Dec 30, 2009

YaNg TiDak AkAn PerGi...!

Bismillah
Allah Yang Menguasai Perjalanan Langit Dan Bumi.

Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya
lalu dia dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan,
maka dia akan berkata:
"Tuhanku telah memuliakanku"

Adapun bila Tuhannya mengujinya
lalu membatasi rezekinya maka dia berkata:
"Tuhanku menghinakanku"
[Al Fajr 89:15-16]

Jangan begitu sayang
Allah Tahu Apa Yang Terbaik Untukmu.

Diwajibkan atas kamu berperang,
padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci.

Boleh jadi kamu membenci sesuatu,
padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu,
padahal ia amat buruk bagimu;
Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui
[Al Baqarah 2:216]

...

Akan ada yang datang
Dan akan ada yang berlalu pergi

Manusia itu akan datang dan pergi
Harta benda itu akan datang dan pergi
Kesedihan itu akan datang dan pergi
Masalah itu akan datang dan pergi

...
...
...

Tapi ...

Ada juga yang datang
Dan takkan pernah sesekali berlalu pergi

Siapa?

...
...
...

Allah, sayang.
Allah.

Allah akan tetap di situ
Sekalipun kamu melupakannya.
Allah takkan pernah meninggalkanmu dan takkan pernah berpaling darimu
Allah akan terus memerhatikan.

Ya!
Allah akan terus memerhatikan.
Setiap gerak gerimu,
Setiap ucap kata dari bibirmu,
Pekerjaan yang kamu utamakan melebihi diriNya,
Dan bagaimana kau sandarkan cintamu pada manusia yang belum halal buatmu

Allah ada untuk setiap masa
Bila sahaja yang kamu mahu
Kembali padaNya ya sayang
Allah sedang menantimu

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku,
maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat.
Aku mengabulkan permohonan
orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku,
maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku)
dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku,
agar mereka selalu berada dalam kebenaran.
[Al Baqarah: 186]

jangan biar sampai Allah murka pada kita=)
Isbir selagi mana kekuatan itu ada..!

Dec 22, 2009

iBu....EnGKaULaH RaTu HaTiKu...!


Alhamdulillah...bersyukur kehadrat Ilahi..dgn nikmat kurniaNYA,dapat lagi kite bertemu di blog HIDUPKU!!. Apa sebbnye aku letak tajuk [ibu...Engkaulah Ratu Hatiku..!] kali ni ek...???hmm...hari ni,hari ape ek....??thinkin.......Owh ye....Hari Ulangtahun kelahiran ibuku tercinta rupenya...hihi....Selamat Hari Lahir yg ke-48,iBu. Semoga dimurahkan rezeki..dan semoga rahmat Allah sentiasa bersama mu...ameenn~=)

Terima kasih ibu. Engkaulah ratu hatiku..kalo tak kerana ibu,akak takkan lahir kat dunia ni..kalo tak kerana ibu jugalah, akak takkan berjaya sehingga kini..terima kasih banyak2..Ibulah permata hati akak..yg selama ini, banyak memerli, bnyk mendorong..tapi akak tahu,ibu perli 2 sbb nak akak sedar akan sesuatu...mungkin kdg2 agak terasala jugak....smpai menangis-nangis tapi ibu jgn risola..anak ibu yg sorg ni,pandai bermuhasabah diri..insyaAllah..[^^,]

Ibuku bernama Noraiti Bt. Abdul Majid..telah dikurniakan dengan 9 org cahaya mata.5 org putera dan 4 org puteri..Dan aku lah anak sulOngnya..huhu Eh,korg caye x ni....?jgn xcaye ye..=) Alhamdulillah, sumenye dilahirkan secara normal dan takdak sorg pun kembar... mungkin ramai org xpercya yg aku ni anak sulong,baru je umor 19 tahun tapi ibu aku dah umur 48 tahun...huhu ini disebabkan oleh ibu dan abahku kahwin lambat...so, percayalah...! Kekuasaan Allah tidak boleh dilawan dengan akal fikiran manusia.. dah takdir Allah yg tetapkan cam2,nak wat lagu mana lagi kan..hihi tapi aku gembira sangat sbb dilahirkan didalam sebuah keluarga islam. Sekiranyalah,aku dilahirkan dalam keluarga yg mnnganut agama kristian...haiish tak tawla lagu mana nak habak...adeiii [awat tetibe habaq kOdah plak ni...hihi]..

Terlalu banyak sgt pengorbanan seorg ibu kpd anak2nya...Dia lah yang melahirkan,menyusukan, mendidik lagi....bykla...xtaw cane nak gambarkan pengorbanan ibu tu.Teringat time masa aku form 1...ketika itu,buzday ku makin hampir...pastu,ibu tanyela "nak hadiah ape..?" kebetulan pula, time 2 ibu sedang mengandungkan adikku yg last..Lalu,aku hanya meminta..."Akak nak adik baru....". Lepas tu, dgn kuasa yang MAHA ESA...permintaanku itu dimakbulkan...lahirlah adikku yg last 2..and same buzday dgn aku...mujur time 2 hari jumaat..dak2 asrama pn bley balik rumah..so,bile balik je, dpt cium adik bru...hihi disebabkan aku suka sgt dgn baby..so,itulah hadiah aku...=)

Pas2,ape lagi ek....?bnyak lagila....kalo aku tension kat hostel je...bila balik umah terus hilang tension....yela,ibu dan adik2ku yg da macam RAJA LAWAK plak aku rase...kalo duk umah 2,xtergelak 1 hari memg xsahla...haha Kalo meseg pun,aku lebih suka meseg dgn ibu...kdg2 sampai kwn2 aku pelik,yela meseg..pastu tersengih2 mcm meseg dgn pakwe diowg kate...pas2 aku katelah,meseg dgn ibu aku la...diowg still pelik...hihi biarlah...nak meseg dgn pakwe cane...?pakwe pn takdak...haiih... ibu memg sporting....gile2..hmm cayunk ibu. Kalo dok kt kampus pn same...kalo rase cam hati gelisah je, cam ade mslh ke..terus kol ibu.. pas2, brulah tenang hati ni.... dgr je sore ibu..trase sayu sgt hati ni.. haiih...tapi bila kat rumah rase nak b'balah je..haha.. bukan gaduh,cume ibu suke benO perli owg... b'balah manjala dikatekan..hihi tp itulah lumrah idup senanye kan...hihi nikmatnye lahai....[^_^].

Nak tau ke kami berbalah ape..?hihi..oklah ili cite ek..tapi cite ni lawak senanye..hihi Gini, time cuti hari2... ibu suruhla aku masak...yela,adik2 lapaq kan..tapi senanye aku dah masak da petang 2..pas2 da habis..ni kirenye masak utk makan malamla.. pas2 ,aku cakapla..."ibu,akak balik ni nak rase masakan ibu yg sedp 2 au...ha...ibu la yg masak...bolehla bu...."[ayat bodek]..ngeh3 "eleh...yelah 2...ibu penatla kak oi...ko jelah masak..."..balas ibu ku.. dengan berat nye nak bangun gi masak ni...buatla gaya2 malas..akhirnya aku ke dapur jua...huhu...pasal 2 pun nk berbalah kan...yela,dah rindu nak makan masakan ibu..hmm tetibe en,time 2 da la mls sgt nk masak lauk2 ni,aku pun masak jela nasi goreng..konon2 nak wat cam nasi goreng yg selalu ibu wat 2la...sekali...dgn malas2 pn...jadi jugak nasi goreng cam ibu...hmm....sedddaaaapp....hihi memg licinla nasi goreng aku masak 2...pas2 ibu dok puji2lah..."pandaila ank ibu masak"...pastu aku balas balik..."tengokla anak sape.."..hihi

Dalam alquran ada menyatakan yg kita hendaklah menyayangi kedua ibu bapa kita...seperti dalam surah al-isra'..yg bermaksud : " Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya [ibu dan bapa mu] dgn penuh kasih sayang dan ucapkanlah "wahai Tuhanku! sayangilah keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidikku ketika waktu kecil".Jadi...sayangla mereka lebih daripada kita syg kepada org lain..sbbnye terlalu banyak sgt pengorbanan yg mereka telah curahkan kpd kite...mereka tak harapkan pun duit kita..cuma apa yg mereka harapkan adalah doa2 anak yg soleh...dan kejayaan kite..2 je..kalo kita nak bg duit nak balas balik semua pengorbanan 2...memg silapla...memg tak terbalas dgn wang ringgit...Jadi,hargailah ibu bapa selagi nyawa mereka dikandung badan.

P/s:
Dalam surah ape ye yg terdapat adab2 kite bila b'cakap dengan ibu dan bapa kite...? selain dri surah al-israk ade x suroh len...? Mungkin ada sesiapa yg boleh bantu...fadhall...=)

Dec 18, 2009

Ku MeriNduiMu DaLam DiaM..!

“ Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan apabila kamu mencintai seseorang dan kamu tidak memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.”

Suhaiza meneliti bait-bait puitis itu ketika dia sedang membaca buku ‘Tentang Cinta’ yang dikarang oleh Dr. Fadzilah Kamsah. Itulah yang berlaku pada dirinya sekarang, menyayangi seseorang dalam diam, dia tidak mampu untuk memberitahu perasaanya itu pada orang yang disayanginya. Suhaiza merasakan dirinya serba kekurangan dan terlalu merendah diri. Perasaan itulah yang menyebabkan dia seolah-olah terkurung dengan perasaannya sendiri. Dan dia seolah-olah redha dengan melepaskan orang yang disayanginya itu dan berdoa agar lelaki itu berjumpa dengan wanita yang lebih baik dari dia.

Sue mengeluh kecil, sambil meletakkan buku yang dibacanya itu untuk ke dapur. Didapur, sahabat satu rumah dengannya sedang mengoreng ikan keli berdasarkan bunyi desiran minyak panas dikuali. “Quratu masak apa hari ni? Tanya Suhaiza. “Hari ini aku nak masak masakan kegemaran ko dengan Nad lah,ikan keli masak cili padi”balas Quratu dengan lirikan senyumannya yang penuh menawan. Suhaiza gembira mendengarnya. “Mana Nad?” Tanya Quratu sambil melirik ikan keli yang digorengnya. “Apa lagi tidurla…macamla ko tak tahu,sahabat kita yang sorang tu kan memamg sentiasa busy orangnya” balas Suhaiza. “Nad, Nad..kalau ye pun busy sangat..janganlah sampai tidur lewat malam pastu bangun pagi lambat..hmm” rungut Quratu. “Ko ni,janganlah marah. Nad baru je dapat tugasan baru tu,lagi pun kena manage sorang-sorang pulak tu,sebab tu sampai dia tidur lewat ..lagipun lepas solat subuh tadi dia baru je nak tidur..”bela Suhaiza akan sahabatnya itu. “Mana ko tahu??”Tanya Quratu lagi,dia rasa bersalah pula merungut tanpa usul periksa. “tadi masa aku bangun subuh,aku jenguk bilik Nad kejab, nampak dia tengah menghadap laptop lagi dan lepas tu dia solat subuh ,sebelum tu dia ade pesan kat aku kejutkan dia kul 10 pagi nanti,la..sekarang da kul10.30 pagi..matila aku tak kejutkan dia lagi..adui..aku pergi kejutkan dia kejab tau”terkocoh-kocoh Suhaiza menaiki anak tangga ketingkat atas untuk mengejutkan sahabatnya itu.

Quratu’aini hanya menggeleng kepala melihat telatah Sue. Suhaiza Akmal dan Nadia Amira adalah dua orang sahabatnya yang tinggal serumah dengannya. Suhaiza terkenal dengan sikapnya yang agak peramah,suka senyum,rajin memasak, comel pulak tu tapi sikap dia yang suka 'jual mahal' menyebabkan lelaki yang meminatinya sukar untuk mendekatinya. Manakala,Nadia Amira pula, seorang yang rajin,suka mengambil inisiatif yang tinggi, agak tegas berbanding Quratu’aini dengan Suhaiza Akmal yang suka bermanja..malahan dia juga petah berhujah sebab tu dia mengambil jurusan syariah undang-undang. Quratu’aini pula seorang yang suka membebel,tapi dalam tiga orang sahabat ini,dialah yang paling cun..pandai,suka mengambil berat akan sahabat-sahabatnya tapi agak sombong jugakla. Dia mengambil jurusan dalam bidang usuluddin,manakala Suhaiza Akmal pula dalam bidang pendidikan islam sebab tu dia sangat peramah. Ketiga-tiga sahabatnya itu menuntut di Universiti yang sama iaitu di Universiti Malaya Kuala Lumpur .

“Nad,aku nak tanya sikit boleh x?” Suhaiza bersuara sambil matanya asyik memandang sahabatnya yang sedang sibuk menaip menggunakan laptop untuk menyiapkan assignmentnya. “Eh, Tanya jela..sejak bila ko pandai mintak izin pulak ni..? jawab Nadia sambil matanya tidak lekang menghadap skrin laptopnya. “ok,macam ni….emmmm….” berat mulut Suhaiza untuk meluahkannya. “wei,napa ni…?cakap jela..ko ni sejak bila pandai berahsia dengan aku ni…?? Tanya Nadia dengan sedikit pelik akan sikap sahabat rapatnya itu. Nadia menyimpan assignmentnya yang hampir siap itu ke dalam dokumen dan mula keluar dari ‘microsoft word’ dan terus membiarkan laptopnya terbuka. Lalu dia menghadapkan mukanya ke muka Suhaiza. Mereka sangat rapat dari bermulanya semester pertama di Universiti Malaya. Nadia dapat merasakan sahabatnya seperti sedang memendam kan sesuatu. “Ini pasti soal hati lagi..”duga Nadia dalam hati. Sebelum ini,sering juga Sue menanyakan pendapatnya jika terdapat mana-mana lelaki yang mempunyai ciri-ciri lelaki idamannya itu cuba untuk mengambil hatinya. Tetapi sikapnya yang sukar untuk membuat keputusan sendiri terpaksa meminta pendapat sahabatnya itu. Nadia senang dengan sikap Suhaiza yang suka berkongsi masalah dengannya dan dengan fikirannya agak terbuka bila mendengar pendapat Nadia.

“ok,ok…ape die…?bagi tau jela aku…macam berat je masalah ko ni..bagitaula, kalau-kalau aku boleh tolong ke…kalau tak boleh,kite ikhtiar cara lain..ok?” Nadia memberi jaminan. Suhaiza membisu. Dia sebenarnya malu untuk meluahkan ape yang dia pendamkan selama ini. Patutkah dia minta pendapat sahabatnya itu? Itulah yang berlegar-legar dalam fikirinnya. Dia mengambil keputusan untuk memberitahu Nadia kerana dia tidak sanggup lagi pendam apa yang sudah lama terbuku di dalam hatinya.

“emm..macam ni,aku kan penah cite kat ko pasal dak laki yang belaja kat mesir tu..”,

“Aliff Firdaus ke..?ha..ha..kenapa dengan dia…?” Tanya Nadia.

“Aku rasa,aku dah mula sukakan dia la tapi aku tak nak layan sangat perasaan aku ni..aku takut berlakunya zina hati. Dulu,kami kerapla juga main mesej ni. Tapi sejak akhir-akhir ni, dia agak sibukla, pastu kurang main mesej dengan aku. Bila da jadi macam tu,aku mula teringat kat dia pulak. Satu perasaan yang sukar untuk aku luahkan timbul dengan tiba-tiba. Tapi aku tahu,dia pun nak menjaga hubungan ini, takut mengundang kepada zina hati. Entahla Nad,bila timbulnya perasaan tu..airmata aku mula menitis. Mungkin aku rindukan dia kot dan dalam masa yang sama aku takut akan kemurkaan Allah kerana aku merindui seseorang yang belum menjadi milikku.” Luah Suhaiza dengan pilunya.

“sebelum ini,dia pernah luahkan kepada aku..yang dia juga rindukan aku. Tapi aku tak pernah balas perasaannya itu. Aku malu dan aku terlalu menjaga hati agar tidak terpesong dengan cinta dunia..” Luah Suhaiza lagi.

“okeh-okeh,aku paham…kirenya ko da mula sayang kat dia la ni, bila dia dah lama tak contact ko ek..?” Duga Nadia setelah mendengar luahan sahabatnya itu.

“hmm…tapi aku lebih sayangkan parents aku la..”. Balas Suhaiza sambil menjelaskan lagi perasaannya itu.

“ko ni,janganlah senyum-senyum macam 'kerang busuk'..seganlah aku nak cite kat ko lagi masalah aku ni..hmm”. Rungut Suhaiza pula.

“la..senyum pun tak boleh…?he..he..” Giat Nadia. “ Ko da mula sayang dia la ni, tu lah dulu jual mahal sangat..tengok sekarang, ko sendiri yang cair dengan perasaan ko sendiri..haiih,kawan aku sorang ni..” bebel Nadia dengan sikap sahabatnya yang suka tipu diri sendiri.

“ Ko ni,janganla membebel pulak..aku tanya pendapat ko,bukan nak dengar bebelan ko..” Gumam Suhaiza dengan nada sedikit merajuk.

“Yelah sayang..” pujuk Nadia dengan nadanya yang agak manja.

“Sue, merindui orang itu tak salah tapi yang salahnya ialah cara kita melayan perasaan kita tu..lebih-lebih lagi kita ni sebagai wanita islam, kenala jaga adab dan syariatnya. Lagipun sekarang ni,ko masih belajar kan,aku tak nak perasaan ko tu akan menjadi beban untuk ko berjaya suatu hari nanti. Aku tak halang ko,kalau ko nak sayang kat dia,sebab itu fitrah manusia. Ok sekarang ni, aku boleh bagi ko dua pandangan. Pertama, ko rasa antara cita-cita ko dengan perasaan ko tu,mana lagi penting..? ko sanggup ke cita-cita ko musnah,disebabkan perasaan yang ko sendiri tak boleh nk luahkan..?. Yang kedua,ko simpan jela perasaan rindu ko tu kat dia. Kalau benar dia jodoh ko,tak kan kemana punya. Sekarang ni, korang masing-masing tengah belajar kan..? utamakan pelajaran dulu k, anggap perasaan ko tu sebagai satu sumber untuk ko berjaya. Kalau perasaan tu datang lagi, ingatla Allah banyak-banyak. Limpahkanlah perasaan ko tu kepadaNYA. Hanya dia yang Maha Mendengar dan hanya DIA sahaja yang layak. Jangan lupa buat solat istikhoroh selalu,serta solat hajat sekali. Ok sayang…? Nasihat Nadia kepada sahabat rapatnya itu.

“Sebenarnya apabila kita menyayangi seseorang tidak semestinya kita mesti memilikinya, dan cinta yang sejati itu ialah kita sentiasa doakan kebahagiaannya walaupun dia tiada di sisi kita, dengan cara itu kita juga akan rasa bahagia” jelas Nadia lagi, dia pun tidak tahu bagaimana dia pandai berfalsafah tentang cinta. Tetapi apa yang dilontarkan itu ada logiknya pada pandangan Suhaiza.

“Sue,jangan kerana perasaan itu, kita gugur dalam perjuangan dan jangan kerana cinta juga, prinsip kita menjadi larut dan cair. Cinta tak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada percintaan. Hanya kesetiaan akan mengikat cinta. Cinta tidak pernah meminta malahan ia sentiasa memberi. Di mana ada cinta disitu ada kehidupan. Itulah positifnya cinta..”. Jelas Nadia dengan panjang lebar. “Sekarang ni terserah pada ko nak buat keputusan k? da macam pakar cinta pulak aku ni..hihi..”luah Nadia dengan gelak ketawanya.

“memang pun..he..he..” balas Suhaiza dan ketawa mereka pun terburai sama.

“eh nape gelak-gelak ni…? sergah Qurotu apabila mendengar gelak ketawa sahabat-sahabatnya di ruang tamu.

“tak de pape..hihi..” Nadia dan Suhaiza membalasnya seiring dengan gelak ketawa yang belum berakhir. Qurotu hanya menggeleng kepala melihat telatah sahabat-sahabatnya itu. Lalu,meneruskan masakannya di dapur. “macam-macamla korang ni”. Mengomel Qurotu.

*********

“Betul juga kata Nad tu,Cinta tak semestinya memiliki,sekarang ni,aku kena lepaskan dulu perasaan aku ni,kalau ada jodoh tak kemananya. Masih banyak perkara lain lagi untuk aku buru selain melayan perasaan aku ni”, bisik hati Suhaiza sambil tersenyum walaupun ia sedikit pahit untuk dilalui dan turut membekas dihatinya tapi dia tabah menghadapinya. Perjalanan hidupnya masih berliku, dia berazam untuk membuat yang terbaik dan dia juga berdoa agar cinta itu akan menjadi miliknya satu hari nanti.Apa yang penting baginya sekarang ni,Cinta Ilahi yang harus dimilikinya terlebih dahulu. Hatinya berbunga ceria apabila mengingatinya. “Ampunkan dosaku ya Allah”. Pinta Suhaiza pada kekasihnya yang hakiki.

SaLam Ma'AL HiJraH....!

Alhamdulillah..bersyukur kita kehadrat Ilahi dengan limpah kurnianya,serta dengan takdirnya..dapat lagi kita merasai tahun baru bagi umat islam. Semalam, telah masuknya hari awal muharam bagi 1431 masihi.

Hari Awal Muharram atau Hari Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam.

Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia dan merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.

Permulaan penggunaan Kalendar Tahun Hijrah / Hijriah adalah hasil dari ilham Khalifah Ar-Rasyidin yang kedua iaitu Saidina Umar Al-Khatab radhiyallahu `anhu. Ini adalah turutan dari Kesatuan Arab yang ditubuhkan di bawah naungan Islam pada zamannya.

Ada satu riwayat lain yang mengatakan bahawa Gabenor Abu Musa Al-As'ari telah mengirimkan surat kepada Saidina Umar r.a minta beliau menjelaskan tentang tahun bagi tarikh surat/arahan Umar yang telah dihantar kepadanya. Maka dengan ini beliau (Umar r.a) mahukan satu kalendar / taqwim Islam yang khas untuk menggantikan tahun rujukan kalendar yang berbagai-bagai yang digunakan oleh bangsa-bangsa Arab dan bangsa-bangsa lain pada zaman itu.

Di kalangan bangsa Arab sendiripun ada berbagai-bagai kalendar yang digunakan seperti Kalendar Tahun Gajah, Kalendar Persia, Kalendar Romawi dan kalendar-kalendar lain yang berasal dari tahun peristiwa-peristiwa besar Jahiliah. Maka Umar telah memilih tahun yang terdapat di dalamnya peristiwa paling agung dalam sejarah Rasullullah s.a.w untuk dijadikan asas permulaan tahun pertama bagi kiraan kalendar / taqwim Islam.

Peristiwa tersebut adalah peristiwa hijrah Rasullullah saw dari Makkah ke Madinah. Ini adalah kerana dengan hijrah inilah permulaan pertolongan Allah kepada RasulNya dan agama Islam ditegakkan. Hasil dari itu, Kesatuan Arab lebih sistematik, bersatu dan tersusun serta mendapat berbagai-bagai kejayaan besar dan bertambah kuat hasil dari pilihan Umar itu.

