Jan 9, 2010

jOm pErGi CaRi SuMbaNgaN..!


Alhamdulillah......hari ini hari sabtu kan...??? hari murah rezeki kot...hihi kenapa aku cakap cam2 ek...?hmm rezeki Allah 2kn meluas...kt mane2 je...kte ley dpt rezeki 2..itupun selagi kte berusaha...btol x..?ha....sO,jOm.. aku nak kongsi sedikit cerita ketika kami mencari sumbangan tadi....[^^,]

Kami memulakan operasi lebih kurang pada pukul 9.15 pg la...dan majmuah kami telah dipecahkn kepada beberapa kumpulan..ada yg pergi ke mulong,pasir tumbOh...dan kump. aku plak pergi ke Kok Lanas....dan dlm kump. kami 2 b'pecah lagi kpd 2 kump. supaya kami bley lagi dpt lebih dri apa yg kami terget. insyaAllah... Setelah itu, shbt kami b'hentikan kami di depan deretan kedai2..dan mereka yg lain..pergi tempat lain plak... kelantan kan luas...hehe 1st, kami try minta sumbangan di klinik kok lanas...."kami dari Universiti Malaya Nilam Puri.. akan mngadakan program pada 4-6 febuary ni..di SMKA Yan,kedah, jadi kalau boleh kami ingin memohon sedikit sumbangan..boleh kami b'jumpa dgn Doktor..." kebetulan pula tika 2, patient xdak..sO,kami dijemput masuk ke bilik doktor tersebut. "Sikit pun xpelah...xkisahla berapa nk bagi.." begitulah bicara kami dgnnya..tapi dgn hampanya..doktor itu
menjawab "Kami xdpt berilah...maaf ye,lagipun bulan ni bnyak pakai duit.." huhu alangkah sedihnya kami.. bagi seringgit dua pun ok ape..tapi xpelah. kami anggap xde rezeki lagi.


Setelah 2..di belakang deretan kedai 2...terdpt kawasan perumahan. Aku mencadang.."ape kate kte cube kutip kt kawasan perumahan..mane tahu, rezeki kte ada disana..."..jadi,sahabat2 pun setuju...kami pun b'jalan menuju ke kawasan perumahan..Sasaran pertama kami : Ketika itu,ada seorang akak ni..sdg menyiram pokok bunga..lalu,kami memberi salam & memberitahu ttg tujuan kami kerumahnya..lantas, akak 2 menjemput kami masuk kerumahnya.. kalau nk ikutkan,akak 2 nak pelawa kami minum air..tapi kami rse agak mnyusahkan. Jadi, setelah dia menyumbang sedikit..dan kami mngucapkan terimakasih..kami pun meneruskan p'jalanan kami ke rumah lain pula.

Peramahnya orang2 kelantan ni.
Kami meneruskan perjalanan kami kerumah-rumah utk mendapatkan sedikit sumbangan. Ada yg peramah sgt.. siap berborak lagi. Tanya kami ttg asal usul, belajar kat mane.. mcm2 lagi lah..macam da rapat plak kami,siap gelak ketawa lagi..lucu plak rasenye..hihi . Lagi 1, ade lah sorang pakcik ni. Dia baru lepas lap kereta dia.. dan tanpa memakai baju. Kami pun berilah salam dan menyatakan kami dari Universiti Malaya Nilam Puri, pakcik 2 tahu di U ni terdpt hanya Pengajian Islam je,lalu dia memohon maaf pada kami sbb xpakai baju..nmpak aurat katanya.Allah,kami dah la semuanya muslimat..terpaksala tebal muka.huhu Dan dgn murah hatinya, p.cik 2 m'beri kami Rm10..Alhamdulillah. Lalu kami mneruskan lagi p'carian.

Ragam Orang Kelatey...
Kami singgah di sebuah rumah ni,terdpt seorg ayah dan anak2nya sdg membaiki basikal..seperti biasa kami menyatakan hasrat kami..lalu yg si ayah ni ckp..sye xde anak tingkatan 4 [sbbnye sblum 2 kami ad mnyatakan program ni tok tingktn 4]..lalu kami dgn petahnya berkata...em xkisahla p.cik nk bg berapa..seringgit ,2 ringgit pn xpolah..pastu,si ayah ni tnyalah anak die..ade duit x..? bagila kakak 2 bape2 pun [loghat kelatey]..lalu adik 2 memberi kami Rm2..Alhamdulillah..b'syukur sgt. Pastu,ada plak yg rumah ni...m.cik ni da pegang da 1 jumlah duit ni..pas2,tetibe anak die pulang [rsenyela ank die]..lalu m'beri kami sumbgn yg lbih ckit dri jumlah yg m'cik 2 mula2 nk bgi. tapi xpelah...kami tetap b'syukur..mgkin die mula2 xde duit pecah ke? ape ke? kan...hihi [think positive k]

Sahabat Pertama terkedu..2 sahabat lagi still tersenyum..?
Ketika kami singgah di sebuah rumah ni,utk meneruskan tujuan kami 2..rse2nye m.cik 2 xbape sihat kot...pas2,die ckp cam bekeng la...Aku ngn sowg agi shbt aku ni..dahla xpaham bhse kelantan..nsib bek ade sowg lagi shbt kami ni..dri kelantan. Pas2, shbt dri kelantan ni dah t'kedu dah dgn kritikan m.cik 2..yg kami agi 2 owg ni... still agi tersenyum..nk tau ke die kritik ape..? xpelah..biarlah rahsia..agipn die kecek kelatey,ambo pum dok pehe die oyak ape senanye..hehe..Tapi yg m'beri sumbgn pada kami 2 suaminya..'terima kasih p.cik,maaf ganggu" lalu kami mennruskan p'jalanan kami..bley dijadikan pengalaman kne kutuk ketika ini..huhu

Lucu giler...
Setelah beberapa jam m'cari sumbangan...kami b'kumpul semula dgn yg lain [yg b'operasi di Kok Lanas].. dan kami pergi lagi ke tempat lain utk m'cari sumbangan. Sasaran kami pada deretan kedai2..meleset. Dan kami hanya menumpukan sasaran pd kawasan perumahan sahaja.. walaupun jumlah sumbgnnya xbanyak..tapi alhmdulillah..adela jugak. Setelah b'kumpul 2,kami b'pecah pula pada 3 kump.. kami pn b'pecahla pi cari sumbangan...bila kami nk pi rumah besar2...sokmo xde org..rumah2 yg agak sederhana ja yg kami rase agak pemurahla. tapi Maybe depa buzy ka..?mane taukan..[think positiv lagi]..hehe.. Yg lucu gler ni, kami jalanlah die sebuah lorong perumahan..di sebuah rumah teres sebelah kanan ni, die pasang karoke dah la kuat giler...lagu 'selagi ada rindu = paklong' plak 2.. pas2, di sebuah rumah teres sebelah kiri plak yg menyanyi..kirenye ahli2 keluarga rumah 2 la yg m'nyanyi..aku dgn shbt aku ni..tergelak gile2 la...mcmmne lah,rumah lain yg pasang lagu...rumah lain plak yg boleh menyanyi..pas2,bila kami lalu dpn rumahnya...rupa2nya depa pun pasang lagu 2 jugak...haha memang depa taajub gila la dgn lagu 2..adehhh...mcm2...hihi..

Sasaran Terakhir kami...
Sebelum kami semua b'kumpul lagi utk pulang ke nilam puri terus,kami minta lah sedkit sumbngn kt rumah ni... Ahli keluarganya seperti sdg mengecat rumah tapi mmg tgah cat rumah pun..hihi pas2,m.cik ni pelawala kami masuk...sementara die nak p amik duit sumbgn 2..kami xmasuk pun...seganlah.huhu pastu, bila m.cik ni keluar...m.cik 2 bawak skali dgn 2 biji gelas. Lalu die m'pelawa kami minum...alahai baik2nya org2 kelatey kt cni. susah je m.cik ni. huhu setelah kami selesai minum n borak2 ckit..kami minta izin utk pulang.. dan setelah b'salaman. kami pun pi la cari shbt yg lain.. dah xlarat da nk b'jalan..hihi Sebelum balik 2,kami singgahla makan kejab kan sebuah rumah kedai makan..[rumah + kedai].

Ketika tgah makan 2,mcm2 luahan aku dgr dri sahabat2 aku..ada yg kena tipula...ada yg memujila kami buat program camni...dari situ aku dpt kenali lagi ragam manusia yg berbagai2.. ape org kate : ramai orang banyaklah ragamnya. Apepun kami mengambil inisiatif yg tinggi..jadikan pengalaman ini sebagai 1 inspirasi utk terus tabah dalam mghadapi arus rintangan kehidupan yg mendatang. Kat kelate bru jumpa org begini..bler kat KL t, xtaw la plak mcm mne..mgkin ad yg lebih dasat..mane kte tahukan. Tapi,hari ini...aku b'syukur sgt... sumbangan yg kami dpt kutip hari ini amat m'beransangkan..melebihi target plak 2. Alhmdulillah. Terimakasih diucapakn kpd yg sudi mnyumbang..sumbangan anda amatlah kami hargai.Hanya Allah sahaja yg dapat m'balas budi baik kalian.Dan terimakasih juga kpd sahabat2 yg lain..jika tidak kerana usaha kalian..pasti Allah tidak akan m'balas balik setimpal dgn usaha yg kite telah lakukan. Sahabat2,Org yg berusaha itu disayangi Tuhan.=)

Seperti Firman Allah s.w.t. :
"Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan mereka, kecuali orang yang menyuruh (manusia) bersedekah, atau berbuat baik, atau mengadakan perdamaian di antara manusia. Dan barangsiapa berbuat demikian karena mengharap redho Allah, maka Kami akan memberinya pahala yang besar." (Q.s. An-Nisa: 114).

Akhir kalam...
Alhamdulillah ya Allah...sesungguhnya Engkau Maha Kaya Lagi Maha Pemurah.
Semoga pengalaman ini,mendidik kita menjadi seorang yg tabah dalam mghadapi kehidupan yg lebih mencabar lagi.. Tak ade org yg boley hidup kat dunia ini dgn senang lenang... pasti ada rintangan 'step by step' untuk mencapai kehidupan yg hormani. Pengalaman itu juga adalah kemanisan dalam hidup sebenarnye. Ye, pasti ada yg pahit,manis,suka,duka tetapi apabila kite simpulkan semuanya..ia adalah suatu rase yg paling manis dlm kehidupan kita. Amatlah rugi jika kita tidak pernah merasai segala pengalaman itu. Sekian dahulu cerita kali ini.

Wallahu'alam..=)

Jan 6, 2010

RiLex...jGn MaRah Naa~


Alhamdulillah...Allah masih memberi keizinan untukku terus bernafas & masa utk aku terus membangun bersama Islam. Entryku kali ini tentang marah....? anda pernah marah..? benggang ke..? aku..? aku susah nk marah.....tapi bila ade membe xpuas hati dgn seseorg ni...n org 2 mmg silap die...haiih...mmg marah. tapi xbolehla marah sgt,t kne jual....hihi okeh,jOm kite hilangkan marah....yallah2..=)

Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki. Kenapa kita mesti marah ? fikir balik,cepat!!!hihi

Telah berkata Mujahid di dalam sebuah bait syair "Takdir Allah telah putus dan putusan Allah telah terjadi. Istirehatkan hati dari kata-kata "Barangkali" dan "Kalau".Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita. Allah mahu melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah dengan mengucapkan " Inna lillahi wainna lillahi raji'un.".

Pernah ditanya Ahnaf bin Qais,bagaimana dia boleh mengekalkan sifatnya yang lemah lembut itu. Ahnaf menjawab :" Aku belajar dengan Qais bin Asim iaitu pada satu hari sedang berehat-rehat, masuk hambanya membawa panggang besi yang berisi daging panggang yang masih panas. Belum sempat daging itu diletakkan dihadapan Qias, tanpa sengaja besi pemanggang yang panas itu jatuh terkena anak kecil Qais. Menjerit-jeritlah si anak, kesakitan dan kepanasan sehingga meninggal dunia. Qais yang melihat peristiwa itu dengan tenang berkata kepada hambanya yang sedang pucat dan menunggu hukuman " Aku bukan sahaja tidak marah kepada kamu tetapi mulai hari ini aku akan membebaskan kamu." Begitulah sopan santunnya dan pemaafnya Qais bin Asim" Kata Ahnaf mengakhiri ceritanya.

Bukannya Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais memandang segala kejadian itu adalah dari Allah. Jikalau dia bertindak memarahi hambanya, maka hakikatnya dia memarahi Allah. Dia redha dengan ujian yang ditimpakan kepadanya. Tidak ada di dalam kamus hidupnya perkataan "kalau" atau "barangkali". Hatinya tidak terasa dia " tuan" kerana apa yang ada padanya dirasakan amanah dari Allah. Yang bila sampai ketikanya Allah akan ambil kembali.

Kita mesti ubati hati kita. kita mesti membuangkan rasa "ketuanan".
kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun nafsi.
Astagfirullahal'azim.....!

Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :
a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s. w. t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.

b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.

c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita
daripada sifat marah.

d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.

e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam keadaan yang marah.

f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.

g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu keranawudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur.

i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah...? Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah oranglain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang..kerana itu juga sunnah Rasulullah.

Satu cara lagi, apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri, maka duduklah,sekiranya duduk, maka bersandarlah, InsyaAllah kemarahan akan mulai reda.

Dengan cara demikian, seperti ulasan saudara fansuri, keegoan akan berkurangan.Tetapi apa yang berlaku, apabila naik marah, yang bersandar akan mula menetapkan duduknya dan seterusnya berdiri, maka kemarahan sudah tidak dapat dikawal.

Marah ertinya gerakan nafsu diri, seketika meluap darah jantung dari suruhan syahwat utk mempertahankan diri dan utk melepaskan dendam. Cuma kemarahan itu tidak boleh timbul kalau tidak pada tempat dan waktunya. Bila kemarahan telah timbul tidak ditahan dgn fikiran dan akal sebelum dia menjalar, tidak ubahnya dia dengan api yg membakar, darah naik laksana wap, memenuhi otak, sehingga gelap menyelubungi hati sehingga tidak sanggup
berfikir. Menyelimuti seluruh urat saraf, penglihatan nampak kecil bila memandang orang, ketika itu pertimbangan hilang, akal tertutup, fikiran tersentak, angan-angan habis.

Orang yg marah adalah laksana gua batu yg terbakar api terkurung di dalamnya dan angin masuk juga mengipasnya sehinggalah terkumpullah di dalam gua asap dan wap yang menambahkan panas.. Kedengaran api memakan kelilingnya habis menjadi bara Meskipun diusahakan menyiram.. maka air penyiram itu akhirnya akan menjadi minyak tanah menambah kerasnya api.

(عن أبي هريرة رضي الله عنه ، أن رجلا قال للنبي صلى الله عليه وسلم : أوصني ، قال : (لا تغضب
فردد مرارا قال : (لا تغضب ) رواه البخاري
"ِAbi Hurairoh r.a., ada seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w. : berikan wasiat kepada ku, Baginda berkata : Jangan Marah. Bukan sekali, Baginda berkata lagi : Jangan marah. [Al-bukhori.]

Jadi,Perbanyakknlah istighfar kerna itulah senjata orang2 mukmin. Anda org Mukmin...? jadi,istigfarlah.....=)

wallahu'alam~

Jan 5, 2010

WaNiTa SoLeHaH..!

Wanita solehah itu aurat dijaga,

Pergaulan dipagari,

Sifat malu pengikat diri,

Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solehah itu,

tidak terletak pada kecantikan wajahnya,

Kemanisan wanita solehah,

tidak terletak pada kemanjaannya,

Daya penarik wanita solehah itu,

Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,

Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,

Bukan dan tidak sama sekali,

Kepetahan wanita solehah,

Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,

Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,

Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek,

Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,

Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,

kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,

Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,

Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi,

Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,

kerana ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu,

Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,

kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu,

Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,

Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya,

Bersyukurlah diatas apa yang ada,

Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.

Salam perjuangan untuk sahabatku,

Wanita solehah.

"Wanita hiasan dunia, Seindah hiasan adalah wanita solehah"

P/s:

Terima kasih kpd sahabat yg mengirimkan pesanan ini. Nasihatmu ku jadikan sbgai azam & semangat utkku terus berjuang dlm menjadi Mujahidah sOlehah.

Pesanan ini juga sengaja ku postkn diblogku buat sahabat2 perempuan seperjuangan ku yg lain..Moga apa yg disampaikan m'bawa barakah kpd kite semua..insyaAllah..=)

Jan 1, 2010

SuRaT DaRi AnAk MaK Yg DaH xNaKaL...T_T

*Mak.....

Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi
nih....
Mak tau tak.....
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter
dewasa.....
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....
nak tinggal kan anak2 mak..... nak tinggal kan dunia fana ni.....
mak macam dah sedia.....
Seminggu sebelum tu.....
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu.... **
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih.....
kakak pun rasa hairan.....
mak tak penah buat gitu.....
pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak.....
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam .....
kengkadang siaran indonesia ...
mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke
kuburan...
Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....
pastu mak jemur karpet-karpet. ..
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..
paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari.....
ada kat dalam dalam beg.....
ada dalam ASB.....
ada kat dalam Tabung Haji.. **
mak cakap tak berapa cukup lagi....
ada kat dalam gulung tikar.....
masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar...
kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...
mak cuma gelak jer...
eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..

Mak.....

Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut.....
bila malam tu kiter sampai dari KL.....
mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....
mak tetap takmau pi hospital.... .
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital....
tapi kiter berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor...
ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..
Mak tetap tak bersetuju... ..
mak memang degil..
tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.... ..

Mak.....

amponkan kami semua...
kami nak mak sehat...
kami sayang mak...
kami tak mau mak sakit...
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....
ampon kan kami yer mak....

Mak.....

Malam itu abang bawa mak ke hospital
dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,
kiter kata nak beli kereta....
Mak asyik tanya ajer..
cukup ker duitt..
kiter jawab pula...
kalau tak cukup, mak kan banyak duit...
mak gelak ajerr.....
Lepas tu bila kereta kiter sampai....
mak buat kenduri kesyukuran.. ...
Dan kiter masih ingat lagi...
bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor.....
Punya la kiter takut...
kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak.....
Bila balik sahaja kampong....
kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj.....
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...
mak tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga.....

Mak....

tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
mak, kiter menipu mak kan ...
ampon kan kiter....

Mak.....

Jam 4.30 pa gi 19/08 /2006
Bila tiba aja kat hospital....
nurse tengah balut mak dengan kain putih.....
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu kann...kann. .kannn
Mak tau tak....
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan
separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
jalan di depan terasa makin kelam.....
airmata dah tak mampu di tahan....
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
kosong. ...sekosong hati ini.....
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya..
......
terasa syahdu dan sayu...dinginnnn. ....

Mak.....

Kiter masih ingat lagi...
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan ....
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan.....
Mak perasan tak...?
Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....
Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat
gitu...jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu...
lagi laaaa laju airmata ni..
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak....

Mak.....

Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....
kiter nangis ni.....
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi....
Takder orang yang bangun lagi.....
kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...
kiter rindu kat mak..!
Takpa la....
nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
kiter baca yassin untuk mak...
mak tunggu ya..!

Mak..

Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... .
Semua anak2 mak mengelilingi mak...
menatap wajah mak buat kali terakhir....
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja...
Mak rasa tak....
masa tu kiter sentuh dahi mak....
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.....
Kiter tak mampu nak cium mak...
kiter tak daya....
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kiter tak boleh tahan....
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak....
Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah....
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
badan akak terasa panas...
makk...
anak mak yang seorang tu demam....
Mak tauu...
cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan..

Mak.....

Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap....
masa tu malam jumaat selepas maghrib...
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ....
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi...
semakin kiter tenung terasa semakin sayu...
tangisan tak dapat dibendung...
Mak tauu...
kiter cuba bertahan...
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak...
nak cakap dengan mak....
anak mak yang ni dah tak betul kan ...?
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong...
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak.."
Dan akhirnya akak juga nangis.....
Mak tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
rasa nyilu sangat...
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....

Mak....

cukup la sampai sini dulu....
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu....
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ....
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih...
pastu kawan kiter bgtau...
simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak... *
*kiter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak,
I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk unibesiti..
sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...
boleh rasa duduk kat negara orang... *
*sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..

Sekian terima kasih,
Yang Benar Anak mak yang dah tak degil.


p/s: Surat ini b'jaya menyentuh byk hati..selain mengingtkan kte kpd jasa ibu kte dirumah...ia mampu menaikkan smngt kte utk terus berusaha & peroleh kejayaan dgn izinNYA..iAllah~
Surat ini juge tlh b'jaya mengalirkan airmata sahabatku tatkala aku m'bacakannya...dan airmataku juga turut mengalir dgn kesayuan nada bila membacanya..Semoga Rahmat Allah sentiasa b'sama kte dan juga ibu bapa kite..ameeen~..Doa anak2 yg sOleh dimakbulkan Tuhan...!

SaMbuTaN HaRi AsYuRo '10...!

Bismillah...

Alhamdulillah...malam smlm tepat jam 12 p.m. adlh detiknya kedatangan tahun bru iaitu tahun 2010.. Persoalannye skang perlukah kte sambut.....?sdgkan ia adlh ulang tahun hari jadi tuhan kristian & yahudi....tepuk dada tanya iman anda. Dan hari ini juga....IKHLAS telah mengadakan Program Sambutan Hari AsyurO '10... Pengarahnye adalah Bos Helmi & Timbalannya Madam Nadia...hihi [jgn marah guys,lawak ja]... kami,mengadakan aktiviti masak bubur lambuk bersama2.. cadangnya kami hanya mengunakan 2 periuk.. tetapi dgn rezeki Allah yg melimpah ruah... bubur lambuk tu menjadi 4 periuk...huish...cmne 2...? ha...wallahu'alam..hanya Tuhan saja yg tahu.

ومكروا ومكراالله ، والله خير الماكرين

"kita merancang dan Allah juga merancang dan perancangan Allah adalah sebaik2 perancangan"
[Ali-Imran].

