Aug 19, 2010

"Sejenak Bersama Palestine" Anjuran PMAPIUM.


Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya,19 Ogos 2010 : Alhamdulillah, tahniah di ucapkan kepada penggerak "Sejenak Bersama Palestine" anjuran PMAPIUM dan juga AQSA bagi menjayakan majlis ini. Amat membanggakan sekali apabila DEWAN KULIAH UTAMA (DKU) di Akademi Pengajian Islam dipenuhi dengan para peserta yang terdiri daripada pelbagai fakulti dan pelbagai kolej. 

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd. Nor kerana sudi memberi sedikit maklumat tentang saudara kita di Palestine serta menceritakan serba sedikit tentang sejarah yang berlaku di Palestine dan juga di Masjidil Aqsa. Harap syarahan beliau dapat membuka mata dan minda kita dalam tanggungjawab membantu saudara kita disana. Walau dengan apa cara sekalipun, kita harus ada inisiatif sendiri untuk membantu mereka. Walau dengan hanya sebaris doa. 

Tidak lupa juga dengan persembahan dari Bro Muadz, yang telah menyampaikan 4 buah lagu termasuk rapping bersama Shinji from japanyang terdiri daripada hadis-hadis Rasulullah sendiri dan digubah menjadi sebuah lagu antaranya Amrullahstand uphijrah dan ansor&muhajirin. Sangat memhiburkan persembahan beliau dengan rentakan dari percusionBro Hafiz. Walaubagaimanapun,Persembahan beliau mampu mengalirkan air mata jika diamati lagu itu betul-betul. Ribuan terima kasih diucapkan kepada mereka atas persembahan yang menghiburkan itu tadi. 

Akhir sekali, terima kasih juga diucapkan kepada para hadirin yang sudi hadir ke majlis ini dan memenuhi ruang di DKU tadi. Semoga kita diberkati Ilahi.. insyaAllah. 

Salam Ramadhan Kareem buat semua. 

Petikan dari Blog Helwi Pmapium 

No comments: