Aug 29, 2010

Tasyji' Buat Sahabat-Sahabat Yang Dikasihi Fillah..!!



Bismillahi Ar-Rahman Ar-Rahim.


Sahabat,
1 nama penuh makna,
Ia hadir tika tawa,
Ia datang tika duka,
Tiada pada Cinta,
Tiada pada lafaz,
Hanya kejujuran menyulami hati,
Hanya keikhlasan menyirami Jiwa,
Kebaikan dihargai,
Kesalahan di maafi,
Dan itulah dinamakan SAHABAT!!


Jadi,Sahabat-sahabat,
Bersabarlah di setiap ujian yang menimpa mu,
Jalan itu yang kita pilih,
Jalan itu kita mengikat janji di depan Ilahi,
Jalan itu yang kita terpaksa mengharungi pelbagai mehnah dan tribulasi,
Jalan itu juga sangat susah dan payah,

Tapi sahabat-sahabat,
Jalan itu juga yang kita pilih suatu tika dahulu,
Dan aku tahu,
Amat sukar untuk kita membuat keputusan untuk memilih Jalan itu,
Yang hanya ada duri, tiada bunga,
Yang hanya ada api tiada air,
Tetapi,
Ia hanya ada syurga tiada Neraka.

Yakinlah sahabat-sahabat,
Dengan janji Allah,
Bersangka baiklah dengan Allah sentiasa,
Segalanya telah ditetapkan oleh-NYA.

Aku Tahu, 
Sahabat-sahabat Down bila menghadapi mehnah dijalan ini,
Namun,ku jua begitu sahabat-sahabat,
Aku tertanya-tanya,
kenapa dijalan ini menyakitkan aku??

Tapi sahabat,
Anggaplah ia sebagai tarbiyyah dari Allah,
Jika kita lemah, kita sama-sama bangkit 
Demi memperjuangkan amanah kita kepada Allah,
Ingatlah Allah sahabat-sahabat,
Ingatlah janji kita dengan Allah dulu,
Niat Ikhlas hanya kerana Allah semata-mata,


Sahabat-sahabat,
kita ini diibaratkan mata rantai perjuangan Rasulullah,
Kita bersatu dalam jalan ini,
Kita berjuang bersama di jalan ini,
suka,duka,pahit,sakit kita rasai bersama,
Tetapi,
dalam tangisan pasti ada senyuman sahabat-sahabat,
Itulah manisnya bila mana ia mendekatkan diri kita kepada Ilahi.

Jadi sahabat-sahabat,
Janganlah kita mudah putus asa,
Janganlah kita lemah dalam menghadapi tarbiyyah dari Allah,
Dan Ingatlah,
Çita-cita kita sama,
Iaitu syahid Fi sabilillah,
Ketepikan segala kedukaan,kepahitan,kesakitan
tetapi Ingatlah,
Syahid Fi sabilillah.

Ya Allah,
Jadikan setiap langkah kami ini Jihad Fi sabilillah,
Jadikan setiap bicara kami kalamullah,
Jadikan setiap degup jantung kami zikrullah,
Jadikan pandangan mata kami pandangan Cintamu Ya Allah,
Jadikan perhiasan Akhlak Kami kitabullah,
Jadikan amalan hidup kami sunnah Rasulullah,
Jadikan seri wajah kami cahaya Nur-Mu Ya Allah!!
Ammeenn Ya Rabb...! ^_^

No comments: