Nov 11, 2009

AyUh..kEmbaLi kE sEkoLah..!

Alhamdulillah,perjuanganku sebagai seorang mahasiswa islam diteruskan lagi. Kini aku memasuki semester akhir yaitu semester4 di Universiti Malaya Nilam Puri . Perjalananku untuk kembali ke Nilam Puri kelantan memakan masa hampir 8 jam..[MasyaAllah lamanya]. Untuk hari pertama, aku bersama sahabatku pergi mendaftarkan diri untuk sesi baru ni. Ramai jugak yang pergi mendaftarkan diri ketika itu , almaklumlah semangat berkobar-kobar dengan azam yang menyala-nyala bagaikan obor api yg menyala dengan maraknya ..Allah, berfalsafah pulak aku ni.hehe hmm...Macam-macam perubahan yang aku lihat pada mahasiswa & mahasiswi sem baru ni,ada yang da pandai bergaya,ada yang
berpakaian baru(macam hari raya la pulak),yg dahulunya berkopiah tetapi sekarang tidak lagi..ish3 em..mungkin ada yang da menukar style rambut mereka bagi pelajar musliminla,ada juga yang da berisi sikit(terasa)huhu..almaklumlah,kebanyakkannya bila duduk dirumah time2 cuti semester ni,aktivitinya makan.......tidur......itu jela kejenye. Tapi rasanya bagi muslimat tak kot. Sebabnya terlalu banyak keje yg perlu dilakukan dirumah tu, kena kemas rumahla,memasak untuk satu famili la,basuh kainla,sidai kain la pastu kena lipat kain pulak 2..ha..banyak sangat keja.. Nak harapkan adik lelaki kat rumah..hmm..buat sepah lagi adalah..adeiiih...tapi takpelah,takdelah boring
sangat duduk rumah sorang2.hihi
Emm..ketika mendaftar tu, aku diberi jadual kelas untuk sem baru oleh En. Zul..hmm, agak padatla jugak..tapi takpelah..belajar kan,bukannya pergi bermain. 1st day je,kelas da stat..dalam hati bermonolog ( alah mula-mula mestilah ustaz tak masuk kan ) rupa-rupanya ada kelas..tapi tak merungut pun dalam hati, nanti tak berkat pulak ilmu yang ustaz akan beri..huhu. Alhamdulillah,walaupun kelas da stat..tapi sesi ta'aruf pasti ada , kalau tidak sesi ta'aruf pun, sesi borak-borak ataupun sesi ceramah. 1st day tu,aku ada kelas praktikal ibadah dengan PM syukri..tak belajar pun, cuma ustaz nasihatkan kami betapa pentingnya bahasa Arab ni..salah satu kata-kata beliau yang aku ingatla..

..المساكن المال ولكن لا مسكين اللغة
[biar miskin harta tapi jangan miskin bahasa]

Itulah salah satu pesanannya yang akan aku akan ingat sampai bila-bila..insyaAllah. Aku suka sangat bila mendengar PM syukri bagi nasihat / pesanan..terlalu banyak isi tersirat yg beliau nak luahkan sebenarnya. Terlalu mendalam kata-kata yang beliau nak luahkan walaupun dalam bahasa arab tapi alhamdulillah serba sikit dapat juga aku memahaminya.
"jangan matikan bahasa arab", pesan beliau kepada setiap majmuah ketika hari pertama kelasnya. Akan aku tunaikan harapannya itu..insyaAllah. Selalu juga aku speking dalam bahasa arab dengan abah tapi dalam YM (yahoo mesenger) jela. Kalau kat rumah tetibe jadi segan pulak..hihi tapi kalau abah kol aku, kadang2 kena cakap dalam bahasa arab,kadang2 cakap cam biase jela..hihi lucu2..[^^,]
Esoknya adalah hari yang dinanti-nanti oleh setiap mahasiswa-mahasiswi Universiti Malaya Nilam Puri, tapi bukan cuti semester lagi ye..nak tahu ape dia?? Result semester 3 la..huhu Tepat jam 2 petang, papan kenyataan sudah mula sesak dengan mahasiswa sem2 & sem4 untuk melihat result sem lepas masing-masing. Ada yang gembira,ada yang sedih..itu sudah lumrah bagi setiap mahasiswa untuk terima keputusan itu dengan hati terbuka & berserah. Yang gagal tidak semestinya akan gagal selamanya, dan yang berjaya juga tidak semestinya akan berjaya selamanya. Teruskan perjuangan sahabatku, kejayaan pasti akan menjadi milik kita suatu hari nanti.
Aku??em..alhamdulillah..itu sahaja yg boleh aku ucapkan. Dan apa yg aku usahakan selama ini telah membuahkan hasil..walaupun tak tinggi mana tapi alhamdulillah meningkat dari sem-sem lepas..aku bersyukur dengan apa yg telah ditetapkan untukku. Terimakasih Habibi..

Pagi rabu tue,kami ada seminar di Dewan Johor. Tak tahulah seminar apa..tapi seminar untuk menggalakkan student UM nilam puri ni bercakap dalam bahasa arab..tatakallam billuqhotil 'arabiah daiman.
Bak kata ustaz Hazrul "Gunakanlah bahasa arab dimana sahaja anda berada walaupun sedikit",jadi kami harus bercakap bahasa arab setiap hari..walaupun tak pandai bercakap dalam bahasa arab tapi kita harus mencuba..btol x??ha..."ana la' asdiko'u" luah ustaz Hazrul dalam seminar tersebut. sebabnya result bahasa arab sem ni ramai yang dapat A.. tapi dalil(bukti) dia takde. Jadi untuk mendapatkan buktinya kami perlu membantu pensyarah-pensyarah dalam laksanakan misi ini..(bi'ah arabiah daiman).
"na'am" jawab semua mahasiswa & mahasiswi yang hadir ke seminar itu.
selesai sudah cerita pasal seminar tu.
Lepas ni, pasti aku akan sibuk dengan pelbagai assigment & kerja yang perlu aku lakukan dan siapkan. YaAllah bantulah aku dalam setiap urusan ku & permudahkanlah setiap urusan ku Ya Habibi..amiin..[^^,]
Sekian saja cerita hidupku kali ni..wallahu'alam.