Jadi...apa yg dpt kite lihat disini,kita hanya merancang tapi perancangan Allah tulah yg sebaik2nya...perancanganNYA yg tiada batas dgn mengurniakan rezekiNYA yg lebih kpd kite 2..[4 periuk bubur lambuk] dapat jugak kite sedekah kn kpd m.cik kukus,k.bie,k.yah,kt maa kantin...kat pensyarah kite lagi...kat kwn2 kte yg len.. kt student AMK & ALGAE lagi...subhnallah..banyaknya rezeki hari ini...syukran yaAllah...sesungguhnya KAU MAHA KAYA LAGI PEMURAH...huhu

Tentatif stat pd pukul 9 pg... pelbagai dugaan yg dtg mase kami m'jlnkn program ni..cadangnya nk buat depan AMK,pastu hujan rahmat Allah turun...terpaksa lah b'pindah ke tempat lain. dah dpt tempat 2,sekali Mantung dtg menyerang...hihi xdelah gurO2..die juz nasihatkn kte je spya jgn letak dapur gas 2 kt atas mozac..takut pecah plak mozac 2...huhu xpe2..alhamdulillah..bnde 2 senang je nk settle kn...Aslkn dpt masak pun cukuplah,ok kwn2ku...?bersyukur2...huhu

Terimakasih diucapkan kpd yg sggp dtg m'banting tulang menolong utk memasak bubur lambuk ni...kpd ahli2 ikhlas sem2 & sem4 yg sudi hadir dri awl rancngn hingga ke akhir rancangan.. terimakasih bnyk2 tanpa anda,xsiaplah bubur lambuk kte 2..hihi Utk memasak bubur lambuk ni mmg memakan masa yg agak lama... lebih kurang 3-4 jam sebenarnye tapi alhmdulillah kami dpt siapkan hanya dlm masa 3 jam shj..itupun sbb ramai sgt yg dtg mengacau bubur td..syukron jazilah jiddan2.. Dan kte dapat selesaikannya sebelum solat jumaat..alhamdulillah...syukur sgt2..Allah permudahkan segala urusan kami.

Aku sebagai KD MULTIMEDIA mmg bnyk sgt keje...[konon je]..hihi yela..nak amik gambar lagi as kenangan. pas2, nk wt sticker lagi.. iklan agi..tp xpe,senang je nk wt sume 2..nsib bek ade patner agi 2 org..dptla meringankan sikit beban ni.thanks korang....=) Anda nk tahu,kalo x aku ni muke penerbitan & multimedia mmg xsah..huhu tp adela jugak pengalamn jadi KD DISIPLIN..huhu Kalo jumpe ngn dak2 ikhlas ni,haiih..mmg digelar KD DISIPLIN la...nak tahu knape..?biarlah rahsia....hanya org yg gelar kte 2 je tau knpe...hihi [^^,]

Itu jela citenye buat hari ni....overall,semuanya b'jalan lancar....syukrOn jazilan sekali lagi kpd semua yg terlibat........exspecially sem4, korang mmg best..walaupun ade yg xbagi komit..tp mejO yg dtg td sem4..apepn pn..thanks korg. Tak lupe juge wt adik2 sem2, jadikanlah pengalaman ini,sebagai kegunaan utk masa akan dtg...yelah, tahun ni kami bley handle lagi..sem dpn kami akan berangkat ke UM KL pula..tinggalla adik2 akak yg sem2 ni...xpe2,akak tahu korg sume ley handle..ok?? IKHLAS BOLEH...! hihi

p/s:
* Sejak akhir2 ni,rse cam sedih sgt....xtwla knape..? aku rse, aku sng terime nasihat org...dgn care b'lembut dgn ayat2 yg sdp didengar..bkn dgn ayat yg kasar..huhu xpelah,kte amik rasional dgn bnde ni..mgkin itu cara die menasihati org, kte amik ape yg bley memuhasabhkn diri kite..itu yg lbih bek kn...?senyap itu lebih bek dri melawan...huhu
* Satu lagi kesilapan besar yg aku ase aku tlh wat iaitu meletakkan sesuatu hukum yg salah dgn keadaan marah..yaAllah,mcmmne aku bley b'tindak mngikut nafsu..walhal nabi telah b'pesan "Jgnlah kamu meletakkan sesuatu hukum ketika kamu dlm keadaan marah"..huhu ampunkan dosaku ya Rabbi..!
* EsOk,iAllah family tercinta akan bertolak ke kelantan,semoga dipermudahkan perjalanan..[YaAllah...lindungilah family ku...permudahkanlah perjalanan mereka supaya selamat pergi & selamat sampai...ameenn~] Sahabat2 doakn sekali ye....syukran alaik ya sodikati...=)
* Hari ini,adalah hari yg paling memenatkan dan bley dikatekn mcm setiap minggu ada je prOgram yg aku pegang..yaAllah permudahkanlah urusan hambaMU yg lemah ini...ameeeen~

Dec 31, 2009

PeSaNaN Buat aDik2 akAk yG DisaYanGi...!

Bismillah pembuka bicara

Marilah sama-sama kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Ilahi dgn Limpah kurniaNYA dpt lagi kte bernafas dimuka bumi Allah yg fana’ ini. Serta selawatla keatas Nabi Muhd. Saw,semoga Baginda sentiasa ada bersama kite dalam m’perjuangan ad-din Allah..

Sebelum itu,penulis ingin memohon maaf jika apa yg nk ditulis lepas ni,tiada kaitan dgn kehidupan kalian & bkn utk dituju kpd kehidupan kite semua Cuma Pesanan ini hanya untuk adik2ku tersayang yg berada dirumah sekarang.

Adik2 akak……………

akak sentiasa doakan adik2 akak dalam keadaan sihat walafiat..akak gembire sgt dapat adik2 seperti kalian. Cuma kadang kala,akak rase sedih,risau,kecewa,kesal dan mcm2 lagilah. Akak sebagai akak sulong rse berat sgt dgn tanggungjawab ini sebernanya. Yelah, adakah aku sudah berjaya mendidik adik2ku…yg sbnrnye itu tugas ibuku. Timbul sejuta kerisauan yg ada dikepala ini. Dengarlah pesanan akak ni adik2 akak..akak syg sgt2 dgn adik2 akak. Walaupun kdg2 2 ada diantara kte selalu bertelingkah,berkelahi,sampai nangis2..sampai mengeluarkan kata2 kesat. Kadang akak sedih sgt, kat mana lah adik2 akak belajar perkataan2 2…? Sedangkan akak tak penah pun ckp bnde 2…? Akak rase ibu pun takde ajar adik2 ckp cam2. Akak tak kisah, kalau adik2 nk ckp kt akak sekalipun..tapi jgnlah cakap kt ibu ngan abah ye…hormatlah mereka sebaik2nya.

Adik2 dengarlah nasihat abah & ibu.

Walaupun abah selalu membebel,tapi ambillah nasihatnya itu dan sematkan dlm hati adik2. Kalau nk ikutkan, akak yg selalu kne push dgn abah… nak kuar sowg2 pun xboley walaupun akak kua dgn kwn perempuan, pakai baju 2 xboley,ni xboley,walhal pakaian yg menutup aurat, pgg hp lame2 abah bising,walhal xmsg sape2 pun, kire korang lebih beruntung abah xpush korg terlalu syadid. Tapi akak tahu, abah terlalu sygkan akak. Memang mula2 abah push akak 2, akak rase cam xpuas hati je, rase marah je, tapi bila akak sentiasa sematkan keinsafan dlm diri akak…akak terima nasihat abah, supaya akak ley jadi lbih baik n lebih baik….tapi ingat, walaupun kte rase dah lebih baik tapi pasti ada sedikit kekurangan yg ada pd diri kita..mungkin ianya tersembunyi @ terzahir hanya orang lain yg boleh menilai kita bagaimana. Sesungguhnya setiap manusi ada kekurangannya & kelebihannya..