Di antara kejayaan besar Islam waktu itu ialah kerajaan Kisra dapat ditumbangkan, Baitulmuqaddis dibebaskan dari Rom dan Masjid Al Aqsa dibangunkan. Setelah Umar membandingkan kalendar tersebut dengan kalendar-kalendar Persia dan Romawi, didapati bahawa kalendar ini ternyata lebih baik. Maka dengan itu Umar mengisytiharkan Kalendar Tahun Hijrah adalah Kalendar / Taqwim Islam yang rasmi.

Jadi itu serba sedikit kisah disebalik Ma'al Hijrah.Memang betul,setiap penghijrahan memerlukan banyak pengorbanan...mari kita analisa diri kita balik,apa sebenarnya hijrah bagi kita sebagai Mahasiswa Islam..?? adakah kita sudah banyak berkorban...? kadang-kadang kita leka dengan nikmat dunia,sehinggakan penghijrahan yang kita bawa tiada langsung erti pengorbanan.

Oleh itu,tahun baru islam ini...mari kita sama-sama muhasabah kembali diri kita..apa pengorbanan yang telah aku lakukan tahun lepas..dan pengorbanan apa yang aku nak buat tok tahun baru islam ni....? memantapkan lagi prinsip hidup ka....? buang segala sifat mazmumah ka..? sama-sama kita tadabbur, seperti mana kita inginkan hari ini atau tahun ini lebih baik dari hari-hari lepas atau tahun-tahun lepas..pacakkan semangat untuk berubah demi islam dalam hati untuk berkorban fi sabilillah..niat kita kena sentiasa lillahi ta'ala.. seperti pengorbanan Rasulullah,Terlalu besar pengorbanannya kepada kita,membangunkn negara islam kerna terlalu sayangkan ummatnya..walaupun,di hina,di cemuh,tapi baginda tetap bangkit demi agama,negara dan bangsanya.

Jadi,akhir kalam.....semoga rahmat Allah sentiasa bersama kita semua....innallaha ma'ana...=)

P/s :-
Selamat Hari Lahir diucapkan kepada sahabatku Madiha...Semoga diMurahkan rezeki..aku doakan ko berjaya didunia & diakhirat...ameen~ happy2lah selalu k...jangan suka tension au,t aku pulak yg tension..hihi..setiap hijrah memerlukan pengorbanan,sama jugakla dengan setiap perhubungan memerlukan banyak pengorbanan,kepercayaan,ha...kesetiaan 2 pun penting tau...try to understand each other k...sayang ko..=)

Dec 11, 2009

FuTsaL PiaLa TiMbaLan PenGaRah.....!


Alhamdulillah.....mari kita sama2 b'syukur kehadrat Ilahi....dengan limpah kurniaNYA..kita masih dpt bernafas lagi dibumi yg fana' ini. Selesai sudah penutupan bagi PERTANDINGAN FUTSAL PIALA TIMBALAN PENGARAH pada malam tadi yg dirasmikan oleh PM MUHIDEEN. Tahniah diucapkan kepada pemenang2 yg telah memenangi tempat 1,2 dan ke 3[muslimin & muslimat]..
kpd yg tidak menang 2...jgn putus asa ye, cuba lagi pada masa akan datang pula..mana tahu rezeki anda pula..insyaAllah.

Keputusan kesuluruhan pertandingan bagi muslimat telah dimenangi oleh..jeng3x...hehe
Tempat Pertama dimenangi oleh MAJMUAH 5 SEM 2..
Tempat ke-2 pula adalah MAJMUAH 8 SEM 4
Dan Tempat ke-3 pula dimenangi oleh MAJMUAH 6 SEM 4...
Manakala,
Bagi Muslimin pula...
Tempat pertama dimenangi oleh MAJMUAH 1 SEM 4
Tempat ke-2 pula adalah MAJMUAH 5 SEM 4
Dan akhir sekali iaitu tempat ke-3 dimenangi oleh MAJMUAH 8 SEM 4...

wah...sgt senget ye...Mari kita imbas kembali..
ketika pertandingan futsal [muslimat] sdg diadakan..mcm2 tragedi yg telah b'laku...ada sowg student ni, ade org kata..kaki die t'koyak tisula..ada yg patahla...mana tidaknya..org sepatutnya sepak bola tp ni,tersepak kaki..tulang bertemu tulang da kemungkinan salah satu tulang 2 akan patah...tp alhamdulillah..
student 2 xteruk sgt..ada pula yg bola nya terkena kt
kepala..terus pengsan..astagfirullahal'azim..terkezut gak senanye...tapi antara kedua patient ni,xtaw plak yg mne 1 kne hantar kat hospital...huhu Pastu..ada agi sorg patient ni,die tercampak sampai ke jaring...mgkin lantainya agak licin..xsempat nk brek da tercampak..cuma apa yg boleh diambil iktibar disini..bila die tercampak 2..pinggang die tibe2 crame..sprti malaikat hendak mncmbut nyawa dia ketika itu..masing2 panik...keadaan die menarik nafas menakutkn kami...[zakarOl maut]
tibe2 dlm beberapa minit,die
da bley bangun..yaAllah..alhamdulillah..kami mngucapkan keluhan lega..huhu time 2 perlawanan final,pihak lawan memg main ganas gile ..huhu aku pun tercampak bila main dgn diowg..huhu sakit seluruh bdnku ini..tp alhamdulillah..Allah masih kurniakanku kekuatan utk bergerak melakukan solat.

Patient yg akhir pula...slps habis game kesuluruhannya..kami disuruh bergegas utk bertukar pakaian dan diarah keluar dan menunggu bas disana..[dpn balai polis pasir tumboh]. ada yg terus sarung je pakaian..dahla baru habis main..nak cpt sgt,sarung jela..tibe2 da sampai kt depan..ada sorg student ni tibe2
kaki die crame..rakan2 die trus baringkn dia kt pondok polis 2..dan sapu ubat panas yg boleh kurgkn crame kaki die 2..kalo ade spray senang ckit...spray je,iALLAH 2,3 minit hilangla crame 2.. tp malangnya takde. Setelah disapu ubat panas 2..kaki dia da bley bergerak da..tibe2 die plak sesak nafas...[asma]..time
2 kami sume memg kecut perutla..dahla bas dtg lambat...die pulak memg sesak nafas teruk ...
pakai pulak baju 2 lapis..yaAllah..memg dugaanla..pas2 rakan2 sume tolong kipaskan tok dia bagi dia b'nafas sikit...telefon ambulans pn lambat..dan akhirnya bas UM sampai..dan urusetia buat kputusan bawa patient 2 nek bas UM je...yela,da ambulans lambat sgt..alhamdulillah patient 2 da kurang ckit sesak nafas die 2..huhu lega rasanya sume selamat..Memang banyak kejadian aneh yg b'laku time muslimat men futsal...dugaan Allah siapalah yg tahu..kira dasyat jugak muslimat main..sampai ada yg pengsan...huhu dasyat2..

Cerita Majmuah kami...
Kami berlawan 6 pusingan...4 pusingan menang dan 2 pusingan agi kalah..hehe mana tidaknya lawan dengan Majmuah yg ganas2...hihi tapi kami pun ganas jugak main..tp depa lagi ganas agaknya..huhu sampai majmu
ah kami kebanyakan tercampakla...terjatuhla...macam2la..dgn lantainya yg agak licin...ish3..dugaan betoila..
tapi niat kami memg suke-suki je..hihi penyOkong
kami sumenye b'sorak...hadaff..hadaff..hadaff..[maksunya gol3x..]hihi lucu je..memg semangatla majmuah kami. Ada 1 trakmak yg kawan aku ni cipta...
1 xcukup..2 xcukup..3xcukup...hentam dia cukup2...hihi memg klkarla...time main pun kami bley gelak2 lagi..mana tidaknya..bila ade yg t'jatuh je kami tergelakla..cam tak ksian plak kt die bila die jatuh..tp kami memg nak happy2 je..xnk la men tensyen2..t xbest plak nk main..huhu Lepas habis main..sengal2 di kaki sudah mula terasa..rasa penat sekali..bagai lepas b'jaya naik gunung ledang yg sejauh 20km 2..huhu
Teringat pula pada kenangan aku mendaki GUNUNG LEDANG '08..[sebelum masuk UM]...akulah org 1st wakil dri form6 yg berjaya sampai ke puncak iaitu cekpoint 8...
huhu memg puas sgt bler da dapat sampai puncak..hirup udara yg segar...minum air yg neutral...wah......memg pengalaman yg sgt mahalla..tp bila nak trun balik 2 memg perit sikit...sbb ia m'junam kn...kaki kita pun..terpaksa b'jalan cara b'geser ke bawah..memg sakitla ibu jari..sampai je kt khemah da magrib..pastu time 2 memg penat sgt2...sampai langsung xrase lapar...rasa nk tidur je time 2..tibe2...aku demam..huhu lps mkn panadol...aku terus diulit mimpi yg panjang..tp berbaloi sgt dpt sampai puncak..kecik2 cili padi tau..hehe

Nak tip [tak na
k bagi rasa m'daki 2 jauh & cpt pnt] x..??ha
1. bila m'daki 2 jgn selalu pndang ke dpn...pndg bawah je..bila anda pndg ke atas..anda akan rase,jauhnye lagi...lambatnye lagi nk sampai..ha mcm2 lagi la..
cuba anda pandang kebawah..anda akan rase,eh cepat plak aku sampai..ha..
2. Jgn terlalu bnyak minum air kosong tp bnyakkan minum air garam...sbb air garam bley mengembalikan tenaga kita balik
...tidak pun bawak coklat banya
k2..hihi anda tentu suka makan coklat lagi dari minum air garam bukan?..
jdi pilihla antara 2 tu utk
mengembalikan tenaga anda kembali..
3. sebelum m'daki 2..kosongkan perut anda..tapi makan roti bolehla,kalau makan nasi..nnti anda akan rase nk muntah & cepat penat..bila da smpai cekpoint 5 barulah anda boleh makan
nasi..

itu je kot petua yg selalu aku amalkan...selamat mencuba..[^^,]

Jadi...apa yg boleh kita amik disini...jika kita inginkan sesuatu kemenangan itu..depends kepada niat kita "innamal'amalu binniat"..jika baik niat kita...maka kejayaan pun utk kita..jika kurang baik niat kita,maka kekalahanla kita..dan juga minds kita..jika minds kita positif maka,apa yg kita akan peroleh juga positif,jika mind kita negatif maka sumenya akan jd negatif..jadi, berfikiran positifla anda sllu...supaya khidupan anda akan sentiasa menjadi positif...insyaAllah..jazakallahu khoirOn kasirO..=)

Dec 7, 2009

HarGaiLaH SeBuAh PeRSaHaBataN...!

Duhai Sahabat...
Di Kampus kita xpunya sesiapa kecuali diri kita sendiri....
tetapi dalam kita bersendirian kita beruntung....
Kerana...
kita mempunyai sahabat yg memahami kita...
sekepale dgn kita..
sebagaimana kita mengharapkn keikhlasan & kejujuran
drpd seorang sahabat begitu jugala dia..

Tetapi kita sering lupa akan hal itu..
Cuma mengambil kira tentang perasaan kita saje..
Kita rasa dikhianati bila kita tidak menepati janjinya..
Kita tidak memberi dia peluang utk menerangkan hal sebenar...
Bagi kita, itu alasannya utk menutup kesilapanya..

Kita juga pernah m'biarkan dia ternanti-nanti kerana
kita juga ada janji yg tidak ditepati..
kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita..

Waktu itu...terfikirkah kita perasaan dia...?
seperti kita,dia tahu juga rasa kecawa..tetapi kita sering terlupa...
Untungnya mempunyai sahabat yg memahami..
Yg selalu berada disisi pd waktu kita memerlukannya...
Dia mendengar luahan perasaan kita,rasa kecewa,rasa marah,
rasa gembira juga kita luahkan kat dia...
Dia yg memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah...

Kita terlalu asyik menceritakan perihal kita...
hingga..
kadang2 kita terlupa, sahabat kita juga ada cerita yg ingin dikongsikan b'sama...
Pernahkah kita m'beri dia peluang utk menceritakan tentang rasa bimbangnya,rasa takutnya..??
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaiman dia pernah menenangkan kita.....??
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaannya & berita gembiranya...?
Mampukah kita m'jadi sumber kekuatannya spertimana dia meniup semangat
setiap kali kita hampir b'putus asa...?
Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai.....?
Bolehkan kita menjadi bahu utk dia b'sandar harapan.....?

Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari hanya b'cerita...
Ambillah masa utk memahami hati & perasaan seorang sahabat....
Kerna..
Dia juga seorang manusia...
ada perasaan takut,kecewa,sedih dan gembira...
Dia juga ada kelemahan seperti kita juga dan memerlukan seorang sahabat...
Sebagai kekuatan...Jadilah kita sahabatnya itu...

Kita selalu melihat dia ketawa....
tetapi sebenarnya dia tidak setabah yg kita sangkakan....
Di sebalik senyumanya itu mungkin terselit sebuah kisah duka
yg dia sukar utk luahkan kpd sesiapa...
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan...

Kita tidak tahu....
tapi, Jika kita cuba jadi sahabat sepertinya...
Mungkin kita akan tahu...

RENUNGLAH WAHAI SAHABATKU......
HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA
DISEBALIKNYA TERSIMPUL SERIBU SATU RASA YANG SUKAR
UNTUK KITA RUNGKAIKAN..YANG SUKAR UNTUK KITA LAFAZKAN.

Satu2nya cara agar kita memperoleh kasih sayang...
ialah jangan menuntut agar kita dicintai..tetapi mulailah dengan memberi
kasih sayang kepada org lain tanpa mengarapkan sebarang balasan.

"Org yg menunjukkan kebaikan kpd anda adalah sahabat yg baik..Dan
Org yg menunujukkan kesalahan kpd anda juga adalah seorang sahabat yg baik..."

Daripada Abu Hurairah r.a. yang maksudnya, bahawasanya ada seorang lelaki yang pergi menziarahi saudaranya yakni sahabatnya di sebuah kampung yang lain. Lalu Allah menyuruh seorang malaikat untuk memerhatinya di dalam perjalanan. Lalu malaikat itu bertanya kepada lelaki itu, “Hendak ke mana engkau?” Lelaki tersebut menjawab, “Aku hendak menemui seorang sahabatku di kampung itu”. Malaikat bertanya lagi, “Adakah bagimu bumi kepadanya yang engkau mengharap balasan daripadanya?” Tidak, aku mencintainya kerana Allah SWT. Maka berkatalah malaikat itu kepadanya, “Bahawa sesungguhnya aku ini adalah utusan Allah kepada engkau. Bahawa sesungguhnya Allah SWT telah mencintaimu sebagaimana kamu mencintai dia kerana Allah”. (Hadith riwayat Muslim).


Dec 6, 2009

AlaHai.. KaWan Aku DaH KaHwin....!



Alhamdulillah.....Kahwin juga sahabatku ini.. Tahniah Nia..."SELAMAT PENGANTIN BARU"..aku doakan Kau bahgia b'sama suami tercinta hingga keanak cucu...ameen~

Sahabat2ku yg seiring ke walimatul urus dgnku td semuanya seperti tidak sabar2 nak m'dirikan rumah tangga seperti sahabatku yg sorg ni..hehe Masing2 b'cerita perihal pakwe mereka..yg aku ni, dgr jela mereka b'cerita...almklumlah single...hehe Nak cite pasal sapela kan??[yeke single??]hik3..tapi xkisahla,aku turut gembira m'dengar cerita mereka.[^^,]

Kepada Muslimin yg masih m'cari bidadari hati :-Rasulullah SAW bersabda dalam hadisnya bermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat"

Dan Rasulullah b'sabda lagi :
bermaksud, "Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu."

Jadi ingat pesan Rasulullah 2....jgn pakai redah je pilih pasangan 2..hihi Ape yg penting skang ni, penuhkn iman didada dahulu barula boleh pikir alam perkahwinan..[muslimin] ini kerana..
"Keutuhan sesebuah rumah tangga adalah dengan penuhnya iman didada"

Oklah sampai disini dahulu ceritaku kali ini...maaf sgt2 dah lama xupdate..huhu dan rasenye agak kelamkabut sikit sebbnye Malam ni nak balik kelantan da...yela, bwu 1 hari xdtg kelas da ade org rindu plak...hehe ish3.. em...doakan aku selamat pergi dan selamat sampai ye sahabat2ku...Doa seorg sahabat adalah doa mustajab utk sahabatnya yg len..syukran...=)

p/s :
Al-fatihah buat ibu kpd sahabatku [hanis Najwa] yg telah kembali ke rahmatullah pagi tadi...
semOga roh ibunya di tempatkan di tempat org2 yg b'iman,para syuhada'..para anbia'..ameen~
Semoga sahabatku & keluarganya bersabar & tabah dalam mghadapi dugaan ini....insyaAllah..Sesungguhnya seorg yg kita syg pergi meninggalkan kita,Allah akan dtgkn 10 org yg akan sayangkan kita...wallahu'alam.

Nov 27, 2009

SaLaM AiDiL AdHa...!

Abah dgn shbt2nya sedg melapah daging..

