperluan. Tetapi kita mesti pandai menguruskannya. Bercintalah tetapi melalui jalan-jalan yang Islam telah tunjukkan. Buat persediaan, dan lakukan ta'aruf  dan seterusnya. Islam itu dipenuhi cinta dan kasih sayang, tapi banyak cinta dan kasih sayang yang menyimpang dari islam kerana kita tidak menghayati Islam sepenuhnya.


Berapa ramai manusia zaman kini yang kecewa dengan cinta? berapa ramai manusia zaman kini yang sanggup bergadai nyawa hanya kerana untuk mendapatkan cinta manusia? Janganlah kerana kita terlalu memikirkan soal cinta sampai sanggup korbankan segala-galanya tanpa memikirkan tanggungjawab yang sebenar-benarnya kepada Sang Pencipta.


Oleh itu, carilah cinta Ilahi sebelum kita mencari Cinta Manusia. InsyaAllah, dengan cinta Ilahi urusan kita akan dipermudahkan dengan urusan cinta manusiawi. 


Lihatlah cinta yang sebenar ini!
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya ALLAH TA'ALA berfirman pada Hari Kiamat kelak; mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagungan-KU? Hari ini KU-naungi mereka, di mana tidak ada naungan yang lain selain naungan-KU."

Wallahu'alam.

Artikel from : http://www.iluvislam.com

May 13, 2011

Dia sahabat sejatiku!



“Tak ada sahabat sejatimu kecuali dia yang paling tahu aibmu, dan tidak ada (sahabat seperti itu) kecuali Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Sebaik-baik sahabatmu adalah yang menuntutmu, tetapi sama sekali tuntutan itu tidak ada kepentingannya darimu untuk-nya.”Tak ada yang lebih tahu aib kita secara detil dan rinci melainkan Allah swt, karena Dia-lah yang tak pernah meninggalkan anda ketika anda dalam kondisi hina dan tidak menolak anda ketika anda dalam kondisi sangat kurang, bahkan senantiasa mengasihi anda dalam situasi apa pun.
Pada saat begitu Dia memerintahkan anda dan melarang anda, namun anda maksiat pada-Nya, namun Dia tidak meninggalkan anda, bahkan dengan rasa belas kasih-Nya Dia memanggilmu untuk datang kepada-Nya di saat anda alpa.Namun jika yang tahu aib anda secara detil itu adalah makhluk, maka para makhluk pun justru meninggalkan anda dan melempari anda atas perbuatan anda selama ini. Namun Allah Swt dengan segala cinta dan kasih sayang-Nya senantiasa malah menjaga anda. Namun yang menyadari itu sangat sedikit.

Allah Swt tidak pernah meminta imbal balik kita dibalik perlindungan, perintah, tuntutan dan larangan-Nya. Sedangkan pergaulan dan persahabatan dengan makhluk penuh dengan tuntutan dan kepentingan. Maka sahabat sejati sesungguhnya yang menyadarkan kepentingan yang kembali pada diri kita, hal-hal yang berguna maupun hal-hal mana yang berbahaya.

Namun rasa yakin yang rendah dan lemah membuat anda terhijab dari semua itu. Karena itu Ibnu Athaillah melanjutkan:
“Seandainya cahaya yaqin memancar, pasti anda melihat akhirat lebih dekat padamu dibanding anda menempuhnya. Dan sungguh anda memandang keindahan dunia tak lebih dari reruntuhan fana yang tampak padanya.”


Dunia hanyalah khayal dalam wujudnya, apabila anda benar-benar tercerahi oleh cahaya yaqin.
Ahmad bin Ashim al-Anthaky ra menegaskan, “Yaqin adalah nur yang dijadikan Allah swt dalam hati hamba-Nya, hingga ia melihat perkara akhiratnya dan cahaya itu membakar semua hijab antara Dia dan dirinya, sampai akhirat tampak begitu jelas dalam perspektifnya.”
Suatu hari Rasulullah Saw, bertanya kepada Haritsah ra, “Apa kabarmu pagi ini wahai Haritsah?”
“Saya dalam kondisi beriman yang benar,” jawab Haritsah.
Rasulullah saw, bersabda, “Setiap kebenaran ada hakikatnya, lalu apa hakikat imanmu?”
“Seakan-akan saya berada di Arasy Tuhanku benar-benar ditegakkan dan saya melihat ahli syurga sedang menikmati nikmat-nikmat-Nya di syurga dan ahli neraka sedang saling minta pertolongan,” kata Haritsah.
Rasulullah saw, bersabda, “Kamu sedang mengenal maka teguhlah. Seorang hamba yang qalbunya dicerahi cahaya oleh Allah….” (Al-Hadits).
Rasulullah saw, pernah bersabda, “Bila cahaya masuk dalam hati, maka hati akan lapang…”
Rasul saw, ditanya, “Wahai Rasulullah apakah ada tanda untuk mengenal itu?”
Beliau menjawab, “Merasa kosong di negeri tipudaya dan kembali pada negeri keabadian, serta mempersiapkan bekal mati sebelum waktunya tiba…”
Jadi, siapakah pula sahabat sejati anda? salam muhasabah bersama.
Wallahu'alam.

Apr 14, 2011

Susahnya Nak Didik Hati! T.T

Teringat perbualan bersama sahabat ku aritu..

"Ili, aku nak tanya hang sikit ni, cana hang jaga hati ek?" soal beliau.

"Kalau aku, aku sibukkan diri dengan program" jawapanku.

"Em.. camne ek? bila kita sibukkan dengan program ke atau apapun, mesti hati kita teringat kat sesapa walaupun kite tak tahu pun sape lelaki tu"

"Aik, macammana tu?"

"ang penah tak bila ang dok sorang-sorang, ang fikirkan tentang seseorang atau ang fikirkan tentang nak kahwin ke?"

"emmm....." lamaku berfikir (pernah ke?huhu)

"em..entahlah, pernah kut." jawapanku setelah lama ku berfikir.

"sedikit pun dikira pernahla kan? mesti ada punya.. sebab hati ni, Allah yang kawal. Sekuat mana pun kita tolak benda tu, dia mesti datang sendiri..huhu" luah sahabatku itu.

"aáh kan.. pernah kut..huhu" ujarku walaupun samar-samar.

"Kenapa ang tanya?" soalku lagi.

" kawan aku yang tanya. dia tanya aku camna nak jaga hati? aku jawabla sibukkan diri dengan program, baca Quran" ulas beliau.

"owh..."


perbualan tamat.

Bila saya teringat je perbualan diatas, mesti saya akan terfikir 'patutla ramai sahabat-sahabatku yang nak kahwen awal'. Ini semuanya sebab nak jaga hati. Bila saya terfikir soal hati ni, mesti saya akan terfikir jugak 'ada ke orang nak kat aku ni?' ha.. jadinya bila terfikirkan macam tu, langsung tak jadi fikir. sebab apa saya kata camtu? yelah, muslimat PMI kan kasar-kasar.. ade ke muslimin nak? Muslimin ni pulak suke cari yang lemah-lembut, yang kurang menonjolkan dirinya kat luar.. dan macam-macam cirinya lagilah..hmm~

tapi...bila situasi nye begini pulak..

"akak bukan taknak, cuma akak riso nanti dia tak boleh terima akak camni, yelah.. dia nak ke dengan muslimat yang kasar, yang selalu beraksi dengan masyarakat..akak takut nanti dia tak paham kerja kita sebagai ahli gerakan".

camtu pula jadinya, da ada orang merisik.. taknak pula sebab persepsi diri sendiri.huhu

soal bab kahwen awal? saya tak pernah terfikir pun nak kahwen awal. Pernah tu pernahla.. mustahilla kata tak pernah kan.. tapi itupun bila mana sahabat-sahabat saya ramai yang sudah mula berbincang tentang kahwen muda ni. Baru-baru ni, ada sahabat saya dah berkahwin pastu die post macam-macamlah terhadap perasaan dia kat isteri dia, sayanglah.. rindulah.. pastu, yang sahabat-sahabat yang lain ni.. (yg belum berkahwin) rasa macam nak kawen cepat pulak.

Sepatutnya, orang yg da berkahwin ni.. simpan sendiri-sendiri sudahla. Takyah nak post kat facebook dan sebagainya. sebab bila die post tu, kita pun akan terfikir sendirinya tentang perasaan hati ni.. lama-lama jadi maksiat hati pula..huhu Nauzubillah~ Tapi itulah hakikatnya.. betul tak? ke tak? tipulah kata tak? sebab semua tu fitrah.

Walaubagaimanapun, dimaafkan. Biasalah tu orang muda bila sudah dilamun cinta.kan2? kui3 ^_^

Ada juga seorang sahabat saya di UDM bertanya..

"Ili, aku tengok ko ni tabah je"..

"Aik, asal ko cakap camtu pulak?huhu"

"Takdelah, macammana ko jaga hati ek? aku susahla nak jaga hati memandangkan suasana tempat aku berbeza dgn tempat ko..hmm~" luah sahabatku itu.

"Ya Allah, apa bezanya? ak ase UDM tu lagilah Islamik tempatnya.. nak berbandingkan dgn UM ni.. kalau takde APIUM ni, takdenye suasana Islamik kt UM ni..ha..."

"Memanglah, tapi aku tengok ko relax je.."

"aku malasla nak pk.. buang masa je, lagipun takde masa aku nk fikir benda-benda ni semua.. boleh datangkan maksiat hati je" luahku sejujur-jujurnya.

Tapi kadang-kadang bila orang cakap camtu, baru saya akan terfikir soal hati. Itupun cepat-cepat saya buat keje lain supaya ia tidak melarat. Nak katanya, hati ni susah sgt nak jaga. Orang kata apa? Dalam hati ada taman en? tapi sejauh mana kita jaga taman kita tu.. pandai-pandai kitalah. Macammana kita tarbiyyah diri kita dan hati kita.

Ada yang suka cakap kasar dengan lelaki semata-mata nak jaga hati, ada juga yang suka tunduk je semasa berjalan sebab nak jaga hati dan sebagainya. Banyak cara sebenarnya nak jaga hati ni. Semuanya Allah da nyatakan dalam Al-quran, tunggu kita je lagi nak aplikasikannya bagaimana. Apepun, niat kita biarlah kerana Allah Ta'ala.

Saya teringat pesanan K.ha (Ukhti Fatimah Syarha) semasa beliau menjadi Panel dalam program 'Manisnya Menjadi Seorang Gadis', pesanannya "kamu joinla apa jua gerakan jemaah yang ada di Malaysia ni, tak kiralah jemaah ke, Jemaah Islam Malaysia ke..haluan ke, Abim ke, asalkan ia membuatkan kita sibuk disamping membawa kita taqarrub kepada Allah Ta'ala. Lantaran itu, hati kita mudah dijaga dan kita juga akan takut untuk melakukan maksiat kerana apa? kerana kita sudah terikat janji dengan Allah Ta'ala. 

Jadi, joinla apa jua program yg bermanfaat buat diri kita dan paling penting, ia mendekatkan diri kita kepada Allah Ta'ala. InsyaAllah, kita takkan ada masa nak fikir soal cintan-cintun ni terutamanya soal hati. Sebab soal jodoh ni kita serahkanlah segala-galanya kt Allah Ta'ala, insyaAllah Allah permudahkan urusan kita nanti. Cuma I'tikad dan berusaha itu perlu ada dalam diri kita.


Jadi jagalah hati, agar ia tidak dikotori. Saya paling tak suka bila mana muslimin suka sgt call ana malam-malam. Bagi meseg sudahla..haiih~ Padan muka sape yang call saya tapi saya tak angkat...hohO Kalau nak cakap soal kerja, bagi meseg pun saya paham kut. [Marah ni..=.=] Saya bukan apa, kadang-kadang kerja tu bertimbun..tiba-tiba orang call pulak, terbantut la kerja kita.. bunyi Handphone tu je, dah boleh hilang kan Idea serta merta. ha.. Bagi meseg jela lenkali deh..:)

Kepada sahabat-sahabatku yang sudah berpunya.. saya doakan semoga dipercepatkan perkahwinannya agar hati mudah terjaga dan semoga bahgia hingga kejinjang pelamin hinggalah ke syurga. insyaAllah ameen! apepun, restu keluarga itu perlu bagi menjamin keberkatan Allah didunia hingga ke syurga..insyaAllah.Doakan saya juga ye.. ^^, Barakallahu fikum~

Wallahu'alam.