Adik2, ingatla perngorbanan ibu ngn abah

Apa yg kte nak selama ni,semuanya dpt. Ya, memang ada apa yg kte nak xdapat..kdg2 kte merungut…k.lang je asyik dpt apa yg die nak..sabarlah adik2ku syg.. ibu 2 bukannya ade duit sgt… kdg2 akak tgOk ade yg merajuk kalo ibu xbeli apa yg disuruh…yaAllah,adik2ku syg…xkesian kt ibu ke, balik ptg da kne cari makanan yg korang minta 2…? Mujur time 2 akak ikut ibu sekali. Kalau x,akak rse da nk magrib pun ibu still cri ape yg korg nak 2. Sedih akak tgOk ibu cam ikut je ape yg korg suruh. Pernah akak merintih gila2 sbb time 2 ibu menghidap penyakit darah tinggi….yaAllah, akak menyalahkan diri akak…adakah sbb akak ibu dpt penyakit 2.. akak merintih setiap malam & xlekang dgn doa utk ibu & abah…alhamdulillah penyakit ibu 2 dah xde. Akak xpenah lupe kate2 abah kt ibu ‘selagi saya masih hidup yang,saya takkan biarkan anak2 saya b’sekolah di sekolah biasa…saya tetap akan sekolah mereka disekolah agama” yaAllah…besarnye pengorbanan mereka adik2 kpd kite semua walaupun ketika itu ekonomi makin merosot. Kite nak stremyx abah pasangkan,kte nak astro abah psgkan, PSP pun abah beli tapi abah kate kat korang,kawan abah yg bagi..tapi sebenarnya abah yg beli sndiri. yaAllah,demi anak2 abah sanggup beli apa shja supaya ank2nya lekat duk kat rumah. Huhu

Adik2ku yg perempuan jadikanlah abah sebagai Idola…

Adik2, jadikanlah abah sebagai Idola kte dlm memilih bakal suami kte nanti. Bila m’dengar luahan nenek yg mengatakan ‘untung ibu ko dapat suami yg ad agama macam abah ko’,hati akak rase bangga. Memg beruntung pun ibu. Abah berjaya membimbing ibu,walhal dlu ibu terlalu lemah dlm agama. Sebelum kahwin,ibu tidak pakai tudung dan setelah ibu berkahwin dgn abah, ibu langsung memakaikn tdung labuh..yaAllah,untungnya ibu dapat suami yg berjaya membimbing nya kejalan ad-din MU ya Allah. Dulu nenek kate, rumah nenek xde telefon,stlh ibu bekerja ibu psg telefon semata-mata nak belajar mengaji dgn abah. yaAllah,ad lagi ke lelaki seperti abah itu..? ingtlah adik2…abah sentiasa yg nak terbaik utk anak2nya.. pilihlah suami yg dpt m’bimbing kte ke jalan yg benar. Abah selalu pesan pd akak ‘lelaki ni banyak jenis..ada yg buaya, ada yg arnab’..jgn dpt yg buaya sudahla…akak paham apa yg abah ckp. Abah taknak akak tersalah pilih laki. Jgelah adab wahai adik2ku syg…jdilah seperti mawar berduri…yg sukar utk didekati.. maruah kte ni mahal adik2.. sekali tercemar tidak akan suci kembali!

Adik2ku sayang belajarlah bersungguh2…

Adik2, belajar lah bersungguh-sungguh. Jangan biarkan ibu dgn abah kecewa dgn kejayaan kite. Jangan biarkan mereka menangis kerana kegagalan kite tapi biarkan mereka menangis jika kerana kejayaan kita. Akak suka dgn sikap adik faruq, suka b’balas ayat al-quran dgn akak. Faruq bace pas2 suruh akak smbung. Kadang2 mcm menyanyi pulak..hihi tak ke sejuk perut ibu bila tgOk kte b’balas ayat al-quran ni..? lebih baik dripd kte menyambung nyanyian yg tiada m’bawa sdkit pahala lgsung. Ingtla adik2,perjalanan & perjuangan kite masih jauh. Hargailah pergorbanan ibu & abah selama ini. Akak kagum dgn adik2 lelaki akak, pandai azan, mncuba utk mengikut rentak bacaan qari2..alhmdulillah yaAllah.. aku b’syukur sgt.. tetapi akak sdih sgt bila adik2 malas sgt nk stady,dgn alasan da stady la, soalan senangla… kdg2, akak tgOk abah & ibu mengharapkan sgt anak2nya m’jadi penghafaz alquran, guru, dan yg dlm bidang agama. Akak rase abah xpenah gagal dlm m’didik akak…dari kecik agi diajar memakai tudung, mengajar mengaji,drjah 1 da bley bce quran..ha.. akak rse same je cara didikan abah dkt akak dgn adik2.. hargailah adik2 & aplikasikanlah ia supaya adik2 tidak tergolong didalam golongan org2 yg rugi.huhuhu

Adik2ku gembirakanlah hati mereka….

Bila abah tegur, dengar. Bila abah larang,jangan buat. Bila abah suruh, buat. Ingatla 3 perkara ni adik2… dgrlah selagi abah & ibu menengur kite, Janganlah buat selagi abah & ibu melarang kte, buatlah selagi abah & ibu suruh. Kita tidak tahu ajal kita bila adik2..mgkin esok,mgkin lusa,mgkin sekejb lagi…kte xtau adik2..begitu jugala ibu & abah kte adik2.. gembirekanlah mereka selagi mereka masih hidup. Kdg2 kte asyik mengadu kt ibu je… sehinggakan abah terasa.. tetapi abah sellu rujuk dkt akak ‘abah rase macam abah ni tunggul je kat umah ni’ akak terse sgt2 time 2,apa slh akak smpai abah ckp mcm 2 kt akak…? Akak menangis menghadap kekasih hakiki , lalu memohon maaf pd abah. Akak tahu,adik2 akak sume pandai mengambil hati ibu & abah.. kdg2 gelak smpai xingt dunia.. akak gembire sgt bila tgok abah & ibu gelak melihat telatah kte..hihi tenangnye hatiku yaAllah.. melihat mereka gembire. Teringat akak pd hari raye pertama time akak f5, ktika giliran akak sampai utk memohon maaf pd abah & ibu.. tika abah m’cium dahi akak,serta merta airmata abah mengalir..yaAllah,adakah aku sudah lukakan hati abahku ini yg aku paling syg selama ini…? Aku memohon maaf pd abah dan aku merintih dlm pelukan abah. Maafkn akak abah..akak syg abah sgt2…huhu

Jadi adik2…ingtlah pesanan akak ni…akak tahu,akak pun banyak kelemahan & kekurangan..semua org ingin berubah, tapi tiada siapa yg boleh m’ubahkan kte selain diri sndiri adik2…dan ingtlah pesanan abah & ibu sentiasa…. Abah selalu pesan kt akak ‘ingt Allah selalu’ & sentiasalah b’doa kpdNYA. Adik2 walaupun abah jrg menasihati adik2 sbgaimana abah menasihati akak… jgnlah aggap abah tak sygkn adik2… abah mne xsygkan anak oi…^^, Abah sygkan kte sume….okey…? abah & ibu sentiasa memikirkan yg terbaik utk kte….hargailah perngorbanan mereka adik2.. Jagalah maruah kelurga kita b’sama. Mana2 pergi di area kg kte,pasti org akan mengenali kte sebagai anak imam abdul rahman osman…tak malu kah adik2…? Abah kte terkenal dgn peramahnya & ilmunya tapi kite ni…? Seperti langit & bumi bezanya… org pndg kte pun cam pelik je..eh btol ke ni anak imam…? Pakaian kte cam xmenunjukkan kte ni anak imam,adab kte lagi….? Tapi alhmdulillah anak2 dara abah masih terpelihara lagi. Adik2 lelaki akak ni, akak tahu…masing2 ade kepale sndiri..tapi cuba dgr ckp abah & ibu sikit.. mereka tu jelah ibu & abah kte adik2..da xde org len dah dlm dunia ni, yg akak rasa baik sgt selain mereka. Doa kte utk mereka juga penting adik2… doa anak2 yg soleh adalah doa dimakbulkan oleh Allah. Akak tak kate akak ni solehah…cume,sejahat mne pun kte..sekirenye doa tok ibu bapa kte 2 ikhlas dri lubuk hati kte yg luhur..insyaAllah, Allah akan memakbulkannya. Ingatlah adik2,keredhoan Allah itu terletak pd keredhoan ibu bapa. Bagi adik2 lelaki, syurga itu terletak dibawah kaki ibu…sehingga korang kawen pun syurga korang tetap disitu. Ingatlah adik2ku syg….akak syg sgt dgn adik2 akak sume… akak xpenah m’bezakan korg2… kte sentiasa m’buat kesilapan,tapi kte kne sentiasa m’perbaikinya. Hormatilah & sayangilah mereka selagi mana mereka masih hidup. Uhibbukum Jiddan2…=)

Sekian~

p/s : mengapakah sambutan tahun baru islam tidak disambut seperti tahun baru 2010...?huhu =(

Dec 30, 2009

YaNg TiDak AkAn PerGi...!

Bismillah
Allah Yang Menguasai Perjalanan Langit Dan Bumi.

Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya
lalu dia dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan,
maka dia akan berkata:
"Tuhanku telah memuliakanku"

Adapun bila Tuhannya mengujinya
lalu membatasi rezekinya maka dia berkata:
"Tuhanku menghinakanku"
[Al Fajr 89:15-16]

Jangan begitu sayang
Allah Tahu Apa Yang Terbaik Untukmu.

Diwajibkan atas kamu berperang,
padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci.

Boleh jadi kamu membenci sesuatu,
padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu,
padahal ia amat buruk bagimu;
Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui
[Al Baqarah 2:216]

...

Akan ada yang datang
Dan akan ada yang berlalu pergi

Manusia itu akan datang dan pergi
Harta benda itu akan datang dan pergi
Kesedihan itu akan datang dan pergi
Masalah itu akan datang dan pergi

...
...
...

Tapi ...

Ada juga yang datang
Dan takkan pernah sesekali berlalu pergi

Siapa?

...
...
...

Allah, sayang.
Allah.

Allah akan tetap di situ
Sekalipun kamu melupakannya.
Allah takkan pernah meninggalkanmu dan takkan pernah berpaling darimu
Allah akan terus memerhatikan.

Ya!
Allah akan terus memerhatikan.
Setiap gerak gerimu,
Setiap ucap kata dari bibirmu,
Pekerjaan yang kamu utamakan melebihi diriNya,
Dan bagaimana kau sandarkan cintamu pada manusia yang belum halal buatmu

Allah ada untuk setiap masa
Bila sahaja yang kamu mahu
Kembali padaNya ya sayang
Allah sedang menantimu

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku,
maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat.
Aku mengabulkan permohonan
orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku,
maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku)
dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku,
agar mereka selalu berada dalam kebenaran.
[Al Baqarah: 186]

jangan biar sampai Allah murka pada kita=)
Isbir selagi mana kekuatan itu ada..!

Dec 22, 2009

iBu....EnGKaULaH RaTu HaTiKu...!


Alhamdulillah...bersyukur kehadrat Ilahi..dgn nikmat kurniaNYA,dapat lagi kite bertemu di blog HIDUPKU!!. Apa sebbnye aku letak tajuk [ibu...Engkaulah Ratu Hatiku..!] kali ni ek...???hmm...hari ni,hari ape ek....??thinkin.......Owh ye....Hari Ulangtahun kelahiran ibuku tercinta rupenya...hihi....Selamat Hari Lahir yg ke-48,iBu. Semoga dimurahkan rezeki..dan semoga rahmat Allah sentiasa bersama mu...ameenn~=)

Terima kasih ibu. Engkaulah ratu hatiku..kalo tak kerana ibu,akak takkan lahir kat dunia ni..kalo tak kerana ibu jugalah, akak takkan berjaya sehingga kini..terima kasih banyak2..Ibulah permata hati akak..yg selama ini, banyak memerli, bnyk mendorong..tapi akak tahu,ibu perli 2 sbb nak akak sedar akan sesuatu...mungkin kdg2 agak terasala jugak....smpai menangis-nangis tapi ibu jgn risola..anak ibu yg sorg ni,pandai bermuhasabah diri..insyaAllah..[^^,]

Ibuku bernama Noraiti Bt. Abdul Majid..telah dikurniakan dengan 9 org cahaya mata.5 org putera dan 4 org puteri..Dan aku lah anak sulOngnya..huhu Eh,korg caye x ni....?jgn xcaye ye..=) Alhamdulillah, sumenye dilahirkan secara normal dan takdak sorg pun kembar... mungkin ramai org xpercya yg aku ni anak sulong,baru je umor 19 tahun tapi ibu aku dah umur 48 tahun...huhu ini disebabkan oleh ibu dan abahku kahwin lambat...so, percayalah...! Kekuasaan Allah tidak boleh dilawan dengan akal fikiran manusia.. dah takdir Allah yg tetapkan cam2,nak wat lagu mana lagi kan..hihi tapi aku gembira sangat sbb dilahirkan didalam sebuah keluarga islam. Sekiranyalah,aku dilahirkan dalam keluarga yg mnnganut agama kristian...haiish tak tawla lagu mana nak habak...adeiii [awat tetibe habaq kOdah plak ni...hihi]..

Terlalu banyak sgt pengorbanan seorg ibu kpd anak2nya...Dia lah yang melahirkan,menyusukan, mendidik lagi....bykla...xtaw cane nak gambarkan pengorbanan ibu tu.Teringat time masa aku form 1...ketika itu,buzday ku makin hampir...pastu,ibu tanyela "nak hadiah ape..?" kebetulan pula, time 2 ibu sedang mengandungkan adikku yg last..Lalu,aku hanya meminta..."Akak nak adik baru....". Lepas tu, dgn kuasa yang MAHA ESA...permintaanku itu dimakbulkan...lahirlah adikku yg last 2..and same buzday dgn aku...mujur time 2 hari jumaat..dak2 asrama pn bley balik rumah..so,bile balik je, dpt cium adik bru...hihi disebabkan aku suka sgt dgn baby..so,itulah hadiah aku...=)

Pas2,ape lagi ek....?bnyak lagila....kalo aku tension kat hostel je...bila balik umah terus hilang tension....yela,ibu dan adik2ku yg da macam RAJA LAWAK plak aku rase...kalo duk umah 2,xtergelak 1 hari memg xsahla...haha Kalo meseg pun,aku lebih suka meseg dgn ibu...kdg2 sampai kwn2 aku pelik,yela meseg..pastu tersengih2 mcm meseg dgn pakwe diowg kate...pas2 aku katelah,meseg dgn ibu aku la...diowg still pelik...hihi biarlah...nak meseg dgn pakwe cane...?pakwe pn takdak...haiih... ibu memg sporting....gile2..hmm cayunk ibu. Kalo dok kt kampus pn same...kalo rase cam hati gelisah je, cam ade mslh ke..terus kol ibu.. pas2, brulah tenang hati ni.... dgr je sore ibu..trase sayu sgt hati ni.. haiih...tapi bila kat rumah rase nak b'balah je..haha.. bukan gaduh,cume ibu suke benO perli owg... b'balah manjala dikatekan..hihi tp itulah lumrah idup senanye kan...hihi nikmatnye lahai....[^_^].

Nak tau ke kami berbalah ape..?hihi..oklah ili cite ek..tapi cite ni lawak senanye..hihi Gini, time cuti hari2... ibu suruhla aku masak...yela,adik2 lapaq kan..tapi senanye aku dah masak da petang 2..pas2 da habis..ni kirenye masak utk makan malamla.. pas2 ,aku cakapla..."ibu,akak balik ni nak rase masakan ibu yg sedp 2 au...ha...ibu la yg masak...bolehla bu...."[ayat bodek]..ngeh3 "eleh...yelah 2...ibu penatla kak oi...ko jelah masak..."..balas ibu ku.. dengan berat nye nak bangun gi masak ni...buatla gaya2 malas..akhirnya aku ke dapur jua...huhu...pasal 2 pun nk berbalah kan...yela,dah rindu nak makan masakan ibu..hmm tetibe en,time 2 da la mls sgt nk masak lauk2 ni,aku pun masak jela nasi goreng..konon2 nak wat cam nasi goreng yg selalu ibu wat 2la...sekali...dgn malas2 pn...jadi jugak nasi goreng cam ibu...hmm....sedddaaaapp....hihi memg licinla nasi goreng aku masak 2...pas2 ibu dok puji2lah..."pandaila ank ibu masak"...pastu aku balas balik..."tengokla anak sape.."..hihi

Dalam alquran ada menyatakan yg kita hendaklah menyayangi kedua ibu bapa kita...seperti dalam surah al-isra'..yg bermaksud : " Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya [ibu dan bapa mu] dgn penuh kasih sayang dan ucapkanlah "wahai Tuhanku! sayangilah keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidikku ketika waktu kecil".Jadi...sayangla mereka lebih daripada kita syg kepada org lain..sbbnye terlalu banyak sgt pengorbanan yg mereka telah curahkan kpd kite...mereka tak harapkan pun duit kita..cuma apa yg mereka harapkan adalah doa2 anak yg soleh...dan kejayaan kite..2 je..kalo kita nak bg duit nak balas balik semua pengorbanan 2...memg silapla...memg tak terbalas dgn wang ringgit...Jadi,hargailah ibu bapa selagi nyawa mereka dikandung badan.

P/s:
Dalam surah ape ye yg terdapat adab2 kite bila b'cakap dengan ibu dan bapa kite...? selain dri surah al-israk ade x suroh len...? Mungkin ada sesiapa yg boleh bantu...fadhall...=)

Dec 18, 2009

Ku MeriNduiMu DaLam DiaM..!

“ Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan apabila kamu mencintai seseorang dan kamu tidak memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.”

Suhaiza meneliti bait-bait puitis itu ketika dia sedang membaca buku ‘Tentang Cinta’ yang dikarang oleh Dr. Fadzilah Kamsah. Itulah yang berlaku pada dirinya sekarang, menyayangi seseorang dalam diam, dia tidak mampu untuk memberitahu perasaanya itu pada orang yang disayanginya. Suhaiza merasakan dirinya serba kekurangan dan terlalu merendah diri. Perasaan itulah yang menyebabkan dia seolah-olah terkurung dengan perasaannya sendiri. Dan dia seolah-olah redha dengan melepaskan orang yang disayanginya itu dan berdoa agar lelaki itu berjumpa dengan wanita yang lebih baik dari dia.

Sue mengeluh kecil, sambil meletakkan buku yang dibacanya itu untuk ke dapur. Didapur, sahabat satu rumah dengannya sedang mengoreng ikan keli berdasarkan bunyi desiran minyak panas dikuali. “Quratu masak apa hari ni? Tanya Suhaiza. “Hari ini aku nak masak masakan kegemaran ko dengan Nad lah,ikan keli masak cili padi”balas Quratu dengan lirikan senyumannya yang penuh menawan. Suhaiza gembira mendengarnya. “Mana Nad?” Tanya Quratu sambil melirik ikan keli yang digorengnya. “Apa lagi tidurla…macamla ko tak tahu,sahabat kita yang sorang tu kan memamg sentiasa busy orangnya” balas Suhaiza. “Nad, Nad..kalau ye pun busy sangat..janganlah sampai tidur lewat malam pastu bangun pagi lambat..hmm” rungut Quratu. “Ko ni,janganlah marah. Nad baru je dapat tugasan baru tu,lagi pun kena manage sorang-sorang pulak tu,sebab tu sampai dia tidur lewat ..lagipun lepas solat subuh tadi dia baru je nak tidur..”bela Suhaiza akan sahabatnya itu. “Mana ko tahu??”Tanya Quratu lagi,dia rasa bersalah pula merungut tanpa usul periksa. “tadi masa aku bangun subuh,aku jenguk bilik Nad kejab, nampak dia tengah menghadap laptop lagi dan lepas tu dia solat subuh ,sebelum tu dia ade pesan kat aku kejutkan dia kul 10 pagi nanti,la..sekarang da kul10.30 pagi..matila aku tak kejutkan dia lagi..adui..aku pergi kejutkan dia kejab tau”terkocoh-kocoh Suhaiza menaiki anak tangga ketingkat atas untuk mengejutkan sahabatnya itu.

Quratu’aini hanya menggeleng kepala melihat telatah Sue. Suhaiza Akmal dan Nadia Amira adalah dua orang sahabatnya yang tinggal serumah dengannya. Suhaiza terkenal dengan sikapnya yang agak peramah,suka senyum,rajin memasak, comel pulak tu tapi sikap dia yang suka 'jual mahal' menyebabkan lelaki yang meminatinya sukar untuk mendekatinya. Manakala,Nadia Amira pula, seorang yang rajin,suka mengambil inisiatif yang tinggi, agak tegas berbanding Quratu’aini dengan Suhaiza Akmal yang suka bermanja..malahan dia juga petah berhujah sebab tu dia mengambil jurusan syariah undang-undang. Quratu’aini pula seorang yang suka membebel,tapi dalam tiga orang sahabat ini,dialah yang paling cun..pandai,suka mengambil berat akan sahabat-sahabatnya tapi agak sombong jugakla. Dia mengambil jurusan dalam bidang usuluddin,manakala Suhaiza Akmal pula dalam bidang pendidikan islam sebab tu dia sangat peramah. Ketiga-tiga sahabatnya itu menuntut di Universiti yang sama iaitu di Universiti Malaya Kuala Lumpur .

“Nad,aku nak tanya sikit boleh x?” Suhaiza bersuara sambil matanya asyik memandang sahabatnya yang sedang sibuk menaip menggunakan laptop untuk menyiapkan assignmentnya. “Eh, Tanya jela..sejak bila ko pandai mintak izin pulak ni..? jawab Nadia sambil matanya tidak lekang menghadap skrin laptopnya. “ok,macam ni….emmmm….” berat mulut Suhaiza untuk meluahkannya. “wei,napa ni…?cakap jela..ko ni sejak bila pandai berahsia dengan aku ni…?? Tanya Nadia dengan sedikit pelik akan sikap sahabat rapatnya itu. Nadia menyimpan assignmentnya yang hampir siap itu ke dalam dokumen dan mula keluar dari ‘microsoft word’ dan terus membiarkan laptopnya terbuka. Lalu dia menghadapkan mukanya ke muka Suhaiza. Mereka sangat rapat dari bermulanya semester pertama di Universiti Malaya. Nadia dapat merasakan sahabatnya seperti sedang memendam kan sesuatu. “Ini pasti soal hati lagi..”duga Nadia dalam hati. Sebelum ini,sering juga Sue menanyakan pendapatnya jika terdapat mana-mana lelaki yang mempunyai ciri-ciri lelaki idamannya itu cuba untuk mengambil hatinya. Tetapi sikapnya yang sukar untuk membuat keputusan sendiri terpaksa meminta pendapat sahabatnya itu. Nadia senang dengan sikap Suhaiza yang suka berkongsi masalah dengannya dan dengan fikirannya agak terbuka bila mendengar pendapat Nadia.

“ok,ok…ape die…?bagi tau jela aku…macam berat je masalah ko ni..bagitaula, kalau-kalau aku boleh tolong ke…kalau tak boleh,kite ikhtiar cara lain..ok?” Nadia memberi jaminan. Suhaiza membisu. Dia sebenarnya malu untuk meluahkan ape yang dia pendamkan selama ini. Patutkah dia minta pendapat sahabatnya itu? Itulah yang berlegar-legar dalam fikirinnya. Dia mengambil keputusan untuk memberitahu Nadia kerana dia tidak sanggup lagi pendam apa yang sudah lama terbuku di dalam hatinya.

“emm..macam ni,aku kan penah cite kat ko pasal dak laki yang belaja kat mesir tu..”,

“Aliff Firdaus ke..?ha..ha..kenapa dengan dia…?” Tanya Nadia.

“Aku rasa,aku dah mula sukakan dia la tapi aku tak nak layan sangat perasaan aku ni..aku takut berlakunya zina hati. Dulu,kami kerapla juga main mesej ni. Tapi sejak akhir-akhir ni, dia agak sibukla, pastu kurang main mesej dengan aku. Bila da jadi macam tu,aku mula teringat kat dia pulak. Satu perasaan yang sukar untuk aku luahkan timbul dengan tiba-tiba. Tapi aku tahu,dia pun nak menjaga hubungan ini, takut mengundang kepada zina hati. Entahla Nad,bila timbulnya perasaan tu..airmata aku mula menitis. Mungkin aku rindukan dia kot dan dalam masa yang sama aku takut akan kemurkaan Allah kerana aku merindui seseorang yang belum menjadi milikku.” Luah Suhaiza dengan pilunya.

“sebelum ini,dia pernah luahkan kepada aku..yang dia juga rindukan aku. Tapi aku tak pernah balas perasaannya itu. Aku malu dan aku terlalu menjaga hati agar tidak terpesong dengan cinta dunia..” Luah Suhaiza lagi.

“okeh-okeh,aku paham…kirenya ko da mula sayang kat dia la ni, bila dia dah lama tak contact ko ek..?” Duga Nadia setelah mendengar luahan sahabatnya itu.

“hmm…tapi aku lebih sayangkan parents aku la..”. Balas Suhaiza sambil menjelaskan lagi perasaannya itu.

“ko ni,janganlah senyum-senyum macam 'kerang busuk'..seganlah aku nak cite kat ko lagi masalah aku ni..hmm”. Rungut Suhaiza pula.

“la..senyum pun tak boleh…?he..he..” Giat Nadia. “ Ko da mula sayang dia la ni, tu lah dulu jual mahal sangat..tengok sekarang, ko sendiri yang cair dengan perasaan ko sendiri..haiih,kawan aku sorang ni..” bebel Nadia dengan sikap sahabatnya yang suka tipu diri sendiri.

“ Ko ni,janganla membebel pulak..aku tanya pendapat ko,bukan nak dengar bebelan ko..” Gumam Suhaiza dengan nada sedikit merajuk.

“Yelah sayang..” pujuk Nadia dengan nadanya yang agak manja.

“Sue, merindui orang itu tak salah tapi yang salahnya ialah cara kita melayan perasaan kita tu..lebih-lebih lagi kita ni sebagai wanita islam, kenala jaga adab dan syariatnya. Lagipun sekarang ni,ko masih belajar kan,aku tak nak perasaan ko tu akan menjadi beban untuk ko berjaya suatu hari nanti. Aku tak halang ko,kalau ko nak sayang kat dia,sebab itu fitrah manusia. Ok sekarang ni, aku boleh bagi ko dua pandangan. Pertama, ko rasa antara cita-cita ko dengan perasaan ko tu,mana lagi penting..? ko sanggup ke cita-cita ko musnah,disebabkan perasaan yang ko sendiri tak boleh nk luahkan..?. Yang kedua,ko simpan jela perasaan rindu ko tu kat dia. Kalau benar dia jodoh ko,tak kan kemana punya. Sekarang ni, korang masing-masing tengah belajar kan..? utamakan pelajaran dulu k, anggap perasaan ko tu sebagai satu sumber untuk ko berjaya. Kalau perasaan tu datang lagi, ingatla Allah banyak-banyak. Limpahkanlah perasaan ko tu kepadaNYA. Hanya dia yang Maha Mendengar dan hanya DIA sahaja yang layak. Jangan lupa buat solat istikhoroh selalu,serta solat hajat sekali. Ok sayang…? Nasihat Nadia kepada sahabat rapatnya itu.

“Sebenarnya apabila kita menyayangi seseorang tidak semestinya kita mesti memilikinya, dan cinta yang sejati itu ialah kita sentiasa doakan kebahagiaannya walaupun dia tiada di sisi kita, dengan cara itu kita juga akan rasa bahagia” jelas Nadia lagi, dia pun tidak tahu bagaimana dia pandai berfalsafah tentang cinta. Tetapi apa yang dilontarkan itu ada logiknya pada pandangan Suhaiza.

“Sue,jangan kerana perasaan itu, kita gugur dalam perjuangan dan jangan kerana cinta juga, prinsip kita menjadi larut dan cair. Cinta tak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada percintaan. Hanya kesetiaan akan mengikat cinta. Cinta tidak pernah meminta malahan ia sentiasa memberi. Di mana ada cinta disitu ada kehidupan. Itulah positifnya cinta..”. Jelas Nadia dengan panjang lebar. “Sekarang ni terserah pada ko nak buat keputusan k? da macam pakar cinta pulak aku ni..hihi..”luah Nadia dengan gelak ketawanya.

“memang pun..he..he..” balas Suhaiza dan ketawa mereka pun terburai sama.

“eh nape gelak-gelak ni…? sergah Qurotu apabila mendengar gelak ketawa sahabat-sahabatnya di ruang tamu.

“tak de pape..hihi..” Nadia dan Suhaiza membalasnya seiring dengan gelak ketawa yang belum berakhir. Qurotu hanya menggeleng kepala melihat telatah sahabat-sahabatnya itu. Lalu,meneruskan masakannya di dapur. “macam-macamla korang ni”. Mengomel Qurotu.

*********

“Betul juga kata Nad tu,Cinta tak semestinya memiliki,sekarang ni,aku kena lepaskan dulu perasaan aku ni,kalau ada jodoh tak kemananya. Masih banyak perkara lain lagi untuk aku buru selain melayan perasaan aku ni”, bisik hati Suhaiza sambil tersenyum walaupun ia sedikit pahit untuk dilalui dan turut membekas dihatinya tapi dia tabah menghadapinya. Perjalanan hidupnya masih berliku, dia berazam untuk membuat yang terbaik dan dia juga berdoa agar cinta itu akan menjadi miliknya satu hari nanti.Apa yang penting baginya sekarang ni,Cinta Ilahi yang harus dimilikinya terlebih dahulu. Hatinya berbunga ceria apabila mengingatinya. “Ampunkan dosaku ya Allah”. Pinta Suhaiza pada kekasihnya yang hakiki.