Hari ini,diMasjid Saidina Ali [Kg. Bandar
Dalam] telah mengadakan korban sebanyak 9 ekor lembu. Yg bermula pd pukul 8 pg td..dan Alhamdulillah..Sume lembu sudah dihabis sembelih pada pukul
9.30 pg td..awal kan???xsempt nak ambik gamba abah tengah sembelih lembu..huhu takpelah..takot plak kne sadung dgn lembu 2 kte nk tgkap die..hihi Sebenarnye penyembelihan lembu ini nak buat pd semalamnya..oleh kerana takut b'tembung dgn solat jumaat,para jemaah masjid mencdgkan buat hari ini sahaja.[^^,]

Teringat plak pd kisah Nabi Ibrahim a.s. yg hendak sembelih anaknya Nabi Ismail a.s. demi utk membuktikan kecintaan beliau kpd Allah s.w.t....sungguh takjub cintanya kpd Allah s.w.t. [alah macam owg b'cinta zaman sekarang ni...sggp b'korban & mngadai nyawa
demi seorg kekasih]hmm...mcm 2lah pegorbanan demi cintanya pd YG MAHA AGUNG..Lalu, Allah menukarkan Anknya itu kpd seekor kibash...yelah..mana taknya,sembelih punya sembelih..Nabi Ismail a.s. tidak ada sedikit luka pun pd lehernya. Ini telah m'buktikan Nabi Ibrahim mencintai Allah dri segala2nya..subhanallah.. Cuba kita tanya pada diri kita sendri...sggupkah kita sembelih anak kita sendri @ sesiapa sahaja yg kita sayang demi utk membuktikan kecintaan kita kepada Ilahi...? Sungguh pelik dunia kita sekarang ini sekirenya ada org cm mcm 2...huhu Moga2 kita sentiasa dibawah
naungan Allah s.w.t. insyaAllah...=)

Semalam..raya kt kg.. Ramai juga saudara yg datang..Mak usu, Mak andak, k.Unggal, Pak Ngah..dan lain2lah.
meriahla jugak bila ramai2 dtg rumah
nenek 2..almaklumlah abah da pasang astro kt kg. 2..hehe Tapi meriah lagi time hari raya adilfitri ari2..wat konvo nk p rumah2 saudara mara yg dok kt kelang,shah alam...hehe
best2..huhu

Anak buah aku [ank k.unggal]..ngee~


My Big Family...~

Kami sekeluarga ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA ADILADHA kpd sesiapa yg mengunjung blog ini..
Kullu am wa antum bikhoir..insyaAllah...=)

Nov 24, 2009

AbG...aDik RiNduKan AbaNg....hUhu

Alhamdulillah....stlh 3 minggu aku belajar di APIUM NP...kini aku menanti2 detik utk pulang ke "RumahKu Syurgaku"...rindu rasenye walaupun baru 3 weeks aku belajar disini...itupn xsmpai 3 weeks rasenye... dah rindu nak balik rumah...hihi yela..cuti aritu,takdelah seronok sgt, sebabnye adik yg no.2 tak balik umah pun..bler aku da balik campus barulah dia balik rumah...huhu..
Aku paling rapat dengan adik yg no.2 tula..tp xdelah rapat sgt..dia ni pendiam sebenarnye...tp kalo kt umah 2 memg sokmo kne buli dgn dia la...men tarik2 rambutla..bila org tengah makan..dia rampas makanan orgla..takpun kongsi 1 pinggan..hatta adik aku yg kecik 2 cakap kami ni macam "suami isteri".."hihi.. lucula adik ni..adik beradik mane bley kahwin"...terkekek aku dgr telatah adik ku yg cumil itu.

T'kadang aku teringat kembali akan luahan adikku rindukan abangnya itu...

"ibu....bila abang nak balik ni??adik rindula kt abang" keluh adikku dgn nada mengada-ngada.

ibuku menjawab pula" kol la abang 2...".

"ala.....adik tak tau no. abang?"..keluh adikku lagi.

ibuku menjawab kembali "suruhla kakak kol kan".

"kakak...kolkn abang utk adik,adik rindulah kt abang.."pinta adikku pdku.

"emm...nah!!" henset ku b'tukar tangan dgn adikku.

"Assalamu'alaikum..abang. Abang sihat ke??adik rindula kt abang..bila abang nak balik ni...??" luah adikku pd abangnya dgn manja.

Tersentuh hatiku bila m'dengar luahan adikku itu..mungkin juga aku merindui adik aku nk no.2 itu...menyebabkan airmataku b'genang di kelopak mataku..argh..faqih2..huhu


Haiih....xsabanye nk balik rumah....roomate sume da balik,tinggal aku seorg jela kat bilik ni..huhu Tapi alhamdulillah semalam ade kawan sudi temanku dikamar yg agak menyepi ini..terima kasih zety..ngeeee~..

Semalam kn...tgah dok leka men henset....tibe2..pupppp!!! lampu & kipas terpadam....gelap gelita mula menyelebungi seluruh AMK...tp alhamdulillah sgt2...sbbnye cahaya dri laptop msih lagi menyinari kamar ini walaupun xcerah mna tapi kurgla ckit gelap kt kamar ni..mujur suis xputus time 2...huhu terkezut gak sbenarnye...yela, mana taknye..time 2 jarum memanah ke jam 2 lebih...tak ke seram sejuk dibuatnye..hihi nasib baik ade kawan yg sudi meneman kte kt bilik ni..kalau dok sowg2 2 cmne la kn?..huhu [takot senanye] hihi

Ramai juga yg balik arini...ade juga yg sudah selamat sampai ke rumah tercinta..alhamdulillah...bestnye mereka...takpe2.."fasbir sObran JamiLa"...malam ni geliran aku pula dengan sahabat2 yg len...insyaAllah esok pg sampaila...ameen~

Doakan p'jalananku selamat pergi & selamat pulang ye sahabat...
doa kalian amatlah aku harapkan....Ku ucapkan selamat b'cuti kpd yg sedang b'cuti...ingt!!! jgn dok saje kt rumah 2...bantulah ibu bapa kte selagi hayat mereka masih ada...ok???
Jangan sampai tiket bas utk pulang ke NP balik lupa nk dibeli...p'juangan kte bukan setakat ini ye...masih panjg lagi p'juangan yg perlu kita teruskan....ilalliqo' sume..=) Assalamu'alaikum.......