Dec 7, 2009

HarGaiLaH SeBuAh PeRSaHaBataN...!

Duhai Sahabat...
Di Kampus kita xpunya sesiapa kecuali diri kita sendiri....
tetapi dalam kita bersendirian kita beruntung....
Kerana...
kita mempunyai sahabat yg memahami kita...
sekepale dgn kita..
sebagaimana kita mengharapkn keikhlasan & kejujuran
drpd seorang sahabat begitu jugala dia..

Tetapi kita sering lupa akan hal itu..
Cuma mengambil kira tentang perasaan kita saje..
Kita rasa dikhianati bila kita tidak menepati janjinya..
Kita tidak memberi dia peluang utk menerangkan hal sebenar...
Bagi kita, itu alasannya utk menutup kesilapanya..

Kita juga pernah m'biarkan dia ternanti-nanti kerana
kita juga ada janji yg tidak ditepati..
kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita..

Waktu itu...terfikirkah kita perasaan dia...?
seperti kita,dia tahu juga rasa kecawa..tetapi kita sering terlupa...
Untungnya mempunyai sahabat yg memahami..
Yg selalu berada disisi pd waktu kita memerlukannya...
Dia mendengar luahan perasaan kita,rasa kecewa,rasa marah,
rasa gembira juga kita luahkan kat dia...
Dia yg memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah...

Kita terlalu asyik menceritakan perihal kita...
hingga..
kadang2 kita terlupa, sahabat kita juga ada cerita yg ingin dikongsikan b'sama...
Pernahkah kita m'beri dia peluang utk menceritakan tentang rasa bimbangnya,rasa takutnya..??
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaiman dia pernah menenangkan kita.....??
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaannya & berita gembiranya...?
Mampukah kita m'jadi sumber kekuatannya spertimana dia meniup semangat
setiap kali kita hampir b'putus asa...?
Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai.....?
Bolehkan kita menjadi bahu utk dia b'sandar harapan.....?

Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari hanya b'cerita...
Ambillah masa utk memahami hati & perasaan seorang sahabat....
Kerna..
Dia juga seorang manusia...
ada perasaan takut,kecewa,sedih dan gembira...
Dia juga ada kelemahan seperti kita juga dan memerlukan seorang sahabat...
Sebagai kekuatan...Jadilah kita sahabatnya itu...

Kita selalu melihat dia ketawa....
tetapi sebenarnya dia tidak setabah yg kita sangkakan....
Di sebalik senyumanya itu mungkin terselit sebuah kisah duka
yg dia sukar utk luahkan kpd sesiapa...
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan...

Kita tidak tahu....
tapi, Jika kita cuba jadi sahabat sepertinya...
Mungkin kita akan tahu...

RENUNGLAH WAHAI SAHABATKU......
HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA
DISEBALIKNYA TERSIMPUL SERIBU SATU RASA YANG SUKAR
UNTUK KITA RUNGKAIKAN..YANG SUKAR UNTUK KITA LAFAZKAN.

Satu2nya cara agar kita memperoleh kasih sayang...
ialah jangan menuntut agar kita dicintai..tetapi mulailah dengan memberi
kasih sayang kepada org lain tanpa mengarapkan sebarang balasan.

"Org yg menunjukkan kebaikan kpd anda adalah sahabat yg baik..Dan
Org yg menunujukkan kesalahan kpd anda juga adalah seorang sahabat yg baik..."

Daripada Abu Hurairah r.a. yang maksudnya, bahawasanya ada seorang lelaki yang pergi menziarahi saudaranya yakni sahabatnya di sebuah kampung yang lain. Lalu Allah menyuruh seorang malaikat untuk memerhatinya di dalam perjalanan. Lalu malaikat itu bertanya kepada lelaki itu, “Hendak ke mana engkau?” Lelaki tersebut menjawab, “Aku hendak menemui seorang sahabatku di kampung itu”. Malaikat bertanya lagi, “Adakah bagimu bumi kepadanya yang engkau mengharap balasan daripadanya?” Tidak, aku mencintainya kerana Allah SWT. Maka berkatalah malaikat itu kepadanya, “Bahawa sesungguhnya aku ini adalah utusan Allah kepada engkau. Bahawa sesungguhnya Allah SWT telah mencintaimu sebagaimana kamu mencintai dia kerana Allah”. (Hadith riwayat Muslim).