Showing posts with label EVENT. Show all posts
Showing posts with label EVENT. Show all posts

Nov 7, 2011

Salam Raya Korban.

Assalamu'alaikum w.b.t.

Alhamdulillah, kita baru sahaja selesai menyambut hari raya korban 1432H. Hari ini baru hari kedua, sudah bertakbir hari ini?kita disunatkan untuk bertakbir selama 3 hari. Itulah istimewanya Raya Korban.

Dengan itu, sebelum terlambat, ana ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Haji @ Korban 1432H. Semoga raya korban ini kita dapat meningkatkan lagi keimanan kepada Allah Ta'ala, serta perbanyakkan zikir kepada Allah s.w.t. 

Tidak lupa juga, pengorbanan untuk mengejar akhirat. Iaitu dengan berjihad, Usrah jangan lupa, dakwah pun jangan lupa. Segala-galanya ia memerlukan perngorbanan untuk menuju akhirat. InsyaAllah.. 

Itu sahaja entry kali ini.. Kullu am wa antum bikher..Maaf Zahir Batin. ^^,

Wallahu'alam~ 

Aug 29, 2011

Hari Konvokesyen buat Graduasi Taqwa.

Allahu akhbar  Allahu Akhbar Allahu  Akhbar, laaila haillallahhu wallahu akhbar, Allahu akhbar walillahil hamd.

Subhanallah, Takbir raya sudah mula bergema. Itu tandanya hari ini adalah Hari Konvokesyen Buat Graduasi Taqwa.

Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud :
“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan bagi kamu berpuasa, sebagaimana telah diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu berTAQWA”.

Alhamdulillah! Itu janji Allah sahabat-sahabat.

Setelah selesai sahaja ibadah puasa kita selama sebulan, kita diberi kemenangan dengan menyambut Hari Raya Eidulfitri. Allahu Akhbar, Allahu Akhbar!

Sebak di hati bertandang lagi. Air mata ini gugur lagi ke pipi. ‘Ah.. Ramadhan dah pergi’

Apakah aku benar-benar berjaya mencapai keTaqwaan tersebut?

Apakah aku layak menerima kemenangan ini ya Allah?

Sedangkan puasaku tidak cukup?

Sedangkan aku masih berbuat dosa?

Astagfirullahal’azim. Terimalah taubatku ya Allah.

Terimalah doaku dan perkenankanlah ya Allah.

Sesungguhnya Hanya padamu aku bermohon dan Berharap.

Ameen! Ameen ya rabbal’alamen!


 hmm..Kenapa ya dikatakan hari ini hari kemenangan? atau hari raya Eidulfitri?

Sebab, dari perkataan Eidulfitri itu sendiri yang bererti kembali kepada fitrah, yakni 'asal kejadian' atau 'kesucian' ibarat bayi yang baru dilahirkan di muka bumi. Sebab itu juga, bulan Ramadhan itu dikatakan bulan pengampunan segala dosa.

Ia juga adalah anugerah serta hadiah dari Allah kepada hamba-hambanya setelah berjaya menempuh segala ujian Allah iaitu berpuasa selama sebulan. 

Jadi, di kesempatan itu,
Saya ingin memohon maaf kepada sahabat-sahabat yang mengenali diri ini, kepada sahabat seperjuangan, kepada seluruh umat Islam, maaf zahir batin dipinta.

Antara salah satu doa tidak dimakbulkan adalah kerana kita ada buat salah dengan manusia. Tak kiralah dia ibu bapa kita ke? Sahabat handai kita ka? Saudara mara kita ka? dan sebagainya. Jadi, kita wajib meminta maaf kepada mereka.

Hablum minallah kita jaga, tapi hablum minannas kita abaikan. Jadi, di hari yang penuh dengan kemenangan serta hadiah Ilahi buat kita sebagai orang Muslim serta Mukmin ini, insyaAllah. Marilah sama-sama kita memohon maaf antara satu sama lain. Minta di halalkan makan minum kita dengan mereka selama ini. Dan kita juga hendaklah menghalalkan segala apa yang telah kita berikan kepada sesiapa yang menerima apa-apa sahaja dari kita.

InsyaAllah semuanya ada nilai serta perhitungan di akhirat kelak serta setiap amal ibadat kita sepanjang bulan ramadhan di terima Allah, Taqabbalallahu minna waminkum. Kullu 'am wa entum bikher~  InsyaAllah.. ameen ya rabbal' alamen! 

Raya-raya jugak, tapi jangan lupa konsisten dengan amal ibadat yang kita dah buat sepanjang bulan ramadhan. Baca QUran, solat sunat dan sebagainya. Uh ye! Puasa 6 jangan lupe ye..^^, Puasa 6 itu ibarat puasa sepanjang tahun. Jadi jangan sia-siakan peluang yang ada. Kepada Muslimat, jangat tangguh-tangguh ganti puasa kalian. Semoga diberkati semuanya..ameen!=) 

Selamat pulang ke kampung halaman, kepada yang sudah sampai ke kampung, selamat hari raya maaf zahir & batin saya ucapkan. Dan semoga berbahgia bersama keluarga. InsyaAllah kita dipertemukan lagi dengan bulan Ramadhan pada tahun hadapan..ameen!

Selamat menunaikan solat sunat hari raya. Kemenangan hari ini bukan ibarat kita menang bermain bola, tetapi kemenangan hari ini ibarat tiket untuk kita ke Syurga Allah s.w.t. Jadi,jagalah ia & jangan kotorkannya..^^,

Wallahu'alam.

Jun 28, 2011

13 Kejadian Aneh Dalam Israk Mikraj?



Alhamdulillah ála kulli hallin wa astagfirullahal'azim. Pejam celik..pejam celik, insyaAllah tepat jam 12 malam ni, ia mengenangkan kita kembali kepada satu peristiwa yang amat bermakna buat Umat Islam sepanjang zaman. Peristiwa yang dimaksudkan adalah peristiwa Israk Mikraj yang menakjubkan. Ia berlaku pada malam 27 Rejab , tahun ke-11 daripada kerasulan Nabi Muhammad S.a.w. 


