Jan 1, 2010
SaMbuTaN HaRi AsYuRo '10...!
Dec 31, 2009
PeSaNaN Buat aDik2 akAk yG DisaYanGi...!
Bismillah pembuka bicara
Marilah sama-sama kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Ilahi dgn Limpah kurniaNYA dpt lagi kte bernafas dimuka bumi Allah yg fana’ ini. Serta selawatla keatas Nabi Muhd. Saw,semoga Baginda sentiasa ada bersama kite dalam m’perjuangan ad-din Allah..
Sebelum itu,penulis ingin memohon maaf jika apa yg nk ditulis lepas ni,tiada kaitan dgn kehidupan kalian & bkn utk dituju kpd kehidupan kite semua Cuma Pesanan ini hanya untuk adik2ku tersayang yg berada dirumah sekarang.
Adik2 akak……………
akak sentiasa doakan adik2 akak dalam keadaan sihat walafiat..akak gembire sgt dapat adik2 seperti kalian. Cuma kadang kala,akak rase sedih,risau,kecewa,kesal dan mcm2 lagilah. Akak sebagai akak sulong rse berat sgt dgn tanggungjawab ini sebernanya. Yelah, adakah aku sudah berjaya mendidik adik2ku…yg sbnrnye itu tugas ibuku. Timbul sejuta kerisauan yg ada dikepala ini. Dengarlah pesanan akak ni adik2 akak..akak syg sgt2 dgn adik2 akak. Walaupun kdg2 2 ada diantara kte selalu bertelingkah,berkelahi,sampai nangis2..sampai mengeluarkan kata2 kesat. Kadang akak sedih sgt, kat mana lah adik2 akak belajar perkataan2 2…? Sedangkan akak tak penah pun ckp bnde 2…? Akak rase ibu pun takde ajar adik2 ckp cam2. Akak tak kisah, kalau adik2 nk ckp kt akak sekalipun..tapi jgnlah cakap kt ibu ngan abah ye…hormatlah mereka sebaik2nya.
Adik2 dengarlah nasihat abah & ibu.
Walaupun abah selalu membebel,tapi ambillah nasihatnya itu dan sematkan dlm hati adik2. Kalau nk ikutkan, akak yg selalu kne push dgn abah… nak kuar sowg2 pun xboley walaupun akak kua dgn kwn perempuan, pakai baju 2 xboley,ni xboley,walhal pakaian yg menutup aurat, pgg hp lame2 abah bising,walhal xmsg sape2 pun, kire korang lebih beruntung abah xpush korg terlalu syadid. Tapi akak tahu, abah terlalu sygkan akak. Memang mula2 abah push akak 2, akak rase cam xpuas hati je, rase marah je, tapi bila akak sentiasa sematkan keinsafan dlm diri akak…akak terima nasihat abah, supaya akak ley jadi lbih baik n lebih baik….tapi ingat, walaupun kte rase dah lebih baik tapi pasti ada sedikit kekurangan yg ada pd diri kita..mungkin ianya tersembunyi @ terzahir hanya orang lain yg boleh menilai kita bagaimana. Sesungguhnya setiap manusi ada kekurangannya & kelebihannya..
Adik2, ingatla perngorbanan ibu ngn abah…
Apa yg kte nak selama ni,semuanya dpt. Ya, memang ada apa yg kte nak xdapat..kdg2 kte merungut…k.lang je asyik dpt apa yg die nak..sabarlah adik2ku syg.. ibu 2 bukannya ade duit sgt… kdg2 akak tgOk ade yg merajuk kalo ibu xbeli apa yg disuruh…yaAllah,adik2ku syg…xkesian kt ibu ke, balik ptg da kne cari makanan yg korang minta 2…? Mujur time 2 akak ikut ibu sekali. Kalau x,akak rse da nk magrib pun ibu still cri ape yg korg nak 2. Sedih akak tgOk ibu cam ikut je ape yg korg suruh. Pernah akak merintih gila2 sbb time 2 ibu menghidap penyakit darah tinggi….yaAllah, akak menyalahkan diri akak…adakah sbb akak ibu dpt penyakit 2.. akak merintih setiap malam & xlekang dgn doa utk ibu & abah…alhamdulillah penyakit ibu 2 dah xde. Akak xpenah lupe kate2 abah kt ibu ‘selagi saya masih hidup yang,saya takkan biarkan anak2 saya b’sekolah di sekolah biasa…saya tetap akan sekolah mereka disekolah agama” yaAllah…besarnye pengorbanan mereka adik2 kpd kite semua walaupun ketika itu ekonomi makin merosot. Kite nak stremyx abah pasangkan,kte nak astro abah psgkan, PSP pun abah beli tapi abah kate kat korang,kawan abah yg bagi..tapi sebenarnya abah yg beli sndiri. yaAllah,demi anak2 abah sanggup beli apa shja supaya ank2nya lekat duk kat rumah. Huhu
Adik2ku yg perempuan jadikanlah abah sebagai Idola…
Adik2, jadikanlah abah sebagai Idola kte dlm memilih bakal suami kte nanti. Bila m’dengar luahan nenek yg mengatakan ‘untung ibu ko dapat suami yg ad agama macam abah ko’,hati akak rase bangga. Memg beruntung pun ibu. Abah berjaya membimbing ibu,walhal dlu ibu terlalu lemah dlm agama. Sebelum kahwin,ibu tidak pakai tudung dan setelah ibu berkahwin dgn abah, ibu langsung memakaikn tdung labuh..yaAllah,untungnya ibu dapat suami yg berjaya membimbing nya kejalan ad-din MU ya Allah. Dulu nenek kate, rumah nenek xde telefon,stlh ibu bekerja ibu psg telefon semata-mata nak belajar mengaji dgn abah. yaAllah,ad lagi ke lelaki seperti abah itu..? ingtlah adik2…abah sentiasa yg nak terbaik utk anak2nya.. pilihlah suami yg dpt m’bimbing kte ke jalan yg benar. Abah selalu pesan pd akak ‘lelaki ni banyak jenis..ada yg buaya, ada yg arnab’..jgn dpt yg buaya sudahla…akak paham apa yg abah ckp. Abah taknak akak tersalah pilih laki. Jgelah adab wahai adik2ku syg…jdilah seperti mawar berduri…yg sukar utk didekati.. maruah kte ni mahal adik2.. sekali tercemar tidak akan suci kembali!
Adik2ku sayang belajarlah bersungguh2…
Adik2, belajar lah bersungguh-sungguh. Jangan biarkan ibu dgn abah kecewa dgn kejayaan kite. Jangan biarkan mereka menangis kerana kegagalan kite tapi biarkan mereka menangis jika kerana kejayaan kita. Akak suka dgn sikap adik faruq, suka b’balas ayat al-quran dgn akak. Faruq bace pas2 suruh akak smbung. Kadang2 mcm menyanyi pulak..hihi tak ke sejuk perut ibu bila tgOk kte b’balas ayat al-quran ni..? lebih baik dripd kte menyambung nyanyian yg tiada m’bawa sdkit pahala lgsung. Ingtla adik2,perjalanan & perjuangan kite masih jauh. Hargailah pergorbanan ibu & abah selama ini. Akak kagum dgn adik2 lelaki akak, pandai azan, mncuba utk mengikut rentak bacaan qari2..alhmdulillah yaAllah.. aku b’syukur sgt.. tetapi akak sdih sgt bila adik2 malas sgt nk stady,dgn alasan da stady la, soalan senangla… kdg2, akak tgOk abah & ibu mengharapkan sgt anak2nya m’jadi penghafaz alquran, guru, dan yg dlm bidang agama. Akak rase abah xpenah gagal dlm m’didik akak…dari kecik agi diajar memakai tudung, mengajar mengaji,drjah 1 da bley bce quran..ha.. akak rse same je cara didikan abah dkt akak dgn adik2.. hargailah adik2 & aplikasikanlah ia supaya adik2 tidak tergolong didalam golongan org2 yg rugi.huhuhu
Adik2ku gembirakanlah hati mereka….
Bila abah tegur, dengar. Bila abah larang,jangan buat. Bila abah suruh, buat. Ingatla 3 perkara ni adik2… dgrlah selagi abah & ibu menengur kite, Janganlah buat selagi abah & ibu melarang kte, buatlah selagi abah & ibu suruh. Kita tidak tahu ajal kita bila adik2..mgkin esok,mgkin lusa,mgkin sekejb lagi…kte xtau adik2..begitu jugala ibu & abah kte adik2.. gembirekanlah mereka selagi mereka masih hidup. Kdg2 kte asyik mengadu kt ibu je… sehinggakan abah terasa.. tetapi abah sellu rujuk dkt akak ‘abah rase macam abah ni tunggul je kat umah ni’ akak terse sgt2 time 2,apa slh akak smpai abah ckp mcm 2 kt akak…? Akak menangis menghadap kekasih hakiki , lalu memohon maaf pd abah. Akak tahu,adik2 akak sume pandai mengambil hati ibu & abah.. kdg2 gelak smpai xingt dunia.. akak gembire sgt bila tgok abah & ibu gelak melihat telatah kte..hihi tenangnye hatiku yaAllah.. melihat mereka gembire. Teringat akak pd hari raye pertama time akak f5, ktika giliran akak sampai utk memohon maaf pd abah & ibu.. tika abah m’cium dahi akak,serta merta airmata abah mengalir..yaAllah,adakah aku sudah lukakan hati abahku ini yg aku paling syg selama ini…? Aku memohon maaf pd abah dan aku merintih dlm pelukan abah. Maafkn akak abah..akak syg abah sgt2…huhu
Jadi adik2…ingtlah pesanan akak ni…akak tahu,akak pun banyak kelemahan & kekurangan..semua org ingin berubah, tapi tiada siapa yg boleh m’ubahkan kte selain diri sndiri adik2…dan ingtlah pesanan abah & ibu sentiasa…. Abah selalu pesan kt akak ‘ingt Allah selalu’ & sentiasalah b’doa kpdNYA. Adik2 walaupun abah jrg menasihati adik2 sbgaimana abah menasihati akak… jgnlah aggap abah tak sygkn adik2… abah mne xsygkan anak oi…^^, Abah sygkan kte sume….okey…? abah & ibu sentiasa memikirkan yg terbaik utk kte….hargailah perngorbanan mereka adik2.. Jagalah maruah kelurga kita b’sama. Mana2 pergi di area kg kte,pasti org akan mengenali kte sebagai anak imam abdul rahman osman…tak malu kah adik2…? Abah kte terkenal dgn peramahnya & ilmunya tapi kite ni…? Seperti langit & bumi bezanya… org pndg kte pun cam pelik je..eh btol ke ni anak imam…? Pakaian kte cam xmenunjukkan kte ni anak imam,adab kte lagi….? Tapi alhmdulillah anak2 dara abah masih terpelihara lagi. Adik2 lelaki akak ni, akak tahu…masing2 ade kepale sndiri..tapi cuba dgr ckp abah & ibu sikit.. mereka tu jelah ibu & abah kte adik2..da xde org len dah dlm dunia ni, yg akak rasa baik sgt selain mereka. Doa kte utk mereka juga penting adik2… doa anak2 yg soleh adalah doa dimakbulkan oleh Allah. Akak tak kate akak ni solehah…cume,sejahat mne pun kte..sekirenye doa tok ibu bapa kte 2 ikhlas dri lubuk hati kte yg luhur..insyaAllah, Allah akan memakbulkannya. Ingatlah adik2,keredhoan Allah itu terletak pd keredhoan ibu bapa. Bagi adik2 lelaki, syurga itu terletak dibawah kaki ibu…sehingga korang kawen pun syurga korang tetap disitu. Ingatlah adik2ku syg….akak syg sgt dgn adik2 akak sume… akak xpenah m’bezakan korg2… kte sentiasa m’buat kesilapan,tapi kte kne sentiasa m’perbaikinya. Hormatilah & sayangilah mereka selagi mana mereka masih hidup. Uhibbukum Jiddan2…=)
Sekian~
p/s : mengapakah sambutan tahun baru islam tidak disambut seperti tahun baru 2010...?huhu =(
Dec 30, 2009
YaNg TiDak AkAn PerGi...!
lalu dia dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan,
maka dia akan berkata:
"Tuhanku telah memuliakanku"
lalu membatasi rezekinya maka dia berkata:
"Tuhanku menghinakanku"
padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci.
Boleh jadi kamu membenci sesuatu,
padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu,
padahal ia amat buruk bagimu;
Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui
Allah akan terus memerhatikan.
maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat.
Aku mengabulkan permohonan
orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku,
maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku)
dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku,
agar mereka selalu berada dalam kebenaran.
Dec 22, 2009
iBu....EnGKaULaH RaTu HaTiKu...!

Alhamdulillah...bersyukur kehadrat Ilahi..dgn nikmat kurniaNYA,dapat lagi kite bertemu di blog HIDUPKU!!. Apa sebbnye aku letak tajuk [ibu...Engkaulah Ratu Hatiku..!] kali ni ek...???hmm...hari ni,hari ape ek....??thinkin.......Owh ye....Hari Ulangtahun kelahiran ibuku tercinta rupenya...hihi....Selamat Hari Lahir yg ke-48,iBu. Semoga dimurahkan rezeki..dan semoga rahmat Allah sentiasa bersama mu...ameenn~=)
Dec 18, 2009
Ku MeriNduiMu DaLam DiaM..!
“ Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan apabila kamu mencintai seseorang dan kamu tidak memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.”
Suhaiza meneliti bait-bait puitis itu ketika dia sedang membaca buku ‘Tentang Cinta’ yang dikarang oleh Dr. Fadzilah Kamsah. Itulah yang berlaku pada dirinya sekarang, menyayangi seseorang dalam diam, dia tidak mampu untuk memberitahu perasaanya itu pada orang yang disayanginya. Suhaiza merasakan dirinya serba kekurangan dan terlalu merendah diri. Perasaan itulah yang menyebabkan dia seolah-olah terkurung dengan perasaannya sendiri. Dan dia seolah-olah redha dengan melepaskan orang yang disayanginya itu dan berdoa agar lelaki itu berjumpa dengan wanita yang lebih baik dari dia.
Sue mengeluh kecil, sambil meletakkan buku yang dibacanya itu untuk ke dapur. Didapur, sahabat satu rumah dengannya sedang mengoreng ikan keli berdasarkan bunyi desiran minyak panas dikuali. “Quratu masak apa hari ni? Tanya Suhaiza. “Hari ini aku nak masak masakan kegemaran ko dengan Nad lah,ikan keli masak cili padi”balas Quratu dengan lirikan senyumannya yang penuh menawan. Suhaiza gembira mendengarnya. “Mana Nad?” Tanya Quratu sambil melirik ikan keli yang digorengnya. “Apa lagi tidurla…macamla ko tak tahu,sahabat kita yang sorang tu kan memamg sentiasa busy orangnya” balas Suhaiza. “Nad, Nad..kalau ye pun busy sangat..janganlah sampai tidur lewat malam pastu bangun pagi lambat..hmm” rungut Quratu. “Ko ni,janganlah marah. Nad baru je dapat tugasan baru tu,lagi pun kena manage sorang-sorang pulak tu,sebab tu sampai dia tidur lewat ..lagipun lepas solat subuh tadi dia baru je nak tidur..”bela Suhaiza akan sahabatnya itu. “Mana ko tahu??”Tanya Quratu lagi,dia rasa bersalah pula merungut tanpa usul periksa. “tadi masa aku bangun subuh,aku jenguk bilik Nad kejab, nampak dia tengah menghadap laptop lagi dan lepas tu dia solat subuh ,sebelum tu dia ade pesan kat aku kejutkan dia kul 10 pagi nanti,la..sekarang da kul10.30 pagi..matila aku tak kejutkan dia lagi..adui..aku pergi kejutkan dia kejab tau”terkocoh-kocoh Suhaiza menaiki anak tangga ketingkat atas untuk mengejutkan sahabatnya itu.
Quratu’aini hanya menggeleng kepala melihat telatah Sue. Suhaiza Akmal dan Nadia Amira adalah dua orang sahabatnya yang tinggal serumah dengannya. Suhaiza terkenal dengan sikapnya yang agak peramah,suka senyum,rajin memasak, comel pulak tu tapi sikap dia yang suka 'jual mahal' menyebabkan lelaki yang meminatinya sukar untuk mendekatinya. Manakala,Nadia Amira pula, seorang yang rajin,suka mengambil inisiatif yang tinggi, agak tegas berbanding Quratu’aini dengan Suhaiza Akmal yang suka bermanja..malahan dia juga petah berhujah sebab tu dia mengambil jurusan syariah undang-undang. Quratu’aini pula seorang yang suka membebel,tapi dalam tiga orang sahabat ini,dialah yang paling cun..pandai,suka mengambil berat akan sahabat-sahabatnya tapi agak sombong jugakla. Dia mengambil jurusan dalam bidang usuluddin,manakala Suhaiza Akmal pula dalam bidang pendidikan islam sebab tu dia sangat peramah. Ketiga-tiga sahabatnya itu menuntut di Universiti yang sama iaitu di Universiti Malaya Kuala Lumpur .
“Nad,aku nak tanya sikit boleh x?” Suhaiza bersuara sambil matanya asyik memandang sahabatnya yang sedang sibuk menaip menggunakan laptop untuk menyiapkan assignmentnya. “Eh, Tanya jela..sejak bila ko pandai mintak izin pulak ni..? jawab Nadia sambil matanya tidak lekang menghadap skrin laptopnya. “ok,macam ni….emmmm….” berat mulut Suhaiza untuk meluahkannya. “wei,napa ni…?cakap jela..ko ni sejak bila pandai berahsia dengan aku ni…?? Tanya Nadia dengan sedikit pelik akan sikap sahabat rapatnya itu. Nadia menyimpan assignmentnya yang hampir siap itu ke dalam dokumen dan mula keluar dari ‘microsoft word’ dan terus membiarkan laptopnya terbuka. Lalu dia menghadapkan mukanya ke muka Suhaiza. Mereka sangat rapat dari bermulanya semester pertama di Universiti Malaya. Nadia dapat merasakan sahabatnya seperti sedang memendam kan sesuatu. “Ini pasti soal hati lagi..”duga Nadia dalam hati. Sebelum ini,sering juga Sue menanyakan pendapatnya jika terdapat mana-mana lelaki yang mempunyai ciri-ciri lelaki idamannya itu cuba untuk mengambil hatinya. Tetapi sikapnya yang sukar untuk membuat keputusan sendiri terpaksa meminta pendapat sahabatnya itu. Nadia senang dengan sikap Suhaiza yang suka berkongsi masalah dengannya dan dengan fikirannya agak terbuka bila mendengar pendapat Nadia.
“ok,ok…ape die…?bagi tau jela aku…macam berat je masalah ko ni..bagitaula, kalau-kalau aku boleh tolong ke…kalau tak boleh,kite ikhtiar cara lain..ok?” Nadia memberi jaminan. Suhaiza membisu. Dia sebenarnya malu untuk meluahkan ape yang dia pendamkan selama ini. Patutkah dia minta pendapat sahabatnya itu? Itulah yang berlegar-legar dalam fikirinnya. Dia mengambil keputusan untuk memberitahu Nadia kerana dia tidak sanggup lagi pendam apa yang sudah lama terbuku di dalam hatinya.
“emm..macam ni,aku kan penah cite kat ko pasal dak laki yang belaja kat mesir tu..”,
“Aliff Firdaus ke..?ha..ha..kenapa dengan dia…?” Tanya Nadia.
“Aku rasa,aku dah mula sukakan dia la tapi aku tak nak layan sangat perasaan aku ni..aku takut berlakunya zina hati. Dulu,kami kerapla juga main mesej ni. Tapi sejak akhir-akhir ni, dia agak sibukla, pastu kurang main mesej dengan aku. Bila da jadi macam tu,aku mula teringat kat dia pulak. Satu perasaan yang sukar untuk aku luahkan timbul dengan tiba-tiba. Tapi aku tahu,dia pun nak menjaga hubungan ini, takut mengundang kepada zina hati. Entahla Nad,bila timbulnya perasaan tu..airmata aku mula menitis. Mungkin aku rindukan dia kot dan dalam masa yang sama aku takut akan kemurkaan Allah kerana aku merindui seseorang yang belum menjadi milikku.” Luah Suhaiza dengan pilunya.
“sebelum ini,dia pernah luahkan kepada aku..yang dia juga rindukan aku. Tapi aku tak pernah balas perasaannya itu. Aku malu dan aku terlalu menjaga hati agar tidak terpesong dengan cinta dunia..” Luah Suhaiza lagi.
“okeh-okeh,aku paham…kirenya ko da mula sayang kat dia la ni, bila dia dah lama tak contact ko ek..?” Duga Nadia setelah mendengar luahan sahabatnya itu.
“hmm…tapi aku lebih sayangkan parents aku la..”. Balas Suhaiza sambil menjelaskan lagi perasaannya itu.
“ko ni,janganlah senyum-senyum macam 'kerang busuk'..seganlah aku nak cite kat ko lagi masalah aku ni..hmm”. Rungut Suhaiza pula.
“la..senyum pun tak boleh…?he..he..” Giat Nadia. “ Ko da mula sayang dia la ni, tu lah dulu jual mahal sangat..tengok sekarang, ko sendiri yang cair dengan perasaan ko sendiri..haiih,kawan aku sorang ni..” bebel Nadia dengan sikap sahabatnya yang suka tipu diri sendiri.
“ Ko ni,janganla membebel pulak..aku tanya pendapat ko,bukan nak dengar bebelan ko..” Gumam Suhaiza dengan nada sedikit merajuk.
“Yelah sayang..” pujuk Nadia dengan nadanya yang agak manja.
“Sue, merindui orang itu tak salah tapi yang salahnya ialah cara kita melayan perasaan kita tu..lebih-lebih lagi kita ni sebagai wanita islam, kenala jaga adab dan syariatnya. Lagipun sekarang ni,ko masih belajar kan,aku tak nak perasaan ko tu akan menjadi beban untuk ko berjaya suatu hari nanti. Aku tak halang ko,kalau ko nak sayang kat dia,sebab itu fitrah manusia. Ok sekarang ni, aku boleh bagi ko dua pandangan. Pertama, ko rasa antara cita-cita ko dengan perasaan ko tu,mana lagi penting..? ko sanggup ke cita-cita ko musnah,disebabkan perasaan yang ko sendiri tak boleh nk luahkan..?. Yang kedua,ko simpan jela perasaan rindu ko tu kat dia. Kalau benar dia jodoh ko,tak kan kemana punya. Sekarang ni, korang masing-masing tengah belajar kan..? utamakan pelajaran dulu k, anggap perasaan ko tu sebagai satu sumber untuk ko berjaya. Kalau perasaan tu datang lagi, ingatla Allah banyak-banyak. Limpahkanlah perasaan ko tu kepadaNYA. Hanya dia yang Maha Mendengar dan hanya DIA sahaja yang layak. Jangan lupa buat solat istikhoroh selalu,serta solat hajat sekali. Ok sayang…? Nasihat Nadia kepada sahabat rapatnya itu.
“Sebenarnya apabila kita menyayangi seseorang tidak semestinya kita mesti memilikinya, dan cinta yang sejati itu ialah kita sentiasa doakan kebahagiaannya walaupun dia tiada di sisi kita, dengan cara itu kita juga akan rasa bahagia” jelas Nadia lagi, dia pun tidak tahu bagaimana dia pandai berfalsafah tentang cinta. Tetapi apa yang dilontarkan itu ada logiknya pada pandangan Suhaiza.
“Sue,jangan kerana perasaan itu, kita gugur dalam perjuangan dan jangan kerana cinta juga, prinsip kita menjadi larut dan cair. Cinta tak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada percintaan. Hanya kesetiaan akan mengikat cinta. Cinta tidak pernah meminta malahan ia sentiasa memberi. Di mana ada cinta disitu ada kehidupan. Itulah positifnya cinta..”. Jelas Nadia dengan panjang lebar. “Sekarang ni terserah pada ko nak buat keputusan k? da macam pakar cinta pulak aku ni..hihi..”luah Nadia dengan gelak ketawanya.
“memang pun..he..he..” balas Suhaiza dan ketawa mereka pun terburai sama.
“eh nape gelak-gelak ni…? sergah Qurotu apabila mendengar gelak ketawa sahabat-sahabatnya di ruang tamu.
“tak de pape..hihi..” Nadia dan Suhaiza membalasnya seiring dengan gelak ketawa yang belum berakhir. Qurotu hanya menggeleng kepala melihat telatah sahabat-sahabatnya itu. Lalu,meneruskan masakannya di dapur. “macam-macamla korang ni”. Mengomel Qurotu.
“Betul juga kata Nad tu,Cinta tak semestinya memiliki,sekarang ni,aku kena lepaskan dulu perasaan aku ni,kalau ada jodoh tak kemananya. Masih banyak perkara lain lagi untuk aku buru selain melayan perasaan aku ni”, bisik hati Suhaiza sambil tersenyum walaupun ia sedikit pahit untuk dilalui dan turut membekas dihatinya tapi dia tabah menghadapinya. Perjalanan hidupnya masih berliku, dia berazam untuk membuat yang terbaik dan dia juga berdoa agar cinta itu akan menjadi miliknya satu hari nanti.Apa yang penting baginya sekarang ni,Cinta Ilahi yang harus dimilikinya terlebih dahulu. Hatinya berbunga ceria apabila mengingatinya. “Ampunkan dosaku ya Allah”. Pinta Suhaiza pada kekasihnya yang hakiki.
SaLam Ma'AL HiJraH....!
Alhamdulillah..bersyukur kita kehadrat Ilahi dengan limpah kurnianya,serta dengan takdirnya..dapat lagi kita merasai tahun baru bagi umat islam. Semalam, telah masuknya hari awal muharam bagi 1431 masihi. Hari Awal Muharram atau Hari Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam.
Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia dan merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.
Permulaan penggunaan Kalendar Tahun Hijrah / Hijriah adalah hasil dari ilham Khalifah Ar-Rasyidin yang kedua iaitu Saidina Umar Al-Khatab radhiyallahu `anhu. Ini adalah turutan dari Kesatuan Arab yang ditubuhkan di bawah naungan Islam pada zamannya.
Ada satu riwayat lain yang mengatakan bahawa Gabenor Abu Musa Al-As'ari telah mengirimkan surat kepada Saidina Umar r.a minta beliau menjelaskan tentang tahun bagi tarikh surat/arahan Umar yang telah dihantar kepadanya. Maka dengan ini beliau (Umar r.a) mahukan satu kalendar / taqwim Islam yang khas untuk menggantikan tahun rujukan kalendar yang berbagai-bagai yang digunakan oleh bangsa-bangsa Arab dan bangsa-bangsa lain pada zaman itu.
Di kalangan bangsa Arab sendiripun ada berbagai-bagai kalendar yang digunakan seperti Kalendar Tahun Gajah, Kalendar Persia, Kalendar Romawi dan kalendar-kalendar lain yang berasal dari tahun peristiwa-peristiwa besar Jahiliah. Maka Umar telah memilih tahun yang terdapat di dalamnya peristiwa paling agung dalam sejarah Rasullullah s.a.w untuk dijadikan asas permulaan tahun pertama bagi kiraan kalendar / taqwim Islam.
Peristiwa tersebut adalah peristiwa hijrah Rasullullah saw dari Makkah ke Madinah. Ini adalah kerana dengan hijrah inilah permulaan pertolongan Allah kepada RasulNya dan agama Islam ditegakkan. Hasil dari itu, Kesatuan Arab lebih sistematik, bersatu dan tersusun serta mendapat berbagai-bagai kejayaan besar dan bertambah kuat hasil dari pilihan Umar itu.
Di antara kejayaan besar Islam waktu itu ialah kerajaan Kisra dapat ditumbangkan, Baitulmuqaddis dibebaskan dari Rom dan Masjid Al Aqsa dibangunkan. Setelah Umar membandingkan kalendar tersebut dengan kalendar-kalendar Persia dan Romawi, didapati bahawa kalendar ini ternyata lebih baik. Maka dengan itu Umar mengisytiharkan Kalendar Tahun Hijrah adalah Kalendar / Taqwim Islam yang rasmi.
Jadi itu serba sedikit kisah disebalik Ma'al Hijrah.Memang betul,setiap penghijrahan memerlukan banyak pengorbanan...mari kita analisa diri kita balik,apa sebenarnya hijrah bagi kita sebagai Mahasiswa Islam..?? adakah kita sudah banyak berkorban...? kadang-kadang kita leka dengan nikmat dunia,sehinggakan penghijrahan yang kita bawa tiada langsung erti pengorbanan.
Oleh itu,tahun baru islam ini...mari kita sama-sama muhasabah kembali diri kita..apa pengorbanan yang telah aku lakukan tahun lepas..dan pengorbanan apa yang aku nak buat tok tahun baru islam ni....? memantapkan lagi prinsip hidup ka....? buang segala sifat mazmumah ka..? sama-sama kita tadabbur, seperti mana kita inginkan hari ini atau tahun ini lebih baik dari hari-hari lepas atau tahun-tahun lepas..pacakkan semangat untuk berubah demi islam dalam hati untuk berkorban fi sabilillah..niat kita kena sentiasa lillahi ta'ala.. seperti pengorbanan Rasulullah,Terlalu besar pengorbanannya kepada kita,membangunkn negara islam kerna terlalu sayangkan ummatnya..walaupun,di hina,di cemuh,tapi baginda tetap bangkit demi agama,negara dan bangsanya.
Jadi,akhir kalam.....semoga rahmat Allah sentiasa bersama kita semua....innallaha ma'ana...=)
Selamat Hari Lahir diucapkan kepada sahabatku Madiha...Semoga diMurahkan rezeki..aku doakan ko berjaya didunia & diakhirat...ameen~ happy2lah selalu k...jangan suka tension au,t aku pulak yg tension..hihi..setiap hijrah memerlukan pengorbanan,sama jugakla dengan setiap perhubungan memerlukan banyak pengorbanan,kepercayaan,ha...kesetiaan 2 pun penting tau...try to understand each other k...sayang ko..=)
Dec 11, 2009
FuTsaL PiaLa TiMbaLan PenGaRah.....!



Dec 7, 2009
HarGaiLaH SeBuAh PeRSaHaBataN...!
Daripada Abu Hurairah r.a. yang maksudnya, bahawasanya ada seorang lelaki yang pergi menziarahi saudaranya yakni sahabatnya di sebuah kampung yang lain. Lalu Allah menyuruh seorang malaikat untuk memerhatinya di dalam perjalanan. Lalu malaikat itu bertanya kepada lelaki itu, “Hendak ke mana engkau?” Lelaki tersebut menjawab, “Aku hendak menemui seorang sahabatku di kampung itu”. Malaikat bertanya lagi, “Adakah bagimu bumi kepadanya yang engkau mengharap balasan daripadanya?” Tidak, aku mencintainya kerana Allah SWT. Maka berkatalah malaikat itu kepadanya, “Bahawa sesungguhnya aku ini adalah utusan Allah kepada engkau. Bahawa sesungguhnya Allah SWT telah mencintaimu sebagaimana kamu mencintai dia kerana Allah”. (Hadith riwayat Muslim).