Bila dikatakan satu peristiwa yang menakjubkan, jadi terdapat 13 kejadian aneh dan menakjubkan sepanjang hari tersebut. Subhanallah.. mari kita hayati dan fahami setiap kejadian aneh tersebut. Semoga ia memberi ibrah dan keinsafan buat diri kita. 


1) Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

2) Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).

3) Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

4) Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

5) Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

6) Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

7) Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

8) Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

9) Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.


10) Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

11) Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

12) Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensiakan umurnya sampai ke tua.

13) Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.



Jadi, Ingatlah sahabat-sahabat, setiap amalan baik serta buruk kita semuanya telah dicatatkan dalam buku amalan kita. Ke mana kaki kita melangkah semuanya di catat oleh Malaikat kiri dan kanan bahu kita. Marilah kita sama-sama berfikir sejenak dan bermuhasabah sejenak, apakah amalan yang telah kita lakukan selama mana kita hidup di dunia? adakah diterima Allah atau tidak? 


Jadi, Perbanyakkanlah amalan-amalan sunat, pergilah ke surau-surau yang berdekatan untuk mendengar ceramah. Ilmu itu tidak datang dengan sendirinya sahabat-sahabat, ia perlu dicari dan di gali. Mudah-mudahan Ramadhan kali ini bukan kali terakhir tapi sekiranya ia kali terakhir, maka rebutlah peluang terakhir itu. Renung-renungkanlah dan Insafilah.. Astagfirullahal'azim...


Hayatilah lagu ini.. 




Ya Allah,
sesungguhnya aku Hamba yang Maha Faqir, 
Sentiasa mengharap kekayaanMU, 
Ya Allah,
aku hamba yang Maha Lemah,
Sentiasa mengharap kepada BantuanMU..
http://www.smileycodes.info


Wallahu'alam~ 

Jun 20, 2011

Pangkor Vs Putrajaya!

Alhamdulillah.. selesai sudah 2 projek minggu lepas. Nak tahu Projek gapo? projek Cuti-cuti Malaysia dengan projek Kem Pendidikan Mara la. kui3 Okeh, InsyaAllah saya akan cite satu persatu. Pengalaman itu perlu dikongsi bukan disimpan, kan-kan? InsyaAllah.

1st day
Kami bertolak dari sabak Bernam ke Lumut pada jam 1 tengahari dan sampai di Lumut jam 3 petang. Selepas itu, kami naik ferry jam 3.30 petang. Sesampai je kami di Jety Pangkor. Kami naik Van Pink dan terus bawa kami ke Tempat Penginapan di Purnama Resort. 1 bilik 5 orang, kebetulan pula muslimat yang join 5 orang je. Dan Muslimin pulak 10 orang je.  Sikit kan? tapi nak buat macammana, semuanya sibuk.huhu Tapi takpelah, asalkan seronok. hihi Malam pula kami keluar pergi makan. Tapi saya tak tempah sebab perut da masuk angin so baik takyah makan..huhu Kongsi jelah.. takdela membazir sangat.hohO

| Macam-macam ada..kui3 | 

2nd day
Jam 8 pagi kami bergerak ke Pantai. Pelbagai game yang kami main. Antaranya 'Dukung Sayang' tapi kami tak main, muslimin je main. Malu kot..huhu Pastu, pas main Explorace.. kami main Banana. Banana tu tahu apa? alah yang ditarik dengan Bot kat atas pantai tu. Best sangat! Pengalaman baru. Sebab selama ni pergi melancong tak pernah main permainan air ni. Asyik-asyik shoping..shoping..shoping...huhu Tapi ganas jugak permainan ni, sampai ada yang terhantuk pulak tu.. Benjol kat tepi mata.isk3

Selepas solat Zohor kami bersiap-siap untuk pusing pulau dengan bot. Hampir ke Indon kami pusing.. cecey.. takdelah. hihi Lepas itu kami singgah di sebuah pulau. Di situlah kami buat Snorkling (betul ke ejaannya??hmm..hantaram sajalah labu..hehe) , main kayak di sekeliling pulau, pastu masak BBQ.. Yummy..^^,

Hari pun dah masuk waktu malam, selesai solat dah boleh makan-makan. Pastu bersiap-siap nak balik Chalet. Kami ingatkan naik bot balik, rupanya kena redah hutan barulah boleh balik bilik. Jadi, kami redah jelah hutan.. ingatkan jauh mana, rupanya tak sampai setengah jam dah sampai ke Pekan Pangkor. Huh! Dasyat Pengalaman time tu. Tapi saya memang suka mendaki pun.. dah biasa dididik sejak Sekolah Menengah lagi. hohO

| Inilah banana nye.. hehe Syok Habis! ^_^ |

Sampai je bilik, bersih kan diri terus tidur. Penat + Ngantuk! huhu

3nd day ( Last Day)
Waktu pagi takde buat pape, kalau ikutkan ada game tapi semuanya malas. Jadi, jam 11 tengahari kot barulah bersiap-siap naik ferry. Pastu kami bershopping di Lumut je. Sekejab je kami Shopping sebab takde ape sangat kat Pulau Pangkor. Then, balik Sabak Bernam terus tukar kete. Pada mulanya saya balik dengan kete Muslimat pastu naik kete Muslimin sebab nak kena cepat balik KL.

| Kenangan Terindah at Jeti Ferry..hohO |

Sampai je rumah jam 10 malam, pastu terus siap-siap p Masjid Putra at Putrajaya. Allahu Rabbi, memang penat sangat. Sampai je sana, ada briefing tok Program esoknya. Pastu balik bilik terus tidor. Ya Allah penatnya hanya Allah sahaja yang tahu.

Program tersebut dinamakan Kem Kepimpinan YPM. Peserta terdiri dari pelajar yang belajar di sekitar Putrajaya dan diketegorikan Pelajar Gred D. Maksudnya camne tu? ha.. maksudnya pelajar yang agak nakalla. Tapi alhamdulillah, program tersebut berjalan dengan lancar. Part yang paling saya suka, part akhir sekali iaitu sesi munasabah bersama parents yang hadir. Ya Allah, memang tak jangka macam tu sekali impaknya. Dan Alhamdulillah, saya dapat adik usrah baru. kui3

| Barisan Fasilitator Muslimat dan tetibe penyibuk sorang muslimin di belakang. hohO |

Program ini diadakan selama 2 hari 1 malam. Pelbagai aktiviti diadakan untuk peserta. Dan kami mendapati respon yang sangat baik dari peserta yang hadir. InsyaAllah kejayaan milik mereka semua.. ameen! ^^, Salam Ukhuwah fillah juga diucapkan kepada Fasi-fasi yang baru kenal. huhu Alhamdulillah, di sini juga saya dapat pilihan nak beli Kamera DSLR yang mana 1..hihi sebab ada sorang peserta lelaki ni, dia bawak kamera DSLR die.. saya tryla.. yaAllah, cantik sangat gambarnya bila ditangkap. EOS 500D tak silap saya.. Wallahu'alam. Nanti try cari balik..hohO

Cuma kekadang saya rasa bersalah bila mengalami situasi Fasilitator sendiri tidak menjaga pergaulan. Even kita menganggap sahabat yang bukan muhrim seperti adik beradik kita sendiri tetapi syariat tetap membataskan pergaulan bebas antara lelaki dan juga perempuan. Sama-samalah kita menjaga adab pergaulan kita sesama muslim. InsyaAllah..ameen! Asif diatas segala kekurangan selama mana saya menjadi fasi. Mungkin ini salah satu langkah saya dalam menyertai beberapa consultant bagi mencapai impian dalam membuka consultant sendiri bersama sahabat-sahabat perjuangan yang lain. InsyaAllah, mudah-mudahan..ameen!

Sebelum tu,Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menjemput saya sebagai Fasilitator. Yang paling saya seronok adalah saya sudah jumpa kenalan dari Indonesia. InsyaAllah, harapan untuk menziarahi Medan, Indonesia akan tercapai suatu hari nanti. Biiznillah..ameen! ^^,

Owh ye.. hari ni hari bapa ye? tapi bagi saya, hari-hari hari bapa. ( Bapa banyak hari dah..=.= ) Selamat hari bapa Abah! Semoga Abah berjaya di dunia & juga akhirat dan sentiasa di cucuri rahmat serta kasih sayang Ilahi..ameen! Akak sayang Abah! ^_^

Wallahu'alam.

Jun 13, 2011

2 Program yang bermakna buat diriku.

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, dengan limpahan kasih sayang serta kurnia-Nya, kita masih dapat bernafas hingga ke hari ini. Alhamdulillah Ya Allah! ^^,

Oklah, sudah seminggu lebih ana tak update blog. Kadang-kadang sebulan..hihi Rindu jugak sekali sekala sebab asyik bertakung je idea dalam kepala otak ni. Tapi masa tak mengizinkan.. huhu Takpelah, semoga setiap entry ana memberi manfaat buat pembaca dan diri ana juga..insyaAllah..ameen!^_^


Minggu yang lalu, ana telah mengikuti Program Kem Eksplorasi Smartleader's di Menara Maybank, Jln. TAR (Jalan Tengku Abdul Rahman) under CSQ Training & Consultantcy berkerjasama dengan PKIMB (Persatuan Kelab Islam Malayan Bank). Alhamdulillah, terubat juga rindu ana dengan minat ana untuk menjadi Fasililtator kembali. Pada mulanya, ada program sebelum tu kat Masjid Negeri. Tapi waktu tak mengizinkan sebab Abah dan ibu  serta sedara mara yang lain nak pergi Umrah. Jadi, kalutlah cari peganti tok gantikan tempat ana sebagai Fasilitator. Dan Alhamdulillah dapat juga. ^^,


Kem Smartleader's ni terdiri daripada anak-anak Maybank tu sendiri. Nak tahu bapa yuran seorang? em kalau anak Maybank RM80 seorang tapi kalau bukan RM100 seorang. ha.. mahal x?? ngeh3 tapi Ilmu dalam Program ni lebih mahal dari yuran peserta. Betul tak?? kui3 Think About That..:) Peserta terdiri dari Umur 8 tahun hingga 17 tahun. Jadi, ramailah budak-budak kecik yang sertai program ni. Ya Allah, kiut sangat. Ana dahla suka dengan budak-budak ni.hihi Tapi bila Camera DSLR dah ada kat tangan..hmm~ habis gambar budak-budak kecik tu ana tangkap. hohO tapi takde kat ana la.. ada kat kawan ana. huhu

 | Cutenya adik-adik ni..^_^ |

| Smartleader's Terbaik! :) |

Ya Allah, seronok sangat bila join jadi Fasi. Macam-macam ilmu yang ana dapat dari Program ni. Dakwah tu luas tau.. tapi macammana kita nak sebarkan dakwah adalah dengan menyertai Program-program beginilah. Sebab di sinilah ia mengajar kita cara nak berdakwah kepada setiap marhalah. Dari sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah. Alhamdulillah. Dan apa yang ana perhatikan, peserta yang sertai program ni terlalu bijak! bila ditanya result UPSR, PMR dan SPM, semuanya mantap-mantap..huhu Dasyat~=.=

Program tersebut berlangsung selama 2 hari (Rabu & khamis). Diadakan di Menara Maybank tersebut tapi dalam Masjid Al-Insaf yang diilhamkan oleh Tok Guru Nik Aziz Nik Mat. Dan Alhamdulillah,ana dapat sahabat baru. Dijah, Azhani, Fatin dan lain-lain. Salam Ukhuwahfillah semua. ^^,

Selepas itu, Hari Sabtunya pulak ana ada Bengkel Teknologi Promosi dan Pemasaran Internet di UIA Gombak. Ana bukan p sorang tapi 3 orang dari UM. Tapi dalam bengkel tersebut semuanya student UIA, kami bertiga jelah dari UM. hohO Speakernye Puan Wan Hazira dari PKNS. Kalau nak tahu, seorang peserta di bayar oleh PKNS RM600 tapi kami kne bayar yuran just RM3 je.. huhu

Dalam seminar tu, kami di ajar bagaimana nak buat pemasaran dalam blog. Macammana nak buat order form and bla..bla..bla.. Tibe-tibe, beliau adakan pertandingan pulak. Dia suruh buat blog untuk pasarkan produk kite. 1 kumpulan 3 orang. Cukup-cukuplah kami 3 orang. hehe Kami punyalah blur nak pasarkan apa benda ni. Pastu fikir-fikir balik.. kami buat Graphic Design Services. Memandangkan itu kerjaya sementara kami, jadi kami pasarkanlah produk kami sendiri. hehe

Akhirnya kami kena present kat depan. Bayangkan semuanya dak UIA kami bertiga je budak UM. huhu Masing-masing present dengan bagus sekali. Ada yang guna blog pemasaran yang sedia ada, dan kami bertiga ni pulak, tak tahu apa-apa. Pastu tergopoh-gopohla nak buat blog. hehe Akhirnya, bila semua da present, result pun keluar. Dan keputusannya membuatkan kami rasa bersalah..huhu Eh sebelum tu nak tahu hadiahnya apa? 3 tiket free Seminar Millionaire Mind di PWTC yang bernilai RM400 tak silap ana. Keputusannya berpihak kepada kami bertiga, alangkah rasa bersalahnya kami. huhu Yelah semuanya dak UIA, kami bertiga je dak UM.

Tapi alhamdulillah kami bersyukur ada rezeki yang Allah beri kat sana. Akan tetapi, tapi lagi. hehe Ana tak dapat join seminar tersebut sebab hari ini ana kena bertolak ke sabak bernam sebab esok pagi ana akan bertolak ke Pulau Pangkor selama 3 hari 2 malam sebab ada Reunion Anak-anak Selangor masa ana di Nilam Puri. Lepas balik je dari Pulau Pangkor, ana jadi Fasi lagi di Masjid Putrajaya. huhu Tapi takpelah, ana minta orang lain tolong gantikan tempat ana tu. Mahal kot tiket tu. hmm~

Oklah sahabat-sahabat, sekian dahulu dari ana. Ana dah lambat ni..huhu Tapi ingat ye, jangan sia-siakan waktu cuti anda dengan tido. hehe Joinla apa sahaja Program. InsyaAllah ia bermanfaat buat diri kita sendiri. Lagi satu, Pengalaman tu sebenarnya lebih Mahal dari Wang Ringgit.

Wallahu'alam ^_^

Apr 7, 2011

Alhamdulillah ^_^

Assalamu'alaikum w.b.t.


Alhamdulillah ku panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Ilahi kerana dengan limpahan kurnia dan Inayahnya.. dapat lagi kita bernafas hingga ke hari ini. Subhanallah, ana rasa macam melepaskan keluhan yang sangat besar sebab apa? sebab minggu ni lah,minggu assigment, minggu AGM lah, dan bla..bla..bla.. hehe 


Alhamdulillah juga kerana ILMU'11 telah selesai. Akhir-akhir program tak dapat nak komit sangat sebab penuh dengan Kelas, Persediaan AGM lagi,Hafazan lagi..pastu, dengan Ujian Allah yang sangat-sangat menguji kesabaran, akhirnya dengan keberanian diri yang boleh menyebabkan kecelakaan diri sendiri, dapat juga diselesaikan dan bergembira semula. MasyaAllah.. Terima Kasih ya Allah, kerana Engkau telah permudahkan segala urusanku even air mata ini gugur juga ke bumi. huhu 


Tak tahu nak cakap apa dah..huhu Jadi, Jom kite Zoom dengan Ustaz Nik (Camera DSLR Nikon).. ^_^


Sukan Rakyat ( ILMU'11)

Pendaftaran 'Sukan Rakyat'

Peserta 'Sukan Rakyat' 

Warming Up

Lazeezat...I Like Coklat! ^^,

Chocolate Fair in ILMU'11

Sedihnya adik akak ni.. Senyum..^_^

Aku hanyalah Hamba! ^^,

Hanya DIA yg TERBAIK! Allahu Akhbar!

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah... Akhirnya selesai juga tugasan minggu ni. Hafazan pun da selesai, keputusannya bertawakal jelah.. insyaAllah Mumtazah! Doakan ye sahabat-sahabat..^_^ Bagi yg tak tasmi' lagi, Bittaufiq ye. Bagi yg masih gagap-gagap Juzu' 29,lancarkan ye (Termasuk diri ana sendiri..huhu

Jumpe lagi di teratak Serikandi Abi. Practice Make Perfect! InsyaAllah, Takbir! Allahu Akhbar! Salam Kemaafan buat semua..^^,

Wallahu'alam.


Apr 2, 2011

International Muslim Youth Week 2011.

Assalamu'alaikum w.b.t.


Dikesempatan ini, ana ingin menjemput kepada semua pengunjung yang ziarah ke teratak serikandi Abi untuk ke Program ILMU'11 (International Muslim Youth Week 2011.) yang diadakan pada 2hb hingga 5hb April 2011 di KOMPLEKS PERDANA SISWA UNIVERSITI MALAYA. Maafla, baru bagitahu harini, coz tak sempat nak update blog. ngeh3 :D Em Disini pelbagai aktiviti yang menarik telah disediakan.. antaranya pagi tadi ada Seminar Dinar Emas.. dapat jugak ana beli 1 Dirham Mas..hehe dan InsyaAllah, Esok pagi akan diadakan Seminar Halal Hub pula. Jom Pakat2 mai datang UM.. dan tidak lupa juga kepada Chocolate Fair.. Best... pelbagai Jenis Coklat ada. hehe Nak rasa, Jomla datang UM, ia terbuka kepada sesiapa sahaja yg ingin datang ke Program ni. ^_^


Oh ye,Esok pagi ana jadi Pengadil Sukan Rakyat bagi permainan 'Galah Panjang', sape-sape nak main.. Jom datang Um Esok.. ! :)



Anda Pasti Mau! ^^,

Inilah Programnya..InsyaAllah akan diadakan Setiap Tahun. Em, boleh jadi ini Program Sulong bagi PMIUM (Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya) Sebab ini hasil kerjasama dgn Sekretariat Kelab Taha,Tabung Haji sendiri, Berita Harian dan sebagainya. Jemput datang ye..^^,

Wallahu'alam. 

Mar 27, 2011

Comelnya Si Cilik itu.. ^_^

Assalamu'alaikum w.b.t.

Alhamdulillah.. sekarang sudah masuk bulan Mac. Umur pun sudah cukup marhalah.. ya Allah, cepatnya masa berlalu. Pejam celik..pejam celik.. Umurku makin meningkat! huhuhu.... Semoga peningkatan umurku ini meningkatkan amalanku juga..insyaAllah..ameen!! ^_^

Sebelum itu, Ana ingin mengucapkan Tahniah kepada Mohd. Shahriansyah Apin dari sabah bha.. kerana telah memenangi tempat pertama dalam Akademi Quran 5. Senior ana dalam kos Pendidikan Islam Pengajian Quran.. Tahun akhir kut, ana pun tak pasti. hehe Rasa tak sabar pula nak belajar Tarannum..kui3 Teringin jugak nak masuk AQ sebonanye.. tapi tengoklah rezeki camna? hihi

Tidak lupa juga buat sahabatku Mohd. Nasir. Tidak menang bukan beerti kita kalah. Apa yang penting, kita dapat amalkan ilmu Quran di persada Dunia..insyaAllah, Ameen! ^^,

Alhamdulillah, semalam dapat menontan pertandingan akhir AQ5 secara life. Dalam khusyuk-khusyuk dengan mereka bertarannum atas pentas.. tiba-tiba mesej masuk...

"Salam. Ili, ana nampak enti masuk dalam TV..bestnye.." Mesej dari sahabat DQ.

"Kakak, awak pakai tudung pink cair ek?" Mesej dari Ibu.

"Salam. Ili, sye nampak awak dalam tv. Sye tengok kat kolej je.. hehe" Sahabat dari UM.

Wah... femes juga ana masuk dalam TV. Walhal, penat dah nak mengelat dari kamera..adudu..jadinya, duduk diam sajalah. Tupun masuk Tv. hohO..Poyo je.. Astagfirullahal'azim.. ^^,


Semalam, AQ5 telah menjemput Hadad Alwi & adik Anti untuk membuat persembahan. Subhanallah, seronok sgt bila melihat si cilik ligat di atas pentas dengan mengagungkan Rasulullah s.a.w.. Namun, Persembahan tersebut telah berjaya memikat hati semua pendengar. Dengan kesungguhan si cilik dalam menyampaikan nasyid. Cute bangat! ^_^

Seronok tengok bila mana si cilik sudah diajar agar agungkan Allah s.w.t. dan juga Nabi Muhammad s.a.w. Seperti dalam cerita 'adik-adikku' dalam rancangan TV1, Pidato kanak-kanak di Indonesia dan sebagainya. Jadi, usaha murni ini perlu diteruskan bagi melahirkan generasi yang Cintakan Islam. InsyaAllah.

Teringat pula, bagaimana adik Darwishah di minta untuk naik ke pentas bagi membacakan surah Yasin, sampaikan berebut-rebut dengan si abang.. Darwish. Subhanallah.. seronoknya tengok anak-anak cilik kita begitu.. nak baca quran pun berebut-rebut..hihi (berangan-angan sudah..huhu) Doa jelah banyak-banyak deh..insyaAllah! ^^,


Jadinya, marilah kita sama-sama memartabatkan al-Quran di muka bumi. Sebab apa? sebab, Kitalah pencorak generasi akan datang. Ingat tu! ^^,


Wallahu'alam~ 

Feb 21, 2011

Alhamdulillah, Tahniah & Takziah Kepada PRO MAHASISWA UM!

Assalamu'alaikum w.b.t.


Alhamdulillah dapat juga mengupdate hari ini. Semalam PRO-MAHASISWA mencapai KEMENANGAN lagi di UNIVERSITI MALAYA. Takbir ! Allahu Akbar! Pro-Mahasiswa telah memenangi 9/9 kerusi calon Umum dan 14/16 kerusi Fakulti.

Alhamdulillah setelah terdapat pelbagai Mehnah & Tribulasi yang dihadapi oleh Aktivis-aktivis Pro-Mahasiswa.. Akhirnya.. Pilihan Allah jugalah yg terbaik. Bukan mudah untuk menang sahabat-sahabat, pelbagai ancaman dan tribulasi yang dihadapi oleh aktivis-aktivis ProMahasiswa.

Antaranya :-


Sistem baru dicipta oleh Pihak Pentadbiran iaitu 4 E (E-Bantah/E-Penamaan/E-Rayuan/E-Voting). Sesi lepas, E-Voting telah membuktikan bahawasanya sistem ini tidak boleh dipakai kerana sistem ini boleh dimanipulasikan dan sebagainya. Hatta, Ketua DEKAN FSKTM ( Fakulti Sains Komputer Teknologi Maklumat ) pun tidak menyetujui penggunaan sistem ini.

Banner di bakar di Markaz Pro-Mahasiswa.

Kereta aktivis Pro-M disimbah cat berwarna Oren.

Calon-calon mendapat meseg ugutan sehinggakan ada seorang calon Fakulti tarik diri sebab takut dengan meseg Ugutan tersebut.

Calon Fakulti dari Pro-M dibantah dan tidak dapat bertanding langsung dengan alasan Borang lambat hantar walhal, ada salah seorang dari calon pihak lawan, baru sahaja menghantar borangnya di pagi hari penamaan calon.

4 orang mahasiswa di bantah dan tidak boleh bertanding atas asbab-asbab yang tidak munasabah.

Akhirnya, setelah beberapa E-Rayuan telah dibuat, akhirnya Calon Umum kite 3 orang dapat bertanding dan diterima.. Akan tetapi seorang calon Fakulti dari API tidak dapat bertanding juga.. akhinya diganti dengan Junior yang mewakili Calon Fakulti Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Waktu berkempen adalah tidak realistik sebab tarikh diberi untuk berkempen adalah waktu cuti (18/19/20 februari 2011). Dan sebelum2nya, apa yang kita tahu.. Kolej-kolej yang terdapat dalam Universiti Malaya ini merupakan ZON PENGGERAK yang diciptakan sendiri oleh mereka. Ia menyebabkan aktivis-aktivis Pro-Mahasiswa sukar untuk memasuki ke kolej-kolej tersebut untuk berkempen. Namun, setelah berbincang dan mengambil masa yg agak panjang ana kira.. even hampir bergaduh antara Pro-M & Penggerak.. Akhirnya Calon-calon dari Pro-M dapat juga masuk ke kolej2 tersebut dengan syarat..hanya calon dan wakil calon sahaja yang dibenarkan masuk.

Pengalaman di luar Jangkaan!
* Kini baru ku tahu siapakah pengganas sebenarnya namun, mereka tetap mad'u kita.
* Kezaliman dan ketidak telusan depan mata memang sangat menyakitkan hati. Bersabarlah kerana Allah Menyayangi orang-orang yang sabar.
* Keberanianku merisaukan ramai sahabat2..huhu Minta maaf sahabat.. Diri ini terlalu berani kerana ingin mencari Bukti yang selama ini ku cari.. Alhamdulillah, segalanya sudah terungkap dengan jelas dan nyata..:)

Setelah itu,UM diberitakan dengan berita yang telah mencatat rekod bagi sejarah Mahasiswa dalam Pilihan raya Kampus iaitu Seorang Calon UMUM Mahasiswi hilang ketika calon tersebut berkempen di luar kampus. Berita selanjutnya boleh baca disini. Apa yang nak cakapkan disini.. Perkara yang real pun boleh dijadikan bahan Politik. Katanya 'Provokasi'.. Astagfirullahalázim.. banyak air mata telah tumpah ke bumi dek kerana sedih bila mana kehilangan seorang sahabat & anak yang sangat disayangi. Ketahuilah sahabat-sahabat, itu bukan cerita drama yang dibuat-buat tapi itulah takdir real yang telah Allah tetapkan untuk beliau. Seharusnya kita mendoakan keselamatan beliau bukan membuat provokasi murahan seperti tidak berperikmanusiaan. huhu T.T

Sebelum hari membuat Undi, kita telah membuat Solat Hajat Perdana bagi mendoakan keselamatan Calon tersebut dan dikejutkan dengan jumlah kedatangan Mahasiswa yang hadir meningkat dari tahun-tahun lepas. Terima kasih kepada Aktivis Pro Mahasiswa! Walaubagaimanapun, Kempen kita tetap jalankan kerana dalam perjuangan tidak ada Noktah!

Dan dengan kuasa Allah! Alhamdulillah.. K.mas dapat dijumpai. Memang Mustahil untuk dipercayai cerita sebenar beliau. Tapi itulah hakikat sebenarnya. Nak cerita disini, agak seram pula.. hihi Meremang bulu roma kut dengar cerita salah seorang sahabat yang telah menolong K.mas waktu itu. Apepun, segalanya kuasa Allah Ta'ala. Walau sekuat mana pun iman kita, jika Allah izinkan, semuanya boleh berlaku. Kerana apa?? kerana dari Allah jualah kita datang dan kembali. ( Macam bagi ucapan dah ayat aku..hihi :DD)

Tahniah & Takziah kepada sahabat-sahabat Pro-Mahasiswa yg telah MENANG!
Jam 6 petang semalam telah di kejutkan dengan kemenangan Pro-Mahasiswa yang telah memenangi 23 buah kerusi. Laungan 'STUDENT POWER' bergema di APM. Maka, mengalirlah air mata tanda bersyukur tak terhingga di atas kemenangan ini. Tidak lupa juga dengan laungan TAKBIR!! yang berjaya meningkatkan lagi air mata mengalir dan jatuh ke Bumi. Serta doa WEHDAH yang dilaungkan oleh seluruh penyokong ProMahasiswa yang turut hadir, tidak lupa juga dengan sahabat Penggerak. :)

Ya Allah! Kemenangan ini adalah keranaMU ya Allah!

Serikandi Abi Video Production! ^^,




Kepada sahabat-sahabat yang akan menggalas amanah dalam MPMUM sesi 2011/2012. Jalankanlah tanggungjawab anda sebagai seorang pemimpin. Tingkatkan Tarbiyyah Rohaniah kita.. agar kita thabat dan ditetapkan IMAN dalam perjuangan ini. InsyaAllah.. jika sebelum ini telah banyak mehnah & ribulasi yang melanda tapi jangan mudah senang lenang dengan kemenangan ini. Kerana apa??kerana terdapat Ujian, Mehnah & Tribulasi yang lebih besar menunggu kita dihadapan dari sebelum ini. Apepun, yakinlah sahabat-sahabat.. jika kita menolong agama Allah, InsyaAllah, Allah akan menolong kita. Takziah & Tahniah ana ucapkan. Apepun, Muhasabah kembali kemenangan ini. ^^,

Tidak lupa juga kepada penyokong Pro Mahasiswa yang selama ini banyak bertungkus lumus dalam PRK kali ini. sama ada secara langsung atau tidak langsung. Hanya Allah sahajalah yang dapat membalas segala budi baik kalian. Yang sanggup tidak tidor malam kerana untuk menjaga banner dari di cabut oleh sesiapa, tak tidor malam dek kerana banner yang belum habis di cat lagi. Termasuk kepada Briged Putra yang sanggup menjadi Murokib kepada Briged Srikandi. Terima kasih banyak-banyak. :)


Briged Srikandi!! Muslimat Power!! :D

YaAllah.. permudahkanlah urusan sahabat-sahabatku. Lindungilah mereka dari sebarang bahana & kecelakaan.. Sesungguhnya hanya Engkaulah Sebaik-baik pelindung! Ameen!!

Sahabat-sahabat yg dikasihi Fillah, Selepas ini, banyak lagi tanggungjawab kita yang belum selesai. Program Tarbiyyah perlu diteruskan bagi melahirkan Hamba Allah yang kehadapan..insyaAllah! Takbir! Allahu Akhbar!

Wallahu'alam~

Dec 22, 2010

Sanah Helwa Ummi..^^,

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, hari ini sudah masuk hari kelahiran ibuku tercinta yang ke 49. Hah?? 49? cepatnya masa berlalu? tapi anaknya still belajar lagi. Kalau orang lain, pasti dah bercucu cicitkan?? hehe.. apepun, Ibu ana still tampak muda lagi. Aweq muda la dikatakan. Caya tak?? ramai dah mengaku. percaya jelah. ngeh3

Jika dengan anak perempuannya, ibu sangat melarang kami memakai krim di muka atau sebarang make up la. Ibu kata, "nanti muka tu cepat kedut-kedut". That's Why, ana tak berapa make up ni. Kalau celak tu oklah.. sebab ikut sunnah nabi, celak tu diharuskan. kan??kui3 ^^,

Hari ini ibu, abah dengan 2 orang adik ana takde kat rumah. Tapi ada di kelantan, sebab InsyaAllah.. adik ana yang ke6 akan belajar di kelantan bagi kemasukan tingkatan 1. seperti adik-adik ana yang lain.hmm Semuanya belajar jauh.. makin lama, makin kosong la rumah ni.huhu Mujur ana belajar dekat je, boleh la sokmo balik. hihi

Ana sayang sangat dengan ibu ana. ceh, sapelah yang tak sayangkan ibunya kan? hihi Bahkan, sesiapa yang ada relationship with any my siblings, mesti mereka akan contac ibu. Sometimes la not everytime.. lagi-lagi time nak exam, pasti mereka akan telefon ibu tuk minta ampun dan minta tolong doakan kejayaan mereka. [sibuk je mereka ni..haha] Takdelah, yang peliknya kenapa ibu ana? mintaklah kat ibu sendiri.. ye dak?? hehe [jeles plak aku..adui] Tapi ana bersyukur sebab semuanya sayangkan ibu ana. Maybe sebab ibu ana sporting kut. hohO yup, ibu ana memang sporting, sporting gila lah.. hohO Sebab itu, mereka (pakwe n makwe adik2) contac ibu. Call ibu la, borak-borakla. ha.. Sampaikan abah pun pelik. hehe Bak kata ibu "Biaselah, Isteri awak ni popular" kami anak beranak, gelak je. haha Ana je takde pakwe, malas kut. Lagipun, abah ana tak suka ana bercinta cintun ni. So, dengar cakap abah itu kan lebih baik daripada membiarkan hati dikawal oleh nafsu jahat. Lagipun, Saya kan anak baik! ^^,

Kadang-kadang ana tersengih sorang-sorang bila teringatkan gelagat ibu yang comel tu. Kalau nak tahu, every nite je.. pasti ana akan mengadap laptop tuk lakukan beberapa kerja sambil on9. Kadang-kadang tu, ana chatingla dengan sahabat-sahabat ana. Ya Allah, kalau chating dengan mereka.. tak kering gusi la dibuatnya, asyik buat lawak je. Ana pun gelakla sorang-sorang. Ibu ana pun pelik, pastu en.. ibu masukla dapur, time tu ana khusyuk je mengadap laptop. Sekali ana perasan cam ada orang perhatikan ana je. Ana pun tolehla tepi.. rupa-rupanya, ibu pun khusyuk tengok ana mengadap laptop.. haha Ana terkejutla, ya Allah.. napelah ibu perhatikan ana sampai camtu sekali. Cumel kut. ngeh3 Ibuku memang terbaik!!



Ibu memamg terbaik!
Seringkali ku berbalas meseg dgn seseorang,
pasti ada yang sampaikan salam,
tak kira min ke mat,
pasti akan ku sampaikan salam itu buat ibuku.

Tetapi,
mejoritinya mat,
Ibu kata 'Kamu ni, asyik meseg dengan mat je?'
aku kata 'Yelah bu. Meseg dgn min,bila perlu je'
Last-last,
pesanan ibu 'Jangan jual mahal sangat'
Baiklah ibu. :(

Perkara yang paling aku suka
adalah MASAKAN IBU.
Masakan ibu memang terbaik,
kadang-kadang..
Sengajaku masak lambat-lambat,
sebab nak ibu masakkan,
kerna masakan ibu memang menyelerakan,
walaupun penat balik dari kerja,
demi anak-anaknya,
ibu masakan juga.

Itulah ibuku,
terbaik,
sporting,
peramah,
kelakar,
memahami,
tegas,
Cumel, hohO
Ibuku memang Terbaik!

Selamat hari lahir ibu,
semoga dimurahkan rezeki didunia & akhirat,
semoga sentiasa diberkati dan dirahmati Ilahi.
Ameen ya rabb!! I Love u Mom's..^^,

Thanks for Everything Mom's,
I'm very appreciated..

Ya Allah,
Engkau Ampunilah segala dosa Ibu bapaku,
Sayangilah mereka sebagaimana
mereka menyayangiku sejak kecil,
Lindungilah mereka dari sebarang musibah,
serta berkatilah kehidupan mereka didunia mahupun diakhirat,
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang!
Ameen...ameen..ameen ya rabbal'alameen!~


This is for U from your's children's..^^,

Wallahu'alam~

Nov 30, 2010

Bicara Ulama Besar Dari Syria!



Alhamdulillah.. hari ini ana dapat meluangkan masa untuk menghadiri satu majlis/diskusi bersama salah seorang Ulama besar dari Syria,iaitu Syeikh Prof. Dr. Muhammad Sa'id Ramadhan Al-Buti yang telah diadakan di Masjid Azhar KUIS. Beliau merupakan pengarang Kitab Fiqh Sirah yang terkenal dan setahu ana, dalam subjek Aqaid kami di sini juga menggunakan kitabnya yang bertajuk "Keyakinan Hakiki | Kewujudan Maha Pencipta dan Tugas Makhluk Di Alam Semesta |".


Perjalanan dari UM ke KUIS mengambil masa 1 jam lebih kurang..sampai sahaja, diskusi tersebut tlh berlangsung selama 15 minit, lantas kami solat Isyak berjemaah. Setelah itu, kami mendengar ceramahnya. Jika ada ulama-ulama arab yang datang ke negara Malaysia pasti ada yang akan menjadi tukang translatenya. Alhamdulillah kami memahami tapi alangkah indahnya, sekirannya kami pandai bahasa Arab macam depa..huhu


Okeh, tadi Syeikh ada menceritakan tentang seorang hamba Allah yang bernama Malik Bin Dinar. Yang mana lelaki ini adalah seorang kaki judi paling jahat sekali, sampai suatu masa..dimana beliau mengembalikan semula harta yang dicurinya,terpancar raut wajah kegembiraan pada raut wajah si pencuri itu. Beliau mengatakan "Aku berharap kegembiraan yang terpancar diwajahmu diiringi doa keatasku untuk mendapatkan keredhaan Allah". Setelah itu beliau balik dan tidur. Tiba-tiba terbit dalam hatinya bagi menginginkan seorang anak perempuan. Namun,dia yakin tidak siapa yang ingin berkahwin dengannya dengan kejahatan yang telah dilakukan. Lantas dia ambil keputusan untuk membeli seorang hamba perempuan untuk dijadikan seorang Isteri.


Setelah itu, impian beliau untuk memiliki seorang anak perempuan tercapai.dan beliau seronok bermain-main dengan anaknya itu. Ditakdirkan Allah, anaknya Meninggal ketika berumur 2 tahun. Jadi, perangai beliau yang dulu menjadi makin teruk dan melampau. Sehinggalah satu masa, ketika beliau sedang tidur dan bermimpi.(seperti di Akhirat tempatnya) Ada seekor ular mengejarnya dan terus mengejar, tiba-tiba dia terjumpa seorang lelaki seakan baik perwatakannya. Lalu beliau meminta tolong kepada lelaki itu, tetapi lelaki itu berkata "Aku tiada kuasa untuk menolong Engkau" Lantas, beliau berlari lagi untuk menyelamatkan diri. Dan berhenti bila ternampak kain terbentang, dan beliau menyelak kain itu, didalamnya terdapat anaknya yang telah meninggal itu. Dan anak itu, memegang tangannya dan berkata seperti dalam firman Allah yang bermaksud : "Tidakkah sampai masanya orang beriman hatinya menjadi khusyuk mengingati Allah". Sebelum itu, si ayah bertanya kepada si anak : "Siapakah lelaki yang perwatakan baik tetapi tidak mahu menolongku?" Lalu si anak pun jawab : "Itu menunjukkan amalanmu yang sangat sedikit untuk membantu disini".


Lantas, setelah Malik bin Dinar sedar dari lena yang panjang dan mengalami mimpi yang sangat dasyat. Beliau terus berubah dari dulu perangainya yang jahat tetapi kini, beliau menjadi seorang yang soleh dan patuh kepada perintah Allah s.w.t.

Apakah resolusinya disini??

Mari kita fikirkan bersama.. Kenapakah kita dilahirkan ke dunia? untuk apa kita dilahirkan dunia?? Jawapannya ada pada surah Az-Zariyat ayat 56. Cek dalam tafsir dan pahamkan betul-betul ya.

Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dia sentiasa memberi ruang kepada hambanya yang sentiasa inginkan taubat. Pintu Taubat sentiasa terbuka untuk hamba-hambanya yang sentiasa inginkan keampunan daripada Allah. Percayalah,  dan bersangka Baiklah dengan Allah... Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Dan Hidayah itu milik Allah. Dia boleh berikan hidayah itu kepada sesiapa sahaja yang Dia mahu. Walau sehebat manapun kita sampaikan dakwah, tetapi jika Allah tidak izinkan dia berubah, selagi itu dia tidak akan berubah.. sebab tugas kita hanya menyampai dan berusaha. Yang memberi hidayah itu semuanya kuasa Allah cuma kita diberi pilihan untuk terima ke tidak hidayah Allah itu. Fikir-fikirkanlah ye..:DD


Tamat.

Thanks to Photographer Dr. Asy.

Diskusi beliau diakhiri dengan serangkap doa :-
"Ya Allah berilah hubungan yang baik antara kami denganMU, dan tempatkanlah kami ditempat yang baik, terangilah hati kami dengan cahayaMU". Ameeen!!

Setelah itu dibuka pula kepada sesiapa yg ingin bertanya kan soalan sebelum beliau berangkat pulang. Antara salah satu soalannya ialah (Sekemanya ayat..hee~ =.=).

Erm.. Ungkapan ada menyatakan bahawa "Apabila kita mengenali sesuatu ia akan membawa cinta pada kita". Tetapi bila kita mengatakan kita mencintai Allah, kita still melakukan larangan Allah..

Jawapannya : " Sebenarnya aku merasa sangsi, mereka mengatakan, mereka Cnta Akan Allah tetapi mereka still melakukan segala larangannya. Jika kita cinta akan Allah sepatutnya kita menjadi seorang yang sentiasa mensyukuri segala nikmat pemberianNya. Seperti nikmat makan, tidur dan sebagainya. Jika kita still melakukan larangan Allah, jangan katakan kita mencintai Allah s.w.t." huhu Nauzubillah~

Bicara tambahan Al-Syeikh: (dicopy dari sahabat ana sbb ana tak sempat nak salin.hee~)

i) Sesiapa yang masih makan tetapi tidak merasai makanan itu nikmat daripada Allah, sesungguhnya dirinya itu tidak kenal akan ALLAH.
ii) Sesiapa yang baring tetapi tidak menginsafi diri akan bangun selepasnya dengan adanya rahmat Allah, sesungguhnya dirinya itu tidak kenal akan ALLAH.
iii) Sesiapa yang memasuki tandas tetapi tidak menginsafi kelenyapan najis-najis pada tubuh badan ( zahir/ batin) adalah disebabkan adanya rahmat daripada ALLAH, sesungguhnya dirinya itu tidak kenal akan ALLAH.
iv)Sesiapa yang sihat tetapi tidak merasai nikmat kesihatan itu daripada ALLAH, sesungguhnya dirinya itu tidak kenal akan ALLAH.

Oklah sekian dahulu entry kali ini. Serikandi mahu study sebab esok ada Exam jam 3 petang! Tiada alasan untuk tidak pergi ke ceramah jika semata-mata kerana untuk mengulangkaji pelajaran. huhu.. Doakan serikandi ye esok.. Exam Pengajian Quran. Moga Allah permudahkan, Allahumma Yassir Wala Tuassir...InsyaAllah ameeenn!!! Doa Kalian amatlah Serikandi Harapan, moga Allah membalas jasa baik kalian..insyaAllah. Jazakallahu Khairan Kasira. ^^,

Wallahu'